International Young Design Entrepreneur of the Year.


youngdesign.jpg

PRIZE: Represent Malaysia in UK and a chance to win RM51,000
DEADLINE: 30 Jun 08
WEBSITE/URL: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0521&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm

DESCRIPTION:
Peluang peserta ke London
Ada idea unik berkenaan reka bentuk? Kongsi kreativiti anda dengan seluruh dunia dan rebutlah gelaran International Young Design Entrepreneur of the Year.

FINALIS akan membentangkan kepada juri di United Kingdom mengenai karya-karya dan pemahaman serta wawasan untuk reka bentuk di negara masing-masing.

——————————————————————————–

MUNGKINKAH seorang usahawan muda Malaysia menjadi tokoh reka bentuk antarabangsa terbaru? Anugerah International Young Design Entrepreneur of the Year (IYDEY) British Council kini berupaya untuk merealisasikan matlamat tersebut buat pertama kali pada tahun ini.

Pencarian global tahunan untuk usahawan reka bentuk antarabangsa paling pintar dan cemerlang bermula sejak 1 Mei lalu.

Finalis Malaysia akan ke United Kingdom (UK) di bawah tajaan penuh British Council bagi membina rangkaian dengan profesional industri reka bentuk dan merebut gelaran IYDEY pada tahun ini sekali gus membawa habuan besar wang tunai berjumlah RM51,000.

IYDEY menjejaki langkah anugerah seangkatan iaitu International Young Music Entrepreneur of the Year (IYMEY) di mana Hardesh Singh, finalis Malaysia bakal bertanding di peringkat akhir di UK pada bulan Jun ini.

Dilancarkan pada tahun 2005, anugerah IYDEY British Council mengiktiraf pencapaian usahawan reka bentuk muda daripada perspektif ekonomi baru.

Setiap tahun, program ini mengiktiraf peranan mereka dalam membentuk bakat tempatan baru dan berkongsi kreativiti dengan seluruh dunia. Sebanyak lapan hingga 10 buah negara terpilih.

Dibuka kepada usahawan reka bentuk berusia di antara 25 dan 35 tahun, IYDEY meraikan peri pentingnya menjadi usahawan kreatif dalam bidang reka bentuk, khususnya di pasaran pelbagai dan yang belum pernah diterokai.

Pemenang kebangsaan akan ke UK pada bulan September ini bagi menyertai dan mewakili negara dalam peringkat akhir untuk merebut gelaran IYDEY.

Turut ditawarkan ialah hadiah berbentuk kewangan bernilai RM51,000 untuk dibelanjakan ke atas projek kolaboratif dengan British Council di negara pemenang.

Selain itu, turut dirancang ialah lawatan sekeliling London dan Glasgow sebagai pengenalan khas kepada sektor reka bentuk UK, termasuk mesyuarat bersama tokoh industri berpengalaman dan kehadiran di 100% Design di London. Ia adalah acara dalaman kontemporari terkemuka UK yang menarik pengeluar-pengeluar terunggul serta pereka bentuk bintang dari UK dan seluruh dunia.

Sempena lawatan ini, finalis akan membentangkan kepada juri UK karya-karya dan pemahaman serta wawasan untuk reka bentuk di negara masing-masing. Pemenangnya akan diumumkan di sebuah acara penyampaian anugerah pada 21 September ini di 100% Design di London.

Stuart MacDonald, Ketua Gray’s School of Art di Robert Gordon University, Aberdeen dan bekas Pengarah Eksekutif The Lighthouse (Scotland’s Centre for Architecture, Design and The City), menganggotai panel hakim IYDEY pada tahun pertama.

Berucap mengenai pengalaman, beliau berkata: “IYDEY adalah satu contoh unggul bagaimana British Council menggalakkan dialog antarabangsa sejati di antara pereka bentuk muda di peringkat antarabangsa.”

Sunitha Janamohanan, Pengurus Seni British Council Malaysia menambah: “Para finalis sebelum ini datang dari seluruh dunia merangkumi pereka grafik, pereka produk dan pereka perabot. Ramai di antara mereka telah mendirikan syarikat sendiri yang menghasilkan reka bentuk inovatif serta penyelesaian reka bentuk yang menggabungkan elemen budaya serta kesedaran sosial.”

Menurutnya, mereka menghadapi cabaran yang sama seperti pereka bentuk tempatan termasuk keperluan untuk mendidik pelanggan serta konsumer mengenai kepentingan reka bentuk di pasaran di mana ia dianggap hanya sebahagian daripada tugas pengiklanan atau hiasan.

“Kerumitan di sebalik melahirkan identiti reka bentuk unik dari negara masing-masing dipandang remeh,” ujarnya.

——————————————————————————–

Anugerah IYDEY dan lawatan ini memberi peluang menarik untuk peserta berkongsi idea dan pandangan dengan rakan seangkatan antarabangsa sambil meneliti rekaan-rekaan terbaik dari UK.

Sigal Cohen dari Venezuela diumumkan sebagai IYDEY bagi tahun 2007 yang telah menyimpan anugerah ini di Amerika Selatan setelah Paula Dib dari Brazil membawanya pulang pada tahun 2006. Gelaran pertama IYDEY bagi tahun 2005 dianugerahkan kepada Lanre Lawal dari Nigeria.

Untuk melayakkan diri, calon harus aktif secara profesional dalam sektor reka bentuk tempatan seperti ditakrifkan dalam bidang-bidang berkenaan:

*Seni bina, bahagian dalaman dan persekitaran.

*Reka bentuk grafik: komunikasi, penerbitan, penjenamaan dan multimedia.

*Pengeluaran reka bentuk produk: perabot dan produk industri.

*Media interaktif dan digital.

*Promosi reka bentuk: pameran, acara, festival dan jualan.

Calon akan dinilai berasaskan bukti kemahiran keusahawanan sedia ada serta potensi menjadi agen perubahan.

Kelayakan

Seorang pemohon mestilah:

*Berusia di antara 25 hingga 35 tahun.

*Sudah bekerja dalam sektor reka bentuk arkitektur, bahagian dalaman dan persekitaran; reka bentuk grafik: komunikasi, penerbitan, penjenamaan dan multimedia; pengeluaran reka bentuk produk: perabot, produk industri dan kraf; media interaktif dan digital atau promosi reka bentuk: pameran, acara, festival dan jualan.

*Bersifat keusahawanan dan mempamerkan keupayaan serta pendekatan inovatif ke arah promosi reka bentuk di negara masing-masing, khususnya dalam konteks komersial.

*Mendemonstrasikan potensi sebagai pemimpin sektor reka bentuk di negara mereka pada masa hadapan melalui karakter, semangat dan keupayaan mereka.

*Berupaya menguasai bahasa Inggeris.

Cara memohon

Pemohon haruslah mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun dari laman web British Council, http://www.britishcouncil.org.my .

Permohonan diterima bermula pada Khamis, 1 Mei dan ditutup pada Isnin, 30 Jun.

Untuk sebarang pertanyaan, sila e-mel British Council di arts@britishcouncil.org.my atau hubungi 03-2723 7931 atau 03-2723 7988.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2020 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?