Promosi Kalau Mak Menang Dutch Lady


Dutch Lady kini sedang mengadakan promosi ‘Kalau Mak Menang‘ dimana mereka menawarkan hadiah RM300 bagi setiap pek yang tertera logo DL didalam bentuk LOVE.

Logo DL ini dicetak didalam pek Susu Untuk Membesar Dutch Lady 1kg (sebarang varian).  Untuk lebih kepastian pek mana yang terlibat, anda boleh tengok dihujung pek  akan ada tanda ‘TAG Kalau Mak Menang’ . Satu pek  1 kg tu kalau tak silap, dalam harga RM 22.

Kepada sesiapa yang masih ada anak kecil tu, memang sesuai sangatlah join promosi ni. Mana tau pek yang dibeli untuk anak-anak tu didalam ada logo DL. Kalau ada bolehlah tebus RM300 dengan Ducth Lady.

Untuk menebus pek logo DL  ini dengan hadiah wang RM300, anda juga perlu menjawab satu soalan dan melengkapkan butiran yang dikehendaki didalam borang penyertaan .

Kemudian hantarkan borang dan pek DL tadi dengan menggunakan Pos Laju atau kurier ke alamat yang diberikan.

borang

Cara-Cara

dc2.jpg

Untuk menyertai Promosi ini:

a. Beli mana-mana pek Susu Untuk Membesar Dutch Lady 1kg (sebarang varian) yang turut serta.

b. Cari logo kemenangan yang dicetak di dalam mana-mana pek Susu Untuk Membesar Dutch Lady 1kg.

c. Lengkapkan borang penyertaan dan jawab satu soalan.

d.Lampirkan salinan Kad Pengenalan anda dan seluruh pek kosong asal Susu Untuk Membesar Dutch Lady 1kg dengan logo kemenangan (”Bukti Pembelian”) kepada borang penyertaan.

e. Hantar menggunakan kurier atau Pos Laju sahaja ke:

26-2 Jalan USJ 9/5P,
Subang Business Centre,
47620 Subang Jaya, Selangor.

f. Salinan fotostat borang penyertaan adalah dibenarkan. Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan mestilah disertakan dengan Bukti Pembelian asal yang ditetapkan.

Muat turun borang penyertaan

Hadiah

a.Setiap Bukti Pembelian sah yang diterima berserta dengan borang penyertaan yang lengkap dan salinan Kad Pengenalan akan menerima wang tunai RM300.00, dengan syarat soalan yang dikemukakan pada borang penyertaan dijawab dengan betul.

b.Terdapat sebanyak 12,480 penebusan atau jumlah wang tunai RM3,744,000.00 untuk ditebus
dalam Promosi ini.

c.Penebusan yang diterima paling awal akan diproses terdahulu.

d.Hadiah-hadiah penebusan berbentuk cek berpalang akan dihantar ke alamat yang diberi oleh peserta dalam masa 6-8 minggu selepas Tempoh Promosi.

e.Kesemua cek mestilah dijelaskan dalam masa enam (6) bulan dari tarikh pengeluaran. Semua cek yang tidak dijelaskan enam (6) bulan selepas tarikh pengeluaran akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.

f. Setiap peserta layak untuk menebus lebih daripada satu (1) dan tidak melebihi dua puluh (20) hadiah sepanjang Tempoh Promosi.

terma_dc.jpg

Untuk Maklumat lanjut layari SINI


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?