PERTANDINGAN KAWAD KAKI


untitled19.JPG

PRIZE: NA
DEADLINE: 25 Mei 2008.
WEBSITE/URL: http://www.mybbkul.org/pesta2008/forms/NationalCompetitionRules-Drill.pdf

DESCRIPTION:
PERTANDINGAN KAWAD KAKI Peraturan-peraturan Pertandingan 1. PENYERTAAN 1.1. Pertandingan ini hanya terbuka kepada Kompeni-kompeni yang telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Persatuan (Registrar of Societies) sebagai cawangan di bawah naungan pertubuhan induk Briged Putera Malaysia. 1.2. Setiap Kompeni hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja. 1.3. Peserta-peserta dan komander mestilah peserta Pesta. 1.4. Setiap pasukan mesti disertai oleh seorang (1) komander dan dua belas (12) atau lima belas (15) orang ahli. 1.5. Hanya ahli dalam lingkungan 12-19 tahun (ahli Senior Section) pada 1 Januari 2008 dibenarkan menyertai pertandingan kawad. Pengawai Tidak Bertauliah (NCO) dalam pasukan kawad haruslah tidak melebihi pangkat komander. Staf Sarjan dibenarkan mengambil bahagian sebagai komander pasukan. 1.6. Pegawai dan Primer tidak dibenarkan menyertai pertandingan. 1.7. Tarikh tutup menghantar borang penyertaan Pesta 2008 Competitions Entry e-Form adalah pada 31 Mac. 2008. Sila hantar senarai nama ahli-ahli pasukan dengan menggunakan borang Pesta 2008 Competition Team Information e-Form sebelum 25 Mei 2008. Email semua borang-borang atau pertanyaan kepada george@bbmalaysia.org. 2. PUSINGAN AWAL 2.1. Tiada pertandingan pusingan awal perlu dijalankan, jika pasukan bertanding hanya sembilan atau kurang dari sembilan pasukan. 2.2. Pertandingan pada peringkat pusingan awal berbentuk liga akan diadakan dengan berpandukan kepada syarat-syarat seperti berikut: 2.2.1. Tiga liga (kumpulan) pertandingan akan diadakan jika terdapat 20 atau lebih pasukan bertanding. Dua pasukan terbaik dari setiap liga akan layak ke peringkat akhir.
2.2.2. Dua liga (kumpulan) pertandingan akan diadakan diadakan jika terdapat antara 10 hingga 19 pasukan bertanding. Tiga pasukan terbaik dari setiap liga akan layak ke peringkat akhir. 2.3. Pertandingan pusingan awal akan diadakan di beberapa tapak pertandingan yang berasingan. 2.4. Perkumpulan pasukan adalah berdasarkan kepada sistem ‘pasukan pilihan’ (seeding). 2.5. Pasukan pilihan (seeding) akan diputuskan oleh penganjur dan tidak boleh dibantah. 3. LIPUTAN SUKATAN & PEMARKAHAN 3.1 Kesemua hukuman adalah dalam Bahasa Malaysia dan mengikut Buku Panduan Kawad Briged Putera Malaysia Edisi 2005 (terkini). 3.2 Hukuman-hukuman pergerakan akan diedarkan pada bulan Feb. 2008. 3.3 Setiap pasukan akan ditempatkan di lokasi yang ditentukan di luar padang pertandingan dan akan dipanggil apabila tiba giliran untuk bertanding. 3.4 Markah akan diberikan berdasarkan kategori-kategori yang berikut: 3.4.1 Pakaian Seragam (Uniform) (15%) a. Field Service Cap & Cap badge. b. Haversack, slide & loop. c. Shirt, badges, pants & navy blue socks. d. Buckles, leather belt & shoes/boots. e. Penjagaan kebersihan badan fizikal. 3.4.2 Hukuman Pergerakan (Commands) (20%) 3.4.3 Kecergasan Pergerakan (Smartness in Movements) (25%) 3.4.4 Ketepatan Pergerakan (Accuracy of Movements) (25%) 3.4.5 Kemas and Segak (Physical Movement) (15%) 3.4.6 Markah akan dipotong (maksima 3%) apabila: a. Dropping of caps or haversack detached during competition (1%). b. Out of competition boundary (1%). c. Exceeding time limit (1%). 3.5 Komander serta 7 orang perserta dalam pasukan akan dipilih secara rambang (random) oleh pengadil untuk menjalani pemeriksaan pakaian seragam (uniform). Pengadil pemeriksaan pakaian seragam adalah terdiri daripada pegawai Briged Putera yang dilantik oleh Jawatankuasa Pertandingan.
3.3 Sewaktu pertandingan, komander pasukan tidak dibenarkan memberi hukuman dengan merujuk kepada kertas hukuman. Markah akan ditolak pada setiap hukuman dan pergerakan yang salah. 4 DEFINISI Perhatian: Peraturan-peraturan di bawah adalah sebagai panduan kasar untuk para hakim semasa membuat penilaian untuk pasukan-pasukan yang bertanding. 4.1 Pakaian Seragam (Uniform) – Penilaian merangkumi tiga aspek utama: 4.1.1 Keadaan/penjagaan badan fizikal – pencukuran janggut/misai, rambut, kuku dan lain-lain. 4.1.2 Keadaan/penjagaan pakaian seperti kap, kasut, baju, seluar, tali pinggang, lencana-lencana, haversack dan lain-lain. 4.1.3 Cara pemakaian pakaian seragam seperti topi, kasut, baju, seluar, tali pinggang, lencana-lencana, haversack dan lain-lain. 4.2 Hukuman Pergerakan (Command) – Sebagai panduan kasar, aspek penilaian meliputi: 4.2.1 Kelantangan, kejelasan dan ketepatan hukuman. 4.2.2 Keserasian hukuman dengan pergerakan kawad. 4.2.3 Cara pemberian hukuman secara keseluruhan. 4.3 Pergerakan yang tajam dan segak – Sebagai panduan kasar, aspek penilaian meliputi: 4.3.1 Kesegakan semasa dalam pelbagai kedudukan (eg : sedia, senang diri, pusing, dll). 4.3.2 Ketajaman pergerakan semasa bergerak dari satu kedudukan ke kedudukan yang berikut. 4.3.3 Pergerakan sebagai satu pasukan. 4.4 Ketepatan Pergerakan – Sebagai panduan kasar, aspek penilaian meliputi: 4.4.1 ketepatan pergerakan secara bertempoh (timing) – contoh a. Tempoh cepat jalan 120 langkah / minit. b. Tempoh perlahan jalan – 60 langkah / minit. c. Tempoh berkumpulan harus sama.
4.4.2 ketepatan pergerakan secara berjarak (distance) – contoh, dressing, Jarak seragam di antara ahli-ahli kawad. 4.4.3 ketepatan pergerakan secara kedudukan (position) – contoh, Pergerakan MESTI dilaksanakan dalam kawasan padang kawad. 5 LATIHAN PERSEDIAAN SEMASA PESTA Pasukan hanya dibenarkan menjalankan latihan persediaan pada masa dan tempat yang ditetapkan oleh pihak penganjur Pesta. 6 KAEDAH PERTANDINGAN a. Satu sukatan kawad akan digunakan untuk semua pasukan. b. Sukatan kawad untuk pertandingan akan diedarkan 2 bulan sebelum tarikh pertandingan. Jangka masa yang diperlukan untuk melakukan pergerakan kawad akan diedarkan bersama-sama dengan sukatan kawad di atas. 7 PROSEDUR MELAPOR DAN KOMANDER a. Komander berkawad masuk ke dalam padang kawad melaporkan diri di hadapan Ketua Pengadil. Cara laporan adalah seperti berikut (pasukan bertanding berada di tengah padang kawad) : Komander: Tuan! Skuad daripada Kompeni…… meminta kebenaran untuk bertanding. Ketua Pengadil: Dibenarkan Komander: Terima kasih tuan! Selepas membuat laporan di atas, Komander akan meneruskan pertandingan. b. Komander akan melaporkan diri kepada Ketua Pengadil selepas pasukannya tamat bertanding. Cara laporan adalah seperti berikut : Komander: Tuan! Skuad daripada kompeni…… meminta kebenaran untuk keluar padang kawad. Ketua Pengadil: Dibenarkan Komander: Terima kasih tuan!
c. Komander seharuslah sentiasa berada di lokasi yang tetap semasa memberi hukuman. Beliau dibenarkan berpusing (separuh) ke kanan/kiri apabila pasukannya bergerak jauh ke tepi padang. d. SAIZ PADANG KAWAD (sebagai panduan sahaja) *Pihak Penganjur berhak membuat perubahan terhadap kaedah pertandingan di atas tiga puluh (30) hari sebelum hari pertandingan apabila keadaan tidak membenarkan keadah di atas dilaksanakan. Pasukan bertanding akan diberitahu sebarang perubahan yang telah dilakukan oleh pihak penganjur.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?