Takaful Ikhlas Baiti Jannati Contest


Image

0.JPG

TITLE: [LOAN+LUCKY DRAW] Takaful Ikhlas Baiti Jannati Contest
PRIZE: Refer ad
DEADLINE: 31 March 2009
WEBSITE/URL: http://www.takaful-ikhlas.com.my/baiti_jannati.asp

DESCRIPTION:
Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Takaful Gadaijanji?

Sekiranya berlaku kematian dan keilatan kekal dan menyeluruh, IKHLAS Takaful Gadaijanji akan melangsaikan amaun pembiayaan yang belum dijelaskan. Apabila musibah menimpa, IKHLAS Takaful Gadaijanji dapat meringankan beban keluarga yang ditinggalkan dan waris tidak perlu menanggung baki hutang atau menjual kediaman yang dicagarkan bagi menjelaskan baki hutang.

Kenapa IKHLAS Takaful Gadaijanji?

Ciri-ciri Istimewa
(1) Manfaat Kematian akibat penyakit dan kemalangan.
(2) Manfaat Keilatan Kekal dan Menyeluruh akibat penyakit dan kemalangan (TPD).
(3) Manfaat Khairat Kematian :-
# RM500 untuk perlindungan di bawah RM56,000.

# RM1,000 untuk perlindungan RM56,000 ke atas.

(4) Manfaat Pra Keilatan Kekal dan Menyeluruh
Setelah mendapat ketetapan doktor bertauliah berhubung dengan TPD, Takaful IKHLAS akan ‘mengambilalih’ pembayaran pinjaman bulanan kepada BPP selama enam bulan.
(5) Manfaat Serahan Awal
Jumlah wang terkumpul dari Akaun Pelaburan Peserta apabila peserta melangsaikan pinjaman (early settlement).
(6) Manfaat Matang
Jumlah wang terkumpul dari Akaun Pelaburan Peseta apabila tamat tempoh pembayaran pinjaman.
(7) Penerimaan automatik tanpa memerlukan sebarang pemeriksaan perubatan dan pengakuan kesihatan.

Keunikan Model Takaful IKHLAS
# Pulangan optimum kepada peserta berdasarkan kaedah ‘compounding effect’ dalam pelaburan. Berpeluang untuk mendapat kembali caruman takaful setelah tamat tempoh.
# Keuntungan pelaburan akan diagih-agihkan 100% kepada kesemua peserta setelah ditolak caj pentadbiran dari keuntungan yang diperolehi.

# Peserta berpeluang berkongsi lebihan (surplus) dari akaun tabungan risiko setelah diambilkira manfaat kepada peserta yang ditimpa musibah.

Perkhidmatan Berkualiti
# Menjanjikan pembayaran tuntutan yang cepat – tidak melebihi sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen lengkap.

# Pembayaran tuntutan Khairat Kematian dalam tempoh 24 jam setelah menerima Sijil Kematian atau Permit Pengkuburan.

Apakah IKHLAS Takaful Pemilik Rumah?

IKHLAS TAKAFUL PEMILIK RUMAH menyediakan perlindungan komprehensif untuk kediaman anda dan/atau termasuk isi kandungannya. Anda juga beroleh ketenangan fikiran memandangkan harta anda dilindungi sepenuhnya.

Kenapa IKHLAS Takaful Pemilik Rumah?

Perlindungan Harta Peminjam/Peserta
(1) Kebakaran, kilat, halilintar
(2) Letupan tong gas domestik
(3) Kerosakan akibat pesawat udara
(4) Pelanggaran oleh kenderaan luar
(5) Pecahan atau limpahan tangki air, peralatan atau paip kecuali ;-
# RM50.00 yang pertama
# Sekiranya berlaku semasa rumah tidak dilengkapi perabot
# Kerosakan tangki, peralatan atau paip itu sendiri
(6) Kerosakan akibat pencerobohan
(7) Angin ribut, siklon, taufan dan hujan ribut kecuali kerosakan bidai dan sengkuap
(8) Gempa bumi dan letupan gunung berapi
(9) Banjir
(10) Kerugian sewa atau perbelanjaan yang difikirkan sesuai untuk menyewa tempat tinggal sementara semasa menunggu rumah dibaikpulih
(11) Tangungan awam (Public Liability) ke atas harta benda dan kecederaan tubuh badan pihak ketiga tidak melebihi RM50,000.00 akibat kemalangan di dalam kawasan rumah.

Pengecualian
(1) Peperangan, pemberontakan, rusuhan
(2) Arahan pengambilalihan atau pemusnahan di atas perintah kerajaan atau penguasa tempatan
(3) Angin ribut, siklon, taufan dan hujan ribut semasa bangunan dalam pembinaan semula, kerja baik pulih dan ke atas kelengkapan luar rumah seperti bidai dan sengkuap
(4) Kebocoran peralatan nuklear yang menyebabkan pencemaran radioaktif
(5) Pemendapan tanah dan tanah runtuh


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2020 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?