logo.jpg

PRIZE:

2.JPG

3.JPG

DEADLINE: 30 Mei 2008
WEBSITE/URL: http://sepaku.net/Pertandingan/

DESCRIPTION:
Sepaku.net menganjurkan pentandingan rekacipta profil sepaku.net.
Pertandingan ini berlangsung dari 1 Februari 2008 sehingga 30 Mei 2008.

Terbuka kepada semua ahli berdaftar sepaku.net.

Sebarang pertanyaan ataupun panduan berkaitan mencipta profile boleh dirujuk disini

* Semua hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai
* Hadiah barangan dan Prepaid ditaja oleh En. Nazli (Pemilik kedai andaman - http://zarithandaman.com)
* En. Nazli telah memberi kepada pihak penganjur pertandingan wang tunai sebanyak RM3500 dan memberi sepenuhnya kuasa kepada pihak penganjur memilih hadiah untuk bakal pemenang.
* Webhosting dan Domain ditaja oleh sepakuhosting (Hakmilik sepaku.net - http://sepakuhosting.net)

* Prepaid adalah pilihan diantara Maxis, Celcom ataupun Digi

Kriteria-Kriteria Pemenang

1. Profile sepaku.net anda hendaklah cantik, kemas, serta menarik.
2. Ramai ADD Member pada profile anda
3. Mendapat undian yang tinggi dari ahli lain
4. Banyak mengirim gambar-gambar yang berkualiti serta menarik pada ruangan Gallery.
5. Menghantar kiriman/artikel yang bermanfaat diruangan Blog.
6. Banyak ADD Video serta Music yang best, menarik dan berkualiti diruangan Video dan Music.

* Pihak penganjur berhak meminda ataupun menambah kriteria-kriteria pemenang dari masa kesemasa sepanjang berlangsungnya pertandingan rekacipta profile sepaku.net ini sekiranya dirasakan perlu tanpa perlu memberitahu terlebih dahulu kepada semua peserta pertandingan.

Terma dan Syarat

1. Pertandingan ini dibuka kepada semua ahli berdaftar sepaku.net.
2. Setiap pemenang hanya layak memenangi satu hadiah dan akan diumumkan di laman web Sepaku.net seminggu selepas tamat pertandingan.
3. Jangka waktu pertandingan adalah dari tarikh 1 Febuari 2008 hingga 30 Mei 2008.
4. Keputusan para juri adalah muktamad dan sebarang koresponden tidak akan dilayan.
5. Setiap pemenang dikehendaki memberi alamat rumah untuk tujuan penghantaran hadiah dan juga No. Handphone untuk Pemberian Prepaid.
6. Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar ganti dengan wang tunai dan penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa pemberitahuan.
7. Sepaku.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakkan hadiah-hadiah yang dihantar melalui Pos Malaysia.

* Pihak penganjur berhak meminda ataupun menambah Terma dan Syarat pertandingan dari masa kesemasa sepanjang berlangsungnya pertandingan rekacipta profile sepaku.net ini sekiranya dirasakan perlu tanpa perlu memberitahu terlebih dahulu kepada semua peserta pertandingan.