Kuiz Penonton Wulan RTM 1


Image

13.JPG

PRIZE:

Image

DEADLINE: Undefined
WEBSITE/URL: http://www.rtm.net.my/

DESCRIPTION:
Saksikan drama Wulan di RTM 1 setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.30 hingga 8.00 malam dan penonton bakal membawa pulang hadiah-hadiah yang lumayan.

Soalan Mingguan : Satu soalan berdasarkan drama berkenaan akan disediakan setiap hari sebagai soalan mingguan. Bermakna terdapat 5 soalan setiap minggu yang perlu dijawab. Penonton diminta menghantar jawapan soalan mingguan melalui SMS selewat-lewatnya pada hari Ahad setiap minggu. Pemenang akan di umumkan melalui crawler pada setiap hari Jumaat pada minggu berikutnya.

Soalan Bulanan : Satu soalan berdasarkan drama berkenaan setiap minggu disediakan sebagai soalan terkumpul bulanan. Bermakna terdapat 4 soalan setiap bulan untuk dijawab.

Bagi soalan bulanan, pemenang akan di pilih berdasarkan jawapan yang betul dan slogan yang paling menarik. Slogannya adalah seperti berikut…

“Saya suka menonton WULAN di RTM 1 kerana ………………….(tidak melebihi 15 patah perkataan)

KAEDAH MENJAWAB

Untuk Menjawab : Hantarkan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip WULAN<jarak>JAWAPAN dan hantarkan ke 39003

Untuk Mendapatkan Petunjuk : Hantarkan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip KLU<jarak>Q1 untuk soalan 1 atau Q2 untuk soalan 2 atau soalan seterusnya dan hantarkan ke 39003

Untuk Mendapatkan Sinopsis : Hantarkan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SNP<jarak>EPS1 untuk episod 1 atau EPS2 untuk episod 2 atau episod seterusnya dan hantarkan ke 39003.

PENDAFTARAN

Penonton diminta mendaftar melalui SMS untuk mendapatkan maklumat peribadi (nombor kad pengenalan, nama dan alamat) bagi memudahkan untuk dihubungi sekiranya berjaya.

KUIZ PENONTON WULAN

SOALAN EPISOD 6 (9 JUN 2008) :

Apakah pekerjaan Mbah Tati dan Nenek Dira semasa muda?

a) Peniaga
b) Guru
c) Jururawat

SOALAN EPISOD 7 (10 JUN 2008) :

Kepada siapakah Nunu memberitahu mengenai masalah kewangannya?

a) Baby
b) Wulan
c) Budi

SOALAN EPISOD 8 (11 JUN 2008) :

Dokumen apakah yang diserahkan oleh Baby kepada kakaknya?

a) Surat tuntutan pampasan daripada Nunu
b) Bil perubatan Nunu
c) Penyata Kewangan

SOALAN TERKUMPUL BULANAN (Minggu Pertama):

Bilakah Aline merancang untuk melangsungkan pernikahannya dengan Budi?

a) Selepas ulang tahun syarikat
b) Semasa ulang tahun syarikat
c) Sebelum ulang tahun syarikat

http://www.hmetro.com.my/Current_News/m … index_html

BERMULA 2 Jun ini, Wulan yang bersiaran 146 episod bakal mengisi slot Arca menggantikan Kawin Muda yang berjaya mencetuskan fenomena di kalangan penonton terutama golongan remaja. Wulan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.30 malam.

Sebagai menghargai penonton setia salurannya, RTM1 mengadakan Kuiz Wulan yang pastinya menjanjikan pulangan lumayan kepada pemenangnya.

Menariknya, Kuiz Wulan menawarkan hadiah mingguan kepada 10 pemenang, hadiah bulanan untuk 14 pemenang serta hadiah mega kepada 19 pemenang bertuah yang menyertai kuiz ini berdasarkan soalan yang berkaitan setiap episod drama bersiri Indonesia ini.

Menerusi tawaran hadiah mingguan kepada penonton, satu soalan berdasarkan drama Wulan akan disediakan setiap hari sebagai soalan mingguan untuk dijawab.

Bermakna lima jawapan perlu dihantar melalui SMS setiap Sabtu setiap minggu. Manakala kuiz untuk pemenang hadiah bulanan ditawarkan kepada penonton yang menghantar jawapan berdasarkan drama yang disiarkan setiap minggu sebagai soalan terkumpul. Sebanyak empat soalan setiap bulan mesti dijawab.

Hadiah bagi pemenang soalan mingguan dan bulanan yang dipilih bukan sahaja berdasarkan jawapan tepat sebaliknya juga melihat kepada slogan paling menarik.

Penonton yang berminat menyertai kuiz boleh menghantarkan jawapan yang tepat beserta slogan paling kreatif menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip WULANJAWAPAN hantar ke 39003.

Antara hadiah lumayan untuk pemenang hadiah mingguan ialah jam Roscani, pakaian sukan Kronos dan Brooks, Induction Cooker dan baucar makan Restoran Seri Melayu.

Wulan yang dibintangi Dhini Aminarti, Giovani L.Tobing, Alice Norin, Kinaryosih, Asmirandah, Rio Reifan, Shireen Sungkar, Cha Cha Frederica dan Aditya Herpavi Rachman, mengisahkan ikatan cinta antara pasangan Wulan dan Budi yang terjalin selama sembilan tahun.

Hubungan mereka mula retak sejak Budi dinaikkan pangkat. Dia menjalin hubungan dengan Aline, anak pemilik syarikat tempatnya bekerja. Budi sanggup mengorbankan cintanya pada Wulan demi masa depan kariernya.

Namun dia buntu untuk memutuskan hubungan itu kerana dia rapat dengan keluarga Wulan.

Wulan cuba menerima hakikat kasih Budi sudah beralih arah lalu menumpukan perhatian menggalas tanggungjawab arwah ayahnya untuk menguruskan keluarganya. Wulan turut dibantu adiknya.

Timbul konflik apabila Nunu menjalin hubungan dengan Baby tanpa mengetahui dia adalah adik Aline yang merampas Budi daripada kakaknya.

Wulan yang cuba memujuk hati laranya ditinggalkan Budi, secara tidak sengaja dipertemukan dengan Awan, cucu kenalan ibunya.

Untuk mengetahui kisah Wulan, saksikan siri ini setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.30 malam di RTM1.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2020 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?