Peraduan Menulis Semula Cerita Rakyat Sarawak 2008/2009


Image

0.JPG

TITLE: [PARTICIPATE] Peraduan Menulis Semula Cerita Rakyat Sarawak 2008/2009
PRIZE: Pertama: RM1,500.00
Kedua: RM1,200.00
Ketiga: RM800.00
7 Sagu Hati: 350.00 Setiap Satu

DEADLINE: 31 August 2008
WEBSITE/URL: http://dbp.gov.my/lamandbp/download.php?FilePoolID=409

DESCRIPTION:
Matlamat Peraduan

♦ untuk memperoleh bahan cerita rakyat dalam bentuk bertulis

♦ untuk tujuan penerbitan buku, majalah dan untuk pendokumentasian

♦ untuk menanam dan memupuk minat serta penghayatan orang ramai terhadap warisan sastera rakyat yang terdapat dalam pelbagai masyarakat dan budaya di negeri ini

♦ untuk menggalakkan bakat dalam penulisan semula bahan-bahan sastera rakyat

Kategori Cerita

Cerita asal-usul di sini meliputi cerita-cerita seperti cerita asal-usul tempat/nama tempat, kejadian, benda/objek, amalan budaya dsb

Syarat-syarat Peraduan

1. Penyertaan terbuka kepada semua golongan masyarakat di Sarawak.

2. Cerita hendaklah benar-benar ada atau memang pernah wujud dalam masyarakat atau etnik yang berkenaan dan bukan direka-reka mengikut imaginasi penulis. Keutamaan diberi kepada cerita-cerita yang ada informan atau tukang cerita yang khusus (dan maklumat informan ini disertakan dalam Borang Penyertaan).

3. Cerita hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu baku, ditaip jarak dua atau double spacing dengan menggunakan kertas saiz A4 dan sebelah halaman saja. Fon saiz 12 pt. Bagi cerita yang ditaip

menggunakan komputer, pengiriman disketnya sangat dialu-alukan.

4. Cerita hendaklah TIDAK diterjemahkan atau ditiru daripada cerita yang sudah terbit baik dalam buku mahupun majalah dan penerbitan lain.

5. Panjang setiap cerita hendaklah tidak kurang daripada 5 halaman.

6. Cerita hendaklah ditulis dengan memberi keutamaan kepada mutu penyampaian (jalan cerita yang lancar, teratur dan menarik) dan gaya bahasa yang lancar.

7. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu cerita tetapi hanya maksimum 3 layak dipertimbang untuk memenangi hadiah yang disediakan.

8. Semua cerita yang dihantar untuk menyertai peraduan ini tidak akan dikembalikan. Peserta dinasihatkan untuk menyimpan salinannya.

9. Peserta tidak boleh menggunakan cerita yang dihantar untuk menyertai peraduan ini bagi tujuan-tujuan lain pada masa yang sama, misalnya (i) untuk menyertai peraduan lain, (ii) untuk diterbitkan dalam majalah, buku, akhbar dsb oleh pihak lain dsb.

10. Cerita yang dihantar mestilah dalam bentuk salinan pertama, bukan salinan pendua atau salinan fotostat.

11. Nama peserta jangan ditulis pada halaman cerita tetapi dalam Borang Penyertaan saja.

12. Semua cerita hendaklah dikirim (melalui pos atau hantar tangan) menggunakan Borang Penyertaan Rasmi yang boleh diperoleh daripada Urus Setia. Borang ini boleh difotostat dan boleh juga direka sendiri mengikut formatnya yang asal.

13. Penganjur mempunyai hak mutlak untuk menerbitkan mana-mana cerita yang dihantar dalam apa-apa juga bentuk mengikut budi

bicaranya. Hak cipta untuk semua cerita yang terpilih akan dipegang oleh DBP.

14. Cerita mesti sampai kepada Urus Setia pada atau sebelum 31 Disember 2008. Cerita yang lewat sampai tidak akan diambil kira.

15. Keputusan Panel hakim dan Urus Setia muktamad.


3 Comments
  1. siti hajar binti ramli 12 years ago

    di mana ak dapatkan borang penyertaan??

  2. azlee bin ahmad 12 years ago

    ingin sertaipertandingan

  3. MU 12 years ago

    Saya ada satu cerita rakyat sarawak yang diperturunkan dari nenek saya namun saya tidak tahu macam mana hendak menyampaikannya didalam bentuk penulisan. Oleh sebab itu, boleh hantarkan kepada saya satu contoh cerita rakyat sarawak yang pernah di pertandingkan untuk tahun-tahun terdahulu sebagai panduan saya untuk menyertai peraduan ini.

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2020 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?