Nogold Challenge: Speakout


Image

TITLE: Nogold Challenge: Speakout
PRIZE: RM100
DEADLINE: 30 Sept 2008
WEBSITE/URL: http://nogold.com/forum/showthread.php?t=26386

DESCRIPTION:
Nogold members dijemput untuk menyertai satu challenge yang julung-julung kali diadakan di forum ini. Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli berdaftar Nogold.com. Para pelawat yang masih belum berdaftar digalakkan untuk mendaftar dan mengambil bahagian dalam challenge yang mudah ini.

Berikut adalah maklumat berkenaan challenge ini:

Nama Peraduan: Nogold Challenge – SpeakOut
Penyertaan: Percuma & terbuka kepada ahli berdaftar Nogold.com
Tempoh peraduan: 1 Sep 2008 – 30 Sep 2008

Kaedah:

Kategori Penulis Artikel
Mana-mana ahli yang berminat untuk memenangi hadiah dalam kategori Penulis Artikel adalah dijemput untuk menulis berkenaan apa sahaja topik dalam
section Nogold Challenge – SpeakOut. Pemenang akan ditentukan oleh berapa banyak “reply” yang diterima oleh artikel yang berkenaan. Hanya seorang pemenang akan dipilih dan akan menerima hadiah tunai RM100 dan diberi ‘title’ tersendiri dalam nogold.com.

Syarat:
1. Artikel yang ditulis hendaklah original dan tidak ada unsur plagiat.
2. Panjang artikel mestilah tidak kurang dari 500 patah perkataan.
3. Reply dari pembuka thread tidak dikira sebagai peningkatan populariti.

Tips:
1. Peluang untuk menang lebih cerah sekiranya topik yang hendak ditulis mampu menarik perhatian ahli-ahli lain untuk berkongsi pandangan mereka melalui “reply” dan seterusnya menaikkan peluang penulis berkenaan untuk menang melalui populariti artikel berkenaan.
2. Sekiranya anda mempunyai pengetahuan yang lebih dalam satu perkara, besar kemungkinan artikel anda akan mendapat sambutan yang lebih baik.

Kategori Pemberi Maklum/Balas
Mana-mana ahli yang berminat untuk memenangi hadiah dalam kategori ini hanya perlu membuat “reply” kepada mana-mana artikel yang terdapat dalam section Nogold Challenge – SpeakOut dan ahli yang mempunyai jumlah “reply” paling banyak dalam semua artikel akan dipilih sebagai pemenang. Pemenang akan menerima tunai RM100 dan diberi ‘title’ tersendiri dalam nogold.com.

Syarat:
1. Sebarang “reply” yang dibuat perlulah dalam sekurang-kurangnya satu ayat yang boleh difahami maksudnya.
2. Tidak dibenarkan sebarang “reply” seperti contoh: ‘huh’, ‘good’, ‘hahaha’ yang mana bertujuan untuk menaikkan jumlah keseluruhan “reply” seseorang. Dengan erti kata lain, “reply” hendaklah dalam keadaan natural dan mempunyai maksud yang boleh difahami.
3. Tidak ada syarat minimum panjang reply, tetapi ia hendaklah original dan dalam konteks artikel asal.
4. Reply untuk thread sendiri tidak dikira sebagai peningkatan reply count.

Tips:
1. Reply yang baik adalah dengan cara mencabar (to challenge) apa yang diperkatakan oleh pemula thread. Perbezaan pendapat adalah sangat digalakkan bagi memberi ruang untuk lebih banyak reply lain dan percambahan idea.
2. Selain mencabar penulis asal, seseorang berpeluang untuk menambah reply count dengan cara mencabar pemberi malumbalas yang lain.

Sekadar bantuan, antara topik-topik yang mungkin menjadi pilihan adalah topik isu semasa, politik, forex, hburan semasa seperti lagu atau movie, gaming, internet, make money dan bermacam-macam lagi. Diingatkan sekali lagi bahawa artikel yang ditulis perlulah original dan bertanggungjawab.

Pihak penganjur akan mengadili peraduan ini dari masa ke semasa.

Final tips: anda mungkin lebih bernasib baik sekiranya memulakan peraduan ini di peringkat awal. Jangan tunggu sehingga hujung bulan untuk mengutip reply count.


1 Comment
  1. capman 12 years ago

    erm…macam mana nak join nie..

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2021 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?