Peraduan Cipta Rasa Dutch Lady Bersama Chef Sherson


Anda minat Chef  Sherson? Ala yang jadi chef masakan untuk rancangan 5 Rencah 5 Rasa kat TV3 tu. Kalau minat ini adalah peluang anda untuk berjumpa dengannya dan siap boleh makan-makan sekali. Tapi perlulah sertai peraduan ini dari minggu pertama kerana itu adalah syarat-syarat peraduan ini kalau tidak melepas la nak jumpa Chef  Sherson.

Dalam peraduan ni, anda perlulah bermain masak-masak untuk mengumpul skor tertinggi dengan menunjukkan kebolehan memasak anda.Kumpul sebanyak mungkin scor untuk  menjadi pemenang. Anda juga boleh mendapatkan skor tambahan dengan kongsi masakan anda tersebut.

Selain pemenang hadiah utama, peraduan ini juga menawarkan pemenang hadiah mingguan untuk 3 orang. Pemenang hadiah mingguan akan mendapat hadiah baucer membeli-belah RM 100.(Peraduan ini bermula 5  Jun hingga 16 Julai 2013.  Semua ada 6 minggu)

Tips: cara-cara bermain akan ditunjukkan pada halaman utama peraduan. Semasa bermain permainan masakan ini anda perlu cepat memilih bahan-bahan yang diberitahu dengan betul. Selepas siap memasak anda boleh mendownload resepi tersebut untuk kenang-kenangan atau rujukan memasak dirumah.

markah

Cara Main

cara-cara

Langkah-langkah untuk memasak.

1

Pilih masakan dan klik Mula. Dalam masakan disini adalah Creme Brulee Pandan.

2

 Langkah 1:  Pilih bahan-bahan yang diminta.

3

 Langkah 2: Masukkan bahan-bahan yang dipilih tadi kedalam mangkuk.

4

4-2

Langkah 3: Masukkan semua bahan.Letakkan dulang kedalam ketuhar dan bakar sehinga masak. Kemudian Tetapkan suhu pada Darjah Celcius yang ditetapkan (dalam masakan ni 150 Darjah Celcius). Pastikan anda dapatkan suhu yang tepat supaya adunan tidak menjadi hangus!

5
Langkah 4: Pilih 1 minuman untuk disediakan. Dah makan kena la air minum kan.

6
Langkah 5: Masukkan semua bahan untuk minuman tadi kedalam pengisar dan kisar.
siap.
Akhir sekali siap . Dan skor masakan anda akan dipaparkan. Anda juga boleh dapatkan mata tambahan dengan klik KONGSI. Resepi yang anda masak tadi boleh juga didownload, klik RESEPI PENUH. – Creme Brulee Pandan.

Hadiah

hadiahdl

Terma & Syarat

 Mengenai Peraduan

1.     Peraduan Cipta Rasa Dutch Lady bersama Chef Sherson (“Peraduan ini”) ini akan bermula dari 12.00 pagi pada 5hb Jun 2013 dan berakhir pada jam 11.59 malam pada 16hb Julai (“Tempoh Peraduan”) untuk ENAM (6) minggu berturut-turut.

2.     Terdapat LAPAN BELAS (18) Hadiah Mingguan dan SATU (1) Hadiah Utama bagi Peraduan ini.  TIGA (3) Pemenang akan dipilih SETIAP Minggu ketika Tempoh Peraduan manakala SATU (1) Pemenang Hadiah Utama akan dipilih selepas tamat Tempoh Peraduan, daripada bermain suatu permainan online melalui aplikasi Facebook di laman Facebook Dutch Lady.

3.     Peraduan ini dianjurkan oleh Dutch Lady Milk Industries Berhad (“DLMI”) dan adalah terbuka kepada semua ahli Facebook DLMI serta permastautin dan permastautin tetap Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (setakat 3 Jun 2013) dengan nombor Kad Pengenalan yang sah (“Peserta”). Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memperakui bahawa ia memenuhi syarat-syarat tersebut.

4.     Golongan yang berikut adalah tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini:

a.     Kakitangan DLMI termasuk syarikat-syarikat sekutu dan/atau yang berkaitan dengannya serta ahili keluarga terdekat mereka (anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami atau isteri); dan

b.     Wakil, kakitangan, pekerja dan / atau ejen pengiklanannya dan/atau penyedia perkhidmatan promosi DLMI termasuk syarikat-syarikat sekutu dan berkaitan serta ahli keluarga terdekat mereka (anak, ibu bapa, adik-beradik termasuk suami atau isteri)

5.     DLMI berhak untuk meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila tanpa notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

6.     Untuk menyertai Peraduan ini, Peserta mesti:

                                 i.         Menjadi ahli www.facebook.com (“Laman Web”). Pendaftaran adalah melalui Laman Web. Sila rujuk kepada dasar privasi Laman Web dan terma-terma dan syarat-syarat di dalam Laman Web yang akan mengikat pengguna-pengguna Laman Web tersebut.

                                ii.         “Like” laman Facebook ‘Cipta Rasa Dutch Lady Bersama Chef Sherson’ DLMI di https://www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk/app_367294566710511

                              iii.         Benarkan akses kepada aplikasi Peraduan ‘Cipta Rasa Dutch Lady Bersama Chef Sherson’ (“Aplikasi Peraduan”)

                               iv.         Lengkapkan penyertaan dengan mengisi suatu borang pendaftaran ringkas dengan memberikan Nama Penuh Peserta, Nombor Kad Pengenalan, nombor telefon, alamat, alamat e-mel dan maklumat wajib yang lain dan bersetuju kepada Terma dan Syarat Peraduan. Kegagalan untuk berbuat sedemikian akan mengakibatkan penyertaan dibatalkan.

7.     Bagaimana untuk bermain Aplikasi Peraduan :

                                 i.         Sebelum permainan bermula, Peserta mesti pada mulanya memilih Avatar Permainan yang tersendiri. Selepas Avatar Permainan dipilih, mulakan permainan dan bermain 1 daripada 8 resipi yang boleh didapati dengan melengkapkan langkah-langkah memasak dengan susunan yang betul dan dalam masa yang paling singkat.

                                ii.         Mata yang diberi untuk setiap resipi adalah bergantung kepada masa yang diambil untuk melengkapkan resipi tersebut dan tindakan tertentu yang dilakukan oleh Peserta dalam susunan yang betul. Mata permainan paling tinggi bagi setiap resipi adalah 400 mata.

                              iii.         Aplikasi Peraduan tersebut mempunyai 2 lagi resipi yang terkunci. Peserta akan dapat membuka 2 resipi yang terkunci tersebut dengan mengumpul 2 Kod yang boleh didapati di penutup belakang buku-buku resipi ‘Cipta Rasa berkhasiat di Dapur Chef Sherson. Buku-buku resipi tersebut boleh ditebus dengan membeli 1 pek Susu Tepung Keluarga Dutch Lady, 600g atau 1kg di pasar raya besar, pasar raya dan pasar mini yang terpilih, sementara stok masih ada. Mata paling tinggi untuk setiap permainan resipi yang dikunci adalah 800 mata.

                               iv.         Peserta dibenarkan untuk bermain setiap resipi seberapa kali yang ia mahu. Hanya Skor Tertinggi Permainan akan dipilih secara automatik bagi setiap resipi.

                                v.         Setiap 5 kali permainan resipi dimain, permainan bonus akan diaktifkan (kali ke-5, ke-1-, ke-15 dan seterusnya). Setiap Permainan Bonus akan memberi ganjaran 300 mata jika Peserta menyelesaikan resipi dalam masa 60 saat.

                               vi.         Selepas tamat setiap resipi, Peserta mempunyai pilihan untuk mengongsi resipi di dinding Facebook Peserta. Peserta hanya dibenarkan untuk berkongsi setiap resipi sekali seminggu. Peserta akan mendapat 200 mata tambahan apabila berkongsi resipi.

                             vii.         Mata Permainan setiap Peserta akan ditetapkan semula setiap minggu, pada jam 11.59 malam pada 11 Jun, 18 Jun, 25 Jun, 2 Jul dan 9 Julai masing-masing.

                            viii.         Skor Mingguan Tertinggi akan ditentukan dari mata yang diperolehi melalui:

a)     Skor Mingguan Permainan Tertinggi bagi kesemua 10 resipi.

b)     Mata Bonus Permainan daripada permainan Bonus.

                               ix.         Akan terdapat TIGA (3) Pemenang pada akhir setiap minggu dalam Tempoh Peraduan. Pemenang Mingguan akan ditentukan seperti berikut:

a)     Pemenang Pertama yang dipilih adalah Peserta dengan Skor Mingguan Tertinggi bagi minggu peraduan tersebut.

b)     Pemenang Kedua dan Ketiga akan dipilih berdasarkan kriteria berikut:

Peserta bagi setiap permainan yang ke-25 (50, 75, 100, dan berikutnya) di minggu tertentu tersebut akan layak untuk memenangi dua Hadiah Mingguan yang lain. Pemenang Kedua dan Ketiga yang layak tersebut kemudian perlu menjawab suatu Soalan Peraduan dengan betul melalui panggilan telefon sebelum ia boleh diisytiharkan sebagai pemenang.

                                x.         Terdapat SATU (1) Pemenang Hadiah Utama yang akan dipilih selepas Tempoh Peraduan, berdasarkan kepada kriteria yang berikut:

a)     Bahawa Peserta wajib mengambil bahagian dalam Pertandingan dalam kesemua 6 minggu Tempoh Peraduan; dan

b)     Bahawa Peserta telah mengumpul Jumlah Skor Tertinggi untuk seluruh Tempoh Peraduan.

Kriteria Pengadilan

1.     Setiap minggu, TIGA (3) Pemenang akan dipilih seperti yang dinyatakan di butiran 6(ix) di atas untuk memenangi hadiah (“Hadiah Mingguan”) manakala pada akhir Tempoh Peraduan, SATU (1) Pemenang Hadiah Utama akan dipilih berdasarkan kepada Jumlah Skor Tertinggi yang dikumpul oleh setiap Peserta untuk memenangi Hadiah Utama. Pada akhir Tempoh Peraduan, akan terdapat sejumlah SEMBILAN BELAS (19) Pemenang Peraduan (“Pemenang Peraduan”) merentasi ENAM (6) minggu.

2.     Sekiranya terdapat keputusan seri berdasarkan Skor Mingguan Tertinggi, Pemenang akan ditentukan atas dasar “first come first serve“, di mana Peserta yang mencapai Skor Tertinggi yang PERTAMA akan menang.

3.     Sekiranya berlaku seri dalam Jumlah Skor Tertinggi , Pemenang Hadiah Utama akan ditentukan melalui jumlah permainan pada kesemua ENAM (6) Minggu Peraduan, di mana Peserta dengan jumlah permainan tertinggi akan menang.

4.     DLMI berhak untuk menolak mana-mana permohonan atas budi bicara mutlaknya tanpa memberi sebarang alasan.

5.     DLMI berhak untuk membatalkan secara automatik mana-mana penyertaan yang menggunakan akaun palsu atau ghaib untuk meningkatkan mata bonus.

6.     DLMI berhak untuk meminta bukti bertulis nombor kad pengenalan dan usia mana-mana Pemenang Peraduan sebelum hadiahnya dihantar atau diambil. DLMI berhak untuk membatalkan hadiah bagi mana-mana Pemenang Peraduan yang tidak menyediakan butiran yang diperlukan setelah menerima permintaan / makluman daripada DLMI. Keputusan DLMI adalah muktamad dan terletak pada budi bicara mereka. Sebarang surat-menyurat tidak akan akan dilayan.

Pengumuman Pemenang

1.     Hanya SATU (1) hadiah Mingguan akan diberikan kepada setiap Pemenang.

2.     Peserta tidak boleh memenangi hadiah mingguan berulang kali. Walaubagaimanapun, semua Peserta, termasuk pemenang hadiah mingguan, layak untuk memenangi Hadiah Utama.

3.     Setiap Pemenang Peraduan akan diumumkan di laman Facebook Dutch Lady Malaysia (http://www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk) dalam masa TUJUH (7) hari bekerja selepas setiap minggu Peraduan tersebut. DLMI berhak untuk menggunakan mana-mana kaedah atau saluran lain yang difikirkan sesuai mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya bagi tujuan pengumuman Pemenang Peraduan.

4.     DLMI berhak untuk melantik pihak ketiga untuk mengendalikan penentusahan Pemenang Peraduan dan untuk menyampaiserahkankan Hadiah. Peserta bersetuju bahawa DLMI kebarangkalian akan memberikan segala maklumat yang diperlukan untuk memudahkan perkhidmatan sedemikian.

5.     Pemenang Peraduan akan dimaklumkan menerusi e-mel atau panggilan telefon dalam masa TUJUH (7) hari bekerja selepas Tempoh Peraduan tamat. Selepas 3 kali percubaan untuk menghubungi dibuat oleh DLMI, tanpa menerima sebarang maklumbalas daripada Pemenang, hadiah yang diberi akan dibatalkan dan tiada sebarang bentuk pampasan (tunai atau barangan) akan diberikan sebagai ganti bagi hadiah yang telah dibatalkan. Sehubungan itu, DLMI berhak untuk menggantikan Pemenang Peraduan tersebut dengan Pemenang Peraduan yang lain selepas 3 kali percubaan gagal yang dinyatakan gagal.

Hadiah

1.     Hadiah Mingguan untuk setiap Pemenang adalah SATU (1) baucar membeli-belah bernilai RM100.00.

2.     Hadiah Mingguan akan dikirimkan kepada alamat surat-menyurat Pemenang Peraduan dalam masa ENAM (6) minggu selepas tamat Tempoh Peraduan.

3.     Hadiah Utama adalah suatu sesi perjumpaan dan makan malam bersama Chef Sherson Lian di restoran yang terpilih. Pemenang Hadiah Utama akan dibenarkan untuk membawa seorang peneman ke sesi perjumpaan dan makan malam tersebut. Masa dan tarikh penebusan Hadiah Utama akan ditentukan oleh DLMI berdasarkan kepada kebolehan Chef Sherson.

4.     Pemenang Hadiah Utama perlu membiayai kos perjalanan dan perbelanjaan penginapan dirinya serta penemannya sendiri dalam menebus Hadiah Utama.

5.     Mana-mana Hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh ENAM (6) minggu selepas hubungan  yang sama daripada DLMI kepada Pemenang Peraduan akan dibatalkan. Tempoh ENAM (6) minggu bermula dari hari Pemenang Peraduan dimaklumkan oleh DLMI.

6.     Hadiah-hadiah tersebut tidak boleh ditukar, dipindah milik atau ditebus dalam sebarang bentuk atas sebarang alas an sekalipun.

7.     DLMI berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana Hadiah tersebut dengan yang lebih kurang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Nilai Hadiah tersebut adalah betul pada masa percetakan. Semua hadiah diberi atas dasar keadaan “sediakala”.

Hak-hak Penganjur

1.     DLMI tidak akan bertanggungjawab atau memikul tanggungjawab bagi:

a.     Sebarang masalah, kehilangan atau kerosakan dalam apa jua bentuk sekalipun yang ditanggung oleh mana-mana pihak disebabkan sebarang kesilapan rangkaian, ralat komunikasi atau sistem, gangguan dan/atau kegagalan talian internet akibat penyertaan dalam atau memuat turun sebarang bahan berkenaan Peraduan. Sekiranya berlaku sedemikian, Penganjur  tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab atas sebarang kegagalan oleh mana-mana Peserta untuk mengambil bahagian dalam Peraduan pada bila-bila masa.

b.     Sebarang masalah, kerosakan atau kehilangan dalam apa jua bentuk terhadap mana-mana Peserta, atau wakil-wakil sah mereka yang berpunca daripada penyertaan mereka dalam Peraduan ini.

c.     Sebarang ralat, ketinggalan, gangguan, kehilangan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, pencurian, pemusnahan, atau akses tidak sah kepada penyertaan, yang timbul ketika operasi atau transmisi disebabkan oleh fungsi pemberi khidmat, virus, ‘bugs’ atau punca-punca lain yang di luar kawalan Penganjur akibat daripada penyertaan di dalam Peraduan ini.

d.     Jikalau Hadiah tersebut hilang, tersilap hantar, rosak atau dicuri sementara dalam proses penghantaran.

2.     DLMI juga tidak boleh bertanggungjawab mahupun dipertanggungjawabkan bagi sebarang kelewatan, kecederaan atau kerosakan komputer, sistem komputer atau peralatan Peserta dan/atau pihak ketiga yang berkaitan dengan atau berpunca daripada penyertaan dalam Peraduan ini, termasuk bermain, memuat turun mana-mana bahan atau maklumat daripada Laman Web dan berhubung dengan Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana kegagalan pemberi khidmat, kehilangan, kelewatan atau data tercemar atau  apa-apa yang lain yang tidak berfungsi.

3.     Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk membatalkan mana-mana individu yang didapati mengusik proses penyertaan atau operasi Peraduan, bertindak dalam memungkiri atau berpotensi untuk memungkiri Terma dan Syarat Peraduan ini.

4.     Penganjur berhak untuk membatal, mengubah suai, menangguh atau melewatkan  Peraduan ini sekiranya berlaku keadaan yang di luar kawalan munasabahnya.

5.     Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan Penganjur berhak untuk menggunakan nama-nama dan/atau gambar Peserta dan semua penyertaan lain untuk tujuan termasuk tetapi tidak terhad kepada  pengiklanan, perdagangan dan/atau publisiti tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan kepada para Peserta dan Peserta tidak berhak untuk membuat apa-apa tuntutan ke atas kegunaan bahan-bahan oleh Penganjur.

6.     Dengan mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat Peraduan ini, serta kesemua keputusan Penganjur.

7.     Penganjur berhak untuk meminda, mengubahsuai, membatal atau menambah kepada Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu dan para Peserta akan terikat kepada perubahan tersebut.

Untuk menyertai peraduan ini layari halaman utama Peraduan ini


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?