Peraduan Mengarang Esei Pencegahan Rasuah Tahun 2008


1.JPG
1.JPG (20.56 KB) Viewed 141 times

PRIZE:
Image
DEADLINE: 15 September 2008
WEBSITE/URL: http://www.bpr.gov.my/cda/uploaded_file/PERADUANESEI2008.doc

DESCRIPTION:
PERADUAN MENGARANG
ESEI PENCEGAHAN RASUAH
OLEH
BADAN PENCEGAH RASUAH ( BPR ) MALAYSIA
BAGI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
TAHUN 2008

ANJURAN BADAN PENCEGAH RASUAH MALAYSIA DENGAN KERJASAMA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1. Latar Belakang

1.1 Peraduan mengarang Esei Pencegahan Rasuah sekolah-sekolah merupakan salah satu aktiviti tahunan Badan Pencegah Rasuah Malaysia dalam usaha memupuk nilai-nilai membenci rasuah dan sebagai sebahagian daripada program titipan elemen anti-rasuah sektor pelajar bagi tahun 2008. Badan Pencegah Rasuah mempelawa pelajar-pelajar dari peringkat sekolah menengah dari seluruh negara untuk mengenali dan menghasilkan buah fikiran tentang bahayanya jenayah rasuah yang bertemakan “Pencegahan Jenayah Rasuah”.

1.2 Peraduan mengarang esei sekolah-sekolah ini adalah kali pertama dianjurkan oleh BPR sempena sambutan ulang tahun BPR ke 41. Esei pencegahan rasuah ini akan dianjurkan oleh BPR dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Sekolah). Bagi menganjurkan peraduan ini BPR akan membiayai segala perbelanjaan dan juga hadiah.

2. OBJEKTIF PERADUAN

2.1 Mempertingkatkan kesedaran pelajar sekolah menengah mengenai bahayanya rasuah dan menggalakkan penyertaan dan sumbangan mereka dalam usaha pencegahan rasuah, salah gunakuasa dan penyelewengan.

2.2 Mendidik, memupuk dan mengalak pelajar-pelajar sekolah menengah untuk membaca, menyelidik dan menulis mengenai isu-isu semasa dan meningkatkan tahap pemahaman tentang rasuah dikalangan pelajar.

2.3 Untuk mendidik dan mempertingkatkan pengetahuan pelajar mengenai peranan, dasar, strategi, program-program yang dijalankan oleh Kerajaan dalam usaha mengurangkan gejala jenayah rasuah.

2.4 Memperkenalkan peranan Badan Pencegah Rasuah ( BPR ) kepada pelajar-pelajar sekolah menengah seterusnya masyarakat umum.

2.5 Menjalinkan hubungan dan kerjasama berterusan di antara Badan Pencegah Rasuah Malaysia (BPR) dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.6 Untuk meningkatkan pengetahuan anti-rasuah di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah yang akan menjadi peneraju utama pentadbiran negara pada masa hadapan.

2.7 Untuk menanam semangat cintakan negara melalui rasa tanggungjawab dan kehendak pemimpin untuk membenci rasuah.

2.8 Untuk mencungkil keupayaan berfikir secara kritis dan analitis serta kebijaksanaan mempersembahkan maklumat tersebut dalam bentuk yang mudah dan menarik.

3. KUMPULAN SASARAN

3.1 Peraduan Mengarang Esei Sekolah-Sekolah Menengah ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah ( Kerajaan dan bantuan kerajaan ).

4. KATEGORI PENYERTAAN

4.1 Peraduan ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu :-
4.1.1 Kategori A dibuka kepada pelajar Sekolah Menengah – Tingkatan 1 – 3.
4.1.2 Kategori B dibuka kepada pelajar Sekolah Menengah – Tingkatan 4 – 5.
4.1.3 Kategori C dibuka kepada pelajar Sekolah Menengah – Tingkatan 6 rendah dan 6 atas.
5. TAJUK ESEI

5.1 Tajuk-tajuk esei yang dicadangkan untuk peraduan adalah bersesuaian dengan tema umum Peraduan Mengarang Esei Pencegahan Rasuah iaitu “Pencegahan Jenayah Rasuah”. Tajuk khusus bagi setiap kategori telah dipersetujui oleh pihak pengurusan tertinggi BPR seperti berikut ;

5.1.1 Kategori A – Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 3) (500 – 750 patah perkataan)

Tajuk: “Bersama Kita Hapuskan Rasuah” Bincangkan.

5.1.2 Kategori B- Sekolah Menengah (Tingkatan 4 – 5) (750 – 1000 patah perkataan)

Tajuk: “Pencegahan Rasuah Adalah Komitmen Bersama” Bincangkan.

5.1.3 Kategori C – Sekolah Menengah (Tingkatan 6 rendah dan 6 atas ) (1000-1500 patah perkataan) –

Tajuk: “Rasuah Boleh Meruntuhkan Tamadun dan Pembangunan Negara” Bincangkan.

6. KRITERIA PENGHAKIMAN

6.1 Penghakiman akan dijalankan oleh sebuah panel yang dianggotai oleh panel daripada terdiri daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Badan Pencegah Rasuah. Penghakiman permarkahan tertumpu kepada isi, gaya dan bahasa dalam persembahan hujah-hujah berkaitan tajuk esei yang diberikan.

6.2 Pertandingan esei diadakan bertujuan untuk menggalakkan penulisan yang baik serta pemikiran kritikal dan kefahaman tentang gejala jenayah rasuah. Kualiti penulisan akan mempengaruhi jumlah markah. Perkara berikut akan diambilkira:
6.2.1 Struktur esei yang jelas dengan pengenalan, isi, kesimpulan dan bibliografi.
6.2.2 Esei yang tertib dari segi susunan ayat, aspek tatabahasa, ejaan dan tanda bacaan.
6.2.3 Idea diutarakan dengan yakin dan logik.

7. HADIAH
Hadiah untuk setiap kategori adalah seperti jadual dibawah
PEMENANG BENTUK HADIAH
KATEGORI A ( Tingkatan 1 – 3 ) KATEGORI B ( Tingkatan 4 – 5 ) KATEGORI C ( Tingkatan 6 rendah dan 6 atas )
PERTAMA Wang tunai RM 400.00, 1 set komputer Piala iringan, serta sijil pencapaian untuk pemenang;1 set komputer untuk Sekolah Wang Tunai RM 500.00, 1 set komputer Piala iringan, dan serta sijil pencapaian untuk pemenang; 1 set komputer untuk sekolah Wang Tunai RM 600.00, 1 set komputer Piala iringan, dan sijil pencapaian untuk pemenang; 1 set komputer untuk sekolah
KEDUA Wang Tunai RM 300.00, 1 set komputer Piala iringan, serta sijil pencapaian untuk pemenang Wang tunai RM 400.00, 1 set komputer Piala iringan, serta sijil pencapaian untuk pemenang Wang tunai RM 500.00, 1 set komputer, Piala iringan, serta sijil pencapaian untuk pemenang
KETIGA Wang tunai RM 260.00, 1 set komputer, Piala iringan, dan sijil pencapaianUntuk pemenang Wang tunai RM 360.00, 1 set komputer, Piala iringan, dan sijil pencapaian untuk pemenang Wang tunai RM 470.00, 1 set komputer, Piala iringan, dan sijil pencapaian untuk pemenang
7 x HADIAH SAGUHATI Wang Tunai RM 150.00, piala iringan dan sijil penyertaan. Wang Tunai RM 180.00, piala iringan dan sijil penyertaan. Wang Tunai RM 200.00, piala iringan dan sijil penyertaan.

8. HASIL PERADUAN
8.1 Hasil karya terutama karya pemenang akan menjadi hak milik penganjur dan pihak penganjur berhak untuk mengubahsuai, meminda serta menerbitkan dalam buletin BPR atau akhbar.
9. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

9.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar-pelajar sekolah menengah yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

9.2 Setiap peserta hanya layak untuk menyerahkan SATU esei SAHAJA.

9.3 Peserta HANYA boleh menghantar penyertaan secara individu, walau bagaimanapun penyelidikan dan perlaksanaan kerja penulisan esei bolehlah dilakukan secara berkumpulan.

9.4 Tuliskan nama peserta, nombor kad pengenalan, nama dan alamat sekolah di dalam borang penyertaan pertandingan sahaja. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan cop pengesahan dari sekolah masing-masing.

9.5 Nama peserta dan nama sekolah tidak boleh dimasukkan di dalam mana-mana halaman esei.

9.6 Peserta hendaklah menulis jenis kategori ( A / B / C ) pada sudut sebelah kiri sampul surat semasa mengirimkan peryertaan.

9.7 Esei hendaklah dihantar melalui pos dan pihak penganjur tidak bertanggugjawab jika esei yang dihantar rosak atau hilang semasa dalam pengiriman/pos.

9.8 Plagiat – iaitu meniru kenyataan atau idea orang lain adalah dilarang sama sekali, Jika didapati juga, maka penyertaan akan dibatalkan serta-merta.

9.9 Semua esei mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu (tidak ada kategori yang berasingan) dan mematuhi jumlah perkataan yang dibenarkan.

9.10 Setiap esei mestilah ditaip, berselang dua baris di atas kertas putih bersaiz A4, guna font 12 ( ARIAL, TIMES NEW ROMAN ). Setiap muka surat perlu diletakkan nombor.

9.11 Setiap hasil kerja yang pernah diterbitkan di dalam suratkhabar, majalah atau lain-lain penerbitan tidak boleh digunakan untuk penyertaan.

9.12 Setiap penyertaan tidak akan dikembalikan .

9.13 Setiap Esei yang dihantar akan menjadi hak mutlak penganjur (BPR). Penganjur berhak untuk meminda atau menyiarkan mana-mana esei atau bahagian esei peserta.

9.14 Esei-esei yang dihantar hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:
9.14.1 Menepati tajuk yang ditetapkan.
9.14.2 Mempunyai nota rujukan atau biblografi.
9.14.3 Tidak hanya menggunakan sumber dari Internet sahaja.
9.14.4 Tidak asli/Plagiat – iaitu meniru atau mencuri idea orang lain.
9.14.5 Dilarang menyentuh hal-hal yang sensitif seperti mengenai bangsa, agama, mahupun politik.
9.14.6 Latar belakang esei hendaklah mempunyai aspek-aspek masyarakat Malaysia dan memfokuskan pencegahan jenayah rasuah tersebut.
9.14.7 Borang penyertaan hendaklah dilengkap.
9.14.8 Dihantar pada atau sebelum tarikh tutup iaitu 15 September 2008.

10. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Semua peryertaan hendaklah sampai pada atau sebelum 15 September 2008.

KEPADA :

URUS SETIA PERTANDINGAN ESEI 2008
BADAN PENCEGAH RASUAH MALAYSIA
BAHAGIAN PENMAS, BLOK D6, KOMPLEK D,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTAN,
PETI SURAT 6000,
62007 PUTRAJAYA,
( U. P : PENGARAH PENDIDIKAN MASYARAKAT )

Sila hubungi kami sekiranya terdapat sebarang pertanyaan:
TEL : 03-88867369/019-8405456 ( PS. MOHAN M.L ) / (PN. NORA/CIK NANA ) 03-88867358/7357

PERADUAN MENGARANG ESEI PENCEGAHAN RASUAH
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
ANJURAN BADAN PENCEGAH RASUAH MALAYSIA (BPR)
DENGAN KERJASAMA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

Kepada,
URUS SETIA PERTANDINGAN ESEI 2008
BADAN PENCEGAH RASUAH MALAYSIA
BAHAGIAN PENMAS, BLOK D6, KOMPLEKS D,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
PETI SURAT 6000,
62007 PUTRAJAYA ( U.P : PENGARAH PENDIDIKAN MASYARAKAT )

Nama Penuh : Tarikh Lahir :
No. KP/Sijil Lahir : Tingkatan/Tahun :
Alamat Rumah : No.Tel (Rumah) :
Alamat Sekolah : No. Tel (Sekolah) :
Tajuk Esei :

Dengan ini saya mengesahkan bahawa esei yang dilampirkan asli dan saya bersetuju dengan semua syarat pertandingan ini. Perakuan Pengetua/Guru Besar,
Tandatangan
Tandatangan Tarikh: T arikh: Cop Sekolah

UNTUK KEGUNAAN URUSETIA
PANEL I : PANEL II :
SILA KEPILKAN BORANG PENYERTAAN INI PADA SETIAP ESEI YANG DIHANTAR.
TARIKH TUTUP : 15 SEPTEMBER, 2008


8 Comments
  1. bernard 11 years ago

    Wish to have better understanding about this association’s function.
    Thanks

  2. joyce 11 years ago

    When did the results announce?

  3. jelly 11 years ago

    when did the result will be announce?

  4. nurul 11 years ago

    bilakah keputusan pemenang akan diumumkan??

  5. sabree 11 years ago

    bile result nak kuar nieh…..lamer da tgguu

  6. nurdiyana 11 years ago

    result SPM dah keluar dah. Result ni bila lagi????

  7. ismail 11 years ago

    bila nak kuar result……rumit kot nak pilih pemenang…..

  8. mizah 10 years ago

    mana kputusan nye????????????????

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?