GP Joran 2008


PRIZE:
Habuan juara Kategori Laut kini RM15,000 berbanding RM10,000, kedua RM6,000 (RM4,000), ketiga RM3,000 (RM2,000) keempat-ke-10 RM600 (RM500) dan ke-11-20 RM300 (RM200). Berita Harian selaku penganjur turut menawarkan hadiah wang tunai kepada pemenang ke-21-30 iaitu RM300 berbanding siri sebelum ini hanya hamper. Hadiah pemenang ditambah daripada ke-31 hingga ke-40 yang bakal menerima hamper.

Peningkatan hadiah juga ketara pada Kategori Pantai apabila juara menerima RM10,000 berbanding RM8,000 sebelum ini. Kedua RM5,000 (RM3,000), ketiga RM2,000 (RM1,000) keempat-ke-10 RM400 (RM300), kesebelas hingga 20 RM200 (RM150), ke-21-30 RM100 dan hamper untuk pemenang ke-31 hingga ke-40.
DEADLINE: 27 April (Ahad) 2008
WEBSITE/URL: http://www.hmetro.com.my/Current_News/Joran/News/Berita/20080328102339/Article/index_html

DESCRIPTION:
RM57,000 habuan Karnival GP Joran di Desaru, Johor

REKOD: Pari sentiasa menjadi pemenang kategori laut terutama membabitkan kawasan Pantai Timur Semenanjung.
REKOD: Pari sentiasa menjadi pemenang kategori laut terutama membabitkan kawasan Pantai Timur Semenanjung.

KUALA LUMPUR: Hadiah pemenang dinaikkan daripada RM37,100 kepada RM57,000, demikian habuan yang menanti peserta Karnival GP Joran 2008 bermula pusingan pertama di Desaru, Johor pada 3 dan 4 Mei ini.

Dengan ini, Johor nampaknya kekal menjadi tuan rumah hampir semua pusingan pertama sejak GP Joran dianjurkan di Tanjung Piai, Pontian pada 1997.

Sebelum ini, pusingan pertama Karnival GP Joran 2008 dijadualkan di Sabak Bernam, Selangor pada 5 dan 6 April tetapi disebabkan beberapa masalah teknikal, acara itu terpaksa ditunda pada satu tarikh yang akan diumumkan akan datang.

Habuan juara Kategori Laut kini RM15,000 berbanding RM10,000, kedua RM6,000 (RM4,000), ketiga RM3,000 (RM2,000) keempat-ke-10 RM600 (RM500) dan ke-11-20 RM300 (RM200). Berita Harian selaku penganjur turut menawarkan hadiah wang tunai kepada pemenang ke-21-30 iaitu RM300 berbanding siri sebelum ini hanya hamper. Hadiah pemenang ditambah daripada ke-31 hingga ke-40 yang bakal menerima hamper.

Peningkatan hadiah juga ketara pada Kategori Pantai apabila juara menerima RM10,000 berbanding RM8,000 sebelum ini. Kedua RM5,000 (RM3,000), ketiga RM2,000 (RM1,000) keempat-ke-10 RM400 (RM300), kesebelas hingga 20 RM200 (RM150), ke-21-30 RM100 dan hamper untuk pemenang ke-31 hingga ke-40.

Bagaimanapun, yuran peserta Kategori Laut dinaikkan RM180 daripada RM170 bagi dua joran sebelum ini manakala yuran penyertaan Kategori Pantai kekal RM80 satu joran.

Setakat ini, habuan peserta di Desaru turut membabitkan dua motosikal Modenas Kriss yang akan diberi percuma sebagai hadiah utama cabutan bertuah.

Juara Kategori Laut dan Pantai masing-masing turut membawa pulang televisyen 29 inci ECE tajaan Advanced Electronics (M) Sdn Bhd. Syarikat itu turut menaja seunit DVD, dua LCD, dua mesin basuh, enam pengisar, enam jug cooker, enam mix bowl dan dua deep fry.

G-MotoSport Sdn Bhd pula menawarkan sebuah motosikal mini untuk cabutan bertuah bernilai RM1,200 seunit.

Pada masa sama, Unit Joran menguatkuasakan satu peraturan baru berhubung tangkapan dengan mewujudkan Hadiah Khas untuk ikan pari hanya untuk Kategori Laut. Ikan pari terberat mendapat RM500, kedua RM300 dan ketiga RM200. Kemenangan kategori ini juga tidak membabitkan imbuhan mata untuk dikumpulkan seperti pemenang lain.

Langkah memperkenalkan Hadiah Khas ini bagi menangani sebahagian masalah pemantauan di kalangan peserta Kategori Laut yang selama ini ada desas-desus mengatakan ada pari yang dimenangi adalah ikan yang dirawai, dibeli atau ditambat sebelum pertandingan.

Penguatkuasaan ini bagaimanapun tidak membabitkan ikan pari tangkapan peserta Kategori Pantai yang dipantau oleh petugas dan mewajibkan semua tangkapan mesti hidup ketika dibawa ke meja hakim.

Bagi GP Joran 2008 di Johor, peserta Kategori Laut perlu mendaftar selewat-lewatnya 27 April (Ahad) dan permohonan selepas tarikh itu tidak akan dilayan. Ini bagi mengemas kini lagi pengurusan dan memudahkan penganjur menyewa bot daripada nelayan.

Mana-mana pemancing yang mahu membayar pendaftaran di jeti tidak akan diterima penganjur. Keterangan: 03-22822323 sambungan 4240/4241/4242 atau 013-3310166.


1 Comment
  1. muslih 12 years ago

    Kepada kaki pancing yg ingin menguji bakat!

    anda dijemput menyertai pertandingan joran di Tasik UTHM!! Batu Pahat..

    dibuka kepada semua warganegara Malaysia!!

    Bayaran hanya RM50 untuk satu joran!…
    Berpeluang Dapat RM5000!!!!!! tempat terhad!!

    Tarikh : 24 ogos 2008

    Pendaftaran bermula 21 ogos 2008] Daftar segera!!!
    sebarang pertanyaan hubungi najma 0137144721

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2020 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?