Peraduan Jacob’s ‘Mum’s Little Secret’


Are you a mum, or know any awesome mums? Jacob’s rewarding you with prizes worth up to RM100,000 (including a kitchen makeover, a Kettler cycling bike, La Gourmet Kitchenware and more).  Join Peraduan Jacob’s ‘Mum’s Little Secret’, and share that special secret that helps you manage your household effectively . The most creative entries win!

Hurry, what are you waiting for?  This Contest will ends at 30 June 2013.  To Join  visit HERE .

2

TERMA DAN SYARAT PERADUAN JACOB’S ‘MUM’S LITTLE SECRET’

1. Penganjur & Kelayakan

  • 1.1 Peraduan Jacob’s “Mum’s Little Secret” (“Peraduan”) ini dianjurkan oleh Kraft Malaysia Sdn Bhd (Reg. No. 536551-W) [“Penganjur”].
  • 1.2 Peraduan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 01 Mei 2013 (“Para Peserta”) dengan Kad Pengenalan Kebangsaan yang sah.
  • 1.3 Golongan individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:
    1.3.1 Kakitangan pihak Penganjur (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri); dan/atau
    1.3.2 Wakil kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi Penganjur (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri).

2. Tempoh

2.1 Peraduan ini akan diadakan dari 01 Mei 2013 (00:00) sehingga 30 Jun 2013 (23:59:59) (“Tempoh Peraduan”). Pihak Penganjur berhak meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa sahaja tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua penyertaan diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.
3. Mekanik Peraduan, Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan
3.1 Untuk menyertai Peraduan ini, Peserta perlu a) membeli mana-mana produk JACOB’S yang seperti berikut dengan bukti pembelian seperti resit, atau kod bar, b) bersama dengan rahsia-rahsia atau tips mereka yang digunakan sebagai ibu hebat secara kreatif [“Bahan Penghantaran”]:-

  • – Cream Cracker 800g
  • – Cream Cracker 450g
  • – Cream Cracker 180g
  • – Hi-Fibre 800g
  • – Hi-Fibre 445g
  • – Hi-Fibre 157g
  • – Hi-Iron 750g
  • – Hi-Iron 420g
  • – Hi-Iron 148g
  • – Low Salt Hi-Fibre 800g
  • – Low Salt Hi-Fibre 445g
  • – Low Salt Hi-Fibre 157g
  • – Weetameal 750g
  • – Weetameal 360g
  • – Weetameal 108g
  • – Hi-Cal Original 180g
  • – Hi-Cal Vegetable 180g
  • – Cream Cracker 300g
  • – Hi-Fibre 262.5g
  • – Weetameal 256.5g

3.2 Para Peserta dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu (1) borang penyertaan selagi menepati kriteria jadual 3.1 di atas.

3.3 Setiap penyertaan yang dihantar tanpa bukti pembelian akan dibatalkan.

3.4 Bahan Penghantaran boleh dibuat dengan menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina.
3.5 Bahan-bahan Penghantaran haruslah tidak mengandungi:-
3.5.1 Agenda menyinggung perasaan, perkauman, politik agama, kandungan yang mengapi-apikan agama, keganasan, bahasa kasar, kebencian penuh taksub atau kecederaan fizikal terhadap mana-mana kumpulan atau individu.
3.5.2 Mencadangkan apa-apa bentuk aktiviti yang menyalahi undang-undang, menjalankan kekesatan, mengugut, pencabulan dan/atau kelucahan.
3.5.3 Isi kandungan dengan hak cipta atau cap dagang milik pihak ketiga.
3.5.4 Pengiklanan untuk produk-produk, perkhidmatan atau laman web selain daripada produk produk JACOB’S.
3.5.5 Apa jua perubahan menggunakan perisian penyuntingan dari kandungan asal.
3.6 Para Peserta mestilah menjadi pemilik kepada Bahan Penghantaran atau di sisi undang-undangnya dibenarkan oleh pemilik untuk menghantar penyertaan bagi pihak beliau.
3.7 Para Peserta haruslah memastikan bahawa penyertaan mereka lengkap dengan butiran peribadi. Mana-mana penyertaan yang tidak lengkap, salah atau lewat akan dibatalkan secara automatik.
3.8 Penghantaran penyertaan boleh dibuat melalui pos atau halaman Facebook Jacob’s Malaysia.

  • a) Penghantaran melalui borang penyertaan mestilah diposkan ke alamat Peraduan JACOB’S ‘Mum’s Little Secret’, Peti Surat 8866, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46799 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat yang dinyatakan melalui pos biasa. Bukti pengiriman tidak menandakan bukti penerimaan oleh Pihak Penganjur.
  • b) Untuk penyertaan yang dibuat melalui Facebook, sila rujuk kepada Terma dan Syarat berasingan di Facebook Jacob’s Malaysia untuk maklumat lebih lanjut.

4. Hadiah-Hadiah

4.1 Keputusan Pihak Penganjur di atas kesemua hadiah-hadiah adalah muktamad.
4.2 Pihak Penganjur berhak, di atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masa, tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua hadiah diberikan dalam keadaan sedia ada dan tidak boleh ditukar. Gambar hadiah yang ditunjukkan di dalam borang penyertaan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.

4.3 Hadiah-hadiah yang bernilai RM 100,000 seperti berikut akan dihantarkan:

4.3.1

  • i. 1 x Pakej Ubah Suai Dapur bernilai RM 30,000
  • ii. 20 x Basikal Senaman KETTLER
  • iii. 20 x OSIM uPapa Hug IV
  • iv. 100 x Perkakas Dapur La gourmet®

4.4 Pemenang yang terpilih akan ditampilkan di dalam bahan pengiklanan Pihak Penganjur dimana pemenang diwajibkan untuk memenuhi permintaan Pihak Penganjur sebagai sebahagian pertimbangan untuk penganugerahan hadiah-hadiah.
4.5 Pihak penganjur berhak untuk menahan hadiah-hadiah tersebut jika jadual 4.2 tidak dituruti.

5. Kriteria Pengadilan

5.1 Pihak Penganjur akan memilih pemenang-pemenang berdasarkan kriteria berikut:
5.1.1 Kreativiti
5.1.2 Hubung-kait kepada tema peraduan
5.1.3 Keaslian
5.2. Keputusan Pihak Penganjur terhadap pemilihan pemenang-pemenang adalah muktamad dan surat-menyurat tidak akan dilayan.

6. Penebusan Hadiah

6.1 Pemenang akan diberi notis melalui emel dan/atau telefon daripada ruangan butiran-butiran peserta yang disediakan oleh Pihak Penganjur di dalam borang penyertaan.

6.2 Untuk mengutip hadiah, pemenang-pemenang mestilah menunjukkan Kad Pengenalan (KP) mereka untuk tujuan penyelidikan sebagai bukti identiti, yang mana jika gagal, hadiah-hadiah tersebut akan dibatalkan dan sebarang pertanyaan kemudiannya tidak akan dilayan.

6.3 Hadiah-hadiah haruslah dituntut oleh pemenang itu sendiri melainkan dengan kebenaran daripada Pihak Penganjur. Atas budi bicara Pihak Penganjur, pemenang mungkin dibenarkan untuk menyatakan wakil untuk mengambil hadiah. Dalam keadaan tersebut, wakil tersebut akan diminta untuk menyediakan salinan fotokopi Kad Pengenalan (KP) dan surat pengesahan kebenaran daripada pemenang bersama salinan fotokopi Kad Pengenalan (KP) pemenang yang telah disahkan untuk mengutip hadiah, jika gagal, hadiah tersebut akan dibatalkan dan sebarang pertanyaan kemudiannya tidak akan dilayan.

6.4 Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab jika para pemenang tidak dapat dihubungi sekurang-kurangnya selepas tiga (3) kali percubaan (di hari dan waktu pejabat) oleh Pihak Penganjur atau ejennya untuk menghubungi pemenang, atas apa jua alasan. Semua hadiah mestilah dituntut dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh pemberitahuan. Semua hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan.

6.5 Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas ketiadaan resit atau kelewatan penyampaian notis pemberitahuan kepada para pemenang.

6.6 Semua pemenang haruslah mematuhi semua Terma dan Syarat yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur, yang mana termasuk tetapi tidak terhad bagi menandatangani pengiktirafan berkaitan dan dokumen berhenti menuntut daripada pemenang-pemenang, sebelum sebarang hadiah dituntut, yang mana jika gagal, Pihak Penganjur berhak dengan budi bicara mereka untuk membatalkan hadiah daripada pemenang tersebut.

6.7 Sebarang keputusan daripada Pihak Penganjur terhadap Peraduan ini adalah muktamad dan terikat dan tiada sebarang pertanyaan (lisan atau bertulis) akan dilayan.

6.8 Pihak Penganjur dan syarikat bersekutunya (termasuk kakitangan, penasihat dan ejen) tidak bertanggungjawab terhadap peserta dari segi kontrak, tort atau kecuaian atau sebarang kerugian, kos, perbelanjaan, atau sebarang kerosakan (tidak langsung atau dari akibat) berlaku atau dihidapi oleh mana-mana peserta. Tanpa prejudis terhadap perkara diatas, Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menukar, membatal, menggantung, menamatkan atau menunda peraduan ini tanpa liabiliti atau pampasan kepada mana-mana peserta atau pihak yang lain.

6.9 Dengan mengambil bahagian di dalam Peraduan ini, Para Peserta bersetuju untuk terikat dengan syarat-syarat dan peraturan-peraturan dan sebarang keputusan daripada Pihak Penganjur. Semua pemenang haruslah menepati Terma dan Syarat yang disertakan bersama hadiah, jika ada.

7. Liabiliti & Tanggungjawab

7.1 Pihak Penganjur, syarikat bersekutu dan berkaitannya, dan ejen dan syarikat berkaitan dengan Peraduan ini menafikan sebarang dan semua liabiliti berbangkit dalam Peraduan ini dan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian (termasuk, kerugian tanpa had, secara tidak langsung, istimewa atau berakibat atau kerugian keuntungan), perbelanjaan, kerosakkan, kecederaan atau kematian peribadi yang dideritai atau didapati (sama ada muncul daripada kecuaian mana-mana individu) akibat daripada penyertaan mereka di dalam Peraduan ini, tuntutan dan/atau penggunaan hadiah-hadiah, kecuali untuk sebarang liabiliti yang mana tidak boleh dikeluarkan daripada undang-undang (yang mana liabiliti itu adalah terhad kepada jumlah minimum yang dibenarkan oleh undang-undang). Peserta-peserta berjanji bahawa mereka tidak boleh membawa sebarang tuntutan atau tindakan menentang Pihak Penganjur atau syarikat bersekutu dan berkaitannya, samada di dalam kontrak, tort atau sebaliknya.

7.2 Semua pengangkutan, penginapan, perbelanjaan peribadi dan/atau kos-kos lain, yuran dan/atau perbelanjaan berkaitan yang disebabkan oleh penyertaan Peraduan ini dan untuk penebusan hadiah adalah sepenuhnya tanggungjawab pemenang.

8. Hak Pihak Penganjur

8.1 Semua penyertaan adalah harta Pihak Penganjur dan Para Peserta tidak akan menuntut, guna atau menyalahgunakan penyertaan untuk sebarang tujuan lain pada bila-bila masa. Dengan menyertai Peraduan ini, setiap Peserta bersetuju bahawa Pihak Penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang sebagai bahan pengiklanan dan/atau untuk tujuan pertukaran publisiti tanpa sebarang bayaran atau notis terlebih dahulu, dan dengan persetujuan terlebih dahulu bahawa para pemenang diketepikan untuk dikaitkan bersama gambar mereka.

8.2 Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menukar, menggantung atau membatalkan Peraduan ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu jika keadaan tidak dapatdijalankan mengikut perancangan, diganggu secara teknikal atau rosak, termasuk tetapi tidak terhad kepada dijangkiti virus komputer, pepijat, pengubahan, gangguan tidak sah, penipuan, kegagalan teknikal, atau mana-mana sebab diluar kawalan Pihak Penganjur, walaupun dengan usaha gigih daripada mereka.

8.3 Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menukar Terma dan Syarat ini jika ianya diperlukan dari sebab-sebab yang sah, teknikal atau komersial dan sebarang penukaran haruslah mulai berkesan bermula dari penyelarasannya di laman web Peraduan. Sila semak Terma dan Syarat ini dengan kerap untuk melihat jika terdapat sebarang perubahan.

8.4 Terma dan Syarat Peraduan ini telah disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat perbezaan antara kedua-duanya, versi Bahasa Inggeris yang terdapat di http://www.jacobs.com.my akan diguna pakai.

If any question ask  HERE.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?