Peraduan Kumpul Tebus Menang Mi Sedaap


Anda pengemar Mi Sedaap? Kalau pengemar mesti selalu beli Mi Sedap ni kan. Jadi alang-alang beli tu sertailah ‘Peraduan Kumpul Tebus Menang Mi Sedap’ yang dianjurkan oleh mereka ni.

Dengan setiap pembelian 3 pek Mi Sedaap Goreng (Asli/Sambal Goreng) anda boleh menebus kupon KFC bernilai RM 5 secara percuma. Selain itu anda juga berpeluang memenangi hadiah menarik lain seperti TV LED 46″ Berjenama, Penyaman Udara, Ketuhar Gelombang dan lain-lain lagi (boleh lihat dibawah).

steps

soalan

Soalan yang perlu dijawab dalam borang Peraduan.

Senarai Kedai-Kedai Penebusan Terpilih

redemption-outlets-2

Hadiah

hadia

 

Terma & Syarat

  1. Peraduan ini dianjurkan oleh Gentle Supreme Sdn Bhd.
  2. Peraduan ini dibuka kepada semua warganegara berusia 18 tahun dan keatas yang menetap di Peninsular Malaysia sahaja. Kakitangan Penganjur, syarikat dan agensi-agensi yang dilantik pihak Penganjur serta keluarga yang terdekat (suami-isteri, anak, ibubapa, abang, kakak, adik) tidak layak menyertai peraduan ini.
  3. Peraduan ini berlangsung dari 1 Jun – 31 Jul 2013.
  4. Untuk menyertai peraduan ini, sertakan resit asal dan 3 pek (Kod Bar pek luar) Mi Sedaap Goreng dari mana-mana kedai kepada borang peraduaan.
    Lengkapkan borang peraduan dan poskan melalui pos biasa kepada alamat berikut:

    Peraduan “Mi Sedaap KTM”
    Gentle Supreme Sdn Bhd
    PO Box 3046, 47509, Subang Jaya, Selangor

    Setiap borang peraduan mesti dilengkapkan dengan nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat anda. Penghantaran borang penyertaan secara Pos A.R. Berdaftar, Kurier, Poslaju atau secara penghantaran selain dari pos biasa tidak akan diterima dan akan dianggap sebagai penyertaan yang tidak layak.

  5. Tiada had atas jumlah penyertaan yang boleh dihantar oleh peserta. Walaubagaimanapun, setiap penyertaan perlu disertakan dengan resit asal. Salinan fotokopi resit tidak akan dilayani. Semua borang peraduan mesti diterima sebelum 10 Aug, 2013.
  6. Setelah tempoh peraduan berakhir, panel juri akan pilih para pemenang peraduan ini.
  7. Pihak Penganjur berhak untuk menukarkan mana-mana hadiah dengan hadiah yang lain bila-bila masa sahaja tanpa memberi notis terlebih dahulu.
  8. Pemenang akan dimaklumkan melalui telefon atau pos pada akhir promosi, dimana butir-butir dan syarat untuk memungut hadiah akan diberi. Hadiah-hadiah yang tidak dipungut dalam masa 30 hari dari tarikh yang dimaklumkan akan dibatalkan dan sebarang penyertaan selepas itu tidak akan dilayani.
  9. Pihak Penganjur berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi atau untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak atau elektronik.
  10. Semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad. Sebarang pertanyaan atau rayuan bagi membatalkan keputusan tidak akan dilayan. Pihak Penganjur berhak pada bila-bila masa, membatalkan, menyingkir, menggantung atau membatalkan sebarang penyertaan tanpa memberi notis terlebih dahulu.
  11. Pihak penganjur, agensi-agensi serta wakil-wakilnya tidak akan bertanggungjawab ke atas kos perbelanjaan dan apa-apa. Kehilangan ( termasuk, tetapi tidak terhad kepada, secara kebetulan, atau tidak, kemusnahan yang timbul dari kecuaian) dalam mengambil bahagian peraduan, menuntut dan/atau penggunaan hadiah yang dimenangi oleh pemenang, kecuali sebarang liabiliti yang tidak boleh dikecualikan oleh undang-undang (dalam pada itu, liabiliti dihadkan ke tahap monima yang dibenarkan oleh undang-undang).
  12. Semua peserta mangaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, betul, tepat dan lengkap. Peserta telah membaca dan memahami segala peraturan, terma serta syarat-syarat peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada terma dan syarat peraduan ini, serta keputusan pihak penganjur.
  13. Hadiah tidah boleh dipindah milik dan semua hadiah diberikan dalan ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan tunai, kredit dan barangan lain. Gambar hadiah ditunjukkan dalam borang penyertaan adalah tujuan ilustrasi sahaja. Hadiah sebenar mungkin berbeza daripada yang tertunjukkan di gambar.
  14. Penebusan KFC Kupon ini hanya untuk masa terhad sementara stok masih ada.
  15. Satu (1) KFC kupon akan diberi dengan setiap set bukti pembelian daripada 3 kod bar pek luar Mi Sedaap Goreng (Asli/ Sambal Goreng) dan resit asal bukti pembelian.

Main Page Peraduan

 

Jika ada sebarang pertanya boleh tanya disini


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?