Peraduan Krim Antea Age ASIATIC BEAUTY


12.JPG

PRIZE:

Asiatic Beauty Prize Draw.jpg

DEADLINE: 31 Disember 2008
WEBSITE/URL: http://asiatic-beauty.my/Hadiah_Sebanyak_RM5000.html

DESCRIPTION:
PEMBAHARUAN DALAM RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT ANTI PENUAAN

Beli Krim dan Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai RM5000

Asiatic Beauty Beli Krim Antea Age dan Berpeluang Memengi Hadiah Bernilai RM5000

10 hadiah misteri bernilai RM150 setiap satu

Cara penyertaan

Untuk menyertai pertandingan ini, pelanggan harus membuat pembelian ke atas produk Krim Antea Age™ daripada mana-mana stokis Asiatic Beauty™, pengedar atau agen yang sah dan menghantar melalui pos kotak Antea Age™ berserta dengan maklumat-maklumat berikut:

1. Nama penuh.
2. Alamat penuh pelanggan termasuk nombor poskod
3. Nombor telefon/telefon bimbit.
4. Alamat e-mel
5. Nama stokis, pengedar atau agen dimana anda membuat pembelian Krim Antea Age™.

Semua maklumat di atas harus ditulis di bahagian dalam kotak Krim Antea Age™. Sebaik sahaja Asiatic Beauty™ menerima penyertaan ini, kami akan menghubungi anda melalui SMS atau e-mel untuk memastikan penyertaan anda dalam pertandingan ini.

Anda harus menghantar melalui pos penyertaan anda ke alamat seperti berikut:

ASIATIC BEAUTY CO SDN BHD

12J-1 Jalan Tun Dr Awang

Sungai Nibong Kecil

11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia

Tempoh peraduan Krim Antea Age™ adalah dari 1 Julai 2008 hingga 31 Disember 2008.

Cabutan hadiah akan dilakukan dalam bulan Januari 2009.

Pertandingan ini terbuka kepada semua penduduk Seluruh Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapore sahaja. Penyertaan dari luar negara adalah tidak layak. Semua hadiah harus dituntut dalam Malaysia dan Asiatic Beauty™ tidak akan menghantar sebarang hadiah luar dari Malaysia. Semua hadiah harus dituntut sendiri oleh pemenang dan pengesahan Nombor Kad Pengenalan (IC) diperlukan.

Asiatic Beauty™ tidak akan bertanggungjawab di atas kelewatan atau kehilangan penyertaan disebabkan perkhidmatan pos. Bukti penghantaran tidak diklasifikasikan sebagai bukti penerimaan. Asiatic Beauty™ akan menghubungi peserta melalui e-mel atau SMS untuk memastikan penerimaan penyertaan.

Syarat Pertandingan

1. Peserta harus melengkapkan maklumat berikut semasa menyertai pertandingan: Nama, Alamat, Nombor Telefon, Alamat e-mel dan Nama stokist, pengedar atau agen dimana peserta membuat pembelian Krim Antea Age™.
2. Penyertaan berganda akan diterima mengikut individu.
3. Pertandingan terbuka kepada semua penduduk Seluruh Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapore sahaja. Penyertaan dari luar negara adalah tidak layak. Semua hadiah harus dituntut dalam Malaysia dan Asiatic Beauty™ tidak akan menghantar sebarang hadiah luar dari Malaysia. Semua hadiah harus dituntut sendiri oleh pemenang dan pengesahan Nombor Kad Pengenalan (IC) diperlukan.
4. Peserta berumur di bawah 16 tahun adalah tidak layak.
5. Tarikh akhir penerimaan penyertaan ditetapkan dalam halaman Asiatic Beauty Online (

http://www.asiatic-beauty.my/berita-dan-aktiviti.html

) dan pemenang akan dihubungi secara terus.
6. Pemenang hadiah akan diundi melalui penyertaan dan akan dihubungi oleh wakil rasmi Asiatic Beauty™. Keputusan Asiatic Beauty™ adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan. Hanya pemenang hadiah akan dihubungi secara peribadi. Cabutan hadiah hanya akan mengambil tempat di lokasi dan masa yang ditetapkan seperti yang ditetapkan dalam halaman pertandingan laman web Asiatic Beauty™.
7. Nama pemenang akan diterbitkan dalam halaman pertandingan laman web Asiatic Beauty™.
8. Hadiah- Hadiah adalah seperti yang ditawarkan. Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
9. Asiatic Beauty™ tidak akan bertanggungjawab ke atas kelewatan atau kehilangan penyertaan disebabkan perkhidmatan pos. Bukti penghantaran tidak diklasifikasikan sebagai bukti penerimaan. Asiatic Beauty™ akan menghubungi peserta melalui e-mel atau SMS untuk memastikan penerimaan penyertaan.
10. Peserta harus menyediakan maklumat penuh seperi mana yang diminta di atas dan mematuhi syarat-syarat untuk melayakkan diri menjadi pemenang. Asiatic Beauty™ tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penipuan atau ketidaklayakkan penyertaan.
11. Pertandingan ini tidak dibuka kepada pekerja-pekerja Asiatic Beauty™ atau individu-individu yang terlibat secara langsung atau tidak lansung dalam organisasi atau pengurusan pertandingan ini, atau ahli keluarga terdekat mereka.
12. Pihak kami tidak akan menerbitkan atau memberikan alamat e-mel anda kepada sesiapa yang tidak berkenaan dengan Asiatic Beauty™. Pertandingan ini memerlukan anda untuk memberikan maklumat e-mel kepada pihak kami, tetapi pihak kami tidak akan mendedahkan sebarang maklumat peribadi anda kepada sesiapa atau organisasi berdasarkan polisi sulit Asiatic Beauty™.
13. Asiatic Beauty™ mungkin akan menggunakan maklumat-maklumat yang diberikan untuk memperbaiki khidmat, produk dan aktiviti yang dapat menguntungkan anda.
14. Hadiah yang dipamerkan dalam semua promosi adalah untuk tujuan gambaran sahaja dan hadiah sebenar mungkin berbeza atau berubah. Asiatic Beauty™ mempunyai hak untuk menukar sebarang hadiah yang sama nilai bila-bila masa sahaja tanpa pemberitahuan awal. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditebus semula dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau sebarang hadiah lain.
15. Semua penyertaan menjadi harta kepunyaan Asiatic Beauty™ dengan menyertai pertandingan ini. Peserta tidak berhak membatalkan sebarang pengunaan semua maklumat terkandung dalam penyertaan untuk tujuan promosi dan pengiklanan yang dicadangkan oleh Asiatic Beauty™.
16. Keputusan Asiatic Beauty™ adalah muktamad sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
17. Asiatic Beauty™ berhak untuk membatalkan pertandingan pada mana-mana peringkat jika difikirkan perlu oleh pihak Asiatic Beauty™ dan jika berlaku sebarang keadaan di luar kawalan pihak Asiatic Beauty™.
18. Peserta diminta mematuhi semua syarat-syarat sebelum bersetuju menyertai pertandingan ini.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2020 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?