Peraduan Realisasikan Impianmu


Bermula sekarang sehingga bulan Februari 2014 , jika anda ada membeli produk Glo*, Softlan*, Axion* dan Ajax Fabuloso* minta resit atau jangan terus buang resit pembelian tersebut kerana dengan resit pembelian itu anda boleh menyertai Peraduan Realisasikan Impianmu yang kini sedang berlangsung sehingga 7 Februari ini.

Dengan menyertai peraduan ini anda berpeluang memenangi hadiah yang disenaraikan dan boleh memilih hadiah yang anda inginkan. Setiap minggu, 2 pemenang akan memenangi hadiah.

* Lihat detail produk pada jadual bukti pembelian.

Jika anda berminat untuk menyertainya Lihat cara-caranya seperti dibawah:

1. Beli mana-mana produk Colgate-Palmolive seperti yang ditunjukkan dalam Jadual Bukti Pembelian.

2.Kira kesemua produk di dalam gambar dan tulis jawapan yang betul pada kotak yang disediakan.

3. Lengkapkan borang penyertaan, sertakan 1 bukti pembelian ke dalam 1 sampul surat, lekatkan setem yang mencukupi dan poskan ke alamat berikut:

Peraduan Realisasikan Impianmu
d/p:Omniteam Sdn Bhd
Peti Surat 8820
Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya

rp

peraduan

Hadiah

colp.png

[A] Philips 40” Full HD 3D Smart LED TV 40PFL5507
[b] Pioneer Blu-ray 3D Home Theatre System HTZ-828BD
[C] Sony 14” VAIO E Series 14 (White) SVE14137CVW
[D] Samsung Galaxy S4
[E] Samsung Galaxy Note 2
[F] Samsung Galaxy Note 8.0
[G] Osim uPhoria Leg Massager
[H] Samsung Hybrid Notebook XE500T1C-A01MY
[i] Samsung Galaxy Camera

Syarat & Peraturan Peraduan

  1. Peraduan Realisasikan Impianmu [“Peraduan”] dianjurkan oleh Colgate-Palmolive Marketing Sdn. Bhd. (165147-W) [“Penganjur”] dan bermula pada 07/12/2013 dan berakhir pada 07/02/2014 [“Tempoh Peraduan”]. Penganjur berhak untuk meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa. Peraduan ini dibuka kepada semua penduduk Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas, kecuali kakitangan Penganjur dan agensi pengiklanan, promosi, acara dan perhubungan awam mereka, serta anggota keluarga terdekat masing-masing.
  2. Anda layak menyertai Peraduan ini dengan setiap pembelian mana-mana produk yang dipaparkan di Jadual Bukti Pembelian. Anda mesti melengkapkan butir-butir peribadi yang diperlukan, tulis jawapan betul bagi bilangan produk Colgate-Palmolive yang dipaparkan dalam borang penyertaan, tulis pilihan Hadiah Mingguan anda (huruf) dan sertakan resit cetakan elektronik asal yang menunjukkan dengan jelas pembelian 1 [satu] atau lebih produk yang dipaparkan di Jadual Bukti Pembelian sepanjang Tempoh Peraduan.
  3. Anda boleh menghantar lebih daripada 1 [satu] borang penyertaan. Fotokopi borang penyertaan diterima. Setiap borang penyertaan mesti dihantar melalui pos biasa ke alamat yang dinyatakan. Penyertaan yang diterima melalui khidmat kiriman lain akan dibatalkan secara automatik. Bukti pos tidak boleh dijadikan bukti penerimaan oleh Penganjur.
  4. Terdapat 2 [dua] Hadiah Mingguan setiap minggu sepanjang Tempoh Peraduan seperti di bawah:
    • Minggu 1: 07/12/13 ke 13/12/13
    • Minggu 2: 14/12/13 ke 20/12/13
    • Minggu 3: 21/12/13 ke 27/12/13
    • Minggu 4: 28/12/13 ke 03/01/14
    • Minggu 5: 04/01/14 ke 10/01/14
    • Minggu 6: 11/01/14 ke 17/01/14
    • Minggu 7: 18/01/14 ke 24/01/14
    • Minggu 8: 25/01/14 ke 31/01/14
    • Minggu 9: 01/02/14 ke 07/02/14
  5. Pilihan Hadiah Mingguan adalah seperti di bawah:
    • [A] Philips 40″ HD Penuh 3D LED TV Smart 40PFL5507
    • [B] Pioneer Blu-ray 3D Sistem Teater Rumah HTZ-828BD
    • [C] Sony 14″ VAIO E Siri 14 (Putih) SVE14137CVW
    • [D] Samsung Galaxy S4
    • [E] Samsung Galaxy Note 2
    • [F] Samsung Galaxy Note 8.0
    • [G] Mesin Urut Kaki Osim uPhoria
    • [H] Samsung Hybrid Notebook XE500T1C-A01MY
    • [I] Kamera Samsung Galaxy
  6. Peserta terpilih akan dihubungi menerusi telefon dan akan diberi satu soalan. Untuk memenangi Hadiah Mingguan, peserta mesti menjawab soalan dengan betul. Sekiranya terdapat mana-mana peserta yang tidak dapat dihubungi selepas 3 [tiga] percubaan atau gagal menjawab soalan dengan betul, kelayakannya akan dibatalkan.
  7. Setiap peserta hanya boleh memenangi 1 [satu] Hadiah Mingguan setiap minggu dan maksimum 2 [dua] Hadiah Mingguan sepanjang Tempoh Peraduan. Penganjur berhak menggunakan budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan tunai.
  8. Pemenang akan di hubungi melalui telefon dalam tempoh 2 – 4 minggu dari tarikh tamat setiap tempoh mingguan. Hadiah akan di hantar kepada pemenang-pemenang dalam tempoh 8 – 10 minggu dari tarikh tamat Tempoh Peraduan. Kos menuntut hadiah hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang. Pemenang mesti mematuhi terma dan syarat pemenang (tertakluk dan akan diberitahu kepada pemenang sahaja) yang dikenakan Penganjur. Peserta akan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kecederaan, kerosakan, atau kerugian akibat daripada mengambil bahagian dalam Peraduan ini, atau semasa menggunakan dan/atau menebus hadiah mereka.
  9. Dengan menyertai Peraduan ini dan penerimaan hadiah, peserta dengan ini memberi kebenaran kepada Penganjur untuk menggunakan data peribadi dan/atau gambar untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa notis dan/atau pampasan. Penganjur akan mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk menyimpan data peribadi peserta dengan selamat.
  10. Sekiranya terdapat percanggahan; maka Syarat & Peraturan Peraduan dalam Bahasa Inggeris yang tertera di laman web hendaklah diguna pakai. Keputusan Penganjur adalah muktamad Peserta bersetuju untuk terikat dengan Syarat & Peraturan Peraduan.

Dapatkan borang peraduan di pasaraya atau kedai-kedai berhampiran anda. Untuk maklumat lanjut layari SINI.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?