Pertandingan Melukis Komik Komputer


6.JPG

TITLE: [ONLINE+PARTICIPATE] Pertandingan Melukis Komik Komputer
PRIZE: Bagaimana dengan hadiah?

Tempat 1 – Wang tunai RM100

Tempat 2 – Wang tunai RM50

Tempat 3 – Wang tunai RM30

Pemenang Peraduan Komik Komputer akan diumumkan selewat2nya pada 3/9 di blog waidakmy.com
DEADLINE: 2 September 2008
WEBSITE/URL: http://www.wangcyber.com/forum/wts-pengiklanan-pemasaran/8081-pertandingan-melukis-komik-menangi-hadiah-wang-tunai.html

DESCRIPTION:
Hadiah hari lahir RM100 untuk dimenangi..
Posted by waidakmy

Khabar baik dari Johor,

Seronok dapat berjumpa dengan rakan2 forum WangCyber di Bukit Jalil ahad lepas Kelakar juga, banyak sangkaan yang meleset (ingatkan tinggi, rupa2nya comel je, dan sebaliknya). Biasalah, kenalan online yang hanya bergantung pada gambar. Seronok memang seronok, cuma sekejap sangat, tak dapat borak lama dengan semua. Highlight of the day, mendengar tips hebat dari Irfan Khairi dan rakan2 IM lain.

Genap sebulan lagi hari lahir saya akan menjelang, jadi saya ingin beri hadiah istimewa untuk anda yang bertuah Apa yang anda perlu buat adalah memenangi pertandingan ini. Saya akan terangkan dengan lebih lanjut di bawah. Teruskan membaca

Pertandingan Komik Komputer di WaidaKmy.com

Pertandingan ini ada 2 bahagian. Yang pertama, komik anda akan dikumpulkan dalam tempoh 2 minggu. Bahagian kedua, proses pengadilan komik akan bermula, juga dalam masa 2 minggu.

Apa yang perlu anda buat di…

Pusingan Pertama (4/8 sehingga 18/8)
Lukis komik bertemakan komputer. Tema mesti tepat, bukan setakat lukis komputer dalam komik
Komik mestilah kreatif dan tidak memboringkan. Yang penting, sesiapa pun boleh teruja jika membacanya
Komik boleh berbentuk cerita panjang, atau pendek, tiada had (tapi jangan lah sampai jadi komik bersiri pula )
Komik mestilah jelas warna dan tulisannya (sesuai untuk dipaparkan pada blog ini)
Komik mesti berbahasa melayu
Komik mestilah mempunyai “isi”. Tidak dibenarkan unsur2 slapstik, lawak bodoh, diskriminasi atau lucah. Penyertaan akan dibatalkan serta-merta jika syarat ini dilanggar
Hint : Markah akan diberi lebih jika anda dapat menggunakan apa2 yang terdapat di blog ini dalam komik anda Fikir2kan…

Pusingan Kedua (19/8 sehingga 2/9)
Komik yang telah anda lukis, hantarkan kepada admin [at] waidakmy.com sebelum atau pada 18/8.
Setiap komik yang dihantar, akan dipaparkan pada blog waidakmy.com
Selama 2 minggu, saya perlukan anda (ya , pembaca blog ini ) untuk undi komik kegemaran anda.

Kriteria Pemarkahan

50% dari undi pembaca2 blog waidakmy.com

50% pula dari saya. Komik anda akan dinilai mengikut unsur2 seperti yang diterangkan di atas. (Markah lebih jika dapat menangkap hint yang saya maksudkan )

Peraturan & Syarat Pertandingan
Peserta paling minima 1 orang, dan tidak lebih dari 2 orang
Plagiat adalah dilarang sama sekali. Komik mesti lah yang original.
Saya berhak menambah atau membuang peraturan & syarat pertandingan pada bila2 masa. Peraturan & syarat pertandingan di waidakmy.com adalah paling utama, Jika ada perbezaan peraturan di antara website2 lain. Rajin2 lah bertandang ke sini selalu…heh
Keputusan akhir pertandingan tertakluk kepada pihak waidakmy.com

Bagaimana dengan hadiah?

Tempat 1 – Wang tunai RM100

Tempat 2 – Wang tunai RM50

Tempat 3 – Wang tunai RM30

Pemenang Peraduan Komik Komputer akan diumumkan selewat2nya pada 3/9 di blog waidakmy.com

Jika anda suka melukis komik, apa kata anda cuba? Mungkin boleh menang duit RM100. Siapa tahu?

Jangan lupa wara2 kan kepada kawan2 anda

Jumpa lagi!!

Tambahan 5/8/2008:

Sesiapa yang berminat, harap dapat daftarkan diri dengan hantar email kepada pihak waidakmy.com. Tiada tempoh masa selagi masih sempat menghantar komik sebelum 18/8

Tambahan lagi (7/8/2008):

Kalau malas mahu hantar email, daftar di ruang komen pun boleh (kalau anda bertanya, saya tak kira anda daftar lagi). Saya mahu yang benar2 serius menyertai pertandingan ni :) Yang penting, isikan email yang betul. Susah saya nak hubungi anda nanti.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2020 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?