Image

PRIZE: Pasangan ibu dan anak lelaki paling popular (menerusi undian ramai di murai.com.my) akan menerima hadiah paling istimewa iaitu berupa agenda makan malam ‘fine dining’ di Cavallini’s Restaurant, Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor, bersama seorang selebriti misteri yang cukup terkenal
DEADLINE: 5 Mei 2008
WEBSITE/URL: http://www.murai.com.my/contest/seiras_ibu/

DESCRIPTION:
Sempena Hari Ibu yang akan disambut pada 11 Mei 2008, portal murai.com.my menganjurkan Pertandingan Wajah Seiras Ibu secara online. Melalui pertandingan ini kami mencari pasangan IBU & ANAK LELAKI paling seiras. Unik bukan?

Hadiah Misteri Istimewa
Pasangan ibu dan anak lelaki paling popular (menerusi undian ramai di murai.com.my) akan menerima hadiah paling istimewa iaitu berupa agenda makan malam ‘fine dining’ di Cavallini’s Restaurant, Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor, bersama seorang selebriti misteri yang cukup terkenal. Nyata acara itu akan menjadi satu momen yang penuh kejutan (surprise) untuk ibu anda kelak pada 11 Mei 2008 nanti!

Cara menyertai Pertandingan Wajah Seiras Ibu
Anda perlu mendaftar sebagai GengMurai terlebih dahulu dan kemudian menghantar (memuat naik) sebanyak mana foto pasangan ibu dan anak lelaki seriras daripada sesebuah keluarga ke ruangan khas yang disediakan. Muat naik ini boleh dibuat oleh anda sendiri (sekiranya anda anak lelaki dan peserta) atau saudara mara lain (perempuan dan lelaki) yang ingin mencalonkan pasangan ibu dan anak lelaki seiras itu.

Tempoh penyertaan
16 April - 5 Mei 2008

Pemenang
Berdasarkan undian online paling banyak oleh ahli GengMurai sahaja.

Undi
- Klik butang UNDI pada setiap gambar. Ia dibuka kepada ahli GengMurai sahaja.
- Undian hanya boleh dibuat sekali sehari untuk setiap gambar.

Syarat penyertaan
- Peserta dikehendaki memuat naik gambar mengikut tema pertandingan
- Penyertaan hanya dibuka pada foto-foto ibu dan anak lelaki sahaja.
- Semua gambar penyertaan akan disiarkan untuk tatapan umum bagi tujuan undian.
- Peserta dikehendaki mendaftar sebagai ahli GengMurai sebelum menyertai pertandingan ini.
- Pemenang akan diumumkan melalui e-mail atau telefon selepas pertandingan tamat.
- Keputusan pengadil adalah muktamad
- Hadiah tidak boleh diganti dengan sebarang wang tunai dan penganjur mempunyai hak untuk menukar sebarang bentuk hadiah yang berkaitan tanpa sebarang pemberitahuan.
- Penganjur mempunyai hak mengguna atau menayangkan sebarang foto dan nama pemenang bagi tujuan promosi serta publisiti di dalam portal dan platform lain.
- Dengan menyertai peraduan ini, perserta dianggap secara automatik memahami syarat dan peraturan peraduan ini.

Baca terma dan syarat peraduan di sini!!