Dr.Arifaizzal – Kuiz Rawatan Kesihatan Januari-Februari 2008


PRIZE:
Tempat Pertama RM 200.00
Tempat Kedua RM 150.00
Tempat Ketiga RM 100.00
Tempat Keempat RM 50.00
Hadiah Saguhati 1 RM 10.00
Hadiah Saguhati 2 RM 10.00
Hadiah Saguhati 3 RM 10.00
Hadiah Saguhati 4 RM 10.00
Hadiah Saguhati 5 RM 10.00

DEADLINE: 15 Februari 2008
WEBSITE/URL: http://ariffaizal.blogspot.com/2008/01/kuis-rawatan-kesihatan-januari-februari.html

DESCRIPTION:
Syarat Penyertaan

Kuiz ini hanya untuk blog http://rawatankesihatan.blogspot.com/ sahaja (bukan blog http://ariffaizal.blogspot.com/ ini).
Untuk menyertainya anda perlu membuat komen berbentuk ulasan yang memenuhi kritiria yang ditetapkan di blog tersebut.
Yuran Penyertaan adalah percuma.
Tempoh kuiz bermula dari 6 Januari 2008 hingga 15 Februari 2008.
Peserta mesti memiliki sebuah blog sendiri yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Peserta mesti melanggan post (subscribe FeedBurner) daripada blog Rawatan Kesihatan. Untuk melanggan, mudah sahaja, cuma perlu daftarkan email anda di ruangan yang disediakan di side bar blog tersebut. Untuk subscribe, sila klik di sini.
Kriteria Ulasan

Dalam Bahasa Melayu (atau Bahasa Indonesia, bagi rakyat Indonesia).
Seboleh-bolehnya dalam ejaan baku.
Tiada unsur negatif atau tidak releven seperti menghasud, perkauman, politik atau yang menjejaskan kredibiliti blog atau post itu sendiri.
Cuma ulasan dengan ayat sendiri yang akan dinilai. Petikan/quote dari tempat lain (copy and paste) serta pertanyaan boleh diselitkan bersama ulasan.
Kriteria Blog Peserta

Berusia sekurang-kurangnya 28 hari
Terdapat sekurang-kurangnya 14 buah post di dalamnya.
Terdapat sekurang-kurangnya 3 post yang mengulas tentang sesuatu post daripada blog http://rawatankesihatan.blogspot.com/
Berwibawa, iaitu mempunyai Profile yang diyakini, tetapi kandungannya bebas.
Terdapat sebuah post atau kenyataan di side bar yang menulis atau menghebahkan tentang kewujudan kuiz ini lengkap dengan link back.
Mesti didaftarkan ke dalam MyBlogLog. Untuk mendaftar, sila klik di sini.
Mesti didaftarkan (tuntut atau claim) Technorati. Untuk daftar/claim, sila klik di sini.
Bagi yang telah menyertai dan memenangi kuiz yang terdahulu, untuk menyertainya semula, perlu kemaskini makluman kewujudan kuiz ini serta buktikan penerimaan hadiah daripada penganjur di dalam blog peserta.
Penilaian Dan Pemarkahan

Penilaian adalah di atas budi bicara pihak penganjur.
Setelah memenuhi syarat penyertaan di atas, setiap ulasan yang releven dan memenuhi syarat akan mendapat 1 markah bagi setiap 1 isi di dalam sesuatu ulasan.
Selain memenuhi kreteria di atas yang berbunyi “Terdapat sekurang-kurangnya tiga post yang mengulas tentang sesuatu post daripada blog http://rawatankesihatan.blogspot.com/“, setiap post tambahan (post yang keempat dan seterusnya) yang mengulas tentang sesuatu post yang lengkap dengan link back, akan diberikan tambahan 1 markah bagi setiap 1 topik yang diketengahkan. Ulasan di blog anda adalah bebas untuk mana-mana post di dalam blog http://rawatankesihatan.blogspot.com/, bermaksud tidak semestinya mengenai komen anda di blog tersebut. Tiga post ulasan yang pertama (iaitu syarat kritiria blog) sekiranya telah ditulis sebelum ini (iaitu di luar tempoh kuiz), ia juga akan diambil kira.
Pemarkahan adalah terkumpul sepanjang tempoh kuiz.
Keikhlasan, kefahaman, kreativiti, komitmen dan kesungguhan turut menyumbangkan markah.
Perkara baru dalam syarat peraturan kuiz kali ini

Setiap perkara baru ditulis dalam tulisan berwarna merah.
Setelah syarat ini distrukturkan semula, peserta akan mendapat lebih keadilan dari segi komitmen. Sebelum ini ulasan yang asli dan petikan “copy and paste” mendapat jumlah markah yang sama, kini tidak lagi. Begitu juga komen yang berbentuk soalan dan ulasan juga mendapat markah yang sama, kini tidak lagi. Selain itu terdapat ulasan yang panjang dan ulasan yang pendek tetapi mendapat markah yang sama, kini tidak lagi.
Pemarkahan adalah berdasarkan kepada jumlah isi yang terdapat dalam sesuatu ulasan.
Syarat baru ini sebenarnya tidak ada banyak perbezaan dengan syarat yang terdahulu.
Tawaran hadiah meningkat daripada RM500 pada bulan sebelum ke kepada Rm550 pada bulan ini. Tempat keempat ditawarkan hadiah RM50.
Pengumuman Keputusan

Keputusan akan diumumkan pada 16 Februari 2008
Keputusan pengadil adalah muktamat
Pemenang akan dihubungi untuk diberikan hadiah.
Kelebihan menyertai kuiz ini

Kuiz ini amat sistematik dan adil.
Sepuluh komen terkini akan disiarkan di side bar.
Kedudukan komentator yang tertinggi akan disenaraikan di side bar. Senarai kedudukan akan dikemaskini setiap hari selewat-lewatnya sebelum 8.00 pagi.
Komentator yang disenaraikan akan dilengkapi link back ke blog masing-masing. Oleh itu, peserta dapat meningkatkan traffic ke blog masing-masing.
Mereka yang memenuhi krateria secara automatik disenaraikan sebagai peserta.
Ulasan dari blog peserta yang dilengkapi dengan link back serta senarai komentator daripada blog http://rawatankesihatan.blogspot.com/ akan meningkatkan rangking SEO blog anda. Setiap link back boleh dikesan dengan mudah melalui beberapa cara. Blog http://rawatankesihatan.blogspot.com/ dilengkapi dengan beberapa kemudahan untuk tujuan ini, antaranya MyBlogLog dan Technorati.
Penganjur juga akan membuat ulasan di pertengahan tempoh kuiz. Ulasan ini akan turut membuat link back ke blog peserta. Ini juga akan turut meningkatkan rangking SEO blog anda.
Kuiz ini apabila diperhatikan, sebenarnya berkonsepkan “menang-menang” kerana rangking SEO blog peserta kuiz dan penganjur sama-sama meningkat.
Terdapat lebih 120 post yang boleh diberikan ulasan. Insya Allah tentu sekurang-kurangnya terdapat lebih daripada 10 buah post yang berkaitan dengan diri anda atau releven dengan tema di blog anda.
Anda tidak semestinya perlu memiliki pengetahuan tentang perubatan, yang penting anda boleh mengulas dengan bakat semulajadi yang sedia ada.
Segalanya boleh lakukan sendiri mengikut kreativiti, imaginasi, tema, konsep dan pendekatan anda sendiri.
Antara ulasan yang boleh dibuat di blog peserta

Ulasan adalah bebas mengikut kreativiti anda.
Selain mengulas mengentai topik daripada blog Rawatan Kesihatan, peserta juga boleh menceritakan kuasa belian terhadap wang tunai RM200, misalnya boleh digunakan untuk membayar bil elektrik, atau bil air, atau minyak petrol kereta, atau tol selama sebulan. Atau mungkin meringankan anda membayar sewa rumah. Atau bil streamyx atau sebagainya. RM200 ini mungkin lebih lumayan daripada program Adsense.
Peserta boleh mengulas tentang syarat kuiz ini, memberi komen tentang hadiah yang ditawarkan. Setakat ini hadiah yang ditawarkan adalah yang tertinggi yang pernah saya temui.
Rumusan

Sebenarnya mudah sahaja untuk menyetai kuiz ini, cuma perlu turuti lapan langkah mudah;

Tinggalkan ulasan komen di blog Rawatan Kesihatan.
Perlu subscribe FeedBurner.
Perlu ada blog sendiri.
Buat link dari blog anda ke blog Rawatan Kesihatan.
Buat makluman mengenai kewujudan kuiz ini di side bar atau post blog anda.
Tulis post ulasan di blog anda sendiri.
Daftar MyBlogLog.
Claim Technorati.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2020 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?