PRIZE: Kategori & Hadiah
Pertandingan dibahagikan kepada lima kategori seperti berikut:
* KATEGORI 1 : TERBUKA
Bahantara : Cat minyak/Akrilik/Cat air/Campuran atas kanvas atau kertas
Ukuran/Saiz : Minimum (4 kaki X 4 kaki)
Hadiah : Hadiah tempat pertama - RM10,000.00 & Sijil
Hadiah tempat kedua - RM8,000.00 & Sijil
Hadiah tempat ketiga - RM6,000.00 & Sijil
5 hadiah saguhati - RM1,000.00 & Sijil
*10 karya lain yang terpilih akan menerima hadiah penghargaan bernilai RM500.00 & Sijil.
* KATEGORI 2 : SEKOLAH MENENGAH RENDAH
Umur : 12-15 tahun
Bahantara : Cat air/Akrilik/Warna poster/Campuran atas kertas
Ukuran/Saiz : Kertas A2 (420mm x 594mm)
Hadiah : Hadiah tempat pertama - RM1,500.00 & Sijil
Hadiah tempat kedua - RM1,000.00 & Sijil
Hadiah tempat ketiga - RM500.00 & Sijil
10 hadiah saguhati - RM200.00 & Sijil
*10 karya lain yang terpilih akan menerima hadiah penghargaan bernilai RM100.00 & Sijil.
* KATEGORI 3 : SEKOLAH MENENGAH ATAS
Umur : 16-19 tahun
Bahantara : Cat air/Akrilik/Warna poster/Campuran atas kertas
Ukuran/Saiz : Kertas A2 (420mm x 594mm)
Hadiah : Hadiah tempat pertama - RM2,000.00 & Sijil
Hadiah tempat kedua - RM1,500.00 & Sijil
Hadiah tempat ketiga - RM1,000.00 & Sijil
10 hadiah saguhati - RM300.00 & Sijil
*10 karya lain yang terpilih akan menerima hadiah penghargaan bernilai RM100.00 & Sijil.
* KATEGORI 4 : TERBUKA UNTUK ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Kumpulan 1 : Masalah Pembelajaran
Umur : Tiada had umur
* KATEGORI 5 : TERBUKA UNTUK ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Kumpulan 2 : Kurang Upaya Fizikal
Umur : Tiada had umur
(KATEGORI 4 & 5)
Bahantara : Cat minyak/Akrilik/Cat air/Campuran atas kanvas atau kertas
Ukuran/Saiz : Minimum A2 (420mm x 594mm)
Hadiah : Hadiah tempat pertama - RM3,000.00 & Sijil
Hadiah tempat kedua - RM2,000.00 & Sijil
Hadiah tempat ketiga - RM1,000.00 & Sijil
5 hadiah saguhati - RM400.00 & Sijil
*10 karya lain yang terpilih akan menerima hadiah penghargaan bernilai RM200.00 beserta Sijil.
DEADLINE: 15 October 2008
WEBSITE/URL: http://www.mrcb.com.my/seni/
DESCRIPTION:
Pengenalan
Anugerah Seni MRCB 2008 adalah satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) untuk menyokong usaha kerajaan ke arah pembentukan satu masyarakat Malaysia yang menghargai seni sepertimana yang
dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Pertandingan ini memfokuskan kepada kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar dan keprihatinan kita memelihara dan menghargai kebersihan serta keindahan alam sekitar. Hasil karya yang berjaya dan terpilih akan dipamerkan manakala jualan ataupun lelongan pula akan diadakan di tempat yang akan ditentukan kelak. Perolehan bersih daripada jualan hasil karya tersebut kesemuanya akan disalurkan untuk aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat yang disahkan oleh MRCB. Pihak penganjur berhak untuk mempamerkan serta menjual hasil karya peserta dengan harga tetap atau secara lelongan untuk tujuan kebajikan.
Bagaimana untuk Menyertai
* Semua penyertaan mestilah disertakan dengan Borang Penyertaan dan Borang Pelepasan Hakmilik yang boleh diperolehi melalui suratkhabar Berita Harian, New Straits Times, Harian Metro, sekolah-sekolah menengah, cawangan-cawangan Nationwide Express Courier Services Bhd di Malaysia serta di cawangan terpilih Maybank. Maklumat lanjut dan borang penyertaan juga boleh diperolehi melalui laman web http://www.mrcb.com.my/seni. Borang hendaklah diisi lengkap dengan butiran peribadi peserta. Butiran peribadi ini tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak kerana hanya bertujuan untuk menghubungi peserta yang telah berjaya sahaja.
* Setiap penyertaan hendaklah dihantar dengan hasil karya dibalut atau dibungkus dengan selamat ke cawangan Nationwide Express Courier Services Bhd di seluruh Malaysia bermula dari 15 September 2008 sehingga tarikh tutup penyertaan pada 15 Oktober 2008 (Rabu). Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan yang lewat, hilang atau rosak semasa proses penghantaran. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan.
* Alternatif lain adalah dengan menghantar sendiri hasil karya anda kepada Shazlina Mohd Suffian atau Loo Siew Peng, Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi, Maybank, Menara Maybank, 100, Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur (Tel: 03-2074 8179/ 03-2074 7780) bermula dari 15 September 2008 hingga 15 Oktober 2008.
* Penyertaan melalui sekolah hendaklah dipersetujui dan ditandatangani oleh ibubapa/penjaga dan pihak sekolah manakala penyertaan melalui persatuan mestilah mendapat pengesahan persatuan.
* Setiap penyertaan mestilah lengkap dengan tajuk karya, keterangan/mesej karya dan kategori penyertaan.
Borang Penyertaan & Tempat Penyerahan
* Borang Penyertaan (boleh didapati di tempat berikut)
o Nationwide Express Courier Services
o Cawangan-cawangan Maybank Terpilih
* Tempat Penyerahan
o Penyerahan penyertaan dan hasil karya boleh dihantar secara sendiri kepada: Shazlina Mohd Suffian atau Loo Siew Peng, Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi, Maybank, Menara Maybank, 100, Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur (Tel: 03-2074 8179/ 03-2074 7780) bermula dari 15 September 2008 hingga 15 Oktober 2008.
o Semua penyertaan juga boleh dihantar ke cawangan-cawangan Nationwide Express Courier Services di seluruh Malaysia.
Hubungi Kami
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi MRCB di Tel: 03-2773 8926
E-mel: anugerahseni@mrcb.com.my
Syarat & Peraturan Pertandingan
Syarat Kelayakan: Penyertaan terbuka kepada semua peringkat pelukis warganegara Malaysia termasuklah pelajar, orang kurang upaya serta mereka yang meminati bidang ini.
* Borang Penyertaan: Semua penyertaan mestilah disertakan dengan Borang Penyertaan dan Borang Pelepasan Hakmilik yang telah lengkap diisi. Pelajar-pelajar sekolah menengah tidak boleh menyertai Kategori Terbuka. Penyertaan yang tidak memenuhi syarat & peraturan pertandingan akan terbatal secara automatik. Salinan fotokopi borang penyertaan diterima.
* Bilangan Penyertaan: Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar maksimum tiga penyertaan sahaja dan setiap penyertaan hendaklah dihantar menggunakan borang yang berasingan.
* Subjek: Tema yang dipertandingkan adalah “Alam Sekitar Kita, Masa Depan Semua”. Sila beri penerangan/mesej mengenai hasil karya dan bagaimana ia berkait dengan tema pertandingan ini. Pertandingan ini bukan berbentuk poster. Peserta dilarang melukis tema pertandingan di dalam hasil karya anda.
* Hasil Karya & Penghantaran: Hasil karya mestilah asli daripada peserta sendiri dan tidak pernah dihantar kemana-mana pertandingan atau pameran di peringkat tempatan ataupun antarabangsa sebelum ini. Hasil karya mestilah dihantar tidak berlipat (unfolded), boleh dialas tampal (mounted) ataupun tidak, berbingkai (framed) ataupun tidak dan boleh digulung dan diletakkan di dalam pembekas khas (casing).
* Identifikasi Karya: Setiap hasil karya hendaklah mudah dikenal pasti dan dilabel dengan jelas di belakang bahagian atas kanan karya dengan menyatakan tajuk karya, nama penuh, alamat, kategori penyertaan, ukuran/saiz karya, bahantara, keterangan/mesej karya, nombor telefon dan e-mel. Identifikasi ini mestilah jelas dan sama dengan Borang Penyertaan sekiranya Borang Penyertaan dan hasil karya terpisah.
* Pengadilan: Penyertaan akan diadili oleh panel berpengalaman yang dilantik. Kriteria pengadilan adalah berdasarkan kepada karya yang menepati tema, kemahiran menggunakan warna, ketepatan dari segi mesej yang ingin disampaikan, kesesuaian bahantara yang digunakan serta ketinggian seni artistiknya. Para pemenang akan diumumkan pada ‘Malam Gala Anugerah Seni MRCB 2008’. Pemenang pertama bagi kategori terbuka akan dijemput untuk menyertai pameran solo. Keputusan hakim adalah muktamad dan segala bantahan serta surat menyurat tidak akan dilayan.
* Hilang, Rosak dan Pemulangan Hasil Karya: Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana hasil karya yang hilang atau rosak semasa proses penghantaran. Semua hasil karya yang menang akan menjadi hakmilik penganjur manakala karya yang tidak memenangi pertandingan tidak boleh dituntut semula dan akan menjadi hakmilik penganjur.
* Hakmilik Karya: Dengan menyertai pertandingan ini, setiap peserta bersetuju untuk memberi hakmilik karya kepada pihak penganjur, tidak boleh menuntut atau mengenakan sebarang bayaran royalti terhadap sebarang penerbitan dan pihak penganjur berhak menggunakan hasil karya tersebut dalam apa jua cara sekalipun termasuk dalam mana-mana media di seluruh dunia.
* Penghasilan Semula Karya: Pihak penganjur berhak mengeluarkan semula hasil karya tanpa apa-apa bayaran kepada peserta, berhak menggunakan informasi pemenang dalam membuat sebarang laporan mengenai pertandingan ini dan untuk tujuan pengiklanan pada pertandingan yang sama pada masa depan.
* Penjualan Hasil Karya: Pihak penganjur juga berhak untuk mempamerkan, melelong ataupun menjual hasil karya yang menang serta yang terpilih untuk tujuan kebajikan tanpa memberikan sebarang notis atau tuntutan bayaran kepada peserta.
* Kos: Setiap penyertaan adalah percuma. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas bayaran pengangkutan, bayaran lain yang terlibat serta kos kehadiran peserta ke sebarang majlis pertandingan ini.
* Peraturan: Dengan menghantar penyertaan ini, peserta atau ibubapa/penjaga atau pihak sekolah atau persatuan (yang mana berkenaan) bersetuju bahawa mereka adalah tertakluk di bawah syarat & peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

