Peraduan ‘Cornetto Gempak’ 2014


Peluang memenangi hadiah 2 pasang Apple 5C dengan menyertai Peraduan ‘Cornetto Gempak’ 2014. Peraduan ini amat sesuai kepada mereka yang suka makan ais krim Cornetto ini, sambil makan ais krim boleh join peraduan sekali.

Untuk menyertai Peraduan ini, peserta perlu membeli produk Cornetto (sila lihat “Jadual Pembelian“) atau sila rujuk ke laman sawang http://Cornetto.Epromoasia.com untuk senarai produk-produk yang mengambil bahagian.

Jadual Pembelian

  • Cornetto Classic Vanilla 110ml [5 mata]
  • Cornetto Classic Chocolate 110ml [5 mata]
  • Cornetto Classic Black & White 110ml [5 mata]
  • Cornetto Royale Blackforest 135ml [10 mata]
  • Cornetto Royale Chocoluv 135ml[10 mata]
  • Cornetto Royale Strawberry 135ml[10 mata]

Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dengan syarat setiap penyertaan mestilah disertakan dengan resit asal pembelian dan DUA pembalut Cornetto (pembelian sebarang DUA [2] produk Cornetto) dari kedai-kedai dan stesen minyak yang mengambil bahagian seperti berikut:

  • Shell
  • Petronas
  • Petron
  • Caltex
  • 99 Speedmart
  • myNEWS.com

SATU (1) resit pembelian dengan DUA pembalut Cornetto yang sah, layak untuk SATU (1) penyertaan peraduan sahaja. Resit pembelian (yang sah) merupakan resit yang dicetak di tempat pembelian (dari kedai-kedai dan stesen minyak yang mengambil bahagian) dengan tempoh pembelian (yang sah) di antara 19 Januari 2014 sehingga 31 Mac 2014.

Resit yang ditulis dengan tangan dan/atau di luar tempoh peraduan akan dibatalkan. Salinan borang penyertaan diterima, dengan syarat setiap mesti diisi secara individu. Peserta boleh menyertai Peraduan ini seperti yang diterangkan di bawah:

Kemudian pos Borang Peraduan yang lengkap melalui POS BIASA SAHAJA ke alamat berikut:

Peraduan ‘CORNETTO GEMPAK’ 2014,
Peti Surat 8866, Pejabat Pos Kelana Jaya,
46799 Petaling Jaya, Selangor.

Untuk lebih detail lihat seperti dibawah:

form.png

Pemenang ditentukan menerusi pungutan mata terkumpul tertinggi. Mata akan diberikan kepada jawapan yang betul berdasarkan kepada jenis produk Cornetto yang dibeli . SATU (1) pembelian produk Cornetto Classic = 5 mata SATU (1) pembelian produk Cornetto Royale = 10 mata.

Sekiranya berlaku di mana markah di antara pemenang adalah seri, maka peserta yang menghantar mata (terkumpul) tertinggi; yang terawal (di dalam tempoh peraduan mingguan) akan diumumkan sebagai
pemenang.

Hadiah-Hadiah

hadiah.jpg

Terma & Syarat

  • Peraduan ‘CORNETTO GEMPAK’ 2014 [“Peraduan”] ini
    dianjurkan oleh UNILEVER (MALAYSIA) HOLDINGS SDN BHD (Co. No. 1532-V)
    [“Pihak Penganjur”] dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang
    mempunyai MyKad sah pada 01 Januari 2014 [“Peserta”].
  • Individu dari golongan berikut tidak layak menyertai Peraduan ini:
    • Kakitangan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan
      berkaitannya] serta ahli keluarga mereka yang terdekat [anak, ibu bapa,
      adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan/atau
    • Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat
      pengiklanan dan/atau promosi pihak Penganjur [termasuk syarikat
      bersekutu dan berkaitannya], dan ahli keluarga mereka yang terdekat
      [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].
    • Individu-individu yang mempunyai hubungkait secara langsung
      dengan kakitangan pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan
      berkaitannya].

Tempoh

  • Peraduan ini akan berlangsung mulai 19 Januari 2014 hingga 31 Mac 2014
    [“Tempoh Peraduan”]. Pihak Penganjur berhak membuat sebarang pindaan ke
    atas Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua
    penyertaan yang diterima selepas 04 April 2014 akan dibatalkan.

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan

  • Untuk menyertai Peraduan ini, peserta perlu membeli produk Cornetto (sila lihat “Jadual Pembelian“) atau sila rujuk ke laman sawang http://Cornetto.Epromoasia.com untuk senarai produk-produk yang mengambil bahagian.Jadual Pembelian
    • Cornetto Classic Vanilla 110ml
    • Cornetto Royale Blackforest 135ml
    • Cornetto Classic Chocolate 110ml
    • Cornetto Royale Chocoluv 135ml
    • Cornetto Classic Black & White 110ml
    • Cornetto Royale Strawberry 135ml
  • Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dengan
    syarat setiap penyertaan mestilah disertakan dengan resit asal pembelian
    dan DUA pembalut Cornetto (pembelian sebarang DUA [2] produk Cornetto)
    dari kedai-kedai dan stesen minyak yang mengambil bahagian seperti
    berikut:

    • Shell
    • Petronas
    • Petron
    • Caltex
    • 99 Speedmart
    • myNEWS.com
  • SATU (1) resit pembelian dengan DUA pembalut Cornetto yang sah, layak untuk SATU (1) penyertaan peraduan sahaja.
  • Resit pembelian (yang sah) merupakan resit yang dicetak di
    tempat pembelian (dari kedai-kedai dan stesen minyak yang mengambil
    bahagian) dengan tempoh pembelian (yang sah) di antara 19 Januari 2014
    sehingga 31 Mac 2014.
  • Resit yang ditulis dengan tangan dan/atau di luar tempoh peraduan akan dibatalkan.
  • Salinan borang penyertaan diterima, dengan syarat setiap mesti diisi secara individu.
  • Peserta boleh menyertai Peraduan ini seperti yang diterangkan di bawah:
    • Untuk penyerahan penyertaan, para peserta perlu melengkapkan
      borang peraduan dengan lengkap dan tepat. Penyertaan yang tidak lengkap
      akan dibatalkan.
    • Borang Peraduan mesti dihantar melalui POS BIASA SAHAJA ke alamat berikut:Peraduan ‘CORNETTO GEMPAK’ 2014, Peti Surat 8866, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46799 Petaling Jaya, Selangor.
    • Penyertaan yang diterima melalui sebarang kaedah penghantaran yang lain akan dibatalkan.
    • Bukti pengiriman pos tidak menandakan bukti penerimaan oleh Pihak Penganjur.
    • Segala kos yang berkaitan dengan penyertaan peraduan ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
  • Setiap penyertaan yang lengkap dengan jawapan yang betul
    bersertakan resit asal pembelian Cornetto (pembelian sebarang DUA [2]
    produk Cornetto dari kedai dan stesen minyak yang mengambil bahagian)
    dengan DUA pembalut Cornetto yang sah akan diterima sebagai penyertaan
    yang layak.

    • Mata akan diberikan kepada jawapan yang betul berdasarkan kepada jenis produk Cornetto yang dibeli seperti berikut:SATU (1) pembelian produk Cornetto Classic = 5 mata SATU (1) pembelian produk Cornetto Royale = 10 mata
    • Sekiranya berlaku di mana markah di antara pemenang
      adalah seri, maka peserta yang menghantar mata (terkumpul) tertinggi;
      yang terawal (di dalam tempoh peraduan mingguan) akan diumumkan sebagai
      pemenang.
  • Peraduan dibahagikan kepada SEPULUH (10) minggu iaitu:
    • Minggu 1    : 19 Januari 2014 – 25 Januari 2014
    • Minggu 2    : 26 Januari 2014 – 1 Februari 2014
    • Minggu 3    : 2 Februari 2014 – 8 Februari 2014
    • Minggu 4    : 9 Februari 2014 – 15 Februari 2014
    • Minggu 5    : 16 Februari 2014 – 22 Februari 2014
    • Minggu 6    : 23 Februari 2014 – 1 Mac 2014
    • Minggu 7    : 2 Mac 2014 – 8 Mac 2014
    • Minggu 8    : 9 Mac 2014 – 15 Mac 2014
    • Minggu 9    : 16 Mac 2014 – 22 Mac 2014
    • Minggu 10    : 23 Mac 2014 – 31 Mac 2014
  • Pemenang hadiah mingguan akan ditentu berdasarkan jumlah mata yang diperolehi disepanjang Tempoh Peraduan (Mingguan).
  • Setiap peserta hanya layak memenangi SATU (1) hadiah di sepanjang Tempoh Peraduan.

Hadiah-Hadiah

  • Hadiah Mingguan x 10 minggu: SATU pasang (2 UNIT) APPLE 5C 16GB x 2 pemenang setiap minggu
  • Hadiah-hadiah ini diberikan atas dasar “seperti adanya”. Pihak
    Penganjur berhak menukar spesifikasi dan warna yang akan diberikan.
    Spesifikasi hadiah-hadiah dan warna sebenar mungkin berbeza daripada
    visual dan imej yang terpapar pada borang peraduan dan bahan-bahan
    cetakan yang lain.
  • Risiko penebusan hadiah adalah di bawah tanggungan pemenang
    hadiah. Segala kos dan perbelanjaan yang berkaitan untuk menebus hadiah
    dan bagi waranti produk hadiah-hadiah daripada pengilang/pembekal adalah
    ditanggung sepenuhnya oleh pemenang sendiri.
  • Sekiranya Pihak Penganjur mengadakan upacara penyampaian
    hadiah, pemenang berusia 18 tahun ke bawah perlu hadir dan ditemani oleh
    ibu bapa / penjaga.

Kriteria Pengadilan

  • Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad, terikat dan tidak berhak
    dipertikaikan. Sebarang bantahan dan/atau aduan melalui apa jua medium
    tidak akan dilayan.

Notis Pemenang

  • Para pemenang akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas
    dan/atau telefon. Kesemua hadiah mestilah dituntut di dalam tempoh 2
    bulan dari tempoh notis. Tuntutan hadiah tidak sah dan akan ditarik
    balik jika pemenang gagal menuntut hadiah di dalam tempoh yang
    ditetapkan. Pihak Penganjur tidak akan melayan sebarang permintaan untuk
    penangguhan tempoh menebus hadiah.
  • Pihak penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang
    yang gagal menurut prosedur menuntut hadiah seperti yang ditetapkan oleh
    pihak penganjur. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya
    notis pemberitahuan kepada pemenang tidak diterima atau atas kelewatan
    penghantaran notis kepada pemenang.
  • Nama-nama pemenang akan diumumkan di laman web atau di
    mana-mana medium yang lain yang dianggap sesuai oleh Pihak Penganjur
    pada tempoh 60 hari selepas tarikh peraduan. Jika berlaku situasi di
    mana pemenang tidak menerima sebarang notifikasi, notifikasi yang
    disiarkan di laman web atau di mana-mana medium yang bersesuaian bagi
    Pihak Penganjur dianggap memadai dan mencukupi. Sebarang alasan oleh
    pemenang yang tidak menerima sebarang notifikasi tidak akan dilayan sama
    sekali oleh Pihak Penganjur untuk melanjutkan tempoh penebusan hadiah.
  • Pihak penganjur berhak untuk melantik pihak ketiga untuk
    mengendalikan proses pengesahan para pemenang Peraduan serta bagi tujuan
    penghantaran hadiah-hadiah/barangan.

Hak Pihak Penganjur

  • Bukti kiriman tidak akan dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak
    penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang borang penyertaan
    yang hilang, lewat atau tersilap alamat.
  • Pihak penganjur berhak membatalkan kelayakan para peserta
    secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar
    dibaca, rosak, lewat atau tidak mempunyai bukti pembelian dan bar kod
    yang sah.
  • Pihak penganjur berhak untuk menggantikan hadiah peraduan
    dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah
    tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh
    ditukar untuk wang tunai.
  • Peserta dan pemenang akan menanggung sepenuhnya dan
    bertanngungjawab sekiranya berlaku liabiliti, kejadian tidak diingini,
    kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang
    disebabkan penyertaan mereka di dalam peraduan ini penebusan dan/atau
    penggunaan hadiah/hadiah dan bersetuju melepaskan untuk melepaskan Pihak
    Penganjur dan agensinya dari sebarang tuntutan samada bagi sebarang
    kecederaan, kemalangan, kehilangan jiwa mahupun kehilangan ekonomi dan
    lain-lain.

Publisiti

  • Penerimaan hadiah menandakan keizinan diberi kepada pihak penganjur
    dan agensinya untuk menggunakan nama dan/atau foto peserta untuk tujuan
    publisiti, pengiklanan dan/atau pemasaran tanpa sebarang notis dan/atau
    pampasan.

Pematuhan kepada Terma & Syarat Peraduan

  • Di samping Terma dan Syarat ini, segala syarat dan kaedah untuk
    penyertaan dalam Peraduan ini seperti yang dinyatakan pada
    http://Cornetto.Epromoasia.com atau sebaliknya adalah turut terikat
    kepada semua Peserta dan penyertaan mereka dalam Peraduan ini.
  • Sekiranya berlaku sebarang percanggahan yang melibatkan Terma
    dan Syarat ini dengan mana-mana terma yang terkandung dalam sebarang
    bahan promosi Peraduan ini, terma yang terkandung
    http://Cornetto.Epromoasia.com akan diguna pakai.
  • Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah membaca
    serta bersetuju dengan semua terma dan syarat yang terkandung di sini
    dan akan mematuhi segala dan/atau sebarang keputusan yang dibuat oleh
    pihak Penganjur.

Perubahan kepada Terma & Syarat

  • Pihak Penganjur berhak untuk menukar, meminda, memotong atau
    menambah Terma dan Syarat Peraduan ini tanpa memberi notis terlebih
    dahulu pada bila-bila masa dan Para Peserta adalah terikat kepada
    perubahan sedemikian.

Penggantungan

  • Pihak Penganjur juga berhak untuk membatal, mengubah suai,
    menggantung atau menangguhkan Peraduan ini sekiranya berlaku keadaan
    tidak diduga yang di luar kawalan munasabahnya.

Perlindungan Data

  • Sila baca dan fahamkan Dasar Privasi Unilever yang boleh didapati
    di laman web berikut:
    http://www.unilever….cy/privacy.aspx (tersedia
    dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia).
  • Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia,
    2010, dengan mengambil bahagian dalam peraduan ini, anda mengesahkan
    bahawa anda telah membaca di atas Dasar Privasi Unilever dan anda dengan
    ini memberi kebenaran kepada Penganjur, sekutu-sekutunya dan ejen yang
    diberi kuasa untuk menggunakan maklumat peribadi anda termasuk nama,
    gambar dan/atau imej untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan/atau
    publisiti, berkaitan dengan peraduan ini, di mana-mana dan semua jenis
    media tanpa apa-apa pampasan atau pembayaran kepada anda atau mana-mana
    pemberitahuan atau kelulusan selanjutnya tambahan diperolehi daripada
    anda .
  • Sekiranya anda ingin menarik balik kebenaran anda,
    mengemaskini atau mendapatkan maklumat peribadi yang kami simpan tentang
    anda atau mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Dasar Privasi
    Unilever, sila tulis kepada: Pegawai Perlindungan Data, Unilever
    (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Aras 33-35, Menara TM, Jalan Pantai Baru,
    59200 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Adalah dimaklumkan bahawa sekiranya anda memilih untuk
    menarik balik kebenaran anda semasa atau selepas Pertandingan/ Peraduan
    Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan anda.
  • Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya
    untuk menyimpan data peribadi Peserta yang selamat, dan memerlukan
    pemproses data pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Sila
    ambil perhatian, bagaimanapun, pihak Penganjur boleh mengemukakan data
    peribadi Peserta jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang,
    atau dengan waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.

0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?