Peraduan Dutch Lady Moo-It, Moo-It!


Menangi baucer Tesco bernilai RM 200 dengan menyertai Peraduan Dutch Lady Moo-It, Moo-It! ini. Selain Baucer Tesco, pemenang juga akan mendapat beg Kiddy Dutch Lady edisi terhad. Peraduan ini akan berlangsung selama 6 minggu dan setiap minggu, 5 pemenang dengan skor tertinggi akan dipilih sebagai pemenang.

Cara Untuk Menyertainya

  • Menjadi ahli www.facebook.com (“Laman Web”). Pendaftaran adalah menerusi Laman Web. Sila rujuk kepada dasar privasi Laman Web serta terma dan syarat di Laman Web tersebut yang akan mengikat pengguna-pengguna Laman Web tersebut.
  • “Like” Laman Facebook DLMC di www.facebook.com/dutchlady.smartmoments
  • Benarkan akses kepada aplikasi Peraduan Dutch Lady Moo-It, Moo-It! (“Aplikasi Peraduan”)
  • Lengkapkan penyertaan dengan mengisi suatu borang pendaftaran yang ringkas dengan memberikan Nama Penuh Peserta, Nombor K/P, nombor telefon, alamat, alamat e-mel dan maklumat-maklumat lain yang diperlukan dan setuju dengan Terma dan Syarat Peraduan. Kegagalan untuk membuat sedemikian akan menyebabkan penyertaan dibatalkan.

Cara Untuk Bermain

m2.png
m3.png
m4.png

• Sebelum permainan bermula, Peserta mesti pada mulanya memilih watak ‘Milk Mug’ kegemarannya. Selepas watak ‘Milk Mug’ dipilih, mulakan permainan dan minum Titisan Susu dengan menggerakkan‘Milk Mug’ tersebut di sepanjang laluan dengan menggunakan anak panah papan kekunci ← (kiri),↑ atau palang penjarak (lompat), → (kanan) dan ↓ (bawah).

•  10 Mata akan diberi bagi setiap Titisan Susu yang diminum.

•  Penyamun Susu (yang merupakan Rakun) akan mengawal Titisan Susu Berkilau. 50 Mata akan diberikan bagi meminumTitisan Susu Berkilau. Untuk meminum Titisan Susu Berkilau yang lebih besar dan mendapat mata bonus daripadanya, Peserta mestilah menggamamkan Penyamun Susu. Untuk menggamamkan Penyamun Susu, tekankan ↑ (atas) atau palang penjarak (‘space bar’).

•  Cawan Susu juga mestilah elak daripada digamam seketika oleh Penyamun Susu dengan bergerak ← (kiri) atau → (kanan). Jika tidak, waktu permainan akan kehabisan.

• 3 tahap mesti dilengkap setiap kali permainan tersebut dimainkan:

  • Tahap 1 = Bangsal
  • Tahap 2 = Ladang Tenusu
  • Tahap 3 = Padang

• Peserta mesti mengumpul SEMUA Titisan Susu dan, di mana berkemungkinan, kumpulkan KESEMUA Titisan Susu Berkilau (dengan menggamamkan Penyamun Susu) di sepanjang laluan untuk mara ke tahap yang seterusnya.

• Setiap permainan yang dimainkan akan mengandungi Tahap 1, 2 dan 3. Setiap tahap mempunyai had masa yang tertentu untuk dilengkapkan. Sebarang permainan yang dihentikan separa jalan akan kehilangan semua pencapaiannya, dan menyebabkan Peserta kembali ke Tahap 1.

• Anak panah ↑ (atas) dan palang penjarak (‘space bar’) digunakan untuk melompat di antara tingkat-tingkat di setiap tempat, SERTA untuk melompat merentasi rintangan yang muncul dalam bentuk haiwan ternakan.

• Peserta boleh bermain seberapa kali yang mereka ingin bagi setiap tahap untuk mencapai skor tertinggi peribadinya.

• Mata tertinggi akan ditentukan melalui jumlah bilangan SEMUA Titisan Susu dan Titisan Susu Berkilau (mata bonus) yang diambil dalam masa yang terpantas.

• LIMA (5) Peserta yang mempunyai mata keseluruhan tertinggi pada akhir setiap minggu akan menang. Ini akan ditentukan berdasarkan mata yang diperolehi menerusi:

  • Mata Permainanan dari permainan (skor pemainan yang tertinggi)
  • Mata Bonus dari menghantar jemputan (‘invites’) kepada rakan-rakan (5 mata bagi setiap rakan. Sehingga 20 rakan boleh dijemput sehari)
  • Mata Bonus daripada perkongsian permainan, iaitu di mana rakan-rakan sememangnya klik pada pautan kongsian Peserta dan ‘membenarkan’ aplikasi permainan untuk dimuatkan (‘load’) (10 mata bagi setiap rakan)

Hadiah

hadiah moo moo

Terma dan Syarat – Peraduan DUTCH LADY MOO-IT, MOO-IT! (Malaysia) 
Mengenai Peraduan Ini

  1. DUTCH LADY MOO-IT, MOO-IT! (“Peraduan”) adalah suatu Peraduan untuk menentukan TIGA PULUH (30) Pemenang Mingguan selama 6 minggu berturut-turut (LIMA (5) Pemenang bagi SETIAP Minggu) daripada suatu permainan online melalui aplikasi Facebook di laman Facebook ‘Dutch Lady Moms Club’ (“DLMC”). Peraduan ini akan berlangsung dari 15hb Jun hingga 31hb Julai 2013, selama ENAM (6) minggu berturut-turut.
  2. Peraduan ini dianjurkan oleh Dutch Lady Milk Industries Berhad (“Penganjur”) dan Peraduan ini terbuka kepada semua ahli Facebook DLMC dan rakyat Malaysia serta pemastautin tetap di Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas (semenjak 15 June 2013) dengan Nombor K/P yang sah (“Peserta”). Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memperakui bahawa ia memenuhi syarat-syarat tersebut.
  3. Kumpulan individu yang berikut adalah tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini:
    1. Kakitangan Penganjur termasuk syarikat-syarikat sekutu dan/atau yang berkaitan dengannya serta ahli keluarga mereka yang terdekat (anak, ibu bapa, adik beradik, termasuk suami atau isteri); dan
    2. Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen-ejen pengiklanan dan/atau penyedia perkhidmatan promosi Penganjur termasuk syarikat-syarikat sekutu dan berkaitan serta ahli keluarga mereka yang terdekat (anak, ibu bapa, adik beradik, termasuk suami atau isteri).
  4. Peraduan ini akan berlangsung dari 08:00 GMT+08:00 pada 15hb Jun 2013 dan berakhir pada 23:59 GMT+8:00 pada 31hb Julai 2013 (“Tempoh Peraduan”). Penganjur berhak untuk meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.
  5. Untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta mestilah:
    1. Menjadi ahli www.facebook.com (“Laman Web”). Pendaftaran adalah menerusi Laman Web. Sila rujuk kepada dasar privasi Laman Web serta terma dan syarat di Laman Web tersebut yang akan mengikat pengguna-pengguna Laman Web tersebut.
    2. “Like” Laman Facebook DLMC di www.facebook.com/dutchlady.smartmoments
    3. Benarkan akses kepada aplikasi Peraduan Dutch Lady Moo-It, Moo-It! (“Aplikasi Peraduan”)
    4. Lengkapkan penyertaan dengan mengisi suatu borang pendaftaran yang ringkas dengan memberikan Nama Penuh Peserta, Nombor K/P, nombor telefon, alamat, alamat e-mel dan maklumat-maklumat lain yang diperlukan dan setuju dengan Terma dan Syarat Peraduan. Kegagalan untuk membuat sedemikian akan menyebabkan penyertaan dibatalkan.
    5. Sebelum permainan bermula, Peserta mesti pada mulanya memilih watak ‘Milk Mug’ kegemarannya. Selepas watak ‘Milk Mug’ dipilih, mulakan permainan dan minum Titisan Susu dengan menggerakkan‘Milk Mug’ tersebut di sepanjang laluan dengan menggunakan anak panah papan kekunci ← (kiri),↑ atau palang penjarak (lompat), → (kanan) dan ↓ (bawah).
    6. 10 Mata akan diberi bagi setiap Titisan Susu yang diminum.
    7. Penyamun Susu (yang merupakan Rakun) akan mengawal Titisan Susu Berkilau. 50 Mata akan diberikan bagi meminumTitisan Susu Berkilau. Untuk meminum Titisan Susu Berkilau yang lebih besar dan mendapat mata bonus daripadanya, Peserta mestilah menggamamkan Penyamun Susu. Untuk menggamamkan Penyamun Susu, tekankan ↑ (atas) atau palang penjarak (‘space bar’).
    8. Cawan Susu juga mestilah elak daripada digamam seketika oleh Penyamun Susu dengan bergerak ← (kiri) atau → (kanan). Jika tidak, waktu permainan akan kehabisan.
    9. 3 tahap mesti dilengkap setiap kali permainan tersebut dimainkan:
      Tahap 1 = Bangsal
      Tahap 2 = Ladang Tenusu
      Tahap 3 = Padang
    10. Peserta mesti mengumpul SEMUA Titisan Susu dan, di mana berkemungkinan, kumpulkan KESEMUA Titisan Susu Berkilau (dengan menggamamkan Penyamun Susu) di sepanjang laluan untuk mara ke tahap yang seterusnya.
    11. Setiap permainan yang dimainkan akan mengandungi Tahap 1, 2 dan 3. Setiap tahap mempunyai had masa yang tertentu untuk dilengkapkan. Sebarang permainan yang dihentikan separa jalan akan kehilangan semua pencapaiannya, dan menyebabkan Peserta kembali ke Tahap 1.
    12. Anak panah ↑ (atas) dan palang penjarak (‘space bar’) digunakan untuk melompat di antara tingkat-tingkat di setiap tempat, SERTA untuk melompat merentasi rintangan yang muncul dalam bentuk haiwan ternakan.
    13. Peserta boleh bermain seberapa kali yang mereka ingin bagi setiap tahap untuk mencapai skor tertinggi peribadinya.
    14. Mata tertinggi akan ditentukan melalui jumlah bilangan SEMUA Titisan Susu dan Titisan Susu Berkilau (mata bonus) yang diambil dalam masa yang terpantas.
    15. LIMA (5) Peserta yang mempunyai mata keseluruhan tertinggi pada akhir setiap minggu akan menang. Ini akan ditentukan berdasarkan mata yang diperolehi menerusi:
      1. Mata Permainanan dari permainan (skor pemainan yang tertinggi)
      2. Mata Bonus dari menghantar jemputan (‘invites’) kepada rakan-rakan (5 mata bagi setiap rakan. Sehingga 20 rakan boleh dijemput sehari)
      3. Mata Bonus daripada perkongsian permainan, iaitu di mana rakan-rakan sememangnya klik pada pautan kongsian Peserta dan ‘membenarkan’ aplikasi permainan untuk dimuatkan (‘load’) (10 mata bagi setiap rakan)

Kriteria Pengadilan 

  1. Setiap minggu, LIMA (5) pemenang (“Pemenang Peraduan”) dengan skor tertinggi akan dipilih daripada skor mingguan yang dikumpulkan oleh setiap Peserta, untuk memenangi hadiah (“Hadiah Mingguan”). Pada akhir Tempoh Peraduan, akan terdapat sejumlah TIGA PULUH (30) Pemenang Peraduan sepanjang ENAM (6) minggu.
  2. Sekiranya berlaku keadaan seri berdasarkan mata permainan tertinggi, Peserta dengan bilangan jemputan terbanyak yang dihantar kepada rakan-rakan DAN bilangan klik serta kebenaran aplikasi kiraan terbanyak pada pautan kongsian Peserta akan digunakan untuk menentukan Pemenang Mingguan. DLMI berhak untuk menolak sebarang penyerahan mengikut budi bicara mutlaknya tanpa memberi sebarang alasan.
  3. Penganjur berhak untuk membatalkan secara automatik mana-mana penyertaan yang menggunakan akaun palsu atau ghaib untuk meningkatkan mata bonus.
  4. Penganjur berhak untuk meminta bukti bertulis nombor K/P dan usia mana-mana Pemenang Peraduan sebelum hadiahnya dihantar atau diambil. Penganjur berhak untuk membatalkan hadiah bagi mana-mana Pemenang Peraduan yang tidak menyediakan butiran yang diperlukan setelah menerima permintaan/makluman daripada Penganjur. Keputusan Penganjur adalah muktamad dan terletak pada budi bicara mereka. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

Pengumuman Pemenang 

  1. Hanya SATU (1) hadiah akan diberikan kepada setiap Pemenang. Peserta adalah tidak dibenarkan untuk memenangi lebih daripada satu hadiah.
  2. Setiap Pemenang Peraduan akan dimaklumkan di laman Facebook DLMC (www.facebook.com/dutchlady.smartmoments) dan di laman web Dutch Lady Smart Moments (http://www.smartmoments.com.my/). Penganjur berhak untuk menggunakan sebarang kaedah atau saluran lain yang ia fikir sesuai atas budi bicara mutlaknya bagi tujuan mengumumkan Pemenang Peraduan.
  3. Penganjur berhak untuk melantik pihak ketiga untuk mengendalikan penentusahan Pemenang Peraduan dan untuk menyerahsampaikan Hadiah. Peserta bersetuju bahawa Penganjur kebarangkalian akan memberikan segala maklumat yang diperlukan kepada pihak ketiga tersebut untuk memudahkan perkhidmatan sedemikian. Hadiah akan dihantar secara kurier kepada alamat pos Pemenang-pemenang Peraduan dalam tempoh 6-8 minggu selepas pemakluman pemenang.
  4. Pemenang peraduan akan dimaklumkan menerusi e-mel atau panggillan telefon dalam masa ENAM (6) minggu selepas Tempoh Peraduan tamat. Selepas 3 kali percubaan untuk menghubungi dibuat oleh Penganjur tanpa menerima sebarang maklumbalas daripada Pemenang, hadiah yang diberi akan dibatalkan dan tiada sebarang bentuk pampasan (tunai atau barangan) akan diberikan sebagai ganti bagi hadiah yang telah dibatalkan. Sehubungan itu, Penganjur berhak untuk menggantikan Pemenang Peraduan tersebut dengan Pemenang Peraduan yang lain selepas 3 kali percubaan yang dinyatakan gagal.

Hadiah 

  1. 1.    Hadiah Mingguan bagi setiap pemenang adalah SATU (1) Baucar TESCO bernilai RM200.00 dan SATU (1) ‘Kiddy Bag’ Dutch Lady (“Hadiah tersebut”).
  2. Mana-mana Hadiah tersebut yang tidak dituntut dalam tempoh ENAM (6) minggu setelah dimaklumkan oleh Penganjur kepada Pemenang Peraduan akan dibatalkan. Tempoh ENAM (6) minggu tersebut bermula daripada hari Pemenang Peraduan dimaklumkan oleh Penganjur.
  3. Hadiah tersebut tidak boleh ditukar, dipindah milik atau ditebus dalam sebarang bentuk atas sebarang alasan sekalipun.
  4. Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana Hadiah tersebut dengan yang lebih kurang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Nilai Hadiah tersebut adalah betul pada masa pencetakan. Semua Hadiah diberi atas dasar keadaan “sediakala”.
  5. Hadiah akan dihantar secara kurier kepada alamat pos Pemenang-pemenang Peraduan dalam tempoh 6-8 minggu selepas pemakluman pemenang.

Hak-hak Penganjur 

  1. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atau memikul tanggungjawab bagi:
    1. Sebarang masalah, kehilangan atau kerosakan dalam apa jua bentuk sekalipun yang ditanggung oleh mana-mana pihak disebabkan sebarang kesilapan rangkaian, ralat komunikasi atau sistem, gangguan dan/atau kegagalan talian internet akibat penyertaan dalam atau memuat turun sebarang bahan berkenaan Peraduan. Sekiranya berlaku sedemikian, Penganjur tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab atas sebarang kegagalan oleh mana-mana Peserta untuk mengambil bahagian dalam Peraduan pada bila-bla masa.
    2. Sebarang masalah, kerosakan atau kehilangan dalam apa jua bentuk terhadap mana-mana Peserta, atau wakil-wakil sah mereka yang berpunca daripada penyertaan mereka dalam Peraduan ini.
    3. Sebarang ralat, ketinggalan, gangguan, kehilangan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, pencurian, pemusnahan, atau akses tidak sah kepada penyertaan, yang timbul ketika operasi atau transmisi disebabkan oleh fungsi pemberi khidmat, virus, ‘bugs’ atau punca-punca lain yang di luar kawalan Penganjur akibat daripada penyertaan di dalam Peraduan ini.
    4. Jikalau Hadiah tersebut hilang, tersilap hantar, rosak atau dicuri sementara dalam proses penghantaran.
  2. Penganjur juga tidak boleh bertanggungjawab mahupun dipertanggungjawabkan bagi sebarang kelewatan, kecederaan atau kerosakan komputer, sistem komputer atau peralatan Peserta dan/atau pihak ketiga yang berkaitan dengan atau berpunca daripada penyertaan dalam Peraduan ini, termasuk bermain, memuat turun mana-mana bahan atau maklumat daripada Laman Web dan berhubung dengan Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana kegagalan pemberi khidmat, kehilangan, kelewatan atau data tercemar atau apa-apa yang lain yang tidak berfungsi.
  3. Penganjur berhak atas budi bicaranya mutlaknya untuk membatalkan mana-mana individu yang didapati mengusik proses penyertaan atau operasi Peraduan, bertindak dalam memungkiri atau berpotensi untuk memungkiri Terma dan Syarat Peraduan ini.
  4. Penganjur berhak untuk membatal, mengubah suai, menangguh atau melewatkan Peraduan ini sekiranya berlaku keadaan yang di luar kawalan munasabahnya.
  5. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan Penganjur berhak untuk menggunakan nama-nama dan/atau gambar Peserta dan semua penyertaan lain untuk tujuan termasuk tetapi tidak terhad kepada pengiklanan, perdagangan dan/atau publisiti tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan kepada para Peserta dan Peserta tidak berhak untuk membuat apa-apa tuntutan ke atas kegunaan bahan-bahan oleh Penganjur.
  6. Dengan mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat Peraduan ini, serta kesemua keputusan Penganjur.
  7. Penganjur berhak untuk meminda, mengubahsuai, membatal atau menambah kepada Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu dan para Peserta akan terikat kepada perubahan tersebut.

Untuk menyertainya layari https://apps.faceboo…dl_mooit_mooit/

 


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?