Mencari Harta Buku Nov 09


TITLE: Mencari Harta Buku Nov 09
PRIZE: Hadiah saguhati untuk pemenang
DEADLINE: 27 Nov 2009
WEBSITE/URL: http://b3lima.com/TroliBerita.htm

DESCRIPTION:
Siapa boleh bertanding?
Mempunyai akaun emel yang sah dan ada akaun dengan bank yang berdaftar di Malaysia. Peserta hanya boleh mendaftar satu emel sahaja.

Agihan Hadiah?
Hadiah maksima adalah Rm50 untuk seorang pemenang paling banyak jawapan tepat dan paling cepat menghantar jawapan sahaja. Jumlah hadiah akan diberikan mengikut jumlah peratusan (%) jawapan yang tepat. Contoh: Jika pemenang mendapat 80% jawapan tepat, hadiah tunai yang akan diberikan adalah Rm40 sahaja.

Tempoh Pencarian Jawapan
Tempoh peraduan adalah sehingga 27 November 2009, Jumaat 6 petang. Namun setiap peserta hanya diberikan masa 5 hari untuk menjawab semua soalan. Masa 5 hari dikira dari tarikh dan waktu pendaftaran diterima oleh B3LIMA.

Cara pendaftaran
Hantar emel ke isunik@b3lima.com dengan tajuk “Mencari Harta Buku Nov2009”. Satu emel balas, menandakan pendaftaran diterima oleh B3LIMA akan dihantar berserta soalan-soalan pada pukul 9 malam pada hari yang sama untuk emel yang diterima sebelum pukul 6 petang. Emel yang diterima selepas pukul 6 petang akan dibalas pada pukul 9 malam hari berikutnya

Keputusan Peraduan
Keputusan peraduan dan pemenang adalah muktamad. Setiap peserta tertakluk pada terma dan syarat ditetapkan. Sekiranya terma dan syarat tidak dipatuhi, peserta akan terkeluar dari peraduan secara automatik.

B3LIMA tidak bertanggungjawab atas kerosakan teknikal pada emel atau laman web semasa peraduan dijalankan.

Nota tambahan
Gunakan laman http://b3lima.com ATAU http://www.b3lima.com untuk mencari jawapan.

Anda juga perlu berdaftar dengan facebook sebelum tamat tarikh peraduan.

Selamat mencuba!


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2021 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?