TV3 – Peraduan Kejutan Deko! Deko! Deko! Celcom Blue


Image

TITLE: TV3 – Peraduan Kejutan Deko! Deko! Deko! Celcom Blue
PRIZE:

Untuk pengguna Celcom Blue sahaja.JPG
Untuk semua pengguna talian.JPG

DEADLINE: 22 Ogos hingga 23 Oktober 2009
WEBSITE/URL: http://www.tv3.com.my/celcomdeko/

DESCRIPTION:

33399.JPG

Kehadiran Syawal tahun ini pastinya lebih meriah jika anda merupakan salah seorang pemenang bertuah kempen istimewa Kejutan Deko Deko Deko Celcom Blue anjuran Celcom (Malaysia) Berhad dengan kerjasama stesen no.1 Negara, TV3. Kempen menarik ini menawarkan hadiah pakej deko ruang tamu dan hadiah harian yang bernilai RM1juta.

Pertama kali dianjurkan, kempen Kejutan Deko Deko Deko Celcom Blue bermula dari 22 Ogos hingga 23 Oktober 2009. Kempen ini terbuka kepada semua penonton TV3 dan pengguna Celcom BLUE. Mereka hanya perlu menonton program yang disiarkan di TV3 sepanjang kempen ini berlangsung dengan menjawab soalan-soalan mudah.

Penonton TV3 yang ingin menyertai kempen ini hendaklah menaipkan perkataan BLUE<kata laluan> dan hantarkan ke 33399. Bagi mendapatkan kata laluan ini, mereka hendaklah menonton TV3. Penonton TV3 kemudiannya dikehendaki menjawab soalan-soalan mudah tentang Celcom dan TV3 akan memenangi sepuluh hadiah harian berupa baucer barangan.

Pelanggan Celcom BLUE yang telah menjawab soalan-soalan tersebut juga berpeluang memenangi hadiah mingguan iaitu pakej deko ruang tamu yang bernilai RM30,000 dan hadiah utama , pakej deko ruang tamu bernilai RM50,000. Mereka hanya perlu menambah nilai kad prabayar dan menggunakan sebanyak RM20 dalam masa seminggu.

Hadiah pakej deko ruang tamu yang akan ditawarkan setiap minggu ini akan dihias sendiri oleh pereka hiasan dalaman professional. Bagi pelanggan baru Celcom BLUE pula, mereka boleh mendapatkan duit raya sebanyak RM15 dengan hanya membeli pek Celcom BLUE dan menambah nilai RM10 selepas pengaktifan pek tersebut.

Kemeriahan Syawal juga pastinya lebih bermakna bagi seorang pemenang utama yang bertuah berjaya membawa pulang pakej deko ruang tamu bernilai RM50,000 yang bakal diumumkan di penghujung kempen istimewa ini.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2021 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?