Kempen Ganjaran Auto ConneXion


logohm.gif

TITLE: [CAR SERVICE] Kempen Ganjaran Auto ConneXion
PRIZE: Peluang memenangi lima hadiah utama bulanan dalam bentuk minyak sebanyak satu tan setiap satu. Hadiah menarik lain boleh dimenangi setiap bulan termasuk penggunaan percuma kereta sewa daripada Hertz selama empat hari, iPod Nano, baucar beli-belah bernilai RM500 dan pek barangan James Bond ‘Quantum of Solace’ eksklusif daripada Ford.
DEADLINE: 31 December 2008
WEBSITE/URL: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Bisnes/20080813085348/Article/index_html

DESCRIPTION:
SIME Darby Auto Connexion Sdn Bhd (Auto ConneXion), anak syarikat milik penuh Sime Darby yang kini menguruskan jenama Ford, Land Rover dan Alfa Romeo di Malaysia melancarkan Kempen Ganjaran Auto Connexion bagi mengukuhkan prestasi jualannya.

Ia sebahagian langkah penyusunan semula perniagaan automotif Sime Darby tahun ini dengan matlamat memberikan nilai sebenar kepada pemilik tiga jenama unggul berkenaan.

Syarikat itu dalam kenyataannya di Kuala Lumpur berkata kempen bermula 8 Ogos hingga 31 Disember itu menawarkan penjimatan sehingga RM200 bagi perkhidmatan servis minyak enjin biasa untuk semua kenderaan Ford, Land Rover dan Alfa Romeo tanpa mengira usia atau model.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Ganjaran Auto ConneXion Sime Darby, boleh menghubungi Auto Connexion Voice di 1 800 88 3181.

“Ia hanya boleh dinikmati semua pelanggan di semua cawangan dan wakil penjual sah tertentu untuk jenama masing-masing,” katanya.

Pemilik yang menghantar servis kereta mereka dalam tempoh kempen berkenaan akan menikmati pemeriksaan kereta, turas, minyak dan khidmat buruh percuma.

Sementara itu, syarikat berkenaan turut memberikan diskaun sehingga 50 peratus untuk servis minyak enjin biasa dan minyak pilihan pelanggan.

Mereka juga boleh membeli alat ganti tertentu pada diskaun sehingga 80 peratus selain pakej aksesori istimewa dalam jumlah terhad yang ditawarkan pada diskaun menarik.

Tarikan terhebat dalam kempen Ganjaran Auto ConneXion ialah peluang memenangi lima hadiah utama bulanan dalam bentuk minyak sebanyak satu tan setiap satu.

Hadiah menarik lain boleh dimenangi setiap bulan termasuk penggunaan percuma kereta sewa daripada Hertz selama empat hari, iPod Nano, baucar beli-belah bernilai RM500 dan pek barangan James Bond ‘Quantum of Solace’ eksklusif daripada Ford.

Kempen unik berkenaan mencerminkan komitmen Auto Connexion untuk memberikan pengalaman pemilikan memuaskan serta nilai sebenar kepada pemilik Ford, Land Rover dan Alfa Romeo di Malaysia pada masa kos pemilikan kereta kian meningkat.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Ganjaran Auto ConneXion Sime Darby, boleh menghubungi Auto Connexion Voice di 1 800 88 3181.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2020 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?