Sinar FM-Pirates of the Caribbean At The World End


PRIZE: 2 pas masuk ke tayangan perdana “Pirates of The Caribbean: At World’s End” di GSC Mid Valley, hari Rabu, 23hb Mei, 8.30malam
DEADLINE: midnight 11-May-2007
WEBSITE/URL: http://www.sinar.fm/05/freebies/

DESCRIPTION:
Pirates of The Caribbean: At World’s End adalah sequel ketiga kisah pengembaraan lanun dan aksi laut Kapten Jack Sparrow lakonan pelakon yang tidak asing lagi, Johnny Depp, dan konco-konconya. Dalam sekuel kali ini, Will Turner (Orlando Bloom) dan Elizabeth Swann (Keira Knightley) terpaksa ber’kawan’ dengan Kapten Barbossa untuk menyelamatkan Kapten Jack Sparrow yang terperangkap dalam sebuah kapal bernama “Davy Jones”.

Pada masa yang sama, kapal tersebut dan sebuah lagi kapal berhantu, The Flying Dutchman terpaksa mengharungi “Seven Seas” Dengan segala kepayahan, bersabung nyawa dan terpaksa bergelut dengan pengkhianatan dan rasa curiga, ditambah pula ombak besar di lautan yang semakin mengganas, mereka perlu belayar ke Singapura dan berdepan pula dengan kumpulan lanun Cina yang diketua oleh Sao Feng yang licik, lakonan selebriti Hong Kong, Chow Yun-Fat.

Apakah kesudahannya? Apa pula aksi menarik Johnny Depp, Orlando Bloom dan Chow Yun-Fat yang menghiburkan? Berapa “popcorn” yang bakal anda beri untuk filem ini? Haa, jangan ketinggalan untuk memenangi 2 pas masuk ke tayangan perdana “Pirates of The Caribbean: At World’s End” di GSC Mid Valley, hari Rabu, 23hb Mei, 8.30malam. Terbuka kepada anda yang tinggal di sekitar Lembah Kelang!

Filem ‘Pirates of The Caribbean: At World’s End’ dibawa ke pawagam oleh BEUNA VISTA INTERNATIONAL, istimewa di Sinar FM!


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?