Sinar FM – Peraduan Online Si Cilik Sinar FM 2009


Image

TITLE: Sinar FM – Peraduan Online Si Cilik Sinar FM 2009
PRIZE:
– Pusing akhir bermula pada 7 Ogos 2009 sehingga 31 Ogos 2009, di mana 10 foto dengan undian tertinggi bakal bersaing untuk merebut RM 1500.

– 5 pemenang saguhati bakal menerima RM100 dan barangan SINAR FM
DEADLINE: 31 Aug 09
WEBSITE/URL: http://www.sinar.fm/komuniti/SiCilik_contest09/

DESCRIPTION:
1. PENGENALAN

Peraturan-paraturan ini (selepas ini dirujuk sebagai “Peraturan-peraturan”) adalah terpakai dan berkuatkuasa ke atas semua peserta-peserta (selepas ini dirujuk sebagai “Peserta-Peserta”) yang memasuki peraduan Online Si Cilik Sinar 2009 (selepas ini dirujuk sebagai “Peraduan”) di Sinar.fm (name of station). Penyertaan dan/atau pengambil bahagian di dalam Peraduan ini adalah dianggap sebagai penerimaan tanpa syarat oleh Peserta-Peserta terhadap keseluruhan Peraturan-Peraturan.

Peraturan-peraturan ini boleh didapati di Airtime Management & Programming Sdn Bhd, All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur atau di muat turun dari http://www.sinar.fm (“Laman Web”)

2. PENGANJUR

Pihak Penganjur peraduan ini adalah Airtime Management & Programming Sdn Bhd, pegurus radio Sinar FM yang beralamat di All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur (“Pihak Penganjur”)

3. TEMPOH PERADUAN

Peraduan pusingan pertama akan diadakan dari 7 Julai 2009 hingga 31 Julai 2009.Pihak Penganjur mempunyai hak mutlak untuk memanjangkan tempoh Peraduan ini.

4. KELAYAKAN

Peraduan ini adalah terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas ATAU dalam situasi di mana seseorang peserta adalah di bawah umur 18 tahun, ibu bapa atau penjaga peserta tersebut boleh, tertakluk kepada budibicara mutlak Pihak Penganjur dikehendaki untuk menandatangani satu indemniti dalam bentuk yang dikehendaki oleh Penganjur sebagai salah satu pra syarat kelayakan penerimaan Hadiah peserta dibawah jagaan ibu bapa atau penjaga terbabit.

Pekerja-pekerja Pihak Penganjur dan ahli keluarga terdekat individu terbabit adalah tidak berkelayakan untuk menyertai dan/atau memenangi Peraduan ini.

Pekerja-pekerja Pihak Penaja dan/atau mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan dengan Peraduan dan ahli keluarga terdekat individu terbabit adalah tidak berkelayakan untuk menyertai dan/atau memenangi Peraduan ini.

Seseorang individu adalah tidak berkelayakan untuk menyertai dan/atau memenangi Peraduan ini jika individu tersebut telah memenangi Hadiah yang bernilai RM 1000 atau lebih daripada Radio Stesen dalam tempoh tiga (3) bulan pada atau sebelum penyertaan Peraduan ini.

5. KAEDAH PENYERTAAN

Untuk menyertai penyertaan:

(a) Foto-foto si Cilik yang menjadi juara mingguan (menerusi jumlah undian tertinggi dan kedua
tertinggi) bermula 1 April sehingga 4 Julai 2009 layak tersenarai untuk bertanding didalam
peraduan Si Cilik 2009 pusingan awal

(b) Bermula 7 Julai 2009 sehingga 31 Julai 2009 foto-foto yang tersenarai akan bertanding untuk
mengumpul undian tertinggi untuk layak ke pusingan akhir pada bulan Ogos 2009.

(c) 10 foto dengan undian tertinggi selepas 31 Julai 2009 akan tersenarai untuk bertanding
sesama sendiri pada bulan Ogos 2009 untuk merebut hadiah wang utama iaitu RM1500 dan
barangan daripada Sinar FM. 5 hadiah saguhati bakal membawa pulang RM100 setiap satu dan
barangan Sinar FM.

Sebarang penyertaan yang tidak lengkap dan/atau tidak boleh dibaca dalam sebarang Peraduan adalah terbatal dengan sendirinya. Pihak Penganjur dengan ini mempunyai hak untuk membatalkan sebarang penyertaan jika penyertaan tersebut adalah salah disisi undang-undang, tidak senonoh, tidak sesuai atau boleh menjatuhkan reputasi dan nama baik pihak Penganjur atau pihak Penaja.

Sesiapa yang telah dikenalpasti atau didapati menggunakan atau cuba untuk menggunakan lebih daripada satu (1) nama untuk melayakkan diri/menyertai/memenangi Peraduan akan disingkirkan dari Peraduan ini.

Melainkan dinyatakan secara khusus di dalam ini, Peserta hendaklah menyertai Peraduan ini dengan menghantar satu penyertaan sahaja dan penyertaan berganda adalah dengan sendirinya terbatal.

Para peserta mengakui dan bersetuju bahawa pihak Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan seorang pemenang jika pihak Penganjur mendapat tahu tentang ketidaklayakannya selepas hadiah diberi kepada Pemenang. Dalam situasi ini, pihak Penganjur mempunyai hak untuk meminta balik hadiah tersebut atau pembayaran jumlah nilainya.

Jika maklumat peribadi (terutama nombor telefon) para peserta berubah, para peserta adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan perubahan tersebut kepada pihak Penganjur.

6. MEKANIK PERADUAN

(a) Foto-foto si Cilik yang menjadi juara mingguan (menerusi jumlah undian tertinggi dan kedua
tertinggi) bermula 1 April sehingga 4 Julai 2009 layak tersenarai untuk bertanding didalam
peraduan Si Cilik 2009 pusingan awal

(b) Bermula 7 Julai 2009 sehingga 31 Julai 2009 foto-foto yang tersenarai akan bertanding untuk
mengumpul undian tertinggi untuk layak ke pusingan akhir pada bulan Ogos 2009.

(c) 10 foto dengan undian tertinggi selepas 31 Julai 2009 akan tersenarai untuk bertanding
sesama sendiri pada bulan Ogos 2009 untuk merebut hadiah wang utama iaitu RM1500 dan
barangan daripada Sinar FM. 5 hadiah saguhati bakal membawa pulang RM100 setiap satu dan
barangan Sinar FM.

7. HADIAH

7.1 Pusing akhir bermula pada 7 Ogos 2009 sehingga 31 Ogos 2009, di mana 10 foto dengan undian tertinggi bakal bersaing untuk merebut RM 1500.

7.2 5 pemenang saguhati bakal menerima RM100 dan barangan SINAR FM

Tuntutan Hadiah
Kesemua Hadiah mesti dituntut dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh pemberitahuan (selepas ini dirujuk sebagai “Jangkamasa Tuntutan”). Para Pemenang adalah bertanggungjawab secara sendiri untuk menuntut Hadiah masing-masing, dan pihak Penganjur adalah tidak bertanggungjawab untuk memberi sebarang notis mengenai tarikh tutup tuntutan Hadiah. Hadiah-Hadiah yang gagal untuk dituntut dalam tempoh Jangkamasa Tuntutan akan dilupuskan oleh pihak Penganjur dan pihak Penganjur, agen-egennya, para penajanya dan/atau wakil-wakilnya tidak mempunyai sebarang liabiliti terhadap Pemenang dalam sebarang aspek sekalipun.
Kesemua Hadiah hendaklah dituntut secara sendiri oleh Pemenang melainkan pihak Penganjur menyatakan sebaliknya. Bukti pengenalan diri yang mempunyai sesalinan gambar di dalamnya (sebagai contoh, termasuk tetapi tidak terhad kepada kad pengenalan, lesen memandu, paspot, dan sebagainya yang mana mempamerkan sesalinan gambar Pemenang). Dalam situasi di mana pihak Penganjur memilih untuk mengepos sesuatu Hadiah kepada seseorang Pemenang, tiada tanggungjawab adalah diletakkkan kepada pihak Penganjur terhadap keselamatan dan penghantaran pos yang efektif Hadiah berkenaan kepada Pemenang.
Dalam situasi-situasi khas dan tertakluk kepada budibicara mutlak pihak Penganjur, seseorang Pemenang boleh melantik wakil yang ditetapkan untuk menuntut Hadiah. Wakil tersebut hendaklah mengemukakan kebenaran bertulis daripada Pemenang dan mengemukakan bersama-samanya bukti tanda pengenalan diri kedua-dua Pemenang dan wakilnya.
Dalam situasi di mana seseorang Pemenang memilih untuk tidak menerima sesuatu Hadiah, Pemenang berkenaan terlucut segala hak dan tuntutan terhadap Hadiah berkenaan, yang mana akan diuruskan oleh pihak Penganjur menurut budibicara mutlaknya.
Penggunaan dan pindahmilik Hadiah
Hadiah-Hadiah adalah tidak boleh dipindahmilik, dan di mana ianya adalah terpakai, hendaklah digunakan dalam tempoh masa dan/atau tarikh yang ditetapkan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan/atau alternatif-alternatif lain.
Segala Hadiah adalah diterima di bawah risiko Pemenang secara sepenuhnya dan pihak Penganjur dengan ini mengesahkan bahawa ia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang Hadiah selagi mana ianya dibenarkan di bawah undang-undang.
Sekiranya sesuatu Hadiah yang ditetapkan menjadi tidak ada atas sebab-sebab tertentu, pihak Penganjur berhak menggunakan budibicara mutlaknya untuk menukar Hadiah tersebut dengan Hadiah lain sebagai gantinya.

8. NOTIS

Semua para pemenang akan diberi notis melalui telefon, laman web dan melalui SMS.

9. CUKAI

Para Pemenang adalah bertangungjawab terhadap sebarang dan kesemua cukai yang perlu dibayar hasil darupada sesuatu Hadiah yang diberi atau diterima.

10. HADIAH YANG TIDAK DITUNTUT

Hadiah yang tidak dituntut selepas tempoh tiga bulan akan dilupuskan.

11. PUBLISITI DAN HAK CIPTA

Para Peserta adalah dikehendaki oleh pihak Penganjur untuk menyertai sesi temuramah, sesi bergambar, sesi video dan/atau filem dan para Peserta dengan ini memperakui bahawa pihak Penganjur mempunyai hak untuk menggunakan temuramah-temuramah, gambar-gambar publisiti, video dan/atau filem tersebut dalam sebarang medium dan dalam sebarang keadaaan yang pihak Penganjur fikir bersesuian, tanpa sebarang bayaran pampasan dalam apa bentuk sekalipun diberikan.

Penyertaan Peraduan dan material (selepas ini dirujuk sebagai “Material”) yang dihantar berkenaan sebarang Peraduan, sama ada dalam bentuk penulisan, audio, elektronik dan/atau berbentuk visual, dan.atau adalah satu kombinasi mana-mana Material yang disebut di dalam ini, atau sebarang gambar, video dan/atau rakaman filem yang diambil oleh Peserta adalah menjadi hakmilik pihak Penganjur yang mana mungkin menggunakan Material tersebut dalam sebarang Medium dan/atau dalam sebarang keadaan pihak Penganjur fikirkan sesuai. Hakcipta Material tersebut dimiliki sepenuhnya oleh pihak Penganjur.

Pihak Penganjur berhak untuk mewujudkan/membuat infomasi daipada para Peserta di dalam sebarang pangkalan data untuk tujuan penggunaan di dalam urusan harian biasa pihak Penganjur.

Para Peserta tidak boleh tanpa kebenaran bertulis secara khusus daripada pihak Penganjur untuk mencetak dan/atau mendedahkan sebarang informasi berkenaan Peraduan dan/atau Hadiah, yang mana adalah tidak terhad kepada wakil-wakil media dalam apa jua bentuk sekalipun. Para Peserta adalah tidak berhak untuk memberi temuramah dan/atau terlibat di dalam sebarang artikel dan/atau laporan berkenaan Peraduan dan/atau Hadiah dengan mana-mana pihak ketiga.

Para Peserta dengan ini memberi kuasa dan menyerah hak kepada pihak Penganjur keseluruhan hakcipta dan/atau sebarang hak ‘intellectual property’ di dalam Peraduan dan penglibatan para Peserta di dalam Peraduan dalam segala media dan teknologi.

12. INDEMNITI

Para Pemenang dengan ini memperakui dan mempersetujui bahawa masing-masing melibatkan diri di dalam Peraduan di atas risiko sendiri dan juga dengan ini bersetuju untuk menanggungrugi pihak Penganjur, agen-agennya, para penajanya dan/atau wakil-wakilnya terhadap sebarang kos, kerugian, kehilangan, perbelanjaan dan/atau liabilti, yang mana termasuk kehilangan nama baik, reputasi dan/atau yuran-yuran penasihat-penasihat profesional, dan juga sebarang tuntutan yang timbul hasil daripada tindakan para Pemenang itu sendiri berkaitan dengan Peraduan, Hadiah dan/atau hasil daripada perlanggaran obligasi-obligasi para Pemenang di dalam ini.

13. KESULITAN TALIAN DAN KEGAGALAN PERHUBUNGAN

Pihak Penganjur adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan melalui pos dan/atau faksimili yang hilang, rosak, tersalah hantar dan/atau lewat dalam penghantarserahan kepada Pihak Penganjur, dan Pihak Penganjur juga adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan dan/atau permasalahan dan/atau kegagalan fungsi ke atas peralatan
Peraduan Melalui Internet
Segala penyertaan melalui internet adalah dihantar di atas risiko Pemanggil sendiri dan sekiranya terdapat permasalahan teknikal yang dialami melalui internet dan/atau daripada sebarang peralatan berkaitan dengannya dan/atau keselamatan internet dikompromi, Pihak Penganjur berhak untuk menggunakan budibicara mutlaknya membatalkan keseluruhan penyertaan tersebut dan tidak akan menanggung sebarang liabilti dengan berbuat sedemikian.
Pihak Penganjur akan membatalkan sebarang penyertaan sekiranya peserta dicurigai menggunakan sebarang penipuan, mengodam atau penggunaan apa-apa juga peralatan atau aplikasi untuk menaikkan jumlah undian atau yang berkaitan dengannya di dalam peraduan ini yang membabitkan undian di atas talian laman web kami.

Pihak Penganjur adalah tidak bertangungjawab dan/atau bertanggungan terhadap sebarang ralat, kegagalan untuk melaksanakan sesuatu, pencelahan/gangguan, pemadaman (‘deletion’), kecacatan (‘defect’), kelewatan dalam operasi dan/atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian, kemusnahan, perubahan/alterasi terhadap, dan/atau kemasukan penyertaan tanpa kebenaran, dan/atau kehilangan penyertaan atau kelewatan penyertaan sama ada timbul semasa operasi atau transmisi hasil fungsi-funsi server, virus-virus, pepijat-pepijat dan/atau sebab-sebab lain ayang mana adalah di luar kawalan Penganjur.

14. CUTI ATAU WAKTU REHAT

Ia adalah tanggungjawab para peserta untuk mengambil cuti atau waktu rehat dari kerja ataupun sekolah untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini

15. PEMBATALAN PESERTA

Pihak Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan tempat seseorang Peserta di dalam Peraduan dan/atau keberhakkannya terhadap sesuatu Hadiah (tanpa liabilti dan/atau pampasan) jika, di dalam pendapat pihak Penganjur Peserta tersebut mungkin mendedahkan diri Peserta tersebut sendiri dan/atau pihak-pihak lain terhadap risiko penyakit dan/atau kecederaan dan/atau terhadap pembatalan, gangguan dan/atau pengurangan Peraduan.

16. PEMENANG DI BAWAH UMUR 18 TAHUN

Jika pemenang adalah di bawah umur 18 tahun, peraturan-peraturan ini harus ditandatangani oleh ibu/bapa atau penjaga pemenang sebelum hadiah dilepaskan. Pihak Penganjur boleh di bawah budi bicara mutlaknya memberi hadiah tersebut kepada ibu/bapa atau penjaga Pemenang.

Sebarang perjalanan di bawah Hadiah-Hadiah Percutian oleh individu di bawah umur adalah tertakluk kepada ibu bapa atau penjaga individu itu mengikut sama.

Para Pemenang sebarang Hadiah boleh, di bawah budibicara mutlak pihak Penganjur dikehendaki untuk menandatangani perjanjian pelepasan dan indemniti dalam bentuk yang disediakan oleh pihak Penganjur untuk penerimaan sebarang Hadiah. Jika Pemenang adalah di bawah umur 18 tahun, ibu/bapa atau penjaga individu itu harus menandatangani perjanjian pelepasan dan indemniti dalam bentuk yang disediakan oleh pihak Penganjur.

17. PENAMATAN PERADUAN

Pihak Penganjur berhak untuk menamatkan dan/atau membatalkan Peraduan ini pada bila-bila masa di bawah budibicara mutlaknya dan tanpa liabiliti kepada sesiapa pun.

18. KEPUTUSAN MUKTAMAD

Semua keputusan pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat menyurat tidak akan dilayan

19. KEGAGALAN UNTUK MENGUATKUASAKAN PERATURAN

Kegagalan Pihak Penganjur untuk menguatkuasa sebarang Peraturan Peraduan ini dalam apa-apa keadaan tidak akan menimbulkan situasi di mana tuntutan boleh dibuat oleh mana-mana pihak.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2020 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?