HARI PENGGUNA MALAYSIA – PERTANDINGAN FILEM PENDEK


TITLE: HARI PENGGUNA MALAYSIA – PERTANDINGAN FILEM PENDEK
PRIZE:
Filem Terbaik – RM5,000.00 berserta piala dan sijil penyertaan
Pengarah Terbaik – RM2,000.00 berserta piala dan sijil penyertaan
Skrip Terbaik – RM1,000.00 berserta piala dan sijil penyertaan
Anugerah Khas juri – RM1,000.00 berserta piala dan sijil penyertaan
5 hadiah sagu hati – RM500.00

WEBSITE/URL: http://www.mypengguna.com/filem.html

DESCRIPTION:
Contest Description
Terbuka kepada pelajar IPTA, IPTS dan orang awamHARI PENGGUNA MALAYSIA 2007PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN
SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2007

Syarat Penyertaan:

Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia ( termasuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta tempatan dan luar negara)
Tema Filem Pendek Pengguna adalah ” Pengguna Bijak dalam Konsep Lapan (Cool Hak Pengguna” dan mestilah dalam bahasa Malaysia. Hak-hak pengguna adalah seperti yang berikut:
Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Hak untuk mendapatkan keselamatan
Hak untuk mendapatkan maklumat
Hak untuk membuat pilihan
Hak untuk menyuarakan pendapat
Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Hak untuk mendapat alam sekitar yang sihat dan selamat

Setiap karya hendaklah karya asli dan bukan tiruan atau plagiat daripada karya yang telah diterbitkan.
Karya yang belum pernah memenangi anugerah dalam festival filem atau video serta tidak pernah disiarkan atau ditayangkan di stesen televisyen dan pawagam (di dalam dan di luar negara)
Format penerbitan hendaklah memenuhi kualiti siaran (standard penyiaran). Standard minimum yang ditetapkan adalah Hi-8 (bukan VHS). Sesalinan pita induk hendaklah dikemukakan beserta dengan penyertaan khusus untuk tujuan siaran.
Jika mengguna pakai trek muzik yang sedia ada di pasaran atau hak milik orang lain, kelulusan daripada pihak yang berkenaan secara bertulis perlulah diperoleh terlebih dahulu. Sesalinan surat kelulusan tersebut hendaklah disertakan.
Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dengan menggunakan borang penyertaan peraduan. Penyertaan adalah percuma. Klik disini untuk Muat Turun Borang penyertaan
Borang penyertaan yang lengkap hendaklah disertakan bersama-sama dengan:-
Sinopsis
2 salinan DVD
1 salinan pita induk
Biodata peserta dan gambar ukuran pasport
Salinan surat kelulusan penggunaan trek muzik (jika berkenaan)

Pihak penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan.
Bukti pengiriman melalui pos bukan bukti penerimaan. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap penyertaan yang hilang atau rosak semasa pengiriman melalui pos.
Salinan DVD dan bahan-bahan lain yang diterima tidak akan dikembalikan.
Pihak penganjur (FOMCA) adalah berhak untuk menggunakan penerbitan yang dikemukakan oleh peserta bagi tujuan siaran dan sebagainya (di televisyen atau di tempat lain -lain)
Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang rayuan berkenaan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.
Sebarang kos berkaitan dengan penyertaan adalah ditanggung oleh peserta.

DEDICATED FORUM THREAD FOR THIS CONTEST



0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2021 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

Forgot your details?