Peraduan Ganjaran Hebat BOH di Giant & Cold Storage


Image

TITLE: Peraduan Ganjaran Hebat BOH di Giant & Cold Storage
PRIZE: Refer Ad (Giant Vouchers)
DEADLINE: 31 Disember 2008

Tarikh penyertaan bagi Hadiah Bulanan adalah seperti berikut:
Bulan Pertama : 1 Oktober – 31 Oktober 2008
Bulan Kedua : 1 November – 30 November 2008
Bulan Ketiga : 1 Disember – 31 Disember 2008

Tarikh penyertaan bagi Hadiah Utama adalah dari 1 Oktober – 31 Disember 2008.

WEBSITE/URL: http://www.boh.com.my/

DESCRIPTION:

Syarat-Syarat & Peraturan Peraduan

Penganjuran dan Kelayakan

* Peraduan Ganjaran Hebat BOH di Giant & Cold Storage dianjurkan oleh Boh Plantations Sdn. Bhd. dan terbuka kepada semua penduduk Malaysia dan Brunei berumur 18 tahun dan ke atas.

Tempoh Peraduan

* Peraduan ini berlangsung dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2008 (“Tempoh Peraduan”). Pihak Penganjur berhak membuat pindaan ke atas Tempoh Peraduan pada bila-bila masa. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan.
* Tarikh penyertaan bagi Hadiah Bulanan adalah seperti berikut:
Bulan Pertama : 1 Oktober – 31 Oktober 2008
Bulan Kedua : 1 November – 30 November 2008
Bulan Ketiga : 1 Disember – 31 Disember 2008
* Tarikh penyertaan bagi Hadiah Utama adalah dari 1 Oktober – 31 Disember 2008.

Borang Penyertaan & Kriteria Kelayakan

* Setiap penyertaan yang dihantar mesti diisi secara individu dan original, lengkap dengan butir-butir yang diperlukan. Borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca atau tidak tepat, penyertaan dengan jawapan yang salah, penyertaaan dengan bukti pembelian yang salah atau rosak akan dibatalkan. Bukti kiriman pos tidak boleh dijadikan bukti penerimaan.
* Salinan fotostat borang penyertaan adalah dibenarkan, dengan syarat setiap borang penyertaan mesti diisi secara individu dan original. Setiap peserta boleh menghantar sebanyak mana penyertaan yang mereka suka, tetapi setiap borang penyertaan mestilah disertakan dengan bukti pembelian seperti yang tertakluk di dalam borang penyertaan.

Hadiah
1. Peraduan dibahagi kepada dua peringkat:

a) Hadiah Utama Peraduan (1 Oktober – 31 Disember 2008)

* Pemenang hadiah utama akan dipilih daripada penyertaan-penyertaan yang layak diterima. Untuk memenangi hadiah, para peserta dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul. Penyertaan yang pertama dipilih dengan jawapan yang betul akan memenangi hadiah utama.

b) Hadiah Bulan Pertama, Hadiah Bulan Kedua dan Hadiah Bulan Ketiga:

* i. Hadiah Bulan Pertama (1 Oktober – 31 Oktober 2008)Setiap penyertaan layak yang diterima dari 1 Oktober hingga 31 Oktober 2008 akan berpeluang memenangi hadiah bulan pertama.
* Pemenang hadiah-hadiah akan dipilih daripada penyertaan-penyertaan yang layak diterima. Untuk memenangi hadiah, para peserta dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul. Penyertaan yang pertama dipilih dengan jawapan yang betul akan memenangi hadiah pertama, penyertaan yang kedua dipilih dengan jawapan yang betul akan memenangi hadiah kedua, penyertaan yang ketiga dipilih dengan jawapan yang betul akan memenangi hadiah ketiga dan dua puluh penyertaan yang keempat dipilih dengan jawapan yang betul akan memenangi hadiah saguhati.

ii. Hadiah Bulan Kedua (1 November – 30 November 2008)
* Setiap penyertaan layak yang diterima dari 1 November hingga 30 November 2008 akan berpeluang memenangi hadiah bulan kedua.
* Pemenang hadiah-hadiah akan dipilih daripada penyertaan-penyertaan yang layak diterima. Untuk memenangi hadiah, para peserta dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul. Penyertaan yang pertama dipilih dengan jawapan yang betul akan memenangi hadiah pertama, penyertaan yang kedua dipilih dengan jawapan yang betul akan memenangi hadiah kedua, penyertaan yang ketiga dipilih dengan jawapan yang betul akan memenangi hadiah ketiga dan dua puluh penyertaan yang keempat dipilih dengan jawapan yang betul akan memenangi hadiah saguhati.

iii. Hadiah Bulan Ketiga (1 Disember – 31 Disember 2008)
* Setiap penyertaan layak yang diterima dari 1 Disember hingga 31 Disember 2008 akan berpeluang memenangi hadiah bulan ketiga.
* Pemenang hadiah-hadiah akan dipilih daripada penyertaan-penyertaan yang layak diterima. Untuk memenangi hadiah, para peserta dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul. Penyertaan yang pertama dipilih dengan jawapan yang betul akan memenangi hadiah pertama, penyertaan yang kedua dipilih dengan jawapan yang betul akan memenangi hadiah kedua, penyertaan yang ketiga dipilih dengan jawapan yang betul akan memenangi hadiah ketiga dan dua puluh penyertaan yang keempat dipilih dengan jawapan yang betul akan memenangi hadiah saguhati.

2. Para pemenang akan dimaklumkan sama ada melalui pos, e-mel atau telefon. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak menerima atau lewat menerima pemberitahuan melalui pos. Pemenang mesti menuntut hadiah mereka dalam masa 30 hari dari tarikh pemberitahuan. Hadiah-hadiah yang dituntut selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

3. Setiap peserta hanya layak menangi satu (1) hadiah sahaja untuk hadiah-hadiah bulanan. Peserta yang menangi hadiah bulanan masih layak memenangi hadiah utama.

Hak-hak Penganjur

* Pihak penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masa, tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua hadiah akan diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya.
* Pihak penganjur berhak menggunakan nama dan/atau gambar pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau publisiti dan pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

Terma-terma dan Syarat-syarat

o Keputusan pengadil adalah muktamad dan surat-menyurat tidak akan dilayan.
o Dengan menyertai Peraduaan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Syarat-syarat & Peraturan Peraduan ini, serta keputusan Penganjur.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2020 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?