TITLE: [WRITING+PARTICIPATE] HADIAH KARYA ILMIAH DBP 2009
PRIZE:
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
HADIAH
KARYA
ILMIAH
DBP 2009
SYARAT DAN PERATURAN
Syarat dan peraturan untuk menyertai pertandingan
ini adalah seperti yang berikut:
· Penulis merupakan warganegara Malaysia.
· Manuskrip hendaklah ditulis dalam bahasa
Melayu.
· Manuskrip tidak pernah dihantar kepada mana-
mana penerbit termasuk penerbitan DBP.
· Manuskrip mestilah lengkap dengan ilustrasi
(gambar rajah, lukisan, gambar foto, jadual,
carta dan lain-lain berkaitan dengannya).
· Tebal manuskrip hendaklah sekurang-kurangnya
200 halaman, bertaip langkau dua baris dengan
menggunakan kertas A4.
· Manuskrip hendaklah menepati ciri-ciri penulisan
karya ilmiah yang mengandungi nota kaki,
bibliografi, glosari, indeks dan lain-lain.
· Penulis hendaklah menghantar satu salinan
manuskrip berserta disket atau CD-ROM.
Manuskrip yang mempunyai ilustrasi berwarna
hendaklah dibekalkan dalam bentuk salinan
asal.
· Manuskrip hendaklah dihantar kepada Urus Setia
tidak lewat dari tarikh tutup penyertaan. Bukti pos
tidak boleh digunakan sebagai bukti penerimaan.
· Keputusan Panel Hakim adalah muktamad.
· DBP berhak menerbitkan manuskrip yang difikirkan layak.
· Hak cipta karya dipegang oleh penulis, manakala
hak penerbitan
dipegang oleh DBP.
· Semua manuskrip dan bahan yang dihantar tidak
akan dikembalikan.
HADIAH
Hadiah Utama: Wang tunai RM8000 setiap bidang dan sijil penghargaan.
Hadiah sagu hati: Wang tunai RM2000 setiap bidang dan sijil penghargaan.
URUS SETIA
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Urus Setia,
Hadiah Karya Ilmiah,
Bahagian Pembangunan Penerbitan,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Tingkat 13, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
Telefon : 03-21481532, 03-21482749
Faks : 03-21423543
Laman DBP : http://www.dbp.gov.my
E-mel : kamsiah@dbp.gov.my
noorazlan@dbp.gov.my
TARIKH TUTUP
Manuskrip berserta borang penyertaan hendaklah sampai kepada Urus Setia tidak lewat dari 30 November 2009.
DEADLINE: 30 November 2009
WEBSITE/URL: http://dbp.gov.my/lamandbp/download.php?FilePoolID=498