Proton Peraduan Nama Siapa Hebat?


Gunakan imaginasi anda! Namakan Kereta Kompak Proton yang baru secara kreatif dan anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik!

Petunjuk: Kereta yang bergaya, kompak, dengan rekabentuk dan ciri-ciri yang termaju dan inovatif. Ia mempunyai ruang yang luas, selesa dan amat praktikal. Sungguh seronok untuk dipandu!

Peraduan ini akan berlangsung dari 25 Jun 2013 hingga 25 Julai 2013.

Bagaimana untuk Menyertai?

1. Klik butang Cadangkan Nama Sekarang dan isikan e-Borang yang tertera. Secara alternatif, anda boleh memuat turun borang PDF untuk penyertaan melalui kiriman pos.

2. Cadangkan nama yang paling kreatif dalam Bahasa Malaysia untuk Kereta Kompak Proton. Anda boleh menghantar lebih dari satu penyertaan.

3.Tunggu pengumuman pemenang.

 Cadang Nama Anda Sekarang ATAU Muatturun Borang Peraduan (kena print & pos)
Tempoh peraduan pun tinggal 5 hari lagi, kalau nak join better join secara online je. (klik Cadang Nama Anda Sekarang)

Hadiah

proton.png

Terma & Syarat

  1.  “PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat?” dianjurkan oleh Perusahaan
    Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON) dan terbuka kepada warganegara
    Malaysia, yang mempunyai kad pengenalan yang sah, berusia 12 tahun dan
    ke atas termasuk kakitangan PROTON KECUALI kakitangan yang terlibat di
    dalam Jawatankuasa PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat.
  2. Peraduan ini akan berlangsung dari 12.01 pagi 25 Jun 2013 hingga 11.59     malam 25 Julai 2013( “Tempoh Peraduan”).
  3.  Borang penyertaan boleh dimuat turun dari laman web
    namasiapahebat.proton.com dan juga boleh didapati dari cawangan-cawangan
    Pusat Servis PROTON yang terpilih di seluruh negara. Sila rujuk di
    laman web tersebut di atas.
  4. Borang penyertaan boleh dimuat turun dari laman web
    namasiapahebat.proton.com dan juga boleh didapati dari cawangan-cawangan
    Pusat Servis PROTON yang terpilih di seluruh negara. Sila rujuk di
    laman web tersebut di atas.
  5. Setiap borang penyertaan yang dihantar mesti lengkap dengan
    butiran peribadi, nama yang dicadangkan, slogan dan rasional untuk nama
    tersebut dengan cara yang paling kreatif.
  6. Semua borang penyertaan kecuali penyertaan secara “online”,
    mesti dikirimkan menggunakan setem yang bernilai sekurang-kurangnya enam
    puluh (60) sen atau mana-mana kombinasi denominasi setem yang mempunyai
    nilai yang sama atau lebih. Borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak
    boleh dibaca, rosak dan tidak mempunyai setem bernilai enam puluh (60)
    sen akan dibatalkan.
  7. Bukti pengeposan borang penyertaan BUKAN bukti penerimaan oleh
    PROTON. PROTON tidak bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan,
    kerosakan atau kelewatan penerimaan borang penyertaan. Sebarang rayuan
    atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
  8. Peserta boleh menghantar seberapa banyak borang penyertaan dan
    setiap borang penyertaan hanya boleh mencadangkan SATU (1) nama sahaja
    di ruang yang disediakan. Mana-mana borang yang mencadangkan lebih
    daripada satu nama dan tidak memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan
    seperti di atas akan terbatal secara automatik. Borang fotostat juga
    diterima.
  9. Setiap pemenang hanya boleh memenangi satu (1) Hadiah sahaja daripada hadiah-hadiah yang disediakan oleh PROTON.
  10. Hadiah Utama yang dinyatakan     termasuk Cukai Jalan, Yuran
    Pendaftaran, plat nombor dan insurans. Bayaran tuntutan pemilik, kos
    pengendalian dan     pemeriksaan dan kos-kos lain yang berkaitan dengan
    penebusan. Kereta yang dimenangi adalah menjadi tanggungjawab pemenang
    sepenuhnya. Pemenang yang berumur 17 tahun ke bawah mesti hadir bersama
    ibubapa/penjaga yang sah semasa menuntut hadiah yang dimenangi.
  11. Semua hadiah yang diberikan adalah dalam keadaan “sedia ada”.
  12. PROTON berhak menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain
    atas sebab ketiadaan stok, dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh
    PROTON atas budi bicaranya, yang setara nilainya pada bila-bila masa
    tanpa sebarang notis.
  13. Kesemua hadiah mestilah dituntut pada tarikh yang ditetapkan
    oleh PROTON. Pemenang-pemenang dikehendaki menuntut Hadiah di
    lokasi-lokasi yang ditetapkan oleh PROTON. Tarikh tuntutan hadiah adalah
    dalam masa 14 hari dari tarikh pengumuman pemenang.
  14. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau
    sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan dengan
    menyertai Peraduan ini dan bagi tujuan menuntut hadiah adalah
    tanggungjawab pemenang sepenuhnya.
  15. PROTON berhak untuk menggunakan mana-mana nama yang dicadangkan
    di dalam Peraduan ini untuk sebarang promosi, aktiviti, program dan
    produk PROTON tanpa kebenaran dari mana- mana peserta peraduan ini.
    Peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan sebarang pemilikan atau
    mendapat sebarang bentuk pampasan untuk penggunaan nama tersebut.
  16. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta memberi kebenaran kepada
    PROTON untuk menggunakan maklumat dan/atau gambar peserta untuk tujuan
    publisiti, pengiklanan dan perdagangan PROTON tanpa sebarang notis
    dan/atau pampasan.
  17. Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
  18. Dengan penyertaan Peraduan ini, peserta bersetuju mematuhi dan
    terikat kepada Syarat dan Peraturan Peraduan ini , serta keputusan
    PROTON.

Untuk Maklumat lanjut layari SINI


3 Comments
  1. fatimah 6 years ago

    sy nk menang aiped

  2. SIEW TEE 6 years ago

    sim kad kena hadiah percama

  3. mahatdey 6 years ago

    I wonder who is the winner? …until now still no announcement. …

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?