TV3 – Kuiz Mingguan Casa Impian


Image

PRIZE:
Image

DEADLINE: 25 November 2007
WEBSITE/URL: http://www.tv3.com.my/casaimpian/mingguan.html

DESCRIPTION:
Saksikan Casa Impian setiap hari Sabtu, jam 7 petang, jawab 2 soalan mudah yang diberikan di akhir rancangan. Tiga pemenang akan dipilih berdasarkan kepada jawapan yang cepat dan tepat.

Untuk sertai, taip CASA dan sms ke 33838.

Tertakluk kepada terma dan syarat.


21 Comments
  1. Khafiza Mat Noh 12 years ago

    saya sungguh berbangga dengan rancangan “casa Impian” kerana ianye dapat memberikan lebih keyakinan berada di rumah sendiri dan kepada penonton dengan hiasan dan lakaran yang begitu menarikdan kemasa sekali.

  2. YUSLINDA BT MOHD YUNUS 12 years ago

    Saya amat tertarik dengan rancangan “Casa Impian” yang disiarkan. Ia memberikan idea dan tip yang menarik untuk semua golongan. Saya juga dapat mempelajarinya.

  3. Mariaton Katiah bt Mohd Zawavi 11 years ago

    Saya amat berminat dengan rancangan casa impian kerana ia dapat memberi imspirasi kepada saya unyuk menghiasi rumah saya.

  4. Nurul Asikin Bt Abdul Rahman 11 years ago

    saya amat teruja dengaan hiasan dalaman rumah yang di persembahkan casa impian oleh eric leong.eric leong menberi saya banyak idea. thanks for astro n eric m’beri keyakinan saya n famly untuk sentiasa berada di rumah… kini rumah ku syurga ku..

  5. Asiah Bt Hussain 11 years ago

    Saya amat berminat dengan rancangan Casa Impian. Dengan adanya rancangan ini dapat memberi idea kepada saya untuk menghias rumah saya yang saya idam-idamkan .

  6. ROHAYA BTE RASHID 11 years ago

    saya amat tertarik sekali dengan rancangan “Casa Impian” ini kerana ia memberi ilham kepada saya cara pengubahsuaian rumah yang saya idamkan selama ini dan saya amat teruja dengan persembahan “Eric Leong” yang mengendalikan rancangan ini.

  7. rafizah bte ismail 11 years ago

    Saya dapat pelbagai idea yang boleh diperolehi dari menyaksikan rancangan casa Impian. Tetapi saya tidak pandai menyusun perabot di ruang tamu. Saya benar-benar seronok menyaksikan casa impian ini. Modal untuk menghias rumah juga memerlukan modal yang banyak.

  8. shikin 11 years ago

    saya selalu menonton casa impian dan merasa amat teruja dengan decoration yg dibuat. bagaimana untuk menjadi rumah yang bertuah terpilih utk prog ini? adakah casa impian hanya mengunjungi rumah di sekitar KL je? kerana saya menetap di Penang.

  9. shazidah 11 years ago

    really interested with this program..
    bnyk beri bantuan & idea dlm tatarias umah..give 10 star..
    sgt2 mengkagumkan….
    kn best klu umah kte yg terpilih utk di ubahsuaikan dlm rancangan ni..
    bestnye..seolah2 impian menjadi kenyataan..
    tp bole ke?

  10. abdul jalil bin murad 11 years ago

    menonton casa impian kita saperti berada dialam fantasia kerana melihat keunikan dekorasi dalaman rumah yang ditontonkan. sahingga saya berangan kalalulah saya dapat dalaman rumah saya dihias sebegitu rupa alangkah bertuah dan bahagianya saya. Terima kasih Eric membangkitkan semangat saya tapi apakan daya munkin tercapai atau tidaklah hajat saya kerana saya sudah tua.

  11. Nurul huda Binti Sullaiman 11 years ago

    Tiap2 kali rancangan ini mesti saya tontoni bersama keluarga. Rancangan ini membuatkan saya bersemangat untuk mencantikkan rumah saya. Gembiranya la kalau CASA IMPIAN datang ke rumah saya. Mungkin dalam mimpi kot.

  12. mohammad salman bin zainal 11 years ago

    kami sekeluarga peminat casa impian dan tak pernah terlepas dari rancangan casa impian,kami sering bermimpi didatangi casa impian mengubah rumah kam,kami sekeluarga berharap casa impian dapat mengubah mimpi kami menjadi kenyataan insyaallah.kami sering sentiasa mengubah rumah kami namun tak sehabat casa impian oleh itu kami memerlukan orang yang pakar untuk memgubah rumah kami dgn izin tuhan.

  13. Izan 11 years ago

    Bagaimana hendak menyertai peraduan sms dan memenangi hadiah seperti ubah suai dekorasi dalaman.saya memang teringin sangat buat kejutan pada mama saya.sbb bg saya ia amat menarik

  14. Puspalatha Nagayah 11 years ago

    Setiap pagi bila saya bangun dari tidur,perkara yang pertama sekali yang saya buat,duduk depan tv dan saksikan casa impian.Sungguh mengkagumkan atau dalam bahasa Inggeris orang kata”Simply Superb”.Marvelous.Ingin sekali rumah saya dihias begini dengan perfesional seperti Eric Leong tapi mungkinkah mimpi lama saya ini tercapai?Bagaimana untuk memenangi peraduan ini dan bagaimana boleh saya hadiahkan hadiah ubahsuaian dekorasi dalaman rumah kepada emak dan bapa saya yang selalu impikan dekorasi sedemikian rupa.Syabas diucapkan kepada Eric,casa impian dan Astro keatas usaha anda dalam menyediakan rancangan yang sungguh bermanfaat dan menarik kepada seluruh rakyat Malaysia.

    N.Puspa

  15. azlina 11 years ago

    Casa Impian…

    menolong ku dalam kebuntuan…

  16. ina 11 years ago

    Saya meminati rancangan Casa Impian kerana ianya memberi saya idea dekorasi hiasan dalaman rumah dan pemilihan warna cat yang sesuai dengan ruang rumah. Saya memang suka hiasan moden sebab simple dan interesting. Saya selalu berangan kalau lah Casa Impian dapat merealisasikan impian saya, WOW! mesti happy giler…., lepas ni saya nk cuba lah….nak buat kejutan buat yang tersayang.

  17. wanie 11 years ago

    Saya amat meminati rancangan casa impian kerana ia adalah sebuah rancangan yang boleh memberi idea inovasi dalam membuat hiasan sama ada di dalam atau di luar rumah.Ianya mampu menjadikan sesebuah rumah itu bagaikan sebuah istana.Segala tips-tips yang di berikan oleh eric leong tentang pengubahsuaian perabot,pemilihan cat dan sebagainya amat berguna untuk sesiapa sahaja yang ingin mengubahsuai rumah mereka mengikut citarasa masing-masing.Saya juga mengimpikan agar casa impian datang mengubah suai rumah saya agar menjadi lebih menarik di samping dapat melihat sentuhan kreatif eric leong dalam mengubahsuai rumah saya..insyaallah..

  18. siti alwa 11 years ago

    assalamualaikum…
    syabas untuk casa impian kerana rancangan ini berjaya menjadi sumber inspirasi kepada penggemar2 dekoratif dan hiasan dalaman rumah. Saya ada cadangan, kenapa tidak casa impian membuat dekoratif bilik pengantin sempena musim perkahwinan yang akan menjelma (cuti sekolah) nanti.

  19. Noor Reaha A Yusuf 11 years ago

    Dengan adanya rancangan casa impian,barulah sekarang saya mencuba untuk menghias rumah kerana idea yang diberi memudahkan saya untuk mengubahsuai dalaman rumah saya.namun masih belum membuka mata sang suami untuk dia mengatakan wah cantiknya hiasan isteri… emm agak kecewa jugak…..entah bagaimana lagi harus di hiasi…harap dapat di beri tips atau pandangan yang memuaskan mata sang suami bila memandang.

  20. Zaiton Sutor @ Sitor 11 years ago

    Casa Impian memang best, saya sekeluarga tak pernah miss untuk menontonnya.

  21. Sofia 10 years ago

    Casa Impian berkeupayaan mencetus idea2 yang berkesan dalam mengubah setiap ruang yang ada.Semoga idea dan peluang itu dapat juga memenuhi impian saya dalam membina kebahagiaan mahligai bahagia.
    Terima Kasih Casa

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2020 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?