TITLE: HARI PENGGUNA MALAYSIA – PERTANDINGAN FOTOGRAFI
PRIZE:
Hadiah Pertama – RM 5000 & sijil penyertaan
Hadiah Kedua – RM 3000 & sijil penyertaan
Hadiah Ketiga – RM 1500 & sijil penyertaan
10 hadiah saguhati – RM 200 & sijil penyertaan
DEADLINE: Contest Deadline
WEBSITE/URL: http://www.mypengguna.com/foto.html
DESCRIPTION:
Contest Description
Terbuka kepada amatur sahaja
PERTANDINGAN SETERUSNYA Back to topTema: “Alah membeli menang memakai”
Rasional Imej:
Pengguna menunjukkan kebijaksanaannya (wisdom) melakukan sesuatu perkara yang memberikan manfaat kepada diri dan keluarganya. Maksud ‘membeli’ dan ‘memakai’ dalam konteks ini bukan hanya tertumpu dalam hal jual beli barangan. Malah, terbuka kepada interpretasi yang luas dalam kehidupan harian seperti persekitaran, penjimatan dan penggunaan tenaga, makanan, ubat-ubatan, telekomunikasi, pelabelan produk, harga barangan, keselamatan produk atau perkhidmatan dan lain-lain. Hasil imej boleh dirakamkan secara perseorangan atau berkumpulan dan haruslah mencerminkan aktiviti, perbuatan dan keadaan (moment) yang menjurus kepada konsep ‘Alah membeli menang memakai’.
Syarat-syarat pertandingan :
Pertandingan terbuka kepada peserta amatur warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
Peserta fotografi boleh menggunakan kamera digital (sekurang-kurangnya 3.1 megapixel) atau kamera analog (negatif filem). Untuk penggunaan kamera analog, negative scan boleh digunakan (sekurang-kurang resolusi 300 dpi). Imej yang diambil menggunakan telefon bimbit atau PDA tidak akan diterima. Saiz minimum fail imej 1.5 MB.
Saiz gambar bercetak (print) adalah 8 in X 10 in (8R) tanpa bingkai. Kerja lekapan dan pembingkaikan di atas bod lekap tertakluk kepada inisiatif peserta sendiri.
Foto perlu dihasilkan secara cetakan tunggal (single print) sahaja. Karya yang dihantar hendaklah yang belum pernah menyertai mana-mana pertandingan fotografi. Pihak penganjur berhak mencetak dan menerbitkan sebarang karya peserta untuk tujuan publisiti atau promosi.
Teknik mengambil gambar adalah bebas. Gambar digital “super-imposed” tidak akan diterima. Gambar komposit, gambar helah, atau apa sahaja imej digital atau manipulasi juga tidak akan diterima. Hanya tindakan merapikan imej seperti memotong, imbangan cahaya dan warna serta menghalusi dan menajamkan imej sahaja yang dibenarkan.
Gambar yang dihantar (print) hendaklah disertakan dengan CD dalam format JPEG./TIFF / BITMAP. Borang permohanan hendaklah dilekatkan di belakang gambar tersebut.
Borang penyertaan dan borang soal selidik mestilah disertakan bersama-sama pertandingan ini. Dengan menyertai pertandingan ini, bermakna peserta bersetuju untuk mematuhi segala syarat dan peraturan yang ditentukan oleh pihak penganjur dan pihak juri.
Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, tersilap hantar atau penyertaan yang hilang. Bukti penyertaan tidak diterima sebagai bukti penerimaan
DEDICATED FORUM THREAD FOR THIS CONTEST
Hi! i will like to ask some question?
1. When was the deadline of this event?
2. What is “amatur” mean ?
3. Where can i get the relevant form to fill in?
Thanks Reply
Hi Tang,
So far the info was not posted in website. I suggest you to contact them via email, snail mail or even phone call using below contact notes:
Urus Setia Program Hari Pengguna Malaysia 2007
No 1D-1, Bangunan SKPPK, Jalan SS 9A/17,
Sungai Way, 47300 Petaling Jaya, Selangor.
Tel.: 03-7876 2009/ 7875 6362/ 7875 6370
Faks: 03-7877 1076
E-Mel: urusetia@mypengguna.com
Laman Web: http://www.mypengguna.com
u.p.: Siti Rahayu / Norlydiana
Cheers!
Sha
tuan/puan, adakah foto perlu dihantar satu keping sahaja, maksudnya dapat satu fenomena “click”, cuci dan hantar.atau dalam bentul pelbagai “banyak fenomena”
haloo .macam mane mahu cari maklumat atau isi-isi tntang pengguna malaysia