Peraduan Astro Ceria THE AMAZING SPIDER-MAN


Setiap hari sepanjang Tempoh Peraduan, peserta ke-5 dan setiap peserta ke-5 berikutnya yang menghantar borang penyertaan dalam talian (online form) yang lengkap akan memenangi hadiah seperti yang dinyatakan di dalam Klausa 16 di bawah (maksimum 5 pemenang setiap hari)

Sebagai tambahan, peserta ke 50, 100, 150, 200 dan 250 yang menghantar borang penyertaan dalam talian (online form) yang lengkap akan memenangi hadiah seperti yang dinyatakan di dalam Klausa 16 di bawah.

A. TERMA-TERMA ASAS

 

1. Penganjur MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEMS SDN BHD
2. Nama Peraduan THE AMAZING SPIDER-MAN
3. Huraian Ringkas Peraduan “THE AMAZING SPIDER-MAN” adalah satu Peraduan yang dianjurkan oleh saluran Astro Ceria dan ditaja oleh Sony Pictures. 
4. Mekanisma Ringkas Peraduan a) Peserta-peserta hendaklah mengisi borang penyertaan dalam talian (online form) di www.astro.com.my/ceria dengan butiran-butiran seperti (d) di bawah dalam Tempoh Peraduan seperti yang ditakrifkan di dalam Klausa 9 di bawah.b) Setiap hari sepanjang Tempoh Peraduan, peserta ke-5 dan setiap peserta ke-5 berikutnya yang menghantar borang penyertaan dalam talian (online form) yang lengkap akan memenangi hadiah seperti yang dinyatakan di dalam Klausa 16 di bawah (maksimum 5 pemenang setiap hari).

c) Sebagai tambahan, peserta ke 50, 100, 150, 200 dan 250 yang menghantar borang penyertaan dalam talian (online form) yang lengkap sepanjang Tempoh Peraduan akan memenangi hadiah seperti yang dinyatakan di dalam Klausa 16 di bawah.

d) Peserta-peserta hendaklah mengisi butiran-butiran berikut:

– Nama Penuh

– Umur

– Nombor Kad Pengenalan/ Sijil Kelahiran

– Alamat kediaman

– Nama Ibu bapa/Penjaga-penjaga

– Nombor Kad Pengenalan Ibu bapa/Penjaga-penjaga

– Nombor Telefon Ibu bapa/Penjaga-penjaga.

Peserta-Peserta hendaklah mematuhi mekanisma-mekanisma Peraduan ini sepertimana yang diberitahu atau diterangkan oleh pihak Penganjur semasa Tempoh Peraduan.

5. Kriteria Kelayakan Merujuk kepada kriteria kelayakan di bawah dan Terma-Terma dan Syarat-Syarat lazim Peraduan, Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang telah mencapai Umur Kelayakan seperti yang tertera di bawah dan peserta atau ahli-ahli keluarga rapat mereka hendaklah merupakan Pelanggan Aktif Astro (“Active Astro Customer”) sehingga 22 Jun 2012.Pemenang di bawah umur 18 tahun pada 22 Jun 2012 hendaklah ditemani oleh ibu bapa/ penjaga-penjaga semasa menonton tayangan istimewa.

“Pelanggan Aktif Astro bermaksud pelanggan servis Astro dan akaun Astro yang aktif dan tiada bayaran tertunggak dan berhutang kepada Astro dan tidak melanggar perjanjian melanggani Astro atau memberi arahan untuk berhenti dan/ atau penangguhan melanggan servis Astro pada tarikh pengumunan pemenang. Pemenang hendaklah kekal sebagai pelanggan aktif Astro sehingga tarikh pengambilan hadiah.”

*ahli-ahli keluarga rapat bermaksud suami/isteri, anak-anak, ibu bapa, kakak-kakak dan abang-abang

6. Ketidaklayakan a) Kakitangan Penganjur, Astro Malaysia Holdings Sdn Bhd dan syarikat sekutunya, dan *ahli-ahli keluarga rapat mereka;b) Kakitangan Sony Pictures dan * ahli-ahli keluarga rapat mereka

*ahli-ahli keluarga rapat bermaksud suami/isteri, anak-anak, ibu bapa, kakak-kakak dan abang-abang

7. Umur Kelayakan a) Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia.b) b) Di mana Umur Kelayakan membenarkan penyertaan Peserta-Peserta di bawah umur 18 tahun, Peserta mesti mendapatkan keizinan ibu bapa dan/atau penjaga terlebih dahulu untuk layak menyertai dan memenangi Hadiah. Penganjur menganggap bahawa ia adalah tanggungjawab ibu bapa atau penjaga untuk mengawasi penyertaan anak-anak mereka dalam Peraduan ini.
8. Caj Penganjur tidak mengenakan apa-apa caj untuk penyertaan dalam Peraduan ini.
9. Tempoh Ganjaran Peraduan Peraduan ini akan diadakan dari 22 Jun 2012, pukul 6 pagi hingga 28 Jun 2012 pada pukul 11.59 malam atau pada apa-apa masa yang lain yang akan ditentukan oleh pihak Penganjur dari semasa ke semasa.Pihak Penganjur mempunyai hak mutlak untuk mengubah, menangguh atau menukar Tempoh Peraduan atau mana-mana tarikh yang berkenaan.
10. Bahasa Peraduan Peraduan ini akan dianjurkan oleh pihak Penganjur dalam Bahasa Malaysia.
11. Prosedur Penyertaan Sila lihat Klausa 4 “Mekanisma Ringkas Peraduan” di atas.
12. Tarikh Tutup Penyertaan 11.59 malam, 28 Jun 2012
13. Cara Penghantaran Melalui laman web
14. Alamat www.astro.com.my/ceria
15. Pemilihan Pemenang Setiap hari sepanjang Tempoh Peraduan, peserta ke-5 dan setiap peserta ke-5 berikutnya yang menghantar borang penyertaan dalam talian (online form) yang lengkap akan memenangi hadiah seperti yang dinyatakan di dalam Klausa 16 di bawah (maksimum 5 pemenang setiap hari)Sebagai tambahan, peserta ke 50, 100, 150, 200 dan 250 yang menghantar borang penyertaan dalam talian (online form) yang lengkap akan memenangi hadiah seperti yang dinyatakan di dalam Klausa 16 di bawah.
16. Hadiah Setiap hari sepanjang Tempoh Peraduan, peserta ke-5 dan setiap peserta ke-5 berikutnya yang menghantar borang penyertaan dalam talian (online form) yang lengkap kewww.astro.com.my/ceria akan memenangi hadiah seperti berikut (maksimum lima (5) pemenang setiap hari)• Satu (1) edisi terhad buku nota “THE AMAZING SPIDER-MAN”
• Satu (1) edisi terhad Tali Penyandang (Lanyard) “THE AMAZING SPIDER-MAN” dan
• Empat (4) tiket untuk tayangan istimewa “THE AMAZING SPIDER-MAN”

Sepanjang Tempoh Peraduan, penyertaan ke-50, 100, 150, 200 dan 250 yang menghantar borang penyertaan dalam talian (online form) yang lengkap ke www.astro.com.my/ceria akan memenangi hadiah seperti berikut

• Satu (1) set daripada lima (5) edisi terhad set patung “THE AMAZING SPIDER-MAN”;
• Satu (1) novel dan phonic box set “THE AMAZING SPIDER-MAN”;
• Satu (1) Marvel’s An Origin Story: “The AMAZING SPIDER-MAN’; dan
• Empat (4) tiket untuk tayangan istimewa “THE AMAZING SPIDER-MAN”

Nota:-

Tayangan istimewa “THE AMAZING SPIDER-MAN” akan diadakan seperti berikut:-

Tempat: Cathay Cineplex, e@Curve
Tarikh: 8 Julai 2012
Masa: 11:00pagi

17. Pemberitahuan Pemenang Nama para pemenang akan diumumkan oleh pihak Penganjur di laman web Penganjur www.astro.com.my/ceria
18. Tempoh Pengambilan Hadiah 8 Julai 2012, antara 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.
19. Tempat Pengambilan Hadiah Cathay Cineplex, e@Curve
20. Terma-terma tambahan, jika ada a) Peserta-peserta dikehendaki membawa Nombor kad pengenalan/ Sijil kelahiran dan bil Astro yang terbaru untuk mengesahkan identiti mereka.b) Seorang peserta hanya boleh menang sekali sahaja dalam Peraduan ini. Mana-mana kemenangan berikutnya (jika diumumkan),adalah dianggap batal secara automatik.

c) Setiap satu akaun Astro hanya boleh menang satu (1) hadiah sahaja dalam Peraduan ini. Mana-mana kemenangan berikutnya,adalah dianggap batal jika diumumkan.

d) Penganjur tidak bertanggungjawab untuk sebarang kemalangan, kematian, dan/ atau kerosakan barangan yang berlaku semasa para peserta menyertai aktiviti yang dimenangi oleh para pemenang.

e) Sekiranya tayangan istimewa ditangguhkan atau dibatalkan, penganjur tidak akan menebus tiket tayangan istimewa dengan wang tunai dan/atau cara penebusan yang lain.

f) Sekiranya peserta/ pemenang tidak dapat datang ke tayangan istimewa, penganjur tidak akan menggantikan tiket tayangan istimewa dan/ atau hadiah dan kos lain yang ditanggung oleh pemenang untuk menonton tayangan istimewa dengan wang tunai dan/atau cara penggantian yang lain.

 

Terma-terma Asas dan Terma-terma dan Syarat-Syarat Lazim Peraduan akan mengikat kesemua peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam Peraduan ini (“Peserta”). Definisi-definisi dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan akan digunakan kecuali dinyatakan sebaliknya dalam Terma-terma Asas. Jika terdapat sebarang ketidakselarasan antara Terma-terma Asas dan Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan, Terma-terma Asas akan mengatasi setakat ketidakselarasan tersebut.

Di mana Terma-terma Asas dan Terma-terma dan Syarat-Syarat Lazim Peraduan ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, dan selepas itu jika terdapat sebarang konflik atau percanggahan antara teks Bahasa Malaysia sedemikian dan teks bahasa Inggeris Terma-terma Asas dan Terma-terma dan Syarat-Syarat Lazim Peraduan, teks bahasa Inggeris akan diberi keutamaan.

Kemasukan dan penyertaan di dalam Peraduan ini akan dianggap sebagai penerimaan Terma-terma Asas dan Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan secara tanpa syarat oleh para Peserta.

[button color=”eg. black, red, blue, orange, green, light” link=”” target=””]Join Now[/button]


2 Comments
  1. Iloks Star'z 7 years ago

    tolang mcm mna mau aSTrO FREE melalui handfon…..

  2. KAMILA DAN CAMALIA 7 years ago

    mcm mn ingin mengisi borang peraduan

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?