TV9 – Peraduan Kuiz SMS Evolusi KL Drift


Image

PRIZE:
Hadiah Utama
4 x 17” Toyo Tayar
Barangan Esklusif Evolusi KL Drift
Tiket wayang

10 X Hadiah Saguhati
Barangan Esklusif Evolusi KL Drift
Tiket wayang

DEADLINE: 28/3/2008 – 10/4/2008
WEBSITE/URL: http://www.tv9.com.my/getdoc/5db32cc7-4f80-4798-be45-3cc1004db961/Peraduan-SMS-Evolusi–KL-Drift.aspx

DESCRIPTION:
KATA KUNCI & SENARAI HARGA
No Kata Kunci Harga Penjelasan
1 KLD RM1.00 – Untuk memulakan Kuiz
2 KLDRANK RM1.00 – Untuk memeriksa kedudukan terkinI

RINGKASAN MEKANISME KUIZ SMS KL DRIFT TV9
Kuiz ini ditawarkan dalam Bahasa Malaysia sahaja .
Pemain menaip kata kunci KLD dan hantar ke 33999 untuk menyertai kuiz..
Pemain perlu mendaftar nama dan nombor ic mereka sebelum memulakan kuiz.
Selepas berjaya mendaftarkan diri,pemain perlu menjawab 5 soalan dari 2 kumpulan soalan. Soalan 1-3 berkenaan dengan KL Drift manakala soalan 4 & 5 adalah berkenaan dengan TV9.
Pemain yang menjawab setiap soalan dengan betul akan diberi 5 markah bagi setiap soalan.
Pemain yang mencapai markah yang tertinggi dalam kedudukan terkini akan memenangi hadiah-hadiah berkenaan. (*Tertakluk kepada Terma & Syarat. Sila rujuk kepada T&S am dalam Cara Pemilihan Pemenang).
Pemain boleh memeriksa kedudukan markah mereka dengan memasukkan kata kunci KLDRANK dan hantar ke 33999.
Pemain boleh menyertai kuiz dengan seberapa banyak kali yang mereka inginkan.
Setiap MT dikenakan bayaran RM1.00.
Kos untuk satu pusingan permainan ialah RM7.00. Pusingan yang seterusnya adalah RM6.00. (Ini tidak termasuk kos penghantaran sms kepada telco masing-masing). Semua caj bagi telco adalah dalam kadar biasa.
Talian bantuan adalah 03-77102881(Isnin-Jumaat, 10am – 5pm).
Kuiz ini hanya ditawarkan untuk pelanggan mobile Maxis, Digi & Celcom sahaja.
Tempoh kuiz: 28/3/2008 – 10/4/2008.
Promosi peraduan adalah di dalam program TV9.
Segala butiran tentang pemenang hadiah akan diambilalih oleh TV9.

Nota:
Semua pemain mesti menunggu MT ( SMS dari server permainan kuiz SMS ) untuk setiap MO (SMS untuk server)sebelum menghantar lagi MO yang lain. Pemain yang didapati tidak mematuhi peraturan ini pada sebarang masa, akan menghadapi risiko pembatalan kelayakan atau dikecualikan atau kehilangan hadiahnya.

Sekiranya terdapat sebarang kelewatan atau pemain-pemain tidak menerima MT pada bila-bila masa semasa waktu pejabat, sila hubungi Bahagian Interaktif TV9. Bayaran balik tidak akan dilayani sekiranya pemain-pemain masih meneruskan penghantaran MO walaupun tiada MT diterima pada bila-bila masa sepanjang tempoh kuiz, melainkan ia diminta oleh TV9 atau kuiz SMS.

Untuk memastikan permainan dijalankan dengan baik, semua pemenang akan tertakluk kepada satu pemeriksaan kredit dengan syarikat-syarikat telekomunikasi, dan juga audit bagi memastikan mereka dikenakan bayaran untuk setiap MT yang mereka perlu terima untuk memenang. Jika sesuatu perbezaan didapati, pemenang akan menghadapi risiko pembatalan kelayakan.

Mana-mana peserta yang didapati menipu atau cuba menipu, akan menghadapi risiko pembatalan kelayakan,dikecualikan/kehilangan hadiahnya. Dalam konteks ini, penipuan ditakrifkan sebagai sebarang usaha yang dibuat, secara sedar atau tidak sengaja, melencong dari piawaian dan jangkaan serta teknik bermain kuiz SMS TV9. Tiada notis pembatalan kelayakan akan diberikan kepada seseorang yang menipu, atau didapati cuba menipu.

Setiap pemenang hanya berhak menerima satu hadiah sahaja.

Pemenang untuk kuiz tidak layak untuk memenangi mana-mana kuiz yang lain dalam tempoh 30hari & jika terdapat kes di mana orang yang sama memenangi satu lagi kuiz yang lain, ia adalah di bawah budi bicara TV9 untuk menentukan kelayakannya.

Pendapat di atas merupakan sebahagian daripada terma & syarat am bagi peraduan ini. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kepada terma & syarat am yang terdapat di http://www.tv9.com.my


2 Comments
  1. m.amirul hakimi 12 years ago

    saya memang suka menonton rancangan ini kerana cerita memang mencabar

  2. fairuz 11 years ago

    evolusi kl drift

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2021 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?