Peraduan ‘Fruitale Queen-Be Fabulous’ Fruitale


Fruitale kini sedang mengadakan Peraduan ‘Fruitale Queen-Be Fabulous’ . Untuk menyertai peraduan ini, peserta perlu  mengemukakan resit pembelian barangan Fruitale bernilai RM5.00 dan keatas.

Kalau anda ada membeli barangan Fruitale bernilai RM5.00 dan keatas dalam tempoh peraduan ini, iaitu dari 5 Mei hingga 29 Jun 2014, jangan terus buang resit itu kerana  anda boleh gunakan resit itu untuk menyertai peraduan ini.

Dalam peraduan ini ada 2 kategori hadiah, hadiah mingguan dan hadiah utama.

Jika anda berminat untuk menyertai peraduan ini, lihat detail cara penyertaan seperti dibawah

 Cara untuk menyertai:

1.Beli sebarang produk Fruitale bernilai RM5.00 dan keatas.

2. Ambil gambar anda bersama koleksi kesayangan anda. (contoh: beg tangan, baju, kasut, cedermata, DLL)

3. Muat naik gambar tersebut ke aplikasi peraduan Fruitale

4. PM bukti pembelian ke laman Facebook Fruitale

5. Anda berpeluang untuk menang

Pemenang mingguan akan dipilih berdasarkan

* Keunikan dan jumlah barangan koleksi yang ditonjolkan.

(nasihat dari eMenang, pastikan setiap gambar yang diupload tidak mendedahkan aurat, setiap gambar yang dihantar adalah tanggungjawab masing-masing)

Hadiah-Hadiah

Hadiah Mingguan (9 minggu)

  • 1x setiap minggu- Wang tunai RM100 dan hamper produk Fruitale bernilai RM30

Hadiah Utama

  • 1 x hadiah utama Gelang Tangan Pandora bernilai RM1050
  • 1 x tempat ke-2 Gelang Tangan Pandora bernilai RM800
  • 1 x tempat ke-3 Gelang Tangan Pandora bernilai RM550

Press_TheStar_18X4col_color
Contoh gambar bersama koleksi kesayangan

Terma dan Syarat Peraduan

1. Peraduan ini terbuka kepada penduduk Malaysia, berumur 12 tahun (Perlu mendapat kebenaran ibu bapa terlebih dahulu) dan keatas kecuali staff Lam Soon and agensi berkaitan termasuk ahli keluarga terdekat.

2. Peraduan bermula 5 Mei hingga 29 Jun, 2014. Penyertaan yang diterima selepas tarikh tersebut adalah tidak layak.

3. Penganjur berhak menukar jangkamasa, terma dan syarat peraduan tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

4. Peserta pengumpul apa-apa koleksi yang menarik seperti Jam, beg tangan, Kasut dan lain-lain. Anda ratu dalam apa-apa koleksi? berikan gambar anda bersama koleksi.

5 . Untuk menyertai, peserta perlu membeli produk Fruitale bernilai RM5.00 dan keatas, hantar bukti pembelian melalui PM (private message), dan ‘Post’ gambar peserta bersama koleksi pilihan ke Aplikasi Peraduan Fruitale. Mereka boleh menjemput rakan dan keluarga untuk mengundi koleksi mereka.

6. Maklumat yang diberikan melalui aplikasi peraduan tidak akan disiarkan.

7. Peserta boleh menghantar seberapa banyak gambar bersama koleksi mereka yang berlainan, tetapi perlu diserta bersama bukti pembelian untuk setiap koleksi, dan peserta perlu muncul di dalam gambar tersebut.

Peraduan Mingguan (9 minggu, seorang pemenang setiap minggu)

8. Setiap pemenang mingguan akan menerima:

  • Wang tunai RM100
  • Hamper produk Fruitale bernilai RM30

9. Pemenang mingguan akan dipilih berdasarkan:

  • Budi bicara hakim berdasarkan luasnya koleksi, keunikan dan kreativiti

Peraduan Utama

10. Pemenang Hadiah Utama akan menerima:

  • 1 x hadiah utama Gelang Tangan Pandora bernilai RM1050
  • 1 x tempat ke-2 Gelang Tangan Pandora bernilai RM800
  • 1 x tempat ke-3 Gelang Tangan Pandora bernilai RM550

11. Pemenang utama akan dipilih berdasarkan:

  • 30% daripada undian
  • 70% daripada budi bicara hakim berdasarkan luasnya koleksi, keunikan dan kreativiti

12. Pemenang perlu memberi maklum balas dalam masa 7 hari dari tarikh pengumuman pemenang atau pemenang seterusnya akan dipilih.

13. Keputusan hakim adalah muktamad, sebarang aduan tidak akan dilayan.

14. Pihak penganjur berhak mengunakan gambar peserta dan koleksi, nama dan maklumat peribadi (Umur, Kawasan tempat tinggal peserta untuk tujuan promosi.

15. Pemenang perlu mengambil sendiri hamper produk di Pejabat Lam Soon yang berdekatan, yang akan diaturkan diantara penganjur dan pemenang, wang tunai akan dimasukkan ke dalam akaun bank pemenang.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan “ Be Fruitale Queen – Be Fabulous” atau jika ada pertanyaan , sila layari Halaman facebook Fruitale


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?