Sportsplanet – Friendly Jolly Tuesday


Image

PRIZE:
JOHAN – Adidas Voucher (RM50) + Sports Planet Voucher (bernilai RM120) +
Produk Perskindol + Minuman Percuma Untuk Sepasukan
NAIB JOHAN – Sports Planet Voucher (bernilai RM60) + Produk Perskindol + Minuman
Percuma Untuk Sepasukan
DEADLINE: Not available
WEBSITE/URL: http://www.sportsplanet.com.my/images/friendlyjollyform.pdf

DESCRIPTION:
PERATURAN PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua lelaki. (tiada had umur)
2. Pertandingan ini adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh
FAM dan FIFA
dan juga pihak pengajur.
3. Setiap pasukan mestilah mempunyai tidak lebih daripada 8 orang pemain termasuk pemain
simpanan.
4. Masa perlawanan adalah selama 10 minit iaitu 5 minit pada separuh masa pertama dan 5
minit pada separuh kedua. Tiada masa rehat antara separuh masa pertama dan kedua.
5. Sistem dan format pertandingan adalah menggunakan sistem liga berkumpulan bagi
peringkat pusingan pertama dan sistem kalah mati bagi peringkat pusingan suku akhir
hingga ke akhir.
6. Bagi peringkat pusingan awal pemberian mata kepada pasukan adalah seperti berikut: 3
mata menang, 1 mata seri dan 0 mata kalah.
7. Pemain hanya dibenarkan untuk mendaftar diri didalam satu pasukan sahaja.
8. Setiap pasukan hendaklah menggunakan jersi pasukan masing-masing. Sekiranya tidak
mempunyai jersi, pihak penganjur akan menyediakan ‘bip’.
9. Sebarang tingkah laku kasar, perbuatan tidak bermoral dan kelewatan oleh pemain ketika
permainan dan pertandingan berlangsung akan mengakibatkan pasukan yang terbabit
disingkirkan dari pertandingan.
10. Pengadil-pengadil yang digunakan untuk pertandingan ini adalah yang bertauliah dan
mempunyai lesen pengadil daripada FAM.
11. Sekiranya berlaku keputusan seri pada peringkat pusingan kalah-mati, kemenangan akan
ditentukan melalui sepakan penalti ‘’sudden death’’. (3 pemain)
12. Semua keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan yang ingin dibuat
hendaklah mengisi borang bantahan yang disediakan oleh pihak penganjur dan disertakan
wang bantahan sebanyak RM300.00.Setiap bantahan hendaklah dibuat 15 minit selepas
pertandingan tamat. Pihak penganjur tidak akan melayan bantahan-bantahan yang dibuat
selepas 15 minit masa perlawanan tamat.
13. Tarikh tutup penyertaan adalah sehari sebelum hari pertandingan.
14. Yuran penyertaan adalah RM 65.00 sepasukan dan bayaran hendaklah dibuat di
cawangan di mana anda mendaftar.
16. Sesi pengundian dan taklimat kejohanan akan dilangsungkan sejam sebelum pertandingan
bermula di Sports Planet Ampang,Subang Jaya, Subang Grand dan Shah Alam.
17. Sebarang syarat-syarat dan peraturan lain akan dimaklumkan semasa hari pertandingan.
18. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad.
19. Setiap pasukan mestilah bermain dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi dan
menghormati keputusan pengadil dan pihak pengajur.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?