Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2014


Pertandingan ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu Kategori A : Pelajar sekolah rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6), Kategori B : Pelajar sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5), Kategori C : Terbuka bagi rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas dan Kategori Khas : Terbuka bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 9 tahun hingga 45 tahun.

Setiap peserta dikehendaki memilih salah satu pilihan tajuk yang diberikan seperti berikut:

i. Tulis sepucuk surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia untuk menyatakan kenapa Malaysia menjadi destinasi pilihan pelancong asing.

ii. Tulis sepucuk surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia tentang pengalaman dan keistimewaan melancong di Malaysia.

iii. Tulis sepucuk surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia tentang cadangan untuk meningkatkan industri pelancongan di kawasan anda yang berkonsepkan Pelancongan 1Malaysia.

Format surat adalah SURAT TIDAK RASMI. Pertandingan ini dibuka dari 1 Julai 2014 hingga 31 Ogos 2014.

PertandinganMenulisSurat1Malaysia

Hadiah-Hadiah

ht

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

a) Peserta mestilah merupakan warganegara Malaysia.
b) Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar 1 penyertaan sahaja.
c) Penyertaan mestilah sampai selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2014 kepada Sekretariat Pertandingan.
d) Surat yang ditulis mestilah mengikut tema yang ditetapkan di perenggan 1 (c).
e) Karya yang diciplak adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati surat yang dihantar bukan karya asli, maka penyertaan akan dibatalkan serta-merta.
f) Surat mestilah ditulis dalam Bahasa Malaysia sahaja.
g) Surat mestilah bertulis tangan, kemas, dan mudah dibaca. Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan mesin taip atau computer. Peserta Kategori D OKU (Penglihatan) hendaklah menggunakan mesin taip Braille dan karya yang dihantar disertakan dengan terjermahan.
h) Surat yang ditulis mesti mengandungi jumlah patah perkataan mengikut kategori seperti yang berikut:

i) Kategori A: Sekolah Rendah – 150 hingga 250 patah perkataan
ii) Kategori B: Sekolah Menengah – 350 hingga 500 patah perkataan
iii) Kategori C: Terbuka (18 tahun ke atas) – 550 hingga 700 patah perkataan
iv) Kategori D: OKU (9 – 45 Tahun) -Tidak melebihi 300 patah perkataan
i) Borang penyertaan boleh didapati secara atas talian seperti berikut:
i) Pos Malaysia (www.pos.com.my)
ii) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (www.skmm.gov.my)
iii) Facebook Surat 1Malaysia 2014 (www.facebook.com/surat2014)
iv) Twitter Surat 1Malaysia 2014 (www.twitter.com/surat1malaysia)
j) Surat dan borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diposkan kepada:

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2014
P.O. Box 1000
50796 Kuala Lumpur

k) Sila sertakan sampul surat kosong bersaiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM0.80 untuk pihak penganjur mengirimkan sijil penyertaan. Satu sampul surat untuk satu sijil penyertaan sahaja.

l) Setiap penyertaan bagi Kategori A dan Kategori B mestilah disahkan/dicop oleh pihak sekolah.
m) Sila nyatakan kategori anda di sudut atas kiri sampul surat penyertaan anda. Contoh sampul surat penyertaan yang mengandungi karya, borang, dan sampul kosong

contoh
Contoh sampul surat kosong untuk sijil penyertaan yang dimasukkan dalam sampul di atas

n) Sijil penyertaan TIDAK AKAN diberi sekiranya:
i. Tiada sampul surat kosong beralamat sendiri
ii. Tiada setem bernilai 80 sen dilekatkan di sampul surat kosong
iii. Nama peserta tiada/tidak lengkap/sukar dibaca di sampul surat kosong
iv. Alamat rumah/sekolah yang tidak lengkap
v. Tidak memenuhi syarat-syarat pertandingan
vi. Sekiranya tiada senarai nama peserta bagi penyertaan yang dihantar secara berkumpulan (sekolah/universiti/kolej)

KRITERIA PENGHAKIMAN
Keseluruhan surat yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skima pemarkahan berikut:
i) Takrif Tajuk = 10 markah
ii) Idea = 40 markah
iii) Bahasa = 30 markah
iv) Olahan = 20 markah
Keseluruhan = 100 markah

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:

Sekretariat
Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2014
Bahagian Komunikasi Korporat
Pos Malaysia Berhad
Tingkat 7, Ibu Pejabat Pos Malaysia
Kompleks Dayabumi
50670 Kuala Lumpur
Tel : 03-2267 2206 / 2267 2203
Faks : 03-2267 2255
Facebook : www.facebook.com/surat2014
Twitter : www.twitter.com/surat1malaysia

Download Borang Peraduan
Download Terma & Syarat


29 Comments
  1. Farha Ainul Mardhiah 6 years ago

    ade contoh nk buat tk.

  2. Minji Azyana 6 years ago

    Saya dapat sijil je tahun lepas.Tahun ni saya kumpul sijil.mana tahu dapat masuk sekolah bagus sebab aktif.hihihi

  3. farah shuhaimi 6 years ago

    tarikh tamat ble erk?

  4. aziz 6 years ago

    Harap harap menang hehe

  5. Nur Hayati D'luversz 6 years ago

    kalau setem 1.00

  6. Unstoqable'Smileyboy Timo-t 6 years ago

    dapat sijil kebangsaan best juga!!!

  7. ainin 6 years ago

    klau menang ni betuah tau!

    • Aida 6 years ago

      Mmg bertuah sbb kalau mng tahun ni nanti boleh dapat tvlah , iPadlah . Macamx2 lah !!

  8. Ganeisraaj Kathiravan 6 years ago

    boleh menang cubalah!!

  9. Wan Mohammad Firdaus 6 years ago

    hihihihihihihihihihihihihihi

  10. Muhd.Nazmi 6 years ago

    boleh tak tulisan berangkai…

  11. Muhd.Nazmi 6 years ago

    tak tulisan berangkai…

  12. Azwa Manja 6 years ago

    wow, macam best. nak try lah!

  13. Hanafi_Cang 6 years ago

    saya hanafi cang…saya da tiga kali berturut2 dapat sijil kebangsaan..x de heboh macam korang semue nie…cam bangang..

    • copot 5 years ago

      nie kalau bukan heboh apa? ko ler bangang & bahlul

  14. Nabila_Azwa_c0mey 6 years ago

    hai..saya single..sape nk couple ngn saya..

  15. Nabila_Azwa_c0mey 6 years ago

    hai..saya peminat hanafi prince..die comel..handsome..cute lak tuh..slurpp..

  16. noor amsha 5 years ago

    saya pun sama

  17. ABDUL RAHMAN 5 years ago

    klau takde cop pengesahan boleh tak untuk hantar sendiri?mohon balas secepat mungkin

  18. ABDUL RAHMAN 5 years ago

    cop pengesahan sekolah punyer.

  19. lili natasha 5 years ago

    pengumuman pemenang bile eh?

  20. nurul fahana 5 years ago

    assalam…sy nk tanya bila nma pemenang akan diumumkan…sy thu mcm mn nama2 pemenang

  21. maithis 5 years ago

    Admin, bila keputusan akan dapat diketahui??

  22. Faris 5 years ago

    bila keputusan dapat diketahui

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2020 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?