Peraduan Pilot Pen Wingel


Sertai Peraduan Pilot Pen Wingel untuk berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM1, 000 . Setakat ini sudah 12 pemenang telah dipilih dan kini tinggal 88 pemenang lagi yang bakal memenangi hadiah wang tunai RM1, 000 ini.

Mekanisma peraduan adalah seperti berikut. Setiap penyertaan yang diterima oleh PILOT Pen dengan jawapan yang betul akan diberikan Nombor Urutan Penerimaan, mengikut urutan penerimaan,bermula dengan 001.

Borang Penyertaan dengan Nombor Urutan Penerimaan yang diberikan yang berakhir dengan nombor’111′ atau ‘666’ adalah Penyertaan Layak untuk tujuan peraduan ini.Hanya 100 Penyertaan Layak yang pertama akan memenangi hadiah wang tunai RM 1,000.

Maksudnya, borang dengan nombor berturut berakhir dengan ‘111’ atau ‘666’ akan dipilih sebagai pemenang. Contoh pemenang adalah yang menerima nombor berturut 0111, 0666, 1111, 1666, 2111, 2666 dan sebagainya sehingga 100 hadiah telah diberikan.

Jika lebih daripada satu penyertaan dengan nombor MyKad yang sama diterima,hanya penyertaan pertama yang diterima sahaja akan diberikan Nombor Urutan Penerimaan dan semua penyertaan lain akan dibatalkan (maksudnya seorang hanya boleh hantar satu penyertaan saja, kalau hantar lebih dari satu, penyertaan pertama saja diterima).

Jika anda berminat untuk menyertainya lihat cara-caranya seperti berikut:

1. Pergi ke kedai buku dan alat tulis  yang terdekat untuk mendapatkan borang penyertaan. (seperti di POPULAR)

2. Beli Pen Pilot Wingel (untuk mendapatkan pelekat logo Pilot Wingel). Pastikan ada pelekat logo Pilot di bahagian dalam batang dakwat sebelum beli. (Harga sebatang pen ni lebih kurang dalam RM 3)

3. Keluarkan pelekat logo Pilot dan tampal pada borang penyertaan.(boleh tengok seperti gambar dibawah.)

4.Untuk  mengeluarkan pelekat logo Pilot, anda perlu mengeluarkan batang dakwat isian semula tadi dan kemudian buka pelekat logo Pilot itu dengan berhat-hati.

5. Jawab soalan yang mudah dan isikan butiran anda pada borang penyertaan.

6. Anda boleh hantarkan borang penyertaan kepada PILOT  melalui pos atau masukkan ke dalam dropbox Pilot (jika ada di kedai buku).

1239936_728861283806123_710144510_n

Buka pelekat logo PILOT dan lekatkan pada borang peraduan. (sumber gambar)

Anda boleh dapatkan borang peraduan di kedai-kedai buku atau alat tulis berhampiran anda. Tanya jurujual kedai ada tak borang peraduan ini, kalau dia kata tiada pergi cari dekat kedai lain. Sampai jumpa borang peraduan baru beli pen PILOT Wingel tu.

Untuk maklumat lanjut boleh tanya di SINI.


4 Comments
  1. Hasni Bin Bujai 6 years ago

    I went to Tesco this afternoon and I went to stationary department to look for the Pilot pen and I found it. But however I ask the staff where is the contest form. They told me the supplier did not provide the form. Can I download the form from the pilot website. Thank You

    • Author
      Contest 6 years ago

      Forms is available in all Popular outlets and soon in Mydin outlets. Beside that you can visit other bookstore & stationary. Not sure can download or not.

  2. HarrMann Sheerwood 6 years ago

    where can I get the contest form…

    • Author
      Contest 6 years ago

      Forms is available in all Popular outlets and soon in Mydin outlets.

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?