Peraduan Cub Prix DiGi


601.JPG

602.JPG

PRIZE:

600.JPG
600.JPG (34.42 KB) Viewed 54 times

MZ Mantizz, Telefon Bimbit LG dan hadiah-hadiah hebat yang lain
DEADLINE: 7 Disember 2008
WEBSITE/URL: http://digi.com.my/rentaq/apayggempak/mtrcub/index.do

DESCRIPTION:
Menangi MZ Mantizz bersama Peraduan Cub Prix DiGi!

Acara perlumbaan motosikal terkemuka di Malaysia – Kejohanan Petronas Sprinta AAM Cub Prix kembali lagi! Jangan ketinggalan menyaksikan aksi hebat perlumbaan di 10 lokasi terpilih di seluruh Malaysia mulai 29 Mac sehingga 7 Disember 2008! Klik di sini untuk menyemak lokasi perlumbaan.

Untuk keterangan lanjut tentang acara ini, sila layari laman web http://www.malaysiancubprix.com

Ada lagi berita baik! Kami di DiGi turut hadir bersama untuk memeriahkan acara ini! Jadi, marilah beramai-ramai dan kunjungi gerai promosi DiGi di lokasi perlumbaan mulai jam 9 pagi hingga 5 petang. Antara tawaran hebat yang pasti menarik perhatian anda adalah seperti pakej khas Cub Prix DiGi, permainan, dan Peraduan Cub Prix DiGi!

Luangkanlah masa untuk menyertai acara ini! Tawaran hebat daripada DiGi akan disediakan di setiap lokasi perlumbaan!

Kami juga membawakan anda berita Kejohanan Petronas Sprinta AAM Malaysian Cub Prix 2008! Langganilah Pakej Berita Cub Prix. Klik di sini untuk keterangan lanjut.

Peraduan Cub Prix DiGi adalah peraduan khas anjuran DiGi sempena Kejohanan Cub Prix.

SYARAT

* Beli pek SIM DiGi Prepaid ATAU buat isian semula RM10 di lokasi perlumbaan.
* Teka bilangan bola putih yang terdapat di gerai promosi DiGi dan tandatangani ‘Cub Prix’ dengan cara yang paling kreatif!
* Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang anda mahu selagi berserta bukti pembelian pek SIM DiGi Prepaid atau isian semula.
* Penghantaran penyertaan akan ditutup pada jam 3 petang pada hari perlumbaan terakhir di setiap lokasi.
* Keputusan peraduan akan diumumkan dan hadiah perlu dituntut pada jam 4 petang pada hari perlumbaan terakhir di setiap lokasi.

Ingat! Anda berpeluang memenangi MZ Mantizz, Telefon Bimbit LG dan hadiah-hadiah hebat yang lain di setiap lokasi perlumbaan! Kunjungilah gerai promosi DiGi pada hari-hari perlumbaan mulai 29 Mac sehingga 7 Disember 2008!

1. Peraduan Cub Prix DiGi (“Peraduan”) hanya terbuka kepada semua pelanggan (“Peserta”) DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (201283-M) (“Penganjur” atau “DiGi”) yang merupakan warganegara Malaysia sahaja kecuali kakitangan DiGi, agensi penyedia kandungan terpilih, agensi pengiklanan, penasihat perhubungan awam, dan ahli keluarga terdekat/agensi mereka. Mekanisme Peraduan: Peserta dikehendaki meneka bilangan bola putih yang terdapat di dalam kotak dan menurunkan tandatangan “Cub Prix” yang paling kreatif di atas borang Peraduan.
2. Peraduan hanya sah dan terbuka pada 2 hari perlumbaan di setiap lokasi perlumbaan Cub Prix bermula pusingan pertama hingga pusingan kesepuluh.

3. Peserta boleh menghantar sebanyak mana penyertaan tetapi setiap borang haruslah berserta bukti pembelian. Peserta dikehendaki menyerahkan borang penyertaan yang lengkap diisi berserta bukti isian semula atau pembelian pek SIM untuk tujuan pengesahan di gerai promosi DiGi selewat-lewatnya pukul 3 petang pada hari terakhir perlumbaan di setiap lokasi.
4. Keputusan Peraduan akan diumumkan pada hari terakhir perlumbaan bagi setiap lokasi.
5. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah tekaan yang tepat dan tandatangan yang paling kreatif. Jika tiada pemenang yang meneka dengan betul, tekaan yang paling hampir berserta tandatangan yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang hadiah utama, jumlah tekaan paling hampir selepas itu berserta tandatangan kedua paling kreatif akan dipilih menjadi pemenang hadiah kedua dan seterusnya.
6. Pemenang-pemenang akan diumumkan di gerai promosi DiGi dan makluman juga akan dibuat melalui nombor telefon bimbit mereka.

7. Pemenang boleh menuntut hadiah serta merta atau pada pukul 4 petang pada hari terakhir perlumbaan di setiap lokasi. Jika pemenang tidak hadir pada masa yang ditetapkan, sebarang tuntutan hadiah akan ditarik balik.
8. DiGi tidak akan bertanggungjawab ke atas hadiah yang tidak dituntut dan sebarang tuntutan penghantaran hadiah tidak akan dilayan.
9. Sekiranya pemenang hadiah utama berusia di bawah 18 tahun atau tidak memiliki lesen memandu yang sah pemenang dibenarkan untuk memindah milik hadiah utama tersebut kepada sesiapa yang diingini.
10. Semua kos tambahan, termasuk tetapi tidak terhad kepada cukai kerajaan persekutuan, negeri, setempat dan/atau kerajaan yang terbabit, atau caj statutori, insurans, pelesenan, pendaftaran, yuran hak milik dan caj-caj lain yang berkaitan dengan hadiah, atau penganugerahan hadiah, atau penerimaan atau penggunaan hadiah, atau perbelanjaan peribadi dan sampingan, akan ditanggung sepenuhnya oleh Peserta. Anda diwajibkan menandatangani Pengakuan Pemenang dan Surat Perjanjian di dalam borang untuk menuntut hadiah anda.
11. Pemenang hadiah utama perlu menuntut hadiah tersebut di kedai pengedar dalam masa dua (2) minggu dan jika ianya tidak dituntut dalam masa yang ditetapkan, hadiah tersebut akan dikembalikan kepada DiGi. Maklumat lanjut mengenai pengedar akan diberikan oleh DiGi. DiGi akan menanggung bayaran pendaftaran dan cukai jalan dan insurans pihak ketiga bagi motosikal tersebut selama dua belas (12) bulan.
12. DiGi, subsidiari-subsidiari dan syarikat bersekutunya tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk waranti, kos penyelenggaraan atau apa jua kos tambahan yang berkaitan dengan hadiah. Pemenang bersetuju akan mematuhi syarat dan peraturan tambahan yang dikenakan oleh rakan niaga Peraduan dari mana hadiah diperolehi. Pemenang bersetuju akan terikat dengan syarat dan peraturan tambahan rakan niaga.

13. Semua pemenang hadiah bertanggungjawab ke atas semua liabiliti untuk apa jua kecederaan, kerosakan atau tuntutan berkaitan dengan penyertaannya di dalam Peraduan, dan/atau penggunaan atau penebusan atau penukaran hak milik hadiah. DiGi, rakan niaga Peraduan dan syarikat bersekutunya, subsidiari dan syarikat berkaitan tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk sebarang kerugian, kerosakan, kecederaan, hak, tuntutan atau tindakan dalam apa jua bentuk atau jenis berhubung dengan Peraduan, atau akibat daripada penerimaan, pemilikan, penggunaan/penyalahgunaan hadiah.
14. Penyertaan di dalam Peraduan ini dan/atau penerimaan hadiah bererti kebenaran kepada DiGi, pihak Pengelola dan/atau rakan niaga Peraduan untuk menggunakan nama, butiran peribadi pemenang dan/atau seumpamanya untuk tujuan pemasaran, pengiklanan dan perdagangan tanpa pampasan kepada pemenang, sama ada terhad kepada Peraduan ini atau sebaliknya dan sama ada menerusi pemasaran langsung kepada pemenang atau sebaliknya.
15. DiGi berhak menahan hadiah tersebut mengikut budi bicara DiGi sekiranya mana-mana butiran Pemenang didapati tidak benar atau Pemenang didapati tidak layak atau jika terdapat sebarang kes misrepresentasi sebelum hadiah diserahkan dan/atau dihantar kepada Pemenang. Dalam kes ketidaklayakan Pemenang dan/atau penyalahtafsiran selepas hadiah diserahkan kepada dan/atau dihantar, Pemenang dengan ini bersetuju akan mengembalikan dan/atau memindahkan hadiah kepada DiGi, dan kegagalan berbuat demikian bererti DiGi berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap Pemenang.
16. Segala keputusan dan pengumuman yang dibuat oleh panel hakim adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
17. Penganjur tidak memberi jaminan bahawa Peraduan adalah bebas daripada gangguan dan/atau kesilapan.

18. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta adalah sedia maklum dan bersetuju sama sekali bahawa Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang gangguan dan/atau kesilapan yang mungkin timbul sepanjang Peraduan.

19. Penganjur mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menukar atau mengakhiri Peraduan ini atau mana-mana bahagian Peraduan tanpa memberi notis terlebih dahulu dan tiada pampasan, sama ada secara tunai atau dalam bentuk lain akan diberikan.
20. Penganjur mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menolak mana-mana penyertaan yang dikira tidak sah untuk Peraduan ini.
21. Penganjur mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menggantikan hadiah yang ditawarkan dengan hadiah yang lain pada nilai yang sama tanpa memberi notis terlebih dahulu.
22. Penganjur mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menggunakan atau menerbitkan maklumat yang berkaitan dengan penyertaan yang dihantar termasuk nama dan gambar pemenang adalah tidak terhad kepada maklumat ini sahaja untuk sebarang tujuan.
23. Segala syarat dan peraturan lain yang berkaitan dengan penggunaan mana-mana servis telekomunikasi DiGi adalah diguna pakai pada Peraduan ini.

1. Apakah itu Kejohanan Petronas Sprinta AAM Malaysian Cub Prix?
Kejohanan ini merupakan acara perlumbaan motosikal (cub chai) premier yang paling besar di Malaysia. Untuk keterangan lanjut, sila layari http://www.malaysiancubprix.com
2. Berapakah pusingan perlumbaan yang akan berlangsung? Bagaimana pula dengan lokasi dan tarikh perlumbaan?
Terdapat 10 lokasi perlumbaan. Sila semak http://www.malaysiancubprix.com sebelum setiap pusingan perlumbaan bermula untuk mendapatkan tarikh dan lokasi terbaru.

PUSINGAN

TAKRIH

LOKASI
1
29 – 30 Mac Kamunting Raya, Taiping
2
12 – 13 April Stadium Kluang, Kluang
3
3 – 4 Mei Sepang Circuit
4
6 – 7 Jun Tmn Bendahara, Pengkalan Chepa, Kota Bahru, Kelantan
5
4 – 5 Julai Stadium KT, Trengganu
6
9 – 10 Ogos Stadium Likas, Sabah
7
23 – 24 Ogos Stadium Petra Jaya, Sarawak
8
8 – 9 November Batu Kawan, Penang
9
22 – 23 November Stadium Utama, Kangar
10
6 – 7 Disember Sepang Circuit
3. Apakah masa perlumbaan di setiap lokasi?
Perlumbaan akan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada kedua-dua hari tersebut. Sila rujuk http://www.malaysiancubprix.com atau berita EPG di Berita Harian untuk mendapatkan keterangan lanjut perlumbaan.
4. Apakah yang ditawarkan oleh DiGi di setiap lokasi?
Pakej Cub Prix DiGi khas akan ditawarkan di lokasi perlumbaan pada kedua-dua hari tersebut. Terdapat permainan, aktiviti dan peluang memenangi motosikal MZ Mantizz sebagai hadiah utama daripada Peraduan Cub Prix DiGi.

5. Apakah itu Peraduan Cub Prix DiGi?
Peraduan Cub Prix DiGi adalah peraduan khas di mana anda perlu meneka bilangan bola putih di dalam sebuah kotak di gerai promosi DiGi dan tandatangani ‘Cub Prix’ dengan cara yang paling kreatif.
6. Bagaimanakah saya dapat menyertai peraduan ini? Berapakah jumlah penyertaan yang boleh saya hantar?
Anda cuma perlu membeli pek SIM DiGi Prepaid atau membuat isian semula RM10. Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang anda mahu tetapi setiap penyertaan mestilah berserta bukti pembelian pek SIM DiGi Prepaid atau isian semula.
7. Apakah hadiah-hadiah yang ditawarkan?
Hadiah Utama (x1): Motosikal Mz Mantizz
Hadiah Ke-2 (x3): Telefon bimbit LG
Hadiah Ke-3 (x5): Jaket hujan Givi
(Hadiah akan disampaikan di setiap lokasi.)
8. Bilakah peraduan ini akan tamat?
Peraduan akan tamat pada jam 3 petang pada hari terakhir perlumbaan di setiap lokasi.
9.

Bilakah keputusan peraduan akan diumumkan?
Keputusan peraduan akan diumumkan pada jam 4 petang di gerai promosi DiGi dan pemenang akan dihubungi melalui telefon pada hari terakhir perlumbaan di setiap lokasi. Hadiah mestilah dituntut di setiap lokasi pada jam 4 petang apabila pengumuman dilakukan.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2021 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?