KUIZ SMS ANGPAU


untitled10.JPG

untitled11.JPG

untitled12.JPG

PRIZE: Laptop and Handphone
DEADLINE: 31 Mac 2008
WEBSITE/URL: http://www.malfizbiz.com/kakisms.htm

DESCRIPTION:
Terma dan Syarat Penyertaaan
1 Kuiz ini terbuka kepada semua pengguna Celcom (019/013/0148), Maxis (012/017/0147) & Digi (016/0146/0143).
2 Kuiz ini bermula dari 2 Febuari 2008 dan akan berakhir pada 31 Mac 2008
3 Mereka yang berumur bawah 18 tahun perlu mendapat kebenaran dari ibubapa terlebih dahulu sebelum mendaftar
4 Apabila anda menghantar SMS untuk menyertai kuiz ini bermakna anda bersetuju mematuhi segala terma dan syarat seperti yang tertera disini
5 Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dengan menjawab soalan kuiz untuk mengumpul markah
6 Peserta yang mengumpul markah tertinggi dengan menjawab soalan kuiz akan diberikan hadiah seperti yang ditawarkan dan mengikut kelayakan
7 Pemenang mingguan adalah berdasarkan jumlah markah yang anda kumpul dengan menjawab soalan kuiz diantara hari Ahad sehingga hari Sabtu malam jam 11.59 pm dalam sesuatu minggu sahaja.
8 Pemenang hadiah Pertama, Kedua dan Ketiga ditentukan dengan mengambil kira keseluruhan markah yang terkumpul dengan menjawab soalan kuiz dari minggu pertama hingga minggu terakhir (minggu kelapan).
9 Jika terdapat peserta yang mempunyai markah tertinggi yang sama jumlahnya untuk menjadi pemenang, maka pihak kami akan membuat undian untuk menentukan pemenangnya. Keputusan undian yang dijalankan oleh pihak kami adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
10 Semua pemenang akan dihubungi melalui nombor telefon bimbit yang didaftarkan untuk kuiz ini.
11 Kami tidak akan bertanggungjawab keatas penyalahgunaan telefon bimbit orang lain ataupun penggunaan tanpa izin pemilik sesuatu telefon untuk menyertai kuiz ini.
12 Sistem kuiz ini berlangsung 24 jam sehari dan berterusan dari 2 Febuari 2008 sehingga 31 Mac 2008 walaupun tanpa pengiklanan di dalam media. Anda boleh layari laman web http://www.malfizbiz.com/kakisms.htm untuk maklumat lanjut.
13 Keputusan syarikat adalah muktamad dan surat menyurat tidak akan dilayan. Pihak syarikat berhak untuk menggunakan nama, gambar dan rakaman suara ahli terpilih untuk tujuan promosi dan pengiklanan.
14 Tempoh tuntutan hadiah harian adalah selama 30 hari dari tarikh pengumuman. Tuntutan tidak boleh dibuat selepas tamat tempoh. Ia menjadi tanggungjawab setiap pemenang untuk menuntut hadiah mereka setelah dihubungi oleh pihak kami.
15 Setelah anda menyertai kuiz ini, anda mungkin akan dihantar SMS yang mengandungi faedah, aktiviti, promosi dan tip dari pihak kami. Tiada caj untuk SMS terpilih
16 Setiap sms yang anda terima dari pihak kami akan dicaj RM1.00 dan ini tidak termasuk caj sms biasa dari operator anda.
17 Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab keatas setiap SMS yang tidak diterima disebabkan oleh tiada liputan atau kesesakan trafik
18 Talian Pertanyaan “KUIZ SMS ANGPAU”
Jika anda menghadapi masalah atau anda mempunyai sebarang pertanyaan sila dail: 013-3344658 dari Isnin hingga Jumaat antara jam 10 pagi hingga 5 petang. Terima Kasih


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2022 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?