Peraduan Fruit Essentials 2013


Dapatkan 2 baucer diskaun Watson’s bernilai RM2 setiap satu. 500 penyertaan yang diemelkan kepada mycleanclear@gmail.com yang berjaya menjawab 3 soalan senang dibawah dengan betul akan menang! Semoga berjaya!

* Jangan lupa untuk emelkan nama penuh, nombor I/C, alamat rumah dan nombor telefon bersertakan dengan jawapan-jawapannya sekali!

Peraduan ini akan tamat pada 31 Julai 2013

eMenang tidak pasti samaada ia baucer diskaun untuk pembersih muka Fruit Essentials ataupun baucer diskaun Watson’s.  Sebab pada terma syarat ditulis baucer diskaun Watson’s tapi di update Facebook My Clean and Clear tulis baucer diskaun pembersih muka Fruit Essentials.

Terma & Syarat

Kelayakan

  1. Peraduan ini tertakluk kepada terma dan syarat berikut dan para peserta bersetuju bahawa mereka telah pun membaca dan faham akan terma dan syarat tersebut dan akan terikat dengannya. Penyertaan adalah sukarela.
  2. Penganjur peraduan ini ialah Johnson & Johnson Sdn. Bhd., dengan pejabat berdaftar beralamat di Lot 3 & 5, Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
  3. Peraduan ini terbuka kepada semua warga wanita Malaysia berumur 13-25 tahun, kecuali para pekerja Johnson & Johnson Sdn. Bhd. dan keluarga terdekat mereka, dan/atau syarikat gabungan, pengedar dan agensi-agensi pengiklanan Johnson & Johnson Sdn. Bhd.
  4. Peraduan ini berlangsung dari 20hb Jun hingga 31hb Julai, 2013.

Penyertaan & Kriteria Kelayakan

  1. Setiap penyertaan mesti diemelkan kepada mycleanclear@gmail.com berserta dengan nama penuh (nama yang didaftarkan dalam I/C), nombor I/C, alamat rumah untuk penghantaran baucer, dan nombor telefon. Penyertaan yang tidak dihantar ke email yang dinyatakan akan dibatalkan.
  2. Untuk peserta yang menghantar beberapa penyertaan, hanya penyertaan pertama yang akan dipilih oleh pihak Penganjur untuk kelayakan penyertaan.
  3. Setiap penyertaan perlulah mengandungi jawapan kepada ketiga-tiga soalan yand ditemukan.
  4. Pemenang akan dipilih berdasarkan LIMA RATUS (500) peserta pertama yang menjawab ketiga-tiga soalan tersebut secara tepat.

Hadiah-Hadiah:

  1. Hadiah untuk peraduan ini adalah:
    • Dua (2) baucer diskaun Watson’s bernilai RM2 setiap satu.
  2. Setiap Pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja.
  3. Setiap Pemenang akan dihubungi melalui e-mel.
  4. Para Pemenang perlu memaklumkan butiran peribadi kepada Pihak Penganjur supaya Pihak Penganjur dapat menghantar hadiah kepada para Pemenang.
  5. Hadiah peraduan ini akan dihantar secara kiriman pos kepada semua pemenang. Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Sila pastikan alamat kiriman yang diberikan adalah tepat dan lengkap.
  6. Para Pemenang mungkin perlu memberi pengesahan penerimaan hadiah secara e-mel.
  7. Para Pemenang bertanggungjawab terhadap semua cukai yang berkenaan dan perbelanjaan yang tidak dinyatakan dalam huraian hadiah.
  8. Sekiranya pihak Penganjur, atas apa jua sebab, tidak dapat menghubungi pemenang dalam jangka masa yang munasabah, pihak Penganjur berhak memilih pemenang yang lain.
  9. Pihak Penganjur berhak memilih pemenang alternatif sekiranya mereka mempunyai asas yang munasabah untuk mempercayai bahawa pemenang yang terpilih telah melanggar sebarang Terma yang ditetapkan.

Hak Pihak Penganjur

  1. Pihak Penganjur berhak memendekkan atau melanjutkan Tempoh Peraduan.
  2. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan sebarang borang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak, lewat atau tidak mempunyai bukti pembelian yang betul secara automatik.
  3. Pihak Penganjur berhak membatalkan pemenang peraduan jenama bersaing yang lain secara automatik.
  4. Pihak Penganjur berhak menggantikan sebarang hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
  5. Serentak dengan penerimaan hadiah, para pemenang turut memberi kebenaran kepada pihak Penganjur serta agensi-agensinya untuk menggunakan nama dan/atau gambar mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan.
  6. Dengan menyertai peraduan ini, para peserta bersetuju untuk mematuhi Syarat-Syarat dan Peraturan rasmi serta segala keputusan-keputusan pihak Penganjur.
  7. Pihak Penganjur berhak menukar, membatalkan atau menarik balik terma peraduan tanpa sebarang notis lanjut. Keputusan pihak Penganjur dalam apa jua aspek mengenai peraduan ini, termasuk penentuan para pemenang adalah muktamad. Sebarang perihal surat-menyurat tidak akan dilayan.
  8. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas penyertaan yang hilang, lewat, tersalah hantar, rosak atau tidak dihantar. Penyertaan yang tidak lengkap dan/atau sukar dibaca akan dibatalkan.
  9. Keputusan para pengadil adalah muktamad. Sebarang perihal surat-menyurat tidak akan dilayan

Untuk Maklumat lanjut di SINI


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?