Kawan Karina


Image

0.JPGPRIZE: 10 peserta terakhir akan dipilih untuk menghadiri ujibakat secara langsung dengan panel hakim. Peserta akan diadili berdasarkan keyakinan, kesediaan, kreativiti dan juga expresi diri. Pemenang Hadiah Utama akan berpeluang untuk berlakon dalam Kerana Karina Musim 3

DEADLINE: 31 Ogos 2008
WEBSITE/URL: http://www.gua.com.my/kawankarina/lokasiujibakat/

DESCRIPTION:
gua.com.my (GUA) ni memang suka mencari bakat-bakat baru. Selepas diadakan GUAMuzik Idol, kini GUA anjurkan pula Kawan Karina, pencarian untuk seorang gadis bertuah yang akan berpeluang berlakon di samping nama-nama hebat dari drama online ‘Kerana Karina’ seperti Marsha Londoh, Sazzy Falak, Bell Ngasri dan Roslan Aziz.

Caranya mudah saja. Dari sekarang hingga 31 Ogos, muatnaik video uji bakat anda di GUA menurut skrip yang disediakan. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu video sahaja dan dalam video itu mestilah dipamerkan mana-mana produk Laurier sebagai bukti pembelian.

Selepas itu, ajak lah ahli keluarga dan rakan-rakan anda untuk mengundi video anda kerana video yang mempunyai undian terbanyak akan dipilih untuk satu sesi uji bakat. Tiga pemenang akan dipilih tetapi hanya pemenang pertama akan diberi peluang untuk berlakon dalam musim ketiga ‘Kerana Karina’.

Tetapi katakanlah anda berminat nak cuba tapi kamera video pulak takde, jangan bimbang. Singgah saja di lokasi-lokasi ujibakat seperti yang tertera di sini.

Jadi, tunggu apa lagi? Bukan rugi apa pun untuk mencuba.

Untuk maklumat lebih lanjut, klik

http://www.gua.com.my/kawankarina/

Di samping tu, bagi mereka yang terlepas peluang untuk menonton musim pertama ‘Kerana Karina’, berita baiknya ia kini boleh didapati dalam bentuk DVD di kedai-kedai. Harganya cukup murah, hanya RM16.90.

Langkah 1
Muat-naik video uji bakat diri anda di

http://www.gua.com.my

, menggunakan skrip yang berikut.

“Karina, kalau you sedih, just let it all out!

Tapi lepas tu, I tak nak tengok you menangis lagi… ok?

I nak tengok you senyum selalu, Karina.You’re a star…you’re strong!

You kena percaya pada diri you!”

Langkah 2
Suruh ahli keluarga, kawan-kawan, rakan pejabat atau sesiapa saja yang anda kenali untuk mengundi video anda.
Lebih banyak undi, lebih peluang untuk anda menang!

10 peserta yang mempunyai undian terbanyak akan dipilih untuk sesi uji bakat secara ‘live’ dengan pengadil yang terdiri daripada selebriti, anda berpeluang untuk menjadi bintang.

WAJIB: Setiap video uji bakat mestilah mempamerkan mana-mana produk Laurier, sebagai bukti pembelian.

TERMA & SYARAT
1) Peraduan ini terbuka kepada semua wanita, warganegara dan penduduk tetap Malaysia kecuali kakitangan, agensi pengiklanan dan agensi promosi jualan Kao Malaysia Sdn Bhd dan ahli keluarga mereka yang terdekat.

2) Peraduan ini tamat pada 31 Ogos 2008, dan penyertaan yang lewat diterima tidak akan dilayan.

3) Untuk menyertai, lengkapkan borang e-peraduan dan hantarkan video uji bakat penyertaan berdasarkan skrip yang diberi.

4) Anda hanya boleh menghantar SATU video uji bakat sahaja dan dengan daya kreativiti anda, video tersebut MESTILAH mempamerkan mana-mana produk Laurier sebagai bukti pembelian.

5) 10 peserta terakhir akan dipilih untuk menghadiri ujibakat secara langsung dengan panel hakim. Peserta akan diadili berdasarkan keyakinan, kesediaan, kreativiti dan juga expresi diri. Pemenang Hadiah Utama akan berpeluang untuk berlakon dalam Kerana Karina Musim 3.

6) 10 peserta terakhir dan Pemenang Hadiah Utama akan dihubungi melalui emel dan pos.

7) Keputusan akan disiarkan dalam microsite Kerana Karina.

8) Keputusan para hakim adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

9) Kao Malaysia berhak untuk menyiarkan atau mempamerkan gambar dan juga menggunakan sedutan rakaman para pemenang untuk tujuan pengiklanan atau publisiti.

Kepada mereka yang tiada kamera video, datanglah ke ujibakat Kawan Karina di lokasi-lokasi tersebut:

GIANT
Tarikh Lokasi Masa
19 – 20 July Stadium 12:00 Tengahari – 8:00 Malam
26 – 27 July Kelana Jaya 12:00 Tengahari – 8:00 Malam
2 – 3 Aug Kinrara 12:00 Tengahari – 8:00 Malam
9 – 10 Aug Plentong 12:00 Tengahari – 8:00 Malam
16-17 Aug Melaka 12:00 Tengahari – 8:00 Malam
23-24 Aug Bayan Baru 12:00 Tengahari – 8:00 Malam

JUSCO
Tarikh Lokasi Masa
19 – 20 July Melaka 12:00 Tengahari – 8:00 Malam
26 – 27 July Bukit Tinggi 12:00 Tengahari – 8:00 Malam
2 – 3 Aug Metro Prima 12:00 Tengahari – 8:00 Malam
9 – 10 Aug Tebrau City 12:00 Tengahari – 8:00 Malam
16-17 Aug Wangsa Maju 12:00 Tengahari – 8:00 Malam
23-24 Aug Seberang Perai City (Penang) 12:00 Tengahari – 8:00 Mala


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?