Peraduan Pas Bulanan Letak Kereta Godell


TITLE: [PURCHASE+PARTICIPATE] Peraduan Pas Bulanan Letak Kereta Godell
PRIZE: HADIAH-HADIAH YANG MENANTI ANDA

Untuk setiap penyertaan Peraduan Pas Bulanan Letak Kereta, anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah berikut:
OKTOBER 2008 100 x Kad Touch ‘n Go Cards bernilai RM50
NOVEMBER 2008 100 x Baucer Tunai Jusco bernilai RM100
DISEMBER 2008 100 x Baucer Tunai Johnny’s Restaurant bernilai RM100

DEADLINE: 31 December 2008
WEBSITE/URL: http://www.godell.com.my/mp_contest.html

DESCRIPTION:
PERADUAN PAS BULANAN LETAK KERETA

Pelanggan-Pelanggan Pas Bulanan Letak Kereta kini boleh menikmati ganjaran hebat apabila anda membeli atau memperbaharui Pas Bulanan Letak Kereta anda. Dengan setiap pembelian atau pembaharuan Pas Bulanan Letak Kereta pada bulan Oktober, November dan Disember 2008, anda berpeluang menyertai Peraduan Pas Bulanan Letak Kereta yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Godell Parking Sdn Bhd sentiasa giat dalam usaha untuk memperkenalkan program-program yang membolehkan kami mengenali anda dengan lebih dekat lagi. Melalui program seperti ini, kami juga dapat mengemaskini pengkalan data profil anda yang akan membantu kami merancang dan menjalankan inisiatif-inisiatif pemasaran dengan lebih efektif.
HADIAH-HADIAH YANG MENANTI ANDA

Untuk setiap penyertaan Peraduan Pas Bulanan Letak Kereta, anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah berikut:
OKTOBER 2008 100 x Kad Touch ‘n Go Cards bernilai RM50
NOVEMBER 2008 100 x Baucer Tunai Jusco bernilai RM100
DISEMBER 2008 100 x Baucer Tunai Johnny’s Restaurant bernilai RM100

Bagaimana untuk menyertai peraduan ini? Pastikan anda membeli atau memperbaharui Pas Bulanan Letak Kereta setiap bulan bermula dari Oktober hingga Disember 2008 dan anda bakal memenangi hadiah-hadiah menarik setiap bulan dengan hanya 3 LANGKAH MUDAH*
PERADUAN PAS BULANAN LETAK KERETA BULAN DISEMBER 2008
Langkah 1 Beli dan Langgan Pas Bulanan Letak Kereta bermula dari 1hb Disember hingga 31hb Disember 2008
Langkah 2 Jawab 2 soalan mudah dan isikan butiran anda dengan lengkap pada borang peraduan
Langkah 3 Hantarkan borang peraduan kepada ejen-ejen yang dilantik atau terus kepada Godell Parking Sdn Bhd beserta dengan keratan Pas Bulanan Letak Kereta anda

Jadi, dapatkan segera Pas Bulanan Letak Kereta anda Disember 2008 ini. Hubungi Godell Parking Sdn Bhd di 1800-88-1221 untuk keterangan lanjut.

* Tertakluk kepada terma & syarat peraduan

Terma-terma & Syarat-syarat (dikemaskini pada 1 November 2008)

1. Peraduan ini terbuka kepada semua pengguna Pas Bulanan Godell Parking Sdn Bhd (GPSB) di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sahaja. Kakitangan GPSB dan ejen-ejen yang dilantik tidak layak untuk menyertai peraduan ini.

2. Peraduan bermula pada 1hb Disember 2008 dan tamat pada 31hb Disember 2008.

3. Peraduan ini hanya sah untuk pembelian dan pembaharuan Pas Bulanan MBPJ dan MPSJ yang dibuat di sepanjang bulan Disember 2008 sahaja.

4. Hanya peserta yang menyerahkan keratan Pas Bulanan asal atau salinan yang diperakui sah oleh GPSB atau ejen-ejen yang dilantik oleh GBSB beserta borang penyertaan yang lengkap dengan jawapan yang betul layak dipilih berdasarkan kaedah yang telah ditentukan.

5. Semua keratan Pas Bulanan yang dikemukakan hendaklah mempunyai tarikh mula sah laku Pas Bulanan yang sama dengan mana-mana tarikh di dalam tempoh peraduan. Penyertaan yang diterima ataupun dengan keratan Pas Bulanan yang dikeluarkan di luar tempoh peraduan akan terbatal.

6. Borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak jelas, lewat tanpa keratan Pas Bulanan asal dan/atau tarikh mula sah laku Pas Bulanan di luar tempoh peraduan akan terbatal secara automatik.

7. Pemilihan pemenang peraduan adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Pengesahan keputusan peraduan akan diperolehi melalui juruaudit luaran.

8. Semua pemenang akan dihubungi melalui pos/e-mel/laman web GPSB di http://www.godell.com.my . Hadiah-hadiah akan diserahkan kepada pemenang oleh GPSB dan semua kos akan ditanggung sepenuhnya oleh GPSB. Walaubagaimanapun, GPSB berhak untuk menentukan cara menuntut dan syarat-syarat penyerahan hadiah kepada para pemenang.

9. Semua hadiah diberikan berdasarkan “keadaan sedia ada” dan tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar dengan barangan tunai, kredit secara bahagian atau sepenuhnya.

10. GPSB berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, menggantikan sebarang hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

11. Segala kos untuk menyertai peraduan ini hendaklah ditanggung oleh peserta.

12. GPSB tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan hadiah-hadiah yang telah diserahkan kepada para pemenang.

13. GPSB juga berhak untuk meminda syarat-syarat peraduan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis dan segala terma dan syarat adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

14. Dengan menyertai peraduan ini, para peserta bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat rasmi yang diperuntukkan serta segala keputusan GPSB.

15. Promosi ini hanya sah di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang Jaya sahaja. Untuk pertanyaan lain, sila hubungi kami di 1800-88-1221.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2020 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?