Kotex – Count the Panties Contest


kotex.jpg

TITLE: Kotex – Count the Panties
PRIZE: As above

DEADLINE: 31 Dec 09
WEBSITE/URL: http://www.kotex.com.my/promotions/countpantie.aspx

DESCRIPTION:
Terma & Syarat.

1. Peraduan ini terbuka kepada semua gadis Malaysia kecuali kakitangan dan keluarga terdekat Kimberly-Clark Trading (M) Sdn Bhd (“Kimberly-Clark”), syarikatsyarikat sekutu, agen-agen, wakil-wakil dan agensi-agensi pengiklanan dan promosi jualan masing-masing.

2. Peserta boleh menghantar seberapa banyak borang penyertaan yang mereka ingini. Salinan fotostat borang diterima tetapi setiap borang penyertaan mesti diisi lengkap; dan disertakan:
a.Kiraan tepat jumlah “Panties” di dalam Jam yang dipaparkan di borang penyertaan (“Jawapan”) dan
b.Satu (1) polibeg luar produk Kotex® (sama ada Kotex® Soft & Smooth, Kotex® Dri- Comfort, Kotex® Style ataupun Kotex® Fresh Pantiliners)
3. Semua penyertaan mesti diposkan kepada: Peraduan Kotex® “Count the Panties”, PO Box 8615, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46793 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

4. Hanya penyertaan yang dihantar melalui pos biasa ke Peti Surat yang dinyatakan akan diterima. Penyertaan yang dihantar melalui khidmat penghantar, kourier, penghantaran ekspres atau Pos Laju akan dibatalkan secara automatik. Bukti penghantaran pos bukan bukti penerimaan. Kimberly-Clark dan agensi-agensi yang terlibat tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan yang hilang, lambat, dicuri, rosak atau salah dialamatkan.

5. Semua penyertaan mesti diterima sebelum 5.30 petang 31hb Disember 2009. Penyertaan yang diterima selepas tarikh ini akan dibatalkan.

6. Terdapat 200 hadiah untuk dimenangi. Setiap hadiah merupakan bayaran untuk panggilan telefon pemenang bernilai RM1,000. Pemenang boleh memilih sama ada untuk memasukkan wang tunai terus ke dalam akaun telefon “Postpaid” atau “Prepaid”. Hadiah ini terbuka untuk semua telekomunikasi Malaysia.

7. Hanya 200 pemenang akan dipilih daripada penyertaan betul dan lengkap yang diterima pada selang setiap 120 penyertaan. Contohnya, hadiah akan diberikan kepada peserta ke-120, ke-240 dan seterusnya, sehingga peserta ke-24, 000.

8. Hadiah yang dimenangi tidak boleh dipindah hak milik atau ditukarkan dengan wang tunai dan mesti diterima seperti yang ditawarkan.

9. Para pemenang akan dihubungi melalui telefon. Sekiranya pihak pemenang tidak dapat dihubungi pada percubaan pertama, contohnya, tiada jawapan, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada penyambungan dan lain-lain, dua (2) percubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh dua puluh empat (24) jam yang berikutnya selepas panggilan pertama. Sekiranya masih tidak dapat dihubungi, pemenang tersebut akan dibatalkan.

10. Keputusan panel pengadil adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayani.

11. Kimberly-Clark berhak membatalkan penyertaan/kemenangan mana-mana pemenang sekiranya pemenang melanggar mana-mana Peraturan Peraduan “Count the Panties”.

12. Serentak dengan penyertaan dalam kem ini, para pemenang turut memberikan kebenaran kepada Kimberly-Clark serta agensi-agensinya untuk menggunakan nama, penyertaan dan/atau gambar mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan. Para pemenang juga mungkin dikehendaki menghadiri upacara penyampaian hadiah atau menyertai program publisiti. Kimberly-Clark berhak meminda mana-mana aspek Hadiah tanpa pemberitahuan.

13. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk tertakluk kepada Terma & Syarat rasmi dan keputusan yang ditetapkan oleh Kimberly-Clark.

14. Pemenang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarangan tanggungan cukai hasil (jika ada); akibat daripada penerimaan Hadiah

15. Semua Terma dan Syarat adalah dilindungi oleh undang-undang Malaysia.

16. Untuk pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol 1800 82 1188 (Isnin-Khamis, 9 pagi – 3 petang)


5 Comments
  1. hahilandam d/o yanapragasam 10 years ago

    i nak tanya…………….
    kotex ada satu contest…………………..
    i ada jawab dalam contest itu tapi belum tak tahu i dah menang tak?????????????? lagi pun i tak tahu keputusan itu dah keluar ke belum……..

  2. ctasma 10 years ago

    Bila nak keluar contest yang terbaru?

  3. Theresa Saw 10 years ago

    I would like to know the results of the winners for the kotex panties?

  4. PAVANI A/P KUMARAMOHGAN 10 years ago

    PLS MAIL ME THE RESULT OF THE WINNERS FOR THE KOTEX WINNERS

  5. Joelene 10 years ago

    Yaloh, is it still no result?

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2020 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?