Utusan & Beras Jati – Peraduan Ilmu dan Amal


PRIZE:
GP – Pakej Umrah dan Ziarah bernilai RM10000 dan Tunai RM5000
Weekly Prize – Pakej Umrah dan Ziarah bernilai RM4.500

DEADLINE: 30 Nov 2007
WEBSITE/URL: none

DESCRIPTION:
Collect strips from Monday to Friday and answer two questions


2 Comments
  1. nurul hidayah bt abd rahman 13 years ago

    saya ingin mengerjakan ibadat umrah bersama ibu saya kerana selama ini saya bayak melakukan dosa kepadanya..kini saya telah bertaubat.saya merasakan dengan cara inilah cara terbaik untuk memohon ampun kepada Allah.selain itu,saya akan dapat membalas jasa orang tua saya yang selama ini terlalu banyak saya menderhakainya.hanya dengan memenangi program ini saya akan dapat beribadat dan memohon ampun kepada Allah.selain itu,saya akan dapat merealisasikan hasrat ibu saya untuk ke baitullah sebelum dia menutup mata.

  2. norahirzan binti abd rahman 12 years ago

    Hikmah disebalik yang ditakdirkan, dalam keadaan buntu dan berserah kepada Allah, Peraduan Jemputan Umrah Astro-Oasis berketepatan dengan masanya. Hajat abah dan emak saya untuk menunaikan umrah bersama-sama tidak kesampaian kerana abah saya terlebih dahulu dijemput Ilahi untuk menemuinya. Pada tahun 1998 bermulanya episod dimana saya sekeluarga tiba-tiba mendapat penyakit misteri, kesihatan mental dan fizikal kami menjadi tidak stabil. Kami sentiasa bertelagah dan tidak bersefahaman setiap kali bertemu, badan juga sentiasa sakit-sakit bagai dicucuk jarum dan tidak bersemangat untuk melakukan kerja dan aktiviti harian. Kami dinasihati oleh seorang ustaz agar berubat secara tradisional kerana pada pendapat ustaz itu, keluarga saya telah dianiaya. Pelbagai cara telah saya sekeluarga lakukan untuk memulihkan keadaan. Sehinggalah pada tanggal 29hb. Mac 2006 bersamaan 29 Safar 1427H, adik lelaki saya telah kembali kerahmatullah akibat kemalangan jalan raya. Abah bercadang untuk menunaikan umrah untuk berdoa di hadapan Baitullah semoga Allah memberi petunjuk dan melembutkan hati orang yang menganiaya keluarga kami supaya melupakan hajat-hajatnya itu. 7 bulan selepas itu pada hari raya ke 3, abah tiba-tiba diserang penyakit angin ahmar, abah tidak dapat bercakap dan berjalan, selepas berubat secara tradisional, kesihatan abah semakin pulih, abah sudah boleh berjalan dan bercakap, tetapi hajat abah untuk menunaikan umrah tidak dapat ditunaikan kerana abah menjadi tidak pandai bersolat dan mengaji. Setiap kali masuk waktu solat emaklah yang akan mengajar abah cara mengambil wudhu’, niat solat dan cara untuk bersolat. Dalam keadaan sakit, abah tetap juga pergi ke surau walaupun dia hanya mengikut sahaja apa yang imam lakukan. Sedangkan sebelum ini, suara abahlah yang melaungkan azan. Abah juga menjadi imam kepada kami sekeluarga. Sehinggalah pada subuh 9hb. April 2008 bersamaan 3 Rabiulakhir 1429H, sewaktu ingin menunaikan solat subuh, abah terjatuh dan menghembuskan nafasnya yang terakhir disurau. Hajat abah untuk menunaikan umrah bersama emak akhirnya terkubur sehinggalah saya menonton program Peraduan Jemputan Umrah astro-Oasis ini, saya rasa terpanggil untuk menyertai dan menunaikan hasrat abah yang tidak kesampaian. saya ingin berdoa dihadapan Baitullah supaya Allah memberi taufik dan hidayah kepada saya sekeluarga dan semoga Allah melembutkan hati orang yang telah menganiaya keluarga saya. Sekiranya saya adalah yang terpilih, ini adalah kegembiraan bagi saya. Semoga saya dapat melupakan kesedihan yang berlaku kerana abah meninggal dunia pada pagi hari ulangtahun kelahiran saya yang ke-28. Al-Fatihah.
    Norahirzan Binti Abd Rahman
    No.7, Jalan S/J 8
    Taman Setia Jasa
    28000 Temerloh
    Pahang Darul Makmur
    09-2987820

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2020 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?