Peraduan Roller Coaster Extreme


Sertai Peraduan Roller Coaster Extreme untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik seperti Samsung Galaxy, iPad Mini 16 GB Wireless, Voucer pembelian barangan Nike, Adidas dan Hamper.

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu membeli satu pek Jack ‘n Jill Roller Coaster 60g atau kanister Jack ‘n Jill Roller Coaster 100g, masukkan kod ke dalam ‘aplikasi game’, bina ‘Roller-Coaster’ dan berlumba bagi memenangi pelbagai HADIAH CUN !

cara main

Hadiah

hadiahhadiah 2

TERMA & SYARAT RASMI PERADUAN

1. KELAYAKAN: Peraduan Roller Coaster Extreme (“Peraduan”) oleh URC Snack Foods (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penganjur”) adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan penghuni tetap Malaysia berusia 16 dan ke atas pada 17 Jun 2013 yang memiliki Kad Pengenalan yang sah dan sedang menetap di Malaysia. Kakitangan Penganjur dan Pentadbir (diterangkan di bawah), dan syarikat, sekutu, subsidiari, pegawai, pengarah, kakitangan, kontraktor, wakil-wakil, agensi percetakan dan pengiklanan mereka dan mana-mana agen Penganjur, dan dan keluarga terdekat serta isirumah mereka (secara kolektif “Entiti Peraduan “) tidak layak untuk menyertai Peraduan ini.

2. Peraduan ini tidak ditaja, disokong, ditadbir oleh atau berkaitan dengan Facebook dan Entiti Peraduan, dan semua Peserta membebaskan Facebook daripada sebarang liabiliti berhubungan Peraduan ini. Dengan menyertainya, para Peserta bersetuju akan berurusan dengan Penganjur berkenaan sebarang komen atau isu. Turut dipersetujui bahawa Peserta memberikan maklumat peribadi mereka kepada Penganjur melalui Pentadbirnya, (dihuraikan di bawah), dan bukan kepada Facebook. Untuk menyertai Peraduan ini, setiap Peserta tertakluk kepada Terma & Syarat Penganjur serta Dasar Privasi di mana dapat dikaitkan. Bagaimanapun, apabila anda menggunakan Platform Facebook, anda juga mungkin tertakluk kepada Terma dan Syarat (http://www.facebook.com/terms.php?ref=pf)  dan Dasar Privasi (http://www.facebook.com/privacy/explanation.php) Facebook. Sila baca terma-terma ini sebelum menyertai peraduan. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma dan Syarat ini, sila jangan menyertai Peraduan ini.

3. Apple dan Samsung bukan penaja Peraduan ini.

4. CARA MENYERTAINYA: Peraduan ini akan bermula pada 17 Jun 2013 pada jam 12:00:00AM Waktu Malaysia GMT +8 dan akan tamat pada 28 Julai 2013 pada jam 11:59:59PM GMT +8 (“Tempoh Peraduan”). Sebarang penyertaan selepas 28 Julai 2013 pada jam 11:59:59PM GMT +8 adalah tidak layak untuk Peraduan ini. Peraduan ini akan berlangsung selama 6 minggu dalam format pertandingan mingguan di mana hadiah dianugerahkan di akhir setiap tempoh mingguan. Tempoh kemasukan mingguan untuk Peraduan ini adalah seperti berikut:

i. Minggu 1: 17 Jun 2013 12:00AM – 23 Jun 2013 11:59PM
ii. Minggu 2: 24 Jun 2013 12:00AM – 30 Jun 2013 11:59PM
iii. Minggu 3: 1 Julai 2013 12:00AM – 7 Julai 2013 11:59PM
iv. Minggu 4: 8 Julai 2013 12:00AM – 14 Julai 2013 11:59PM
v. Minggu 5: 15 Julai 2013 12:00AM – 21 Julai 2013 11:59PM
vi. Minggu 6: 22 Julai 2013 12:00AM – 28 Julai 2013 11:59PM

Tatacara Peraduan adalah seperti berikut:
i. Untuk menyertai Peraduan ini, para peserta perlu mendapatkan Kod dengan membeli mana-mana pek promosi Jack ‘n Jill Roller Coaster 60g atau kanister atau kanister promosi Jack ‘n Jill Roller Coaster 100g.

                              a. Pek promosi Jack ‘n Jill Roller Coaster 60g
canister.png

canister2.png

ii. Layari http://www.facebook….c.rollercoaster (“Laman Web”).

iii. Anda mesti menjadi Fan “Roller Coaster” (“Fan Page”) dengan klik pada butang “Like” di bahagian atas Fan Page dan membenarkan permohonan aplikasi Peraduan.

iv. Kad Kod akan menyatakan Kod anda yang boleh ditebus di bahagian “Masukkan Kod” di aplikasi Peraduan bagi mendapatkan kereta ‘roller coaster’anda.

v. Anda mesti melengkapkan borang peraduan dengan memberikan Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, Nombor Mobil, Alamat Emel, dan Bersetuju dengan Terma dan Syarat Peraduan di https://www.facebook…c.rollercoaster untuk menyertai Peraduan.

vi. Selepas menebus kereta ‘roller coaster’anda, sila ke Garaj dan bina ‘roller coaster’ anda dengan memilih dan mengatur Kereta Utama dan Kereta Badan dalam koleksi anda.

vii. Klik ‘Jom Berlumba’ untuk mula berlumba dan catatkan masa terpantas di trek.

viii. Jadilah antara 8 Pelumba Terunggul setiap minggu untuk menenangi hadiah-hadiah mingguan!

ix. Anda harus menyimpan Kad Kod asli yang sah untuk tujuan pengesahan.

5. Syarat-syarat & Peraturan untuk Kad Kod asli yang sah:

i. Setiap Kad Kod dikenalipasti menggunakan sebuah Kod unik.
ii. Setiap Kad Code yang dibeli hanya sah untuk satu penebusan Kod sahaja.
iii. Kad Kod hanya boleh ditebus dengan pendaftaran pelanggan melalui aplikasi Peraduan di http://www.facebook.com/urc.rollercoaster.
iv. Kad Kod tidak boleh dijual semula atau ditukar dengan wang ringgit.
v. Kad Kod tidak boleh diganti sekiranya ia hilang, dicuri atau rosak.
vi. Kad Kod yang disalin, rosak atau diconteng tidak akan diterima.

6. Hanya pemilik akaun sah yang didaftarkan di bawah alamat emel (yang melengkapkan prosedur untuk menyertai peraduan) boleh menyertai Peraduan dan/atau layak menenangi sebuah Hadiah (setiap seorang adalah “Peserta” dan secara kolektif “Para Peserta”). Penyertaan terhad kepada satu (1) penyertaan bagi setiap peserta tanpa mengira kaedah penyertaan.

Sebarang tindakan oleh seorang Peserta untuk mendapatkan lebih dari satu (1) penyertaan menggunakan pelbagai akaun Facebook atau akaun Facebook berlainan, identiti, pendaftaran dan log masuk, atau sebarang kaedah yang akan membatalkan penyertaan Peserta akan membatalkan penyertaan Peserta dan Peserta ini akan disingkirkan. Penggunaan sebarang sistem automatik untuk menyertai peraduan adalah dilarang dan akan mengakibatkan peserta disingkirkan. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian mengenai pendaftaran, pemegang sah akaun Facebook yang digunakan untuk mendaftar akan dianggap sebagai Peserta. Setiap pemenang berpotensi mungkin perlu menunjukkan bukti dalam bentuk Kad Pengenalan yang membuktikan mereka adalah pemegang akaun yang sah.

7. Jam pengkalan data Laman Web akan menjadi penjaga masa rasmi bagi Peraduan ini. Sekiranya terdapat pertikaian mengenai identiti mana-mana Peserta, Penyertaan yang relevan akan dianggap dihantar oleh pemegang akaun sah bagi alamat emel yang digunakan untuk menyertai peraduan.

8. PEMILIHAN PEMENANG: Sepuluh (10) Peserta dengan catatan masa terbaik dalam sebarang minggu akan diumumkan sebagai pemenang mingguan. Sekiranya terdapat keputusan seri catatan masa terbaik, Peserta yang terdahulu mencatat masa tersebut akan dianggap pemenang. Pemenang tempat Pertama, Kedua dan Ketiga hanya boleh menang sekali sahaja sepanjang tempoh Peraduan. Pada penghujung setiap minggu, catatan masa akan diset semula selepas pemenang mingguan telah dipilih.

9. Setiap Peserta, keluarga atau isi rumah dibenarkan untuk memenangi salah satu daripada Pertama, Kedua dan Ketiga hadiah mingguan hanya SEKALI sahaja dalam Tempoh Peraduan. Keputusan Penganjur mengenai penentuan pemenang adalah muktamad, terikat dan konklusif. Sebarang surat-menyurat, pertanyaan, rayuan atau protes tidak akan dilayan.

10. HADIAH-HADIAH: Hadiah-hadiah Peraduan adalah seperti berikut.

minggu.png

Para pemenang Hadiah tidak boleh menggantikan sebarang Hadiah atau menebus sebarang Hadiah yang bukan berbentuk wang dengan wang tunai. Mengikut budi bicaranya, Penganjur berhak menggantikan sebarang Hadiah (atau komponen Hadiah, jika berkaitan) dengan hadiah lain yang sama atau lebih tinggi nilainya. Penganjur hanya bertanggungjawab untuk menghantar setiap Hadiah dan tidak bertanggungjawab ke atas penggunaan Hadiah, kualiti atau sebaliknya. Cukai, yuran dan sebarang kos lain yang berkaitan dengan penerimaan dan penggunaan sesuatu Hadiah adalah tanggungjawab tunggal pemenang Hadiah sahaja.

11. PEMAKLUMAN PEMENANG HADIAH DAN PENGHANTARAN HADIAH: Pemenang Hadiah akan dimaklumkan melalui emel menggunakan maklumat yang diberikan sewaktu mendaftar dan berkaitan dengan penyertaan yang telah menang pada akhir Tempoh Peraduan. Hadiah-hadiah akan dihantar kepada para pemenang selepas 12 Ogos 2013. Pemenang hadiah mungkin perlu menandatangani satu afidavit kelayakan dan pelepasan liabiliti, dan, di mana dibenarkan, satu siaran publisiti (secara kolektif, “Afidavit”) sebelum Hadiah dihantar.

Jika seorang pemenang berpotensi tidak memberi respon dalam tempoh tujuh (7) hari dari percubaan memaklumkan pemenang pertama, atau jika notifikasi Hadiah mereka tidak boleh dihantar, atau jika pemenang berpotensi menolak Hadiah untuk sebaran sebab sebelum ia diserahkan, atau gagal mengambil Hadiah dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas menerima notifikasi, didapati tidak layak atau tidak berupaya atau tidak mematuhi Terma & Syarat Rasmi ini, pemenang berpotensi tersebut mungkin boleh disingkirkan, Hadiah mereka boleh ditarik balik, dan seorang pemenang alternatif mungkin dipilih (Peserta dengan catatan masa tertinggi yang berikutnya) daripada baki semua Penyertaan yang diterima. Setiap pemenang Hadiah bersetuju membenarkan Penganjur untuk menggunakan nama, bandar, negeri, gambaran dan/atau maklumat mengenai hadiah yang dimenangi oleh Pemenang Hadiah bagi tujuan promosi dalam sebarang medium tanpa pampasan tambahan setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang. Semua cukai dan kos-kos serta perbelanjaan lain yang berkaitan dengan penerimaan serta penggunaan Hadiah yang tidak dinyatakan di sini adalah dianggap sebagai tanggungjawab tunggal pemenang.

12. PENGGUNAAN MAKLUMAT PESERTA BAGI TUJUAN PEMASARAN: Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju bahawa Penganjur dan pihak-pihak yang telah ditetapkan boleh menggunakan alamat fizikal dan/atau emel Peserta bagi menghubungi Peserta mengenai program Penganjur serta tawaran dan/atau promosi lain yang Penganjur berpendapat mungkin menarik minat Peserta. Penganjur berhak menggunakan nama dan/atau gambar Peserta dan semua Penyertaan lain yang dihantar bagi tujuan pengiklanan, berniaga dan/atau publisiti tanpa sebarang notis terlebih dahulu kepada Peserta. Para Peserta tidak berhak menuntuk hak pemilikan atau sebarang bentuk pampasan lain untuk bahan-bahan ini.

13. SYARAT-SYARAT AM: Peraduan ini tidak sah di luar Malaysia dan di mana ia dilarang atau dikawal oleh undang-undang dan tertakluk kepada semua undang-undang dan peraturan persekutuan, negeri dan tempatan yang berkaitan. Peraduan ini akan dikawal oleh undang-undang dalaman Malaysia.

Sebarang dan semua tindakan perundangan atau tuntutan yang timbul berhubung dengan Peraduan ini harus dibawa ke makkamah dengan bidang kuasa yang kompeten di dalam Malaysia. Entiti Peraduan tidak bertanggungjawab untuk:

(a) lewat, hilang, dicuri, rosak, bercelaru, tidak lengkap, tersalah alamat, Penyertaan yang memerlukan bayaran pos atau tidak tentu arah, e-mels atau komunikasi lain;

(b) kesilapan, tidak dimasukkan, gangguan, penyingkiran, kecacatan atau penangguhan dalam operasi atau transmisi maklumat, dalam setiap kes sama ada ia disebabkan oleh kegagalan teknikal atau lain atau kerosakan perkakasan, perisian, peranti komunikasi atau talian transmisi;

© kerosakan data, kecurian, kemusnahan, kehilangan, akses tanpa izin kepada atau pindaan ke atas bahan penyertaan; atau

(d) komunikasi elektronik yang tidak boleh disampaikan akibat sebarang bentuk penapisan aktif atau pasif atau ruang yang tidak mencukupi di dalam akaun emel Peserta bagi menerima mesej emel.

Penggunaan perisian automatik atau program komputer untuk mendaftar atau menyertai Peraduan dilarang dan mana-mana individu yang mengguna atau mencuba untuk mengguna kaedah-kaedah sebegitu bagi mendaftar atau mengambil bahagian akan disingkirkan. Entiti Peraduan menafikan sebarang liabiliti akibat kerosakan kepada mana-mana sistem komputer yang disebabkan oleh penyertaan dalam, atau mengakses atau memuat turun maklumat berkaitan Peraduan ini.

Sekiranya sebarang virus, pepijat, pengubahan, kegagalan teknikal, campur tangan manusia yang tidak dibenarkan atau sebab lain di luar kawalan Penganjur merosakkan atau memberi kesan ke atas pentadbiran, sekuriti, keadilan, integriti atau perilaku biasa Peraduan ini, Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, mengubah, membatal, menamatkan atau menggantung Peraduan ini dan menentukan pemenangnya daripada kalangan semua Penyertaan yang layak dan tidak disyaki yang diterima sebelum berlakunya peristiwa tersebut.

Sekiranya apa-apa pengubahsuaian, pembatalan, penamatan atau penggantungan, notis tindakan itu akan disiarkan di Laman Web, jika ia berfungsi. Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan penyertaan mana-mana Peserta (dan Penyertaan Peraduan mereka) dari Peraduan ini atau mana-mana promosi lain yang dijalankan sekarang atau pada masa hadapan oleh Penganjur atau mana-mana syarikat gabungannya, jika Peserta didapati mengubah, atau disyaki mengubah penyertaan atau proses penyertaan, atau operasi Peraduan atau jika perbuatan menipu atau salah laku Peserta menjejaskan integriti Peraduan ini, dalam apa jua cara, Peserta akan disingkirkan daripada Peraduan. Peserta, bagaimanapun, tidak akan diberitahu mengenai keputusan ini.

Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan mana-mana Peserta yang ia semunasabahnya mengesyaki telah menyalahi atau melanggar mana-mana terma-terma dan syarat-syarat am dan Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang ia percaya telah menjalankan aktiviti penipuan atau aktiviti-aktiviti lain yang menjejaskan Peraduan ini dan Laman Web. Penganjur berhak untuk membatalkan status pemenang dan membatalkan mana-mana hadiah yang diberikan sekiranya Peserta didapati tidak sesuai selepas Hadiah dianugerahkan.

Penganjur berhak untuk membetulkan kesilapan perkeranian atau tipografi dalam sebarang bahan promosi. Dengan menyertai Peraduan ini, setiap Peserta menerima syarat-syarat yang dinyatakan dalam Terma-terma & Syarat-syarat Rasmi, bersetuju untuk terikat oleh keputusan Penganjur dan menjamin bahawa Peserta adalah layak untuk menyertai Peraduan ini.

Di samping itu, dengan menyertai Peraduan ini, setiap Peserta bersetuju bagi pihak Peserta (dan bagi pihak waris, pemegang serah hak Peserta ini, wasi dan pentadbir) untuk melepaskan, menunaikan, melindungi dan mengecualikan Entiti Peraduan daripada dan terhadap sebarang dan semua liabiliti, kerugian atau kerosakan dalam apa jua bentuk kepada orang, atau harta, termasuk kematian, akibat keseluruhan atau sebahagian, secara langsung atau tidak langsung, daripada penyertaan Peserta dalam Peraduan ini, atau mana-mana aktiviti berkaitan Peraduan, atau dari anugerah, penerimaan, pemilikan, penyalahgunaan atau penggunaan mana-mana hadiah atau penyertaan dalam apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan Hadiah.

APA-APA TUNTUTAN, KEPUTUSAN DAN/ATAU ANUGERAH AKAN DIHADKAN KEPADA KOS SENDIRI SEBENAR YANG BERKAITAN DENGAN MENYERTAI PERADUAN INI. PESERTA DENGAN INI MENGETEPIKAN APA-APA TUNTUTAN ATAU HAK KEPADA YURAN PEGUAM, TIDAK LANGSUNG, KHAS, PUNITIF, KEROSAKAN SAMPINGAN ATAU AKIBAT PESERTA, SAMA ADA DIJANGKA ATAU TIDAK DAN SAMA ADA BERDASARKAN KECUAIAN ATAU SEBALIKNYA.

14. AMARAN. SEBARANG PERCUBAAN UNTUK MEROSAKKAN LAMAN WEB DENGAN SENGAJA ATAU MENJEJASKAN OPERASI SAH PERADUAN INI ADALAH SATU PELANGGARAN UNDANG-UNDANG JENAYAH DAN SIVIL DAN PIHAK PENGANJUR BERHAK UNTUK MENDAPAT GANTI RUGI DARIPADA MEREKA YANG MEMBUAT CUBAAN TERSEBUT SETAKAT MANA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG.

15. PENGANJUR: URC Snack Foods (Malaysia) Sdn. Bhd.

16. PENTADBIR: Mantra Interactive Sdn Bhd.
© 2013 URC Snack Foods (Malaysia) Sdn. Bhd.

Untuk menyertainya layari https://apps.facebook.com/rollercoaster-xtreme/


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?