PRIZE: Umrah Package for two and RM1000 in spending money
DEADLINE: 31st August 2008
WEBSITE/URL: http://www.astro.com.my
DESCRIPTION:Complete this slogan, Kenapa Saya/Keluarga/Kenalan patut mengerjakan umrah… in less than 150characters. Then send your entry to oasis@astro.com.my. Gdluck, and may God bless you ![]()
129 Responses for "Astro-Oasis Umrah Invitation Contest/Peraduan Jemputan Ke Umrah Astro-Oasis"
saya dan keluarga patut menunaikan umrah sebab saya perlu membersihkan jiwa dan diri saya selepas bekerja dan saya ingin mengambil keberkatan dari Allah diatas perniagaan yang saya lakukan . Saya juga rindukan lambaian kaabah dan seruan bagi yang mampu menunaikannya . Saya juga rindu untuk menziarahi maqam junjungan nabi Muhaamad s.a.w . dan para sahabat yang berada di tanah suci itu.
saya dan keluarga berhajat menunaikan umrah kerana ingin mendalami ilmu ketamadunan sejarah islam yang lampau di sertai dengan ibadah umrah yang saya impikan selama ini. saya juga ingin membina kerjaya yang baru dengan bermunajat dan membersihkan hati dan jiwa saya di sana nanti. saya juga inginkan Allah akan menghapuskan dosa saya serta Allah semakin dekat diri dengan saya.Lambaian kaabah juga membuatkan saya terpukau dengan keindahan kesenian islam dan sekitarnya serta tempat- tempat yang bersejarah di sana .
Saya dan keluarga berhasrat menunaikan Umrah atas dasar kesedaran dan keinginan membersihkan diri, hati dan menambah serta ingin melengkapkan amalan yang selama ini terasa begitu kecil dan sedikit jika dibandingkan dengan umur yang ALLAH telah berikan selama ini apatah lagi ibadat Umrah hanya dapat kita laksanakan di tanah suci Makkah. Walaupun saya telah menunaikan ibadat haji namun bayangan Kaabah yang begitu suci, damai begitu terasa di fikiran sehingga kini namun masih ianya belum dapat dirasakan oleh sebahagian ahli keluarga saya yang lain. INSYAALLAH Peluang yang diberikan ini akan dipergunakan dengan sebaik-baik mungkin dan hanya ALLAH jua yang akan membalasnya.
Menyedari diri ini terlalu terdedah dengan dunia tanpa sempadan, sekeluarga amat mendekatkan diri kepada Allah dalam suasana yang sangat tenang dan jauh dari memikirkan keduniaan. Hal ini boleh dihayati bila berada di kota Suci. Atas dasar itu, saya berhajat untuk menunaikan Umrah sekiranya ada rezeki dan peluang mengerjakannya. Suasana bumi anbiya’ yang diseliputi dengan rahmat Allah SWT memberi kekuatan kepada saya dan menyedarkan saya betapa hinanya diri ini di sisi allah SWT.
saya dan keluarga berhajat menunaikan umrah kerana suatu masa dahulu sebelum saya diijabkabulkan dengan suami tercinta pernah bernazar sekiranya apa yang kami impikan tercapai (disatukan) kami akan menunaikan umrah bersama. Sehingga kini saya sekeluarga masih belum dapat menunaikan nazar tersebut disebabkan belum ada rezeki untuk berbuat demikian. Saya berharap, dengan program yang dianjurkan oleh pihak astro memberi ruang dan peluang kepada saya dan keluarga menunaikan umrah sekaligus nazar saya terlaksana, Insya-Allah.
Saya dan keluarga berhajat ingin menunaikan ibadah umrah ke Mekah ini kerana untuk “menunaikan Umrah” merupakan sebagai hadiah yang amat ingin saya berikan pada suami saya kerana tanda terima kasih saya kepadanya yang telah banyak berubah dan kalau dulu saya yang sering mengingatkannya akan solat kini dia pembimbing saya dan beliau banyak
Sekiranya berjaya dalam “Astro Oasis Jemputan Umrah Contest”, saya akan bersama suami ingin menunaikan umrah dimana keinginan untuk ke sana telah lama terpendam dilubuk hati, tapi apakan daya tidak kemampuan. Bila menonton saluran Oasis (106) di Astro dalam rancangan bacaan ayat-ayat yang memuji kebesaran Allah s.w.t selepas azan berkumandang teruja hati ini untuk mengadap yang maha esa. Saya sebagai hamba yang kerdil dan dhaif ingin memohon keampunan dan keredhaannya di tanah suci Mekah disamping melawati tempat-tempat bersejarah dimana keujudan sejarah Islam bermula.
Penyertaan boleh dihantar melalui borang yg didapati dalam majalah Intrend, Astro View, atau emel ke oasis@astro.com.my atau melalui surat/poskad ke alamat :
Astro Oasis Jemputan Umrah,
Astro Entertainment Sdn. Bhd. di 6 Jalan Equine,
Taman Equine, Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
Tiap kali melihat Kaabah,hati kecil saya selau berkata yang satu hari nanti saya akan jejakkan kaki ke sana tapi buat masa sekarang tabungan saya dan suami belum lagi mencukupi untuk kami menunaikan hasrat murni ini.Sebagai hamba yang kerdil tentu sekali kami ingin beribadah dan bermunajat kepadaNYA,merasai sendiri kemanisan beribadah dan menerokai sejarah Islam yang bermula di sana serta menziarah makam Nabi junjungan kita. Tak dapat saya bayangkan sekiranya niat kami tercapai. Syukur kepada tuhan. Moga niat kami diperkenankan.AMIN.
Saya dan isteri tersangat inginkan ke tanah suci Mekah untuk
menunaikan UMRAH sebagai asas atau titik tolak bagi menunaikan haji insahALLAH sabagai menyempurnakan rukun iman yang kelima. Saya dan isteri buat masa ini belum berkemampuan lagi dan jika ada peluang atau rezki kami akan rebut peluang ini demi kerana panggilan ALLAH dan disana dapatlah menziarahi makam Rasullullah dan tempat-tempat sejarah Islam yang lampau. Panggilan Kaabah selalu disebut-sebut mahupun selalu terdengar dari lagu-lagu atau melalui gambar-gambar tanah suci Mekah selalu terlihat disana-sini akan tetapi hanya indah dipandangan pancaindera kami ,tetap belum menjadi kenyataan kami selagi kaki kami tidak mejejakinya dan menyentuh sendiri Kaabah dan mengucup Ajaral
Aswad. Semuga impian kami menjadi kenyataan. InyaaAllah.
Setiap manusia patut mngerjakan haji bagi melengkapkan rukun Islam. Ibubapa saya telah beberapa kali menyatakan mereka berhajat menunaikan haji atas sebab-sebab tertentu. Jasa emak dan ayah yang tidak terbalas yang membesarkan 10 orang anak menyebabkan saya menulis artikel ini. Sudah menjadi niat saya sejak beberapa tahun lepas untuk mengumpul wang apabila bekerja nanti bagi melihat ibubapa saya menunaikan haji, tetapi dengan keadaan ibubapa saya yang semakin tua(ayah 59thn)(emak 52thn), saya tidak yakin dapat mengumpulkan wang dalam masa singkat untuk melihat ibubapa saya mengerjakan haji. Saya beberapa kali mendengar hajat ibubapa saya untuk menunaikan haji yang masih tidak kesampaian kerana masalah kewangan. Seribu pengharapan dari saya. Terima kasih.
Saya dan keluarga saya sangat ingin mengerjakan umrah ataupun
haji itu adalah kerana hajad saya selama ini.Jika ada pihak yang sudi membantu saya menyempurnakan hajad ini hanya tuhan sahaja yang akan membalas jasa baik itu.Saya faham tak semua apa yang dihajati akan kita dapat,tetepi ALLAH S.W.T
menyarankan agar kita berusaha kearah itu.Peraduan ini adalah satu cara usaha untuk kesana.Itupun jika pihak Astro
merasakan saya layak kesana.
saya dan keluarga sudah lama mengidamkan ingin membuat umrah.tapi apakan daya.wang simpanan kami masih lagi tidak mencukupi.mungkin belum rezeki kami lagi.keiginan ingin pergi ke sana bermula selepas keluarga kakak saya balik dari menunaikan umrah.dia menceritakan keindahan dan keajaiban tuhan di sana.tiba-tiba timbul satu keinginan ingin melihat sendiri.selain dapat menyucikan jiwa,kita dapat mengabdikan diri dgn begitu tenang sekali.kalaulah saya dapat memeluk pintu multazam dan berdoa di hadapan pintu tersebut,alangkah bahagianya saya.saya akan beribadat sepenuh hati saya kepada ALLAH s.w.t.sekian.assalamualaikum
Saya dan keluarga patut mengerjakan umrah kerana saya ingin sekali menunaikan hasrat ibu dan ibu mertua saya. kedua-dua mereka telah pun menjangkau 60 tahun ke atas namun belum berpeluang mengerjakan ibadat di tanah suci. melakukan ibadat di sana adalah untuk menyucikan diri dan mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa dengan begitu tenang dan khusyuk di bumi anbiyaa’. disanalah tempatnya kita akan merasakan sebenar-benar ketenangan yang hakiki.Saya ingin sekali mereka mencium hajaratul aswad dan melihat kaabah dengan lebih dekat disamping ibadat dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
Saya dan adik beradik patut mengerjakan umrah kerana kami telah berhajat untuk ke sana.Kepulangan ibu dan ayah dari Mekah pada tahun lepas membuatkan saya berazam untuk turut menjejakkan kaki ke bumi yang suci.Cerita ibu dan ayah turut menguatkan keinginan saya untuk ke sana.Walaupun umur saya baru mencecah lima belas tahun,tetapi semangat yang kuat tidak menghalang saya untuk beribadah di sana.Saya percaya,jika ada rezeki untuk saya,insya-Allah saya pasti akan dapat pergi kesana jua.Semoga impian saya menjadi kenyataan.
Saya dan suami teringin sangat nak pergi menunaikan umrah kerana saya banyak buat dosa ke atas suami saya. Jadi saya ingin menebus dosa-dosa saya kepada ALLAH s.w.t dengan membawa suami saya bersama-sama menunaikan umrah untuk memohon keampunan dan keredhaan dan kesejahteraan dalam menjalani hidup kekeluargaan serta menyucikan diri dan mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa.
Saya sangat-sangat berhajat untuk menunaikan fardhu haji dan umrah. disebabkan masaalah kewangan dan penyakit yang saya hadapi ini(iaitu breast cancer)niat cuma tinggal niat sahaja. Tetapi apabila kawan-kawan ada pergi menunaikan fardhu Haji dan Umrah saya selalu hanya mengirimkan doa dan hajat saya dihadapan Ka’abah dan dimasjidil Haram mohon pada pada Allah supaya tubuh badan saya sihat dan pulihkan kesihatan pada diri saya disamping saya selalu melakukan sembahyang sunat taubat dan sembahyang sunat hajat pada yang Maha Esa. Semuga Hajat saya diperkenankan Allah Amin Yarabbilalamin.
Saya dan suami memang telah lama berhajat untuk menunaikan fardhu haji ke tanah suci Mekah. Bagi mencapai impian ini kami sekeluarga telah menabung dan berharap impian kami akan tercapai suatu hari nanti. Saya dan suami amat teruja dengan inisiatif pihak astro oasis menganjurkan Peraduan Jemputan ke Umrah Asto Oasis dan peluang ini tidak mungkin saya lepaskan. Saya dan suami patut mengerjakan umrah terlebih dahulu sebelum kami mengerjakan haji semoga pengalaman mengerjakan umrah nanti akan menjadi pedoman dan pengajaran sebelum kami mengerjakan Haji yang lebih Afdal. Selama ini saya hanya menghantar dan menjemput ibu bapa dan sanak saudara untuk mengerjakan Umrah dan Haji dan melihat raut wajah mereka yang keriangan mengiringi pemergian mereka membuakkan lagi hasrat ini ingin ke sana bagi melihat sendiri keajaiban ciptaan Allah yang selama ini hanya boleh didengar dan ditonton terutama dalam Rancangan Astro. Semuga impian saya dan suami saya mendapat perkenan dari Allah SWT.InsyaAllah.
saya dan isteri ingin dan begitu berhajaat untuk enunaikan umrah bersama astro oasis ” jemputan umrah ini kerana ingin lebih mendekatkan diri kepada ilahi apatah lagi bersama dengan maqam kekasihnya , junjungan besar nabi muhammad sallahu aliahi wasallaaam. Hati makin sayu dan bertambah rindu lagi dengan laungan lambaian labbaikallahumma labbaik . semasa di azhar dulu tidak berkesempatan untuk bersama - sama rakan untuk ke sana memandangkan belum bermahram , kini Allah telah memperkenankan doa saya untuk mendapatkan zuriat melalui jalan ini .Hajat saya hanya untuk bermunajat di 3 masjid yang tiada halangan untuk di kabulkan permintaan . jadi dengan pelawaan ini dapatlah saya meneruskan niat yang suci lagi murni ini . amin .
assalamualaikum..
saya dan keluarga berhajat ingin menunaikan umrah kerana saya merasakan inilah satu-satunya peluang keemasan yang patut saya cuba.saya mempunyai satu impian untuk menghantar kedua-dua ibu bapa saya mengerjakan umrah atau haji.Ini kerana, menghantar kedua-dua ibu bapa saya mengerjakan umrah dapat membantu saya menebus dosa-dosa yang telah saya lakukan kepada mereka secara sengaja atupun tidak sengaja.Tetapi memandangkan saya seorang pelajar,impian saya itu mungkin tidak akan dapat saya tunaikan dalam jangka masa terdekat ini.Saya sangat berharap supaya kedua ibu bapa saya dapat mengerjakan umrah dan haji dengan sempurna iaitu sementara mereka masih sihat.Jadi, mungkin ini adalah jalan yang dibukakan oleh Allah atau salah satu keajaiban yang Allah ingin tunjukkan kepada kami sekeluarga supaya impian tersebut dapat saya capai di samping dapat memberi peluang kepada saya untuk membalas jasa mereka.
Assalamualaikum..
saya dan keluarga berhajat ingin menunaikan umrah kerana ingin mendekati diri ke rumah ALLAH serta ingin membersihkan hati yang selalu melakukan kejahilan atas kelemahan diri sendiri.Di samping itu memohon dan berdoa secara tenang di sana dengan afdal.”Rabi Waja’alani Minal Muk Rob Min- Tentang Perkara yang Menyebabkan Daku Diampunkan oleh TuhanKu serta jadikan Daku daru orang-orang yang dimuliakan.Semoga Hajat saya dan keluaraga diperkenankan Allah Amin Yarabbilalamin.Sekian Terima kasih.
Saya dan suamin ingin menyertai peraduan ini kerana ini peluang untuk kami membersihkan jiwa dari dosa lalu, melahirkan rasa syukur atas segala rezeki dariNya sehingga mampu hidup selesa serta dapat membantu keluarga dan mencari keberkatan atas apa jua yg dilakukan. yg penting kami ingin bermunajat di hadapan kaabah sebanyak-banyaknya agar Allah memakbulkan doa kami untuk mendapat cahayamata. setiap manuasia diuji dengan kelebihan dan kekurangan dan inilah ujian yg Allah beri pada kami bagi menguji tahap keimanan masing-masing. Nasihat dari seorang ustazah menguatkan hasrat saya untuk menyertai peraduan ini.
sebagai orang islam lambaian ke baitul llah amat lah dinanti kan , dengan ada nya jemputan umrah oleh astro ini mudah mudahan dikabul kan allah semoga hamba allah ini sekeluarga dapat menziarahi ke tanah suci tersebut, insya allah.
Saya ingin mengerjakan umrah bersama ibu saya yang tersayang kerana Allah s.w.t semata-mata.Panggilan Illahi kerumahnya yang mulia merupakan satu panggilan ruhaniah dimana diri di dalam jasad sentiasa meronta-ronta ingin menyahut panggilan Ar-Rahman.Keinginan bertukar kepada hajat untuk menjadi tetamu Allah setelah menonton siaran-siaran di Astro Oasis yang banyak memberi keinsafan.Tiada tempat lain di dunia ini yang mampu memberi ketenangan batin dan kenikmatan akan kehadiranNya melainkan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kepunyaan As-Salaam.Ibu menjadi pilihan utama saya sebagai teman berumrah kerana selepas Alah dan Rasulnya, beliau adalah orang yang paling saya sayang dan hormati.Beliau juga merupakan ‘channel’ perhubungan saya dengan Allah s.w.t yang paling mantap dan efektif.
Saya berhajat mengerjakan umrah kerana sudah mula merasai keinsafan daripada Nya. Apabila seluruh keluarga sudah menunaikan fardhu Haji dan umrah, saya di usia muda ini mula terbayangkan akan kebahagiaan mereka sesudah pulang dari tanah suci. Hajat saya cuma satu, ingin sampai ke sana walau pun belum mampu. sekiranya di beri peluang akan saya tunaikan hajat itu sebaiknya. amin.
saya ingin mengerjakan ibadat umrah bersama ibu saya kerana selama ini saya bayak melakukan dosa kepadanya..kini saya telah bertaubat.saya merasakan dengan cara inilah cara terbaik untuk memohon ampun kepada Allah.selain itu,saya akan dapat membalas jasa orang tua saya yang selama ini terlalu banyak saya menderhakainya.hanya dengan memenangi program ini saya akan dapat beribadat dan memohon ampun kepada Allah.selain itu,saya akan dapat merealisasikan hasrat ibu saya untuk ke baitullah sebelum dia menutup mata.
saya berhajat ingin menunaikan umrah kerana ingin bersujud serta berdoa didepan kaabah memohom semua allah mengurniakan zuriat penyambung keturunan kami.11 tahun kami nantikannya pelbagai ikhtiar telah kami lakukan perubatan moden dan tradisional,namum belum berhasil.Orang pernah bercerita memohom sesuatu di depan kaabah lebih afhdal,terasa dekat dengan Allah s.w.t,insyaalah diizinkannya.dunia ini hanya pinjaman sementara kita dijemput olehNya.Tanggal 22.02.2005 hadirlah muhammad Aiman,kini berusia 3 tahun penyeri hidup kami,walau putera kesayangan kami bukanlah dari benih cinta kami dialah anugerah allah serta pekara terindah dalam hidup kami sekeluarga.Semuga tahun ini dapatlah kami menjejakkan kaki ke tanah sucimenjadi tetamu allah yang yang diberkati,dirahmati.Lambaian kaabah terbayang di mata,tergiang di telinga LABBAIKALLAH HUMMALABBAI…..
Syabas, ASTRO kerana perihatin terhadap penonton Yang beragama Islam. Hadiah sebegini sangat tinggi nilainya (bukan sahaja dari segi wang ringgit semata-mata tetapi ’spiritual value’ itu sendiri). Oleh itu, penerima jemputan perlu membuat sepenuh persediaan dari segi ilmu, rohani, mental dan fizikal sebelum pergi menunaikan umrah. Jika tidak, anda akan hanya sekadar melancong ke Tanah suci. Semoga jemputan yang balik akan menjadi insan yang lebih amanah, bertanggungjawab, alim dan wara’.
Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada ASTRO kerana saluran ini sangat berguna kepada umat Islam yang dahagakan pengisian.
Assalamualaikum.
Saya amat berbesar hati sekiranya saya terpilih untuk menunaikan umrah melalui ‘astro oasis jemputan umrah contest’. Tujuan saya sebenarnya lebih kepada umrah untuk adik saya. Saya mempunyai seorang adik yang boleh dikatakan sibuk dengan urusan kerja. Saya yang pernah menunaikan umrah dan kakak yang pernah menunaikan haji merasa teramat ruginya bagi kehidupan adik yang sibuk dengan kerja sedangkan kaabah melambai umatnya untuk mengunjunginya. Saya amat berharap dengan tiket umrah ini, adik saya akan berubah menjadi insan yang lebih faham apakah tujuan hidup yang sebenarnya. Semoga terbuka hatinya untuk kearah yang lebih baik. InsyaAllah.
Saya/Keluarga/Kenalan patut mengerjakan umrah demi ganjaran yang telah di janjikan oleh Allah SWT kepada umatNya yang dapat mengerjakan ibadah di Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.Saya yakin bahawa tidak ada tempat lain yang lebih baik lagi di dunia ini dimana setiap amalan yang di lakukan akan di gandakan pahalanya. Ia pasti akan memberikan kita peluang untuk menambahkan ‘bekalan’ di akhirat di samping mendapat keberkatan hidup di dunia.Berada di sana samada untuk mengerjakan umrah atau haji adalah kemuncak perjalanan kita sebagai umat Islam.Bagi yang ingin jadi tetamuNya, Mekah dan Madinah sentiasa menggamit umatNya yang rindukan Penciptanya.Dengan menatap makam Nabi junjungan Muhammad SAW serta melihat sendiri kesan sejarah yang ada di sana pasti akan membuat kita terharu dan timbul keinsafan di hati tentang perjuangan dan pengorban Baginda untuk menegakkan Islam.Sesungguhnya setiap umat mestilah menanamkan niat serta berusha untuk ke tanah suci dan tidak kurang penting juga untuk mendidik minat anak-anak sejak kecil lagi untuk kesana.
TO ASTRO: OASIS telah berjaya membuka minda dan menarik minat semua penonton nya terrmasuk golongan remaja spt anak-anak saya.Di harapkan program saperti ini dapat di teruskan demi untuk melahirkan insan yang takwa.Semoga Usaha murni ini akan di berkati oleh Nya. AMIN…….
Terima kasih kepada astro oasis yang mengadakan peraduan jemputan umrah.Saya sebagai seorang isteri dan ibu amat berharap agar suami saya dapat mengerjakan umrah dan dapat membimbing kami sekeluarga kearah kehidupan yang lebih bermakna didunia allah ini.Suami saya seorang suami yang baik,bertanggung jawab dan penyayang yang banyak berkorban terhadap keluarga saya dan keluarganya dikampong.Tiada apa yang dapat saya berikan kepadanya atas kebaikannya selama ini..cuma dengan menyertai peraduan ini dapatlah saya membalas segala-gala kebaikannya pada saya selama hidup bersamanya.
menunaikan Umrah atau Haji adalah salah satu rukun Islam yang sangat sangat ingin saya menunaikannya tapi memandangkan saya seorang surirumah yang tidak mempunyai pendapatan impian ini hanya tinggal impian.Setiap kali saya sujud dan tafakur diatas sajaddah hati saya selalu berkata bila aku berkunjung keTanah SuciMu ya Allah,aku ingin sujud dan tafakur didepan kaa’bahMu,aku ingin menikmati & merasakan sendiri betapa peritnya perjalanan Nabi Junjungan kita dalam mengembangkan agama Islam yang saya cintai ini,ketika saya menonton tv oasis yang sangat saya gemari ini saya terkejut melihat ada program peraduan Umrah astro yang membuat hati saya begitu gembira ya Allah mungkinkah ini peluang saya untuk pergi kesana.saya teringin sangat berkunjung kesana untuk merasakan dan menghayati sendiri betapa besarnya keagunganMu ya Allah,betapa Maha pengasihnya Engkau ya Allah sehingga Engkau turunkan kepada Kami seorang Rasul untuk menjadi contoh yang terbaik kepada hamba hambaMu.Semoga harapan saya menjadi kenyataan dan diperkenankan Allah.
dari pada Tk vivian bte Tk Affan
>>>>>
Btapa kerdilnya diri ini…. Sungguh bertuah jika dapat menjejakkan kaki ke bumi Allah dengan sepenuh rasa keinsafan dan aku bersyukur jika diberikan peluang oleh Allah untuk bertandang ke Rumah Allah terutamanya berhadapan dengan Kaabah..Moga seruNya akan sampai kepadaku nanti… Amin…
saya sekeluarga patut menunaikan umrah ialah kerana inilah satu-satunya tempat umat islam dapat melihat kebesaran allah dengan lebih dekat lagi di tanah suci mekkah ini dan terus memohon keamponan kepada nya dunia dan akhirat, allah maha besar.. AMIN …..
saya dan keluarga patutlah mengerjakan umrah kerana semasa kita sedang sihat dan berkeupayaan inilah kita mesti cepat-cepat pergi ketanah suci untuk menikmati keindahan beramal ibadah di depan mata kita sendiri betapa indahnya kaabah dan tempat tempat peninggalan rasul llallah kita yang amat kita sayangi, serta peninggalan nabi nabi kita dahulu, insyaallah moga moga permohonan untuk ke umrah ini di makbulkan allah, insyaallah.
Assalamualaikum..
Saya dan keluarga ingin mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan memohon keampunan di atas kejahilan dan kelemahan yang ada pada diri ini. Lambaiyan Kaabah membuatkan saya terpukau dan terharu dengan keindahan kesenian Islam dan tempat-tempat yang bersejarah. Membuatkan saya sekeluarga tidak sabar untuk memijakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Saya dan keluarga amat teruja ke atas pihak Astro Oasis yang telah menganjurkan Peraduan Jemputan ke Umrah Astro Oasis dan peluang ini tidak mungkin saya lepaskan. Semoga niat kami sekeluarga untuk menunaikan Umrah dimakbulkan Allah S.W.T amin.
Dengan mengerjakan umrah akan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t disamping dapat melihat kesan-kesan sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w dalam menegakkan Aqidah umat ISLAM 100% kepada Allah s.w.t tanpa rasa jemu dan putus asa.
Assalammualaikum..Saya ingin menyertai peraduan ini kerana ingin mendapat petunjuk daripada ALLAH.Sebenarnya saya menyertai peraduan ini untuk MAK tersayang.Saya juga ingin berdoa agar mendapat keterangan hati dan minda bagi peperiksaan PMR yang akan datang ini.Saya juga harap agar mak dapat apa yang beliau impiakan selama ini.Saya juga akan berdoa agar kami satu keluarga berada dalam keadaan sihat walafiat selamanya..insyaALLAH!!!Sebenarnya dari umur 8 tahun saya sudah berniat agar saya serta ibubapa dapat menunaikan.Sebagai anak saya wajib penuhi,siapalah saya dimata ibubapa.Tetapi saya terkilan kerana ayah meninggal.Dengan itu saya harap jika saya menang dan berada di sana saya akan berdoa agar arwah ayah ditempatkan dalam kalangan orang-orang syurga..insyaALLAH..Sekian terima kasih..
Saya dan isteri ingin menunaikan umrah kerana sebab-sebab berikut:
1.saya telah lama menabung untuk menunaikan haji tapi masih tidak mencukupi untuk menunaikan haji malah ada sahaja halangan .saya sudah meningkat umur 50 tahun pada tahun ini dan sudah mula berpenyakit kronik. Saya berharap dapat menunaikan umrah ini kerana takut saya mati sebelum dapat menunaikan haji,
2.Saya ingin berdoa dihadapan kaabahsemasa umrah itu supaya dapat menunaikan haji bersama isteri saya dan juga supaya saya dapat dianugerahkan tuhan keupayaan menunaikan berubah dalam kehidupan saya.
Pilihlah kami supaya kami tidak mati dalam keadaan yahudi ,nashara
Saya patut mengerjakan umrah kerana hampir kesemua pelusuk dunia sudah saya tawan memandangkan kemudahan sebagai pekerja
di syarikat penerbangan tetapi seakan ada sesuatu yang memanggil untuk menyertai peraduan ini. Mungkin ini “keterbukaan hati” namanya. Syukur Alhamdulillah.
Sebagai seorang hamba Allah yang lemah dan tidak berdaya, saya berhajat memijak kaki ke tanah suci serta melihat kebesaran Allah SWT sepertimana
yang pernah diceritakan oleh kaum keluarga dan sahabat handai yang pernah ke sana.
Isteri saya pernah menyarankan agar kami ke Makkah tetapi saya sering memberi alasan yang kami terlalu muda untuk ke sana.
Saya redha jika gagal di dalam jemputan ini kerana ”Bila ALLAH cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyangimu. Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu. Bila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik buatmu. Oleh itu, bersangka baiklah di dalam apa jua keadaan, kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaamNya”. Sekian. Wassalam.
Agam Luthfy bin Yusuf
assalamualaikum dan salm sejahtera..
saya berhasrat ingin mengerjakan umrah bersama kenalan saya yang sama baya dengan saya,tahun ini kami menduduki peperiksaan SPM,sejujurnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengerjakan umrah bersama rakan saya.Selain itu,
sya inginkan ketenagan apabila berada di tanah suci kota mekah,seLama ini saya berasa sangat tertekan dengan masalah yang ditimpa oleh keluarga saya.saya ingin berdoa kepada ALLAh S.W.T dan mendekati dengan-Nya untuk menceritakan segala-gala isi hati sya yang tersirat.saya ingin berdoa kepada Allah S.W.T supaya ayah kesanyangan saya ini berubah kerana semenjak syarikatnya bankrup dia terlalu tertekan dan dia juga tidak melakukan perkara wajib yang diuruh oleh Allah S.W.T dan kandang kala sahaja dia melakukannya.saya juga ingin berubah,kekadang sya kuatkan suara apabila bercakap dengan ibu bapa sya dan saya ingin menebus dosa saya terhadap kedua ibu bapa saya.sya juga selalu mengenagkan masalah yang ditimpa oleh keluarga saya,apabila saya memikirkannya,saya berasa sangat sedih dan sya juga menagis keseorangn apbila terkngn nasib keluarga sya,ialah,mungkin ada khimah disebaliknya.saya juga berasa sangat cemburu melihat rakan-rakan sya yang pernah pergi mengerjakan umrah,ialah munkin mereka manpu,bagi sya dan kenalan saya ini tidak mampu untuk mengerjakan umrah yang kami hajati selama ini.saya bukannya pandai untuk berkata-kata,tetapi,saya luahkan isi hati saya yang jujur ini dan hati yang ikhlas.
cmnr nk dpt kn borang jemputan umrah?
Menjadi Tetamu Allah adalah satu-satunya impian Muslimin dan Muslimat. Kebesaran dan ke Agongan Maha Suci Allah tiada bandingannya. Sebagai hambanya kita hanya ingin mencari keredhaannya.
Impian saya bersama keluarga untuk menjejakkan kaki di bumi bertuah yang bertautkan Kesucian Maha Penciptanya, tidak dapat digambarkan. Betapa nikmatnya apabila dapat sujud di tempat yang menjadi impian setiap Muslimin dan Muslimat, Kaabah, Masjidilharam, makam junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dan lain-lain Rasul/Ambia, tempat-tempat bersejarah Keagongan Silam Islam yang penuh keberkatan, jauh dipandangan mata tetapi dekat disudut hati. Bukannya mudah untuk menyahut seruan Illahi, tidak semua insan dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci, walaupun mereka berkemampuan tetapi selagi tidak mendapat restu dari Yang Maha Esa, selagi pintu hati tidak dibukakan olehNya selagi itulah keinginan ke sana tidak akan menggamit naluri.
Keperihatinan ASTRO menerbitkan program REALITI sungguh mengagumkan kerana dapat mengintai keinginan insan yang tidak dapat dizahirkan secara lahiriah untuk berkunjung ke bumi bertuah. Amin…
Saya dan keluarga berhajat untuk menunaikan umrah kerana dapat merealisasikan impian saya sekeluarga untuk menziarahi tanah suci serta tempat bersejarah yang menjadi kegemilangan tamadun Islam.Saya yakin program ini dapat menjadikan impiam saya menjadi satu kenyataan.Dengan adanya program ini,amalan amal jariah sebegini dapat diteruskan lagi demi tuntutan Islam.
Mohd Noor Azman Awang
No. 26, Jalan Desa Kundang 8
Taman Desa Kundang
48050 Rawang
Selangor Darul Ehsan.
H/P: 012-6984789
Tajuk: JEMPUTAN UMRAH
Bagi saya setiap pengalaman yang kita tempuhi ketika hidup ini adalah sebahagian daripada kenangan manis dan pahit serta ada hikmatnya. Setiap umat Islam yang diuji dengan pelbagai ujian dari Allah s.w.t. seharusnya tidaklah berputus asa malah berusaha dan bertawakal dalam mengharungi dugaan ini.
Mungkin ini satu ujian baru bagi diriku dan isteriku ketika menjalani alam rumah tangga ini termasuklah ketika membesarkan anak-anak rezeki dari Allah merupakan ujian besar bagiku. Sekiranya saya diberi peluang untuk menjadi Jemputan Umrah anjuran ASTRO akan menjadi kenangan paling manis dan cukup bermakna buat saya dan isteriku, ini kerana saya akan membawa anak saya yang sulung menunaikan Umrah dan beribadat dengan sebaik-baiknya demi kebaikan anakku ini. Sebenarnya saya telah berusaha dan berdoa unutk kesihatan anakku ini yang bernama Muhammad Noorshafiq yang mengalami penyakit brain tumor ketika dia berusia 5 tahun. Kesan dari penyakit itu penglihatan anak saya menjadi kabur walaupun telah menjalani satu pembedahan membuang tumor tahun 2006. Sehingga sekarang anak saya tidak dapat bersekolah memandangkan kesihatannya itu yang tidak mengizinkan. Pertumbuhannya juga terganggu termasuklah tidak dapat mengawal pembuangan air kecilnya. Menurut seorang doktor pakar mungkin penglihatan anak saya akan menjadi kabur untuk selama-lamanya. Tapi saya tidak akan berputus asa setiap saat dan detik saya berdoa mungkin suatu hari nanti anak saya akan baik seperti sediakala. Akhir sekali mungkin dengan cara ini saya, isteri dan anak saya dapat menziarahi tempat-tempat yang bersejarah yang tidak dapat digambarkan keindahannya dibumi Allah s.w.t. itu. Sekali lagi, sekiranya saya diberi peluang dengan menjadi jemputan umrah ini, saya akan berdoa dan berdoa, beribadat didepan Ka’abah agar anak saya sihat wallafiat.
Sekian, terima kasih.
Email: norsita@airod.com.my
Emak patut menyerjakan umrah kerana dulu mak sakit tenat dan tiada harapan untuk sembuh. Beliau sakit semenjak sebulan mengandungkan saya. Kini, saya sudah berusia 20 tahun dan masih belajar. Sejak itu beliau menanggung kesakitan sendirian. Hajat emak yang ingin menunaikan haji terbatas kerana keadaan kesihatannya yang kurang memuaskan. Doktor hanya menasihati emak untuk mengerjakan umrah berbanding dengan haji kerana keadaan beliau yang mempunyai masalah kesihatan. Sekarang emak sudah jarang masuk wad. Dulu setiap bulan masuk wad kerana muntah darah. Doktor mengesahkan emak sakit yang kekuranagan platlet, batu dalam hempedu, hati rosakdan jantung. Sehingga kini masih belum ada penawar buat penyakit mak.Tapi saya tidak dapat menunaikan hajat emak untuk mengerjakan umrah dan hanya mampu menyertai peraduan ini..Sudah berkali-kali emak minta saya mencuba nasib dalam peraduan ini. Sekiranya ada rezeki emak saya akan bersama-samanya ke tanah suci Mekah.
sayaberhasrat menunaikan umrah sebelum menunaikan fardhu haji. sebelum ini saya tidaklah memikirkan hendak menunaikan umrah berasingan dari fardhu haji tetapi apabila astro oasis menyiarkan peraduan jemputan menunaikan umrah, saya tergerak hati untuk mencuba. lebih2 lagi sejak menonton rancangan2 siaran astro oasis, ia telah membuka dan menyedarkan saya bahawa telah tiba masanya untuk saya menunaikan umrah sebelum menunaikan haji. rancangan2 siaran astro oasis telah banyak membangkitkan kesedaran dan keinsafan kepada saya sebagai seorang muslim.
kedua ibubapa saya sudah berumur lebih 70 tahun.memang impian setiap anak di dunia ini ingin menunaikan impian meraka untuk mengerjakan umrah/haji tetapi impian mereka tidak dapat kami adik-beradik tunaikan kerana kami juga mengalami masalah kewangan.dengan adanya program seperti ini yang diterbitkan oleh astro oasis saya berharap dapat merialisasikan impian kedua ibubapa kami yang telah lama mereka impikan sekian terima kasih
Azhareen b. md nor
101 blok A7 seksyen 10 wangsa maju
Setapak 53300 Kuala Lumpur
Assalamualiakum,
Anak mana yang tidak mahu melihat kedua ibubapanya pergi menunaikan umrah/haji di tanah suci, tapi apakan daya kami adik-beradik tidak dapat menunaikannya kerana mengalami masalah kewangan. dengan adanya program“Astro Oasis Jemputan Umrah Contest”, seperti ini yang di anjurkan oleh pihak astro oasis saya berharap dapat meriealisasikan impian mereka yang sudah menjangkau usia lebih 70 tahun dan kami adikberadik begitu bersyukur dan teruja jika kami berjaya menerbangkan mereka untuk menunaikan salah satu rukun islam.
Saya dan keluarga patutlah mengerjakan umrah kerana sebagai umat islam kita mestilah ada niat untuk pergi menemui tempat tempat peningalan rasul rasul dan nabi nabi kita yang terdahulu. Alang kah bahagia nya sekira jemputan ke umrah ini menjadi realiti kepada saya dan keluarga saya, kerana semasa kita masih sihat dan berupaya inilah kita mesti bertekad dan berusaha supaya kita dapat mengerjakan amalan amalan sepertimana yang telah diajar oleh rasul kita dan nabi kita untuk mendapat keberkatan Allah Subhanawataalla….
Memandangkan kita tidak berkemampuan untuk menyediakan perbelanjaan yang begitu banyak, mudah mudahan dengan ada nya rancangan ini boleh lah kita mencuba nasib kita untuk menjejak kaki kita ketanah suci tersebut pada masa yang terdekat ini. Sekian lama hati ini berangan angan dan menyeru yeru untuk pergi ke tanah suci tersebut demi rindu nya dan kasih nya hati ini untuk menemui dan melihat sendiri betapa indahnya tempat tempat beribadah di baitullah (KAABAH)dan juga di Masjid Nabawi tempat Rasullah kita nabi muhammad saw bersemayang dan bersenadi di situ sehingga kini. Saya sangat sangat teringin untuk jejak kaki saya ke Mekah dan Madinah dalam masa yang terdekat ini. Memandangkan saya tidak berkemampuan, dengan ini saya benar benar mengharapkan agar allah subahanawataala mengkabulkan permohonan hamba mu ini untuk mendapat peluang pergi menunaikan umrah bersama kawan kawan dan muhrim saya jika di izin kan oleh allah, tuhan saj yang tahu betapa pilu dan sediah nya hati ini apabila tiap kali saya terpandang ke kaabah hati saya menjadi berdebar debar untuk ke sana. Adakah saya dan keluarga saya dapat peluang untuk ke Mekah ? Dengan ini saya mohon dan berdoa kepada allah agar hasrat saya di makbul. INSYA ALLAH ….
SAYA YANG MEMOHON JEMPUTAN UMRAH INI DENGAN KUASA DAN GERAK ALLAH SUBHANAWATAALLA.. ALLAH MAHA YANG MAHA MENGETAHUI DAN MAHA BESAR… ALLAH HUAKHBAR !!!!
LIEANANIMIRA
NO 48
JLN AU 4/1 TMN SRI KERAMAT TENGAH
54200 KUALA LUMPUR
KP: 510721115044
HP: 0192599492
JANTINA: PEREMPUAN
saya dan isteri patut menunaikan umrah kerana saya dan isteri ingin berdoa di depan kaabah supaya Allah S.W.T membukakan hati kepada kedua orang tua saya untuk memeluk agama islam.saya juga ingin berdoa di depan kaabah supaya saya dan isteri mendapat zuriat setelah 4 tahun menikah.
Saya berhajat untuk menunaikan umrah kerana diri ini terasa begitu jauh sekali dengan sang Pencipta Alam ini dan ingin mendekatkan diri kepadaNya. Saya ingin melihat kebesaran Allah Taala dan ingin menziarahi makam-makam Nabi di sana supaya mewujudkan lagi keinsafan dan ketaqwaan dalam diri ini kerana saya berasa terlalu banyak melakukan dosa dan ingin menjauhkan diri dari melakukan perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah Taala. Saya juga ingin menjadi seorang wanita yang tabah dan solehah serta mendoakan kesejahteraan kedua orang tuaku sehingga nafasku yang terakhir. Di samping itu juga saya ingin memohon kepada Allah Taala supaya dipertemukan jodoh yang sekufu kerana merasakan diri ini begitu bersalah terhadap kedua orang tuaku disebabkan tidak dapat menunaikan hasrat mereka serta menyebabkan mereka mendapat malu terhadap masyarakat kerana mempunyai anak seperti diriku. Mudah-mudahan pemergianku di sana membawa seribu pengharapan, keinsafan, ketaqwaan dan ketenangan jiwa buat saya dan juga kedua orang tua saya. Semoga Allah Taala memakbulkan doa hambamu ini. Amin
Assalammualaikum
Saya dan ibu berhajat menunaikan umrah kerana,inilah saat-saat yang saya tunggu dimana saya boleh membalas jasa dan pengorbanan ibu kepada saya selama ini,kerana ibu saya adalah seorang ibu yang benar2 cekal dan tabah untuk terus membesarkan saya selama ini walaupun banyak sekali dugaan yang datang.Peluang untuk pergi ke umrah adalah satu-satunya yang di idamkan oleh ibu saya selama ini,bagi yang berkemampuan ia tidak menjadi masalah dan bagi yang kurang berkemampuan ia adalah satu peluang keemasan yang tidak patut dilepaskan.Dimana kalau diberi peluang saya ingin sekali menjadikan Mimpi dan Doa ibu saya menjadi satu Kenyataan.Saya amat bersedih kerana setiap kali mendengar keluhan ibu,yang ingin sekali menjejakkan kaki ke Tanah Suci.Sudah lama hajat ibu itu tetapi disebabkan faktor kewangan ia menjadi terbatut.Saya bukan ingin meminta simpati tetapi dengan Niat Hati yang benar2 Ikhlas ingin sekali membalas jasa ibu,dengan membawanya ke Tanah Suci.Semoga Niat Suci saya ini dimakbulkan ALLAH,diRahmati juga diRedhai.Dan Doa saya Semoga program2 sebegini berkekalan dan diberi Pujian yang Tinggi.
Sharleena Eedayu
830520-13-5180
Blok 32-03-04,Sri Tioman Satu
Taman Melati 53000
Kuala Lumpur.
016-3150797
apakah perkara-perkara yang perlu diisi utk masuk ke pertandingan ini kerana saya nak carik borang peraduan ni tak jumpa lah.
saya patut mengerjakan umrah kerana sebolehnya saya ingin berdoa di hadapan kaabah agar Allah memberi hidayah kepada ibu dan ayah saya agar memeluk islam kerana saya tahu saya takkan bertemu mereka di akhirat kelak selagi mereka tidak beriman pada Allah.saya ingin berdoa mendapat zuriat yang sekian lama kami inginkan setelah pelbagai usaha kami lakukan.Seperti umat islam yang lain,saya juga ingin berdoa dan memohon keampunan dari Allah atas dosa-dosa yang lalu,mensucikan diri,hati dan jiwa,memohon keredhaan Allah dan semoga hati saya satu hanya untuk Allah dan memohon Allah tutup hati saya dari amalan dan agama yang dulu.Saya ingin bawa isteri bersama kerana sejak beliau bermimpi ke Mekah,sejak itu beliau asyik menyatakan hajatnya.Beliau sebak bila mendengar perkataan kaabah dan menangis bila melihat gambar Kaabah.Hati sayu tapi apa boleh saya lakukan?Faktor kewangan yang menjadi masalah.Di kesempatan ini saya hanya mampu berdoa agar kemenangan ini berpihak kepada saya insyaallah.
Alhamdulillah syukur kehadrat ALLAH TAALA, Hati saya meronta-meronta dan tak putus-putus berdoa agar ALLAH mengizin kan saya menjejakkan kaki ke tanah suci untuk memanjatkan doa di hadapan KAABAH. Hajat saya ingin pergi bersama suami saya MOHD GHAZI JUSOH kerana suami saya telah 8 tahun mengidap sakit yang tak boleh dikesan oleh doktor. Pada zahirnya suami saya nampak sihat tetapi masalahnya beliau tidak boleh keseorangan, tidak boleh tidur ( makan ubat tidur setiap hari), berdebar-debar, sering gelisah dan tiada keyakinan diri. Prestasi dan pekerjaan suami saya juga terganggu kerana sering cuti sakit. Pelbagai cara yang telah kami usahakan termasuk perubatan tradisional. Kini suami saya dalam rawatan doktor psikologi. Masalah kewangan menghimpit kami sehingga terpaksa buat ‘Re Finance rumah’, pinjaman peribadi, saudara mara dan kawan-kawan. Semoga dengan program ‘Jemputan Umrah’ ini dapat menyelesaikan semua permasalah saya. Semoga ALLAH memberkatinya. Amin
Nama: Norra binti Maakip
Tarikh Lahir:21/08/1966
Alamat : E13-3-4
Desa Pandan
Kg Pandan
55100 Kuala Lumpur
Tel Bimbit : 0192112408
Terima kasih
Saya sentiasa berdoa agar suatu hari nanti Allah mengizinkan saya dan 3 orang anak saya dapat menjejakkan kaki kami ke Tanah Suci Mekah. Sudah hampir 18 tahun saya membesarkan anak-anak sendirian tanpa nafkah daripada bekas suami. Apa jua kesukaran hidup kami harungi dan lalui dengan redha.Bukan mudah untuk membesarkan anak-anak sendirian yang kesemuanya lelaki. Itulah kekuatan dan semangat saya.Hasrat kami belum lagi kesampaian apatah lagi mengharapkan simpanan Tabung Haji yang belum pernah cukup-cukup hingga kini kerana simpanannya terpaksa saya gunakan buat membantu keadaan ketika terdesak. Saya pernah bermimpi suatu ketika dulu, saya berada diatas bukit yang tinggi dan nampak Kaabah dibawahnya. Saya mengapai tangan agar saya dapat kesana tetapi malangnya tiada siapa yang membantu. Hingga kini saya tertanya apakah maksud mimpi tersebut hasrat saya mungkin tidak akan tercapai untuk ke Tanah Suci.Apapun berlaku saya tetap tidak putus asa dan masih mengharap dan berdoa setiap waktu agar saya dan anak-anak dijemput menjadi tetamu Allah Swt suatu hari nanti.Saya sentiasa berdoa agar Allah memberikan seorang suami yang baik, yang mampu memberikan sepenuh kasih sayangnya kepada anak-anak saya, yang mampu memberikan kemewahan serta kesempurnaan hidup buat kami sekeluarga dan yang boleh membimbing kami ke jalan kebenaran.Saya juga berdoa agar bila nanti tiba masanya saya dijemput Allah biarlah saya pergi dengan penuh keimanan dan meninggalkan anak-anak dengan segala kesempurnaan hidup dunia dan akhirat dan sempat menjelaskan segala hutang piutang saya ketika di dunia ini. Inilah doa-doa yang ingin saya panjatkan pada Allah SWT ketika disana kelak dan sesungguhnya yakin akan dimakbulkan apabila di Tanah Suci. Semoga Niat Suci saya ini dimakbulkan ALLAH,diRahmati juga diRedhai. Inilah hadiah paling bermakna buat anak-anak dari seorang ibu tunggal seperti saya yang sentiasa redha diatas setiap apa yang berlaku. Amin!semoga hasrat murni saya ini dimakbulkan Allah SWT.
Saya dan suami berhajat menunaikan ibadat umrah kerana inilah impian kami sebenarnya. Hati nurani kami tersentuh apabila melihat rakan-rakan kami yang telah berjaya menunaikan ibadat Umrah atau pun Haji.
Tabungan kami untuk tujuan rukun Islam yang kelima ini masih terlalu jauh. Suami saya yang telah bersara masih menangung anak-anak yang masih bersekolah dan yang menuntut di universiti.
Setiap hari selepas solat, saya berdoa agar kami diantara yang terpilih menjadi tetamu Allah, tunduk sujud dihadapan Kaabah, menghayati kebesaranNya, penuh keinsafan, memohon ditingkatkan iman, dan kesejahteraan umat Islam seluruhnya.
Semoga luahan hati saya ini dinilai baik pihak Astro Oasis Jemputan Umrah. Kini, kami telah pun melewati usia emas, hati dan jiwa kami masih berharap agar impian untuk mengerjakan ibadah Umrah ini tercapai. Amin. Wassallam.
Saya dan suami berhajat menunaikan ibadat umrah kerana inilah impian kami sebenarnya. Hati nurani kami tersentuh apabila melihat rakan-rakan kami yang telah berjaya menunaikan ibadat Umrah atau pun Haji.
Tabungan kami untuk tujuan rukun Islam yang kelima ini masih terlalu jauh. Suami saya yang telah bersara masih menangung anak-anak yang masih bersekolah dan yang menuntut di universiti.
Setiap hari selepas solat, saya berdoa agar kami diantara yang terpilih menjadi tetamu Allah, tunduk sujud dihadapan Kaabah, menghayati kebesaranNya, penuh keinsafan, memohon ditingkatkan iman, dan kesejahteraan umat Islam seluruhnya.
Semoga luahan hati saya ini dinilai baik pihak Astro Oasis Jemputan Umrah. Kini, kami telah pun melewati usia emas, hati dan jiwa kami masih berharap agar impian untuk mengerjakan ibadah Umrah ini tercapai. Amin. Wassallam.
saya/keluarga berhajat menunaikan umrah sejak saya balik dari menunaikan haji tahun 2007. Lambaian kaabah membuatkan hati saya terlalu ingin menghampirkan diri dengannya lagi bersama anak perempuan saya yang ditinggalkan bapa hampir 15tahun dulu.kehidupan kami lebih bercahaya dengan kurniaan ini kelak.Insya’allah
Assalamualaikum,sekiranya saya tepilih dlm jemputan umrah ni,niat saya ingin menunaikan hajat ibadat umrah dgn suami saya,iaitu seorang mualaf dan anak angkat saya yang berumur 7 thn.setiap kali saya bedoa agar terbukanya hati suami saya utk menjalankan rukun islam dan menjadi ketua keluarga yang beriman tetapi selalunya hampa.pernikahan saya dgn suami sudah 23 tahun,terlalu byk dugaan dan rintangan kami lalui dan suami masih tidak kukuh agamanya.saya sangat mengharapkan ALLAH S.W.T dapat membuka hati suami saya dengan seluas-luasnye dalam agama islam.Disebabkan terlalu sayangkan keluarga dan rumah tangga saya.saya berharap agar impian dan doa termakbul.insyallah….
Assalamualaikum,
Saya yang telah ditinggalkan oleh kedua ibubapa berhajat sekali untuk menunaikan ibadat umrah dan dapat mendekati diri dengan kaabah agar doa saya yang hanya saya dengan ALLAH saja tahu di makbulkan. Saya tidak dapat melahirkan rasa dan keinginan hati saya yang bagai diseru untuk kekaabah tapi sehingga ke hari ini niat saya belum terlaksana. Dan apabila saya melihat tiap kali siaran di Astro mengenai jemputan umrah hati saya memberitahu dan berdoa agar saya berpeluang menjadi jemputan umrah seperti mereka. Maka inilah saya mengharap sekali pihak astro menjadi saya sebagai tetamu ALLAH setelah sekian lama saya berniat dihati.
Assalamualaikum
Jemputan umrah, siri yang menarik berdasarkan pertandingan slogan yang menyayat hati. Saya baru shj menonton siri2 jemputan umrah episod ke5, pasangan ibu bapa yg tidak merestui pekahwinan anak sulungnya hanya kerana faktor usia. CUma saya terpikir, atas alasan apa individu berjaya dipilih?
Terlebih dahulu saya memohon maaf. Pada pandangan saya, adalah baik dan jauh lebih bermakna sekiranya kriteria individu yg terpilih (i)bukan daripada mereka yg pernah berpengalaman pergi ke tanah suci dan (ii)bukan dari golongan yang mampu.
Bukankah ini lebih bermakna & memberi kepuasan kepada krew2, penerbit dan juga kami penonton siri jemputan umrah.. Saya rasa inilah objektif asal jemputan umrah.. Memberi peluang kepada golongan2 yang kurang berkemampuan utk mejejakkan kaki ke tanah suci buat pertama kali..
Sekian
Saya dan keluarga berhajat menunaikan ibadah umrah kerana rindu untuk menatap Kaabah, ziarah makam Rasullullah SAW, menjejaki bumi kelahiran Rasulullah SAW, rasul-rasul pilihan serta para sahabat baginda yang memperjuangkan syiar Islam. Moga dengan ibadah umrah saya dapat muhasabah diri, menyucikan zahir dan batin, beroleh ketenangan dengan merasa hampir pada Allah & Rasul, serta dapat menyeimbangkan kehidupan dunia dan akhirat.
Tiada tempat lain yang terindah di muka bumi ini, melainkan mengunjungi tempat penuh berkat ini, moga saya dapat beribadah dI Masjidil Harram Makkah dan Masjid An Nabawi Madinah.
Moga dengan izin Allah, dan saya mengharapkan pihak astro memilih saya sebagai tetamu ALLAH yang sekian lama saya hajati. AMEEN
Saya dan keluarga berhajat menunaikan umrah untuk menjadi tetamu allah, serta ingin memohon agar di ampunkan segala dosa-dosa yang dilakukan.Ingin sekali saya ke raudhah bagi memohon agar disembuhkan penyakit yang saya deritai selama ini.Dan jika dengan keizinan allah , saya berhajat sangat untuk menikmati air zam-zam bagi mengurangkan kesakitan ini.Mudah-mudahan saya diberi kesempatan dan peluang memohon petunjuk dan hidayah dari allah s.w.t bagi mengharungi hidup di dunia ini.
Suraya binti Mahmood
183 Lorong Hj.Junid,
kampung Rimba Terjun,
82000 Pontian.
K.p: 680917-01-5290
Assalamualaikum w.b.t…saya dan keluarga berhasrat untuk mengerjakan ibadah umrah kerana ingin memohon keampunan dari Allah menyucikan jiwa dan sanubari agar segala doa dimakbulkan Allah kerana sekembalinya dari menunaikan haji pada awal tahun 2008 lalu terasa kerinduan yang teramat sangat pada lambaian kaabah setiap kali melihat rancangan jemputan umrah oasis. Kerana pada musim haji yang lepas saya dan suami sahaja yang pergi niat dihati ingin bawa anak saya sekali tetapi tidak kesampaian kerana kekurangan kewangan. Anak saya teringin sangat hendak pergi ke mekah tetapi tidak kesampaian. Semoga dengan keizinan dari Allah kami dijemput menjadi tetamunya Insyaallah. Semoga hilanglah kerinduan yang tidak tertanggung ini. Hanya Allah yang Maha mengetahui perasaan ini. Saya doakan Rancangan Jemputan Umrah Astro Oasis ini diberkati Allah hendak-Nya kerana banyak menolong umat Islam ke arah jalan yang diredhoi oleh Mu Ya Allah. Amin….
Nama : Faridah Bt.Salim
Tarikh Lahir : 5/03/1959
Alamat : 344-M,Jalan Budiman,
Kg.Mengabang Tengah,
20400 Batu Burok
Kuala Terengganu.
N0.K/P : 590305-11-5208
N0.Telefon : 012-9386579(h/p)
09-6221287(R)
09-6203666(Pjbt)
Saya yg bernama Fatimah berhasrat mengerjakan ibadah umrah sekian lama, sejak remaja tapi tiada kemampuan membuatkan hasrat ini terpendam di lubuk hati dan jiwa.
Bila berkahwin, keinginan utk pergi bersama suami kembali berkobar-kobar.namun meleset sama sekali.suami yang kaya raya serta berkemampuan pergi seorang diri.namun, dihati teringatkan ini adalah satu pengorbanan sebagai seorang isteri menjaga anak-anak yang masih kecil.tiada dendam dihati dengan pemergian suami seorang diri.
Kini dlm usia menjangkau 54 tahun dan bergelar seorang janda, hasrat untuk menunaikan umrah bersama anak lelaki masih berkobar-kobar,tapi tiada kemampuan disebabkan tidak bekerja dan tidak mampu dari segi kewangan.jika dengan keizinan Yang Maha Kuasa dapat saya menyertai jemputan umrah ini,insyaallah, betapa besarnya anugerah itu kepda saya yang ingin menziarahi makam Rasulallah SAW dan tempat-tempat bersejarah dunia islam.saya amat merindui lambaian kaabah disana.
semoga hasrat murni saya ini termakbul…AMIN….
Tiba lah masa nya kami anak beranak betul betul tumpu kekuatan kami untuk mengikuti jemputan umrah ke baitullah , semakin saya melihat dan menonton oasis di tv semakin kuat keinginan ini untuk melutut serta bersujud dan berdoa di depan kaabah supaya segala kesusahan yang menimpa kami dapat di atasi dengan pertolongan allah subahanawataala ….
selama ini kami telah ditimpa dengan berbagai bagai masaalah , masaalah keluarga, yang paling perit sekali kami hadapi ialah orang yang sepatutnya menjadi tonggak keluarga dalam memimpin keluarga telah menipu kami bulat bulat …tidak boleh dipercayai, tidak boleh di harap tidak bertanggungjawab atas perbelanjaan anak anak boleh di katakan setiap masa menyusahkan hidup kami , sehingga sekarang kami masih diganggu dan dihantui oleh perbuatan tipu helah orang yang mengaku ketua keluarga konon, sedangkan dia hanya mementingkan diri dia sendiri dan niat jahat kepada kami yang di tinggal selama ini..
oleh yang demikian kami benar benar mengharap agar kami dapat ke baitullah untuk memohon doa supaya allah memberi petunjukan dan balasan setimpal atas perbuatan niat jahat orang tersebut , kami memang tertekan di atas penipuan yang di buat kepada kami sekeluarga !!!! allah maha mengetahui !!!
LOL.. kenapa ramai post jwpn kat sini? .. zzz..
saya begitu teringin untuk hadiahkan jemputan umrah buat kedua orang tua saya. mereka sudah lama ingin menunaikn umrah tetapi kesempitan wang. saya sangat ingin membantu mereka. saya berharap dengan menyertai peraduan ini saya dapat membantu mereka. saya berharap yang saya boleh menang peraduan ini. insyaallah……….
Assallamualaikum,
Saya sangat-sangat teruja untuk menyertai program “jemputan umrah” ini sebab saya amat teringin untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah bersama suami dan anak-anak tapi apakan daya kami tidak mampu menunaikan hajat kami untuk ke sana buat masa ini kerana kos atau pembiayaannya mahal buat kami. Dengan adanya program ini mungkin peluang saya dan keluarga kesana cerah. Seandainya kami terpilih dijemput untuk menjadi tetamu Allah, saya rasa jutaan syukur ke hadrat Ilahi kerana menjemput kami kesana. Kamilah orang yang paling bertuah kerana dapat menjejakkan kaki ke tempat yang sangat diimpikan oleh setiap umat Islam di Dunia ini. Saya nak sangat lihat Kabbah di depan mata saya. Saya hendak menunaikan segala suruhan Allah bersama suami dan anak-anak di depan Kabbah. Saya rasa sangat sedih kerana hajat aruwah Ibu dan Bapa saya untuk kesana tidak kesampaian. Ibu saya telah membuat segala persiapan untuk menunaikan Fadhu Haji tapi Allah lebih sayang dia, Dia mengadap tuhan sebelum sempat pergi menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Seandainya saya ke sana saya akan memohon kepada Allah supaya mengampunkan dosa ibu dan bapa saya dan masukkan rohnya dalam golongan orang-orang yang beriman. Begitu juga ibu mertua saya di telah meninggal dunia di Tanah Suci Mekkah. Kalau boleh saya dan suami ingin melihat tempat dimana ibu mertua saya dikebumikan di sana. Sungguh bertuah dia kerana pergi mengadap Ilahi semasa sedang menunaikan Haji di Mekkah. Saya juga nak menziarah Makam Nabi Muhammad S.A.W. dan tempat-tempat bersejarah di sana. Kalaulah saya berpeluang kesana alangkah bahagia dan jutaan terima kasih saya hulurkan kepada program ini dan Semoga niat saya akan dimakbulkan oleh Allah S.W. Amin.
Nama : Norsila Binti Baharum
IC : 680520-05-5032
Alamat : No. 6, Jalan Meranti 6B/3, Seksyen 3
Fasa IV, 44300 Bandar Baru Batang Kali
Selangor Darul Ehsan
No. Tel : 013 – 2355614 / Pejabat : 03 – 22673633
No. Akaun Astro : 14150028979523
Aku dan nenek patut mengerjakan umrah kerana sudah terlalu lama kami rindukan lambaian kaabah. Seronok apabila mendengar nenek bercerita tentang pengalamannya ketika mengerjakan haji dan umrah beberapa tahun lepas. Terasa hati ini turut teruja untuk menatap rumah Allah itu di depan mata. Aku nekad untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci itu satu hari nanti. Nenek pernah berkata ‘Nanti kalau ada rezeki, bawalah nenek sekali ke sana’. Aku mengangguk, mengiakan. ‘Insyallah nek kalau ada rezeki Nurul akan bawa nenek ke sana ya!’ Jauh disudut hati aku benar-benar ingin merealisasikan impian itu.
Nenek seorang wanita gigih dan juga pintar. Walau sudah dimamah usia, berdepan dengan pelbagai dugaan namun wajahnya masih mampu menggaris senyum, tidak kira dalam apa jua situasi. ‘Comel’ fikirku! Ya! Memang nenekku comel sekali dan kadang kala nakal juga. Kami memang rapat. Dialah yang menjagaku dan adik-adik sejak kecil tika Mak dan Ayah bekerja. Menjadi pendengar setia atas setiap keluh kesahku. Teman rapatku yang tak putus-putus mendoakan diri ini. Terima kasih ya nek!
Tahun ini mak dan ayah menerima berita gembira daripada pihak Tabung Haji, mereka terpilih untuk menunaikan haji untuk musim kali ini. Alhamdullilah, syukur kuucapkan pada-Nya. Memang mak dan ayah sudah lama merancang, menabung berdikit-dikit untuk mencukupkan wang bagi kesana. Malah mereka sudah 3 kali mengikuti kursus haji bersiri. Ada waktu lapangku, aku turut serta ikut mak ke kursus. Seronok mendengar celoteh bersahaja ustaz yang menyampaikan ilmu rukun islam yang ke-5 itu. Membuatkan aku semakin ingin menjejak aku ke bumi para anbia’. Semua perasaan dan cerita-cerita yang kudapat, kukisahkan pada nenek. Bercahaya wajahnya mendengarkannya. Nyata sekali, rindu nenek pada Mekah lebih-lebih lagi.
Sejak awal tahun lagi mak dah mencongak-congak, cukupkah tabungan? Bagaimana dengan perbelanjaan anak-anak yang ditinggalkan? Belanja disana pula macam mana? Runsing benar mak. Aku ada menasihat, ‘tak usah fikir soal itu, Nurul sudah bekerja tak usah risau hal belanja adik-adik, insyallah cukup!’. Tapi sifat mak yang begitu was-was tak pernah surut. Ada sahaja yang dingomelkannya. Kuadukan pada nenek, senyum sahaja jawabnya.
Satu hari nenek mengajak aku makan dirumahnya. Rindu agaknya dia padaku. Maklumlah semenjak dah bekerja ni, jarang-jarang aku dapat meluangkan masa dengan nenek. Aku menuju ke rumah nenek dengan mak. Kami berborak-borak selepas makan dan masuk pula soal haji mak dan ayah. Tiba-tiba nenek mengeluarkan sesuatu dari koceknya. ‘Nah pakai duit mak ni buat tambah belanja kau ke Mekah!’ kata nenek pada mak. Terkejut juga aku dan mak. Sudah dikira-kira, dekat RM2000 duit yang nenek beri itu. ‘Mana mak dapat duit?’ soal mak. Nenek sengih kemudian diceritakannya. Hendak tahu kenapa kukatakan nenek pintar dan nakal? Anaknya 9 orang, setiap bulan apabila datang seorang-seorang anaknya menghulurkan wang belanja, nenek senyap-senyap menabung. Bila tiada barang dapur, dipesan pada anak yang ini. Bila habis barang keperluan harian disuruhnya anak yang itu membeli. Bijak sungguh, kata-katanya berkias. ‘Malas mak nak berjalan ke kedai depan tu, kau tolong belikan ya!’ Jadinya, duit belanja hanya tinggal membeli lauk harian sahaja. Lama juga nenek mengumpul. Kata nenek pada mak, ‘Niat hati nak pergi menunaikan haji lagi sekali, tapi entah sempat atau tidak. Mak dah tua. Sudah kebetulan kau nak ke sana, gunalah duit mak tu. Ada juga saham mak disana.’ Senyumnya. Hatiku tersentuh sekali. Betapa nenek memang sungguh mahu menjadi tetamu-Nya. Aku mendekati nenek. Kubisik padanya ‘nanti Nurul bawa nenek ke Mekah ya’. Nenek menjawab ‘Nenek dah tua Nurul, entah sempat entah tidak kau nak bawa nenek. Menunggu kau kahwin pun entah bila. Nenek nak carikan jodoh tak mahu.’ Pandai nenek menukar topik. Kesitu pula dia! ‘Pasal tu kita kena pergi nek, nanti kita pergi jabal rahmah dan doa sama-sama. Moga-moga Nurul dapat jodoh yang baik.’Jawabku. ‘Insyallah lepas Nurul balik daripada sambung belajar nanti, adalah duitnya untuk kita ke sana.’ Kataku lagi. ‘Entahlah Nurul…’ Itu saja jawab nek. Dia tidak mengharap tapi aku sudah nekad.
Sejak aku sudah bekerja memang aku dah rancang untuk mendapatkan wang bagi membawa nenek ke sana. Aku merupakan seorang tutor di sebuah universiti awam dan insyallah akan menyambung pelajaranku ke peringkat master tidak lama lagi. Sewaktu belajar nanti aku akan mendapat biasiswa dan pada masa yang sama gajiku juga dibayar penuh. Alhamdullilah! Tekadku hanya untuk menggunakan duit biasiswa sahaja maka dengan duit gaji yang terkumpul nantilah aku ingin membawa nenek ke sana. Insyallah. Namun keputusan melanjutkan pelajaran masih lagi ragu-ragu kini. Ada masalah dengan kuota dan bajet KPT. Gusar bila memikirkan kemungkinan aku tidak dapat melanjutkan pelajaran. Bagaimana dengan janji ku itu?
Kemudian aku menonton siaran astro oasis, jemputan menunaikan umrah. Bagai terpanggil diri ini untuk menulis. Untung-untung ada rezeki, boleh aku membawa nenek ke Tanah Suci. Namun sedikit yang merungsingkan adalah had jumlah perkataannya yang hanya 150. Jujurnya aku tidak betah menulis padat. Jadi aku luahkan sahaja apa yang terbuku dihati. Jikalau tiada nasibku dan nenek tidak mengapalah. Mungkin ada rezeki nenek untuk merasa duit kumpul gajiku nanti. Ku mohon Allah memanjang umur nenek. Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca.
saya dan keluarga berhajat menunaikan umrah kerana saya merasakan inilah satu-satunya peluang untuk saya dan keluarga saya pergi menunaikan umrah bersama sama.Kesyahduan dan keseronokan beribadat disana semestinya tidak kite ungkapkan dan lepaskan.setiap kali saya memikirkan mengenai umrah, hati saya seolah olah sayu dan sedih serta memikirkan bila agaknya masa aku dan keluarga aku dapat mengerjakan umrah bersama sama.Seandainya kami terpilih dijemput untuk menjadi tetamu Allah, saya rasa jutaan syukur ke hadrat Ilahi kerana menjemput kami kesana.
Hikmah disebalik yang ditakdirkan, dalam keadaan buntu dan berserah kepada Allah, Peraduan Jemputan Umrah Astro-Oasis berketepatan dengan masanya. Hajat abah dan emak saya untuk menunaikan umrah bersama-sama tidak kesampaian kerana abah saya terlebih dahulu dijemput Ilahi untuk menemuinya. Pada tahun 1998 bermulanya episod dimana saya sekeluarga tiba-tiba mendapat penyakit misteri, kesihatan mental dan fizikal kami menjadi tidak stabil. Kami sentiasa bertelagah dan tidak bersefahaman setiap kali bertemu, badan juga sentiasa sakit-sakit bagai dicucuk jarum dan tidak bersemangat untuk melakukan kerja dan aktiviti harian. Kami dinasihati oleh seorang ustaz agar berubat secara tradisional kerana pada pendapat ustaz itu, keluarga saya telah dianiaya. Pelbagai cara telah saya sekeluarga lakukan untuk memulihkan keadaan. Sehinggalah pada tanggal 29hb. Mac 2006 bersamaan 29 Safar 1427H, adik lelaki saya telah kembali kerahmatullah akibat kemalangan jalan raya. Abah bercadang untuk menunaikan umrah untuk berdoa di hadapan Baitullah semoga Allah memberi petunjuk dan melembutkan hati orang yang menganiaya keluarga kami supaya melupakan hajat-hajatnya itu. 7 bulan selepas itu pada hari raya ke 3, abah tiba-tiba diserang penyakit angin ahmar, abah tidak dapat bercakap dan berjalan, selepas berubat secara tradisional, kesihatan abah semakin pulih, abah sudah boleh berjalan dan bercakap, tetapi hajat abah untuk menunaikan umrah tidak dapat ditunaikan kerana abah menjadi tidak pandai bersolat dan mengaji. Setiap kali masuk waktu solat emaklah yang akan mengajar abah cara mengambil wudhu’, niat solat dan cara untuk bersolat. Dalam keadaan sakit, abah tetap juga pergi ke surau walaupun dia hanya mengikut sahaja apa yang imam lakukan. Sedangkan sebelum ini, suara abahlah yang melaungkan azan. Abah juga menjadi imam kepada kami sekeluarga. Sehinggalah pada subuh 9hb. April 2008 bersamaan 3 Rabiulakhir 1429H, sewaktu ingin menunaikan solat subuh, abah terjatuh dan menghembuskan nafasnya yang terakhir disurau. Hajat abah untuk menunaikan umrah bersama emak akhirnya terkubur sehinggalah saya menonton program Peraduan Jemputan Umrah astro-Oasis ini, saya rasa terpanggil untuk menyertai dan menunaikan hasrat abah yang tidak kesampaian. saya ingin berdoa dihadapan Baitullah supaya Allah memberi taufik dan hidayah kepada saya sekeluarga dan semoga Allah melembutkan hati orang yang telah menganiaya keluarga saya. Sekiranya saya adalah yang terpilih, ini adalah kegembiraan bagi saya. Semoga saya dapat melupakan kesedihan yang berlaku kerana abah meninggal dunia pada pagi hari ulangtahun kelahiran saya yang ke-28. Al-Fatihah.
nora rahman
Hikmah disebalik yang ditakdirkan, dalam keadaan buntu dan berserah kepada Allah, Peraduan Jemputan Umrah Astro-Oasis berketepatan dengan masanya. Hajat abah dan emak saya untuk menunaikan umrah bersama-sama tidak kesampaian kerana abah saya terlebih dahulu dijemput Ilahi untuk menemuinya. Pada tahun 1998 bermulanya episod dimana saya sekeluarga tiba-tiba mendapat penyakit misteri, kesihatan mental dan fizikal kami menjadi tidak stabil. Kami sentiasa bertelagah dan tidak bersefahaman setiap kali bertemu, badan juga sentiasa sakit-sakit bagai dicucuk jarum dan tidak bersemangat untuk melakukan kerja dan aktiviti harian. Kami dinasihati oleh seorang ustaz agar berubat secara tradisional kerana pada pendapat ustaz itu, keluarga saya telah dianiaya. Pelbagai cara telah saya sekeluarga lakukan untuk memulihkan keadaan. Sehinggalah pada tanggal 29hb. Mac 2006 bersamaan 29 Safar 1427H, adik lelaki saya telah kembali kerahmatullah akibat kemalangan jalan raya. Abah bercadang untuk menunaikan umrah untuk berdoa di hadapan Baitullah semoga Allah memberi petunjuk dan melembutkan hati orang yang menganiaya keluarga kami supaya melupakan hajat-hajatnya itu. 7 bulan selepas itu pada hari raya ke 3, abah tiba-tiba diserang penyakit angin ahmar, abah tidak dapat bercakap dan berjalan, selepas berubat secara tradisional, kesihatan abah semakin pulih, abah sudah boleh berjalan dan bercakap, tetapi hajat abah untuk menunaikan umrah tidak dapat ditunaikan kerana abah menjadi tidak pandai bersolat dan mengaji. Setiap kali masuk waktu solat emaklah yang akan mengajar abah cara mengambil wudhu’, niat solat dan cara untuk bersolat. Dalam keadaan sakit, abah tetap juga pergi ke surau walaupun dia hanya mengikut sahaja apa yang imam lakukan. Sedangkan sebelum ini, suara abahlah yang melaungkan azan. Abah juga menjadi imam kepada kami sekeluarga. Sehinggalah pada subuh 9hb. April 2008 bersamaan 3 Rabiulakhir 1429H, sewaktu ingin menunaikan solat subuh, abah terjatuh dan menghembuskan nafasnya yang terakhir disurau. Hajat abah untuk menunaikan umrah bersama emak akhirnya terkubur sehinggalah saya menonton program Peraduan Jemputan Umrah astro-Oasis ini, saya rasa terpanggil untuk menyertai dan menunaikan hasrat abah yang tidak kesampaian. saya ingin berdoa dihadapan Baitullah supaya Allah memberi taufik dan hidayah kepada saya sekeluarga dan semoga Allah melembutkan hati orang yang telah menganiaya keluarga saya. Sekiranya saya adalah yang terpilih, ini adalah kegembiraan bagi saya. Semoga saya dapat melupakan kesedihan yang berlaku kerana abah meninggal dunia pada pagi hari ulangtahun kelahiran saya yang ke-28. Al-Fatihah.
Norahirzan Binti Abd Rahman
No.7, Jalan S/J 8
Taman Setia Jasa
28000 Temerloh
Pahang Darul Makmur
09-2987820
Surah Al Fatihah 1:6 Tunjukilah kami jalan yang lurus. Saya dan keluarga berhajat menunaikan umrah kerana Allah SWT memberi taufiq dan hidayah kepada saya dan keluarga saya. “Taubatan Nasuha” yang membuat saya terharu selama ini, sesungguhnya Allah SWT Ya Rahman Ya Rahim menerima taubat keinsafan mahluk ciptaan nya. Saya terdengar ceramah radio dari seorang ustaz tidak lama dulu. Beliau mengatakan jika kita mengamalkan zikir “La Ila Ha Illallahu wahdahu La Syarikalah. Lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ala kulli syain qodir dibaca 4x maka samalah seperti seseorang itu mengerjakan fardhu haji keMakkah. Wallahu a’lam. InsyaAllah jika ianya baik Allah SWT pasti balas dengan kebaikan walau sebesar zarrah. Saya amat terharu dengan kuasa Allah SWT menurunkan mukjizat iaitu Al Quran kepada Baginda Nabi junjungan kita penghulu sekalian ummat utk dijadikan panduan dan as-sunnah Nabi kerana inilah saya telah dididik menjadi insan yang sempurna dan sentiasa merasa kerdil dan mendekati diri kepada Allah SWT. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Wassalam.
assalamualaikum………
saya begitu teringin dan berhajat utk membuat umrah….saya sudah berhajatkannya sejak sekolah rendah lagi.apabila tiba bulan ramadhan,saya suka menonton jemaah haji dan umrah solat tarawih.saya teringin dan sering berdoa agar Allah memberi rezeki kepada saya untuk membuat umrah atau haji.saya bukan orang kaya atau berkemampuan untuk membuat umrah,saya orang biasa sahaja.kawan saya akan membuat umrah tak lama lagi .ini adalah hadiah dari ayahnya sempena kejayaannya dalam PMR.saya selalu fikir,kalau lah aku boleh jadi macam dia,mesti best…….apabila saya suarakan pada emak,emak hanya tersenyum dan berkata,’mereka mampu,kita tak mampu’.lagipun ayah saya saya sudah meninggal dunia….maka emak saya kena bekerja keras untuk menampung kami sekeluarga.kalaulah saya berkesempatan untuk membuat umrah,saya mendoakan kesejahtaraan ayah dan emak saya.saya tak sempat nak mintak maaf pada ayah sebelum dia meninggal.saya juga nak doa agar Allah buka pintu hati swaya untuk menerima pelajaran dengan baik dan berjaye dalam pelajaran.saya nak sangat gembirakan emak dengan kejayaan saya………saya harap sangat dapat pergi umrah.’Ya Allah…….bantulah aku untuk mengunjungi rumah Mu…amin
Kenapa Saya/Keluarga/Kenalan patut mengerjakan umrah….
Nama :Emmie Faiezah binti Mahadi
IC :801120-05-5402
Alamat : A1 tingkat 2, Kuarters Pendidikan
SK Undang Rembau,
71309 Rembau,
N.Sembilan
No. Tel : 013–6802236/Pej:06-6852715/fax:06-6855770
No. Akaun Astro : 084481415-5
Tujuan pergi ke Makah Al-Mukarrah adalah satu untuk menemui kekasih yang Maha Agung.Memohon keampunan atas kesilapan yang telah dilakukan samada sengaja mahupun tidak sengaja. Merasai kenikmatan beribadah yang sering diperkatakan oleh orang-orang yang telah pergi menunaikan haji & umrah.
“Taubatan abdi zholimin,La yamliku linafsihi, dharran wa la naf’an,wala mautan, wala hayatan wala nushura”.
Keterujaan hati ingin pergi ke Baitutullah apabila melihat program “jemputan umrah” yang disiarkan oleh astro oasis.
Terdetik rasa cemburu melihat teman-teman yang dipilih dapat menyertai program tersebut. Cemburu di sini bukan bererti cemburu yang membawa kepada perkara yang negatif,cuma sekadar merenung kebahagian mereka yang dapat bertemu dengan kekasih hati di Baitullah. Alangkah beruntungnya jika diriku yang berada ditempatnya.
Saya dan keluarga ingin menunaikan rukun umrah kerana tersangat rindu ke Masjidilharam dan Baitullah. Baru-baru ini saya telah pun pergi ke tanah suci bersama-sama dengan kawan untuk menunaikan rukun islam. Alhamdulillah saya dapat buat tawaf dan sa’i serta sembahyang fardu dan sunat. Akan tetapi tidak dapat membuat umrah berulang kali. Dan apabila ke Madinah pula saya dapat mengerjakan sembahyang 40 waktu, tetapi apa yang saya rasa terkilan kerana masuk ke rumah Allah tetapi tidak dapat menziarahinya.
Dari hadis bersabda “Barangsiapa datang ke rumah Ku tidak menziarahiku seolah-olah menyakitkan hatiku”.
Dan kali yang kedua ini saya bertawakal kepada Allah kerana Dialah yang menentukan agar dapat dipilih ke Jemputan Umrah kali ini. Oleh itu saya sangat berharap dan bermohon kepada ASTRO OASIS agar dapat beri kesempatan kepada saya bagi merealisasikan impian saya bersama keluarga selagi selagi saya masih hidup.
Sekian terima kasih.
Daripada
Jamalah binti Omar
605 Bagan Belat,
Telok Air Tawar,
13050 Butterworth,
Pulau Pinang
No kad pengenalan : 401003-07-5102
No tel rumah : 04-3515811
Semenjak anakanda kami yang tersayang pergi menemui Illahi pada 5 Februari lalu ketika usianya baru berusia 2 tahun 11 bulan, hati saya dan suami begitu sunyi dan kami berasa teramat kehilangannya. Hanya kepada Allah lah tempat kami mengadu, mencurah rasa rindu dan meminta pertolonganNya. kami redha dan sabar atas Qada’ dan Qadar nya kerana sesungguhnya ajal dan maut adalah ketentuanNya. Untuk mencari ketenangan hati, kami amat bersyukur jika dapat berpeluang beribadat di Mekkah dengan mengerjakan umrah, sesungguhnya hanya kepada Allahlah kami memohon pertolongan dan kami bersyukur atas segala limpah dan rahmat yang diberikan.
Assalamuakaikum saudaraku di halaman Astro Oasis Jemputan Umrah. Saya dan isteri begitu berhajat dapat menunaikan umrah di bumi Mekah yang dipenuhi rahmat Allah ini adalah untuk mencari jalan sebenar kehidupan dan peluang untuk bertaubat secara lebih dekat dengan Allah terhadap dosa-dosa lalu sama ada disedari atau tidak. Banyak dugaan telah saya lalui terutamanya di sepanjang penghujung tahun 2005 di mana saya telah terlibat di dalam suatu kemalangan yang tanpa saya sedari semasa dalam perjalanan pulang bekerja selepas menunaikan solat jumaat. Akibat kemalangan itu, saya telah dimasukkan ke wad kecemasan HTAR, Klang dan didapati mengalami pendarahan organ limpa dan keretakan tulang belakang yang hampir menyebabkan saya lumpuh. Akan tetapi dengan izin Allah, saya kembali dapat berjalan tetapi masih mengalami kesan gangguan saraf yang mengakibatkan keupayaan kaki lemah dari paras pinggang ke bawah. Saya juga berasa amat terhutang budi kepada isteri saya yang banyak berkorban masa dan tenaga serta amat cekal menghadapi liku-liku sukar kehidupan ketika itu dan berharap jemputan umrah ini akan dapat sedikit sebanyak membalas jasanya itu. Amin….
Saya dan keluarga patut mengerjakan umrah kerana ingin mendekatkan Islam kepada bapa yang mualaf memandangkan usianya menjangkau 70 tahun. Saya terpanggil untuk merebut peluang Jemputan Umrah, agar beliau mendapat pendekatan berkaitan dunia Islam, hukum-hakam agama, kehidupan dan tanggungjawab sebagai umat Islam bagi menghindari beliau menjadi kabur, lalai tanpa mengikut acuan Islam sebenarnya. Selaku anak, tidak bertujuan untuk saya menjatuhkan aib, namun kenyataan bahawa beliau tidak mempraktikan kehidupan Islam seperti menunaikan sembahyang, berpuasa dan masalah utama yang dihadapi adalah ‘pelat ‘ untuk menyebut apatah membaca ayat suci Al-Quran. Walaupun beliau pernah berhasrat dan mencuba belajar ilmu agama, namun kekurangan pengajar di kalangan keluarga, akhirnya beliau terabai daripada menjalani kehidupan sebagai muslim sejati. Permasalahan ini menghantui fikiran dan membuatkan saya rasa bersalah, bimbang jika perkara ini berlanjutan hingga ke akhir hayatnya kelak. Selaku anak, usaha yang dapat saya lakukan adalah terus-terusan berdoa semoga berkesempatan membawa beliau ke tanah suci dan beliau mendapat hidayah.
‘Alfatihah’ untuk arwah ibu tercinta yang telah pulang ke rahmatullah pada tanggal 5hb mac 2008.Semoga dicucuri rahmat dan Allah menyanyangi arwah ibu sebagaimana arwah ibu menyanyangi diriku semasa kecl..Amin.Saya dan keluarga ingin menunaikan umrah kerana saya terlalu kerdil untuk meneruskan sisa-sisa hidup dengan dugaan ALLLAH yang datang setelah dibenci dan difitnah semua ahli keluarga semata-mata kerana saya satu-satunya anak arwah yang menjaga arwah selama sebulan arwah terlantar di hospital. Saya jugalah yang dipilih untuk mengadap arwah menghembuskan nafas terakhir di wad ICU hinggalah jenazah arwah ibu sampai ke depan pintu rumah.Saya kelolakan seorang diri dengan linangan air mata mengenangkan nasib arwah ibu dan tertanya-tanya mengapa adik beradik saya jadi begini? Adik beradik tak dapat menerima hakikat yang tersurat kerana tak percaya ibu sakit. Saya difitnah telah membomohkan arwah ibu semata-mata arwah memilih saya untuk menjaga arwah semasa sakit dan menyimpan semua barang peninggalan arwah kepada saya. Hati saya hancur dan hanya mampu menghadap Allah setiap malam berdoa dan terus berdoa agar 6 orang adik beradik saya diberi petunjuk dan hidayah. Saya ingin menghadap di depan kaabah menadah tangan, berdoa dan terus berdoa dan sujud kepada Allah agar dugaan yang datang dariNya dapat saya terima dengan tabah.Saya tak mahu adik beradik saya terus sesat jauh bayangkan arwah ibu banyak berkecil hati dengan mereka. Saya juga yang rasa berdosa hingga ke hari ini dengan sikap adik beradik saya sendiri.Saya doakan ibu telah mengampunkan semua dosa anak-anaknya termssuk saya. Sebelum arwah ibu meninggal arwah ingin ke Mekah untuk menunaikan umrah bersama saya tapi, apakan daya Allah lebih sayang kepadanya.Seanadai saya terpilih saya bersyukur dapat
menghambakan diri memohon limpah kurniaNya agar arwah ibu berbahagia di alamnya dan Allah memberi petunjuk kepada insan-insan yang alpa denganNya termasuk diri saya InsyaAllah.
bissmillahhirrahmannirrahim..
assalamualikum..
Kenapa Saya/Keluarga/Kenalan patut mengerjakan umrah….
satu ayat yang amat dinantikan oleh semua umat manusia walaupun dengan hanya menunaikan umrah….sudah cukup bermakna bagi mereka yang mendengarnya….
Sedang asyik mendengar bait2 lirik kumpulan unggu(Andai Ku Tahu)
By Ungu
Andaiku tahu kapan tiba ajalku
Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku
Andaiku tahu kapan tiba masaku
Ku akan memohon Tuhan jangan Kau ambil nyawaku
Ref:
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Andaiku tahu malaikatku datang menjemputku
Ijinkan aku mengucap kata tobat pada-Mu
(back to Ref)
Ampuni aku dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku menangisku bertobat kepada-Mu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di surga
Andaiku tahu kapan tiba ajalku
Ijinkan aku mengucap kata tobat pada-Mu
(back to Ref)
Ampuni aku dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku menangis bertobat padamu
terasa diri ini kecil dan tak bermaya…tapi tiada perkara yang dapat mengembirakan hati ini melainkan dapat mengembirakan hati kedua ibu bapa sementara hayat mereka ada..hanya satu perkara yang benar2 ingin saya hajatkan melalui peraduan ini ialah untuk merapatkan lagi kedua2 ibu bapa saya..yang selama ini tinggal sebumbung tetapi tidak sehaluan & tidak bermuafakat,boleh bercakap tapi tak sehaluan boleh ketawa tapi tak senada boleh memendang tapi tak serasa..hanya Tuhan yang tahu..mena ada seorang anak yang hampir 14 tahun yang terpaksa menjadi oarang tengah dalam kominikasi bagi keluarganya gembira dengan keadaan ini…tapi saya harus memikulnya…demi melihat keluarganya bahagia..seandainya hajat & rezeki saya didalam perduan ini
ingin saya hadiahkan kepada ibu bapa saya semoga mereka ketemu sinar & rahmat Allah disana(tanah suci mekah)bagaikan Hawa dan Adam. saya dan suami juga berharap agar rezeki saya terbuka untuk menjejakkan kaki bagi berpeluang merasai nikmat Allah yang tidak terhingga juga ingin memohon keredhaanNya bersama suami dan anak tercinta.Walaupun UMRAH namun amat bermakna buat saya suami dan ibu bapa saya (keluarga) memohon niat juga merendahkan diri dengan KekuasaanNya…tiada siapa yang mendengar juga mengetahui perjalanan hidup melainkan Allah yang mengetahui disebalik kisah ibu bapa saya dan disebalik kisah saya bersama suami yang juga tidak lari dari dugaan…mudah2han Allah memberi peluang pihak OASIS memenuhi hajat saya dalam peraduan ini…AMIN….
salam…
ramainye yg slh phm..bkn anta jwpn kt sni la..lne daftar dlu.
Saya berhajat menunaikan ibadah umrah kerana saya bernazar sekiranya dapat melahirkan anak bongsu dengan selamat pada usia 43 tahun. Saya diserang “chronic chicken pox” ketika kandungan berusia 3 bulan. Beberapa orang doktor sekeras-kerasnya menyuruh saya menggugurkan kandungan kerana potensi jangkitan virus kepada anak dalam kandungan dan menyebabkan kecacatan adalah tinggi. Begitu juga rakan-rakan.
Saya menjadi amat buntu, keliru dan fikiran bercelaru.
Namun, saya tetap percaya kuasa Allah SWT. Saban hari saya berdoa tidak putus-putus kepadaNya supaya kandungan sihat dan sempurna.
29 Disember 1989, pagi Jumaat subuh, lahirlah seorang bayi lelaki yang sihat dan sempurna. Air mata mengalir tanpa henti dan tidak putus mengucap kesyukuran kepada Allah SWT.
Malah apabila menonton Astro Oasis, mengalirlah air mata mengingatkan nazar membawa ”anak bertuah” bersama suami dan terlintas di fikiran bilalah agaknya saya dapat membayar nazar ini. Kini saya berusia 62 tahun setiap saat saya berdoa memohon agar nazar saya dimakbulkan Allah menerusi rancangan ini. Kepada anak-anaklah sentiasa saya menyatakan harapan saya ini.
Assalammualaikum kepada pihak penganjur dan astro..Pada suatu ketika dahulu sebelum arwah ayahandaku meninggal dunia ia hendak melaksanakan ibadah haji dan umrah bersama isteri tersayang iaitu bonda tercinta yang dimana keinginan menghadap yang maha ESA dan lambaian kaabah , tetapi apakan daya kami sekeluarga tidak berkemampuan untuk menjejaki ditanah suci,dengan ada penyertaan astro ini saya dapat menunaikan hasrat ini untuk bonda tercinta yang sekian lame menunggu menjejaki ke tanah suci makkah dan menziarahi tempat untuk mengisi dengan dalam lagi tamadun islam bersejarah walaupun yang dihajati selama ini bersama insan tersayang iaitu arwah suami tidak tercapai,Sekiranye diberi peluang dan hajat ini untuk insan yang saya paling sayangi dan dikasihi agar mendapat keberkatan dari yang maha ESA
Pertama sekali tujuan saya dan keluarga ingin menunaikan umrah adalah kerana mudah - mudahan rahmat , keredhaan, petunjuk dan hidayah dari Allah S.W.T sentisa dilimpahkan kepada saya sekeluarga. Kalau diikutkan kemampuan kesihatan, Insyaallah saya dan keluarga adalah orang yang sepatutnya sudah sampai ke rumah Allah. Tetapi disebabkan kemampuan kewangan yang masih belum mengizinkan,hajat untuk sampai ke rumah Allah masih belum tercapai. Mungkin dengan kehendak Yang Maha Kuasa, diri saya dan keluarga terpanggil untuk menjadi tetamunya, Insyaallah melalui program yang dianjurkan astro inilah mungkin rezeki saya dan keluarga dapat sampai ke mekah melihat Kaabah rumah Allah. Saya dapat rasakan kita ini tak akan cukup dengan apa yang kita telah ada,dunia dan segala-galanya.Dengan rasa rendah diri, sebagai hamba yang sentiasa mengharap keredhaannya, keinginan untuk lebih mendekatkan diri pada Allah ,memperkuatkan lagi azam saya , mudah – mudahan diriku dan keluarga diterima untuk menjadi tetamu Allah.Insyaallah mudah-mudahan hajat ku ini dikabulkan.Amin.
Tiada kata seindah bahasa yang dapat di ungkapkan dan digambarkan seandainya insan yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah itu adalah keluarga kami, justeru hanya orang yang di izinkan dan mendapat restuNya sahaja yang dapat menziarahi kota suci Mekah itu. Walau pelbagai hajat dan tujuan serta keinginan terpahat di sanubari ini untuk menjadi tetamu jemputan umrah , Impian kami hanya ingin menggarap kenangan indah bersama Astro Oasis di samping menjadikan program ini lebih berjaya mencapai matlamat dengan cemerlang.
Syukran, salam lambaian kaabah.
Rohanim Bt Shahari
Assalamualaikum para pembaca yg budiman,
Begitu banyak penyertaan yg saya perhatikan di ruangan komen ini. Baguslah kerana ini menunjukkan masyarakat Msia masih prihatin dgn program2 yg berunsur keagamaan. Syukur rasanya. Jika Sha, @ pihak admin tidak keberatan, izinkan saya membuat sedikit pembetulan atas kekeliruan yg mungkin berlaku.
Saya rasa telah berlaku sedikit kekeliruan dalam kalangan pembaca. Utk pengetahuan ramai, PENYERTAAN PERADUAN “Jemputan Umrah oleh Astro Oasis” boleh dibuat melalui beberapa cara spt berikut:
1)Hantarkan surat / poskad / download ‘borang penyertaan Jemputan Umrah’ di laman web astro. Isi & kemudian hantarkan ke alamat:
Astro Oasis Jemputan Umrah,
Astro Entertaiment Sdn Bhd,
No 6, Jalan Equine,
Taman Equine, Bandar Putra Permai,
43300 Sri Kembangan, Selangor
Atau
2) Anda emel sahaja penyertaan anda itu ke alamat emel berikut:
oasis@astro.com.my
Taipkan “Saya/Keluarga/Kenalan berhajat menunaikan ibadah umrah kerana ……” (tidak melebihi 150 patah perkataan)
Penyertaan haruslah lengkap dgn butiran berikut:
Nama
No K/P
Tarikh Lahir
Nombor akaun ASTRO
Alamat Rumah
2 valid phone numbers
Tarikh tutup penyertaan adalah 31 August 2008.
Syarat2 dan Terma penyertaan :
Terms and Conditions
* This contest is open to all active Astro subscribers.
* This contest is open to all Malaysians only
* Employees of Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd (Astro) , Airtime Management & Programming Sdn. Bhd their advertising and public relations agencies, its subsidiaries and affiliates, agencies, dealers, retailers and their immediate family members are not eligible to participate in the contest.
Utk mengetahui lebih lanjut, anda boleh rujuk laman web astro,
- pd homepage, lihat di bhgn bwh kanan
- lihat pd bhgn Astrolife, pilih contest
- klik Jemputan Umrah Astro Oasis.
Maaf, saya tdk dapat berikan link direct, mungkin dianggap spam nanti walaupun niat saya hanya sekadar ingin memberitahu kpd pembaca2 sekalian.
Moga maklumat ringkas ini dapat membantu anda dlm menyertai peraduan “Jemputan Umrah Astro Oasis”. Terima kasih.
————————–
Yang ikhlas,
- sufian jejakcyber -
Alhamdulilah dengan adanya program murni astro oasis ini dapatlah meringankan kerinduan kami sekeluarga terhadap baitullah dan makam rasulullah s.a.w serta masjid nabawi. menambahkan kerinduan beramal ibadah dan suasana tanah suci.semoga program murni dan mulia ini dirahmati allah dan diteruskan selamanya. Kepada penaja… sesungguhnya sumbangan yg diberikan dalam program ini dirahmati allah dan semoga allah melipat gandakan rezeki tuan/puan, dilanjutkan usia serta dipenuhi rahmat dan dibuka pintu rezeki seluas-luasnya….amin…
saya sekeluarga berhajat menunaikan umrah kerana saya ingin berdoa kepada ALLAH supaya saya diberikan keluarga yang bahagia,menjadi anak yang solehah.Saya juga ingin mendoakan untuk diri saya supaya lulus dalam kesemua matapelajaran semasa menghadapi UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH(UPSR)kerana saya ingin memenuhi permintaan kedua ibubapa saya dan adik beradik saya.Saya ingin sangat mencium batu HAJARUL ASWAD.sEMOGA Permintaan saya ini di terima.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….Bismillahirahmanirahim… Saya/Keluarga/Kenalan berhajat menunaikan ibadah umrah kerana itulah niat kami supaya dapat melihat kota suci Makkah yang Allah SWT telah ciptakan dimuka bumi ini untuk umat Nabi Muhammad SAW dan umat Islam insan sejagat agar berkunjong mengerjakan haji dan umrah. Tempat yg tersangat istimewa dan bersejarah, Allah SWT ciptakan Nabi Adam AS diturunkan kebumi ini, iaitu diMakkah. Ya Allah Ya Rabb. Tiada guna wang dan harta sekiranya kita belum sampai keMakkah mengerjakan haji dan umrah. Pasti rugilah orang-orang yang mampu jika tidak keMakkah. Kami berdoa semoga Allah memanjangkan umur kami kelak kerana dengan wang simpanan pekerja itulah kami telah niatkan untuk menunaikan rukun Islam yang ke5 ini. Setiap solat fardhu dan sunat kami berdoa agar Allah SWT memakbulkan permintaan kami. InsyaAllah
Nama : Aminah bt Mohamad
No K/P : 610619-13-5354
Tarikh Lahir : 19-06-1961
Nombor akaun ASTRO : 085143379-0
Alamat Rumah : 119, Kpg Pengkalan 1, 98100 Lutong, Miri, Sarawak
2 valid phone numbers : 014 8770180 / 019 8546963
Asalamulakum,Saya berhajat untuk membawa isteri tersayang menunaikan umrah di bumi Anbiya’ ini kerana itulah hadiah paling berharga dapat saya berikan kepadanya sempena ulangtahun perkahwinan kami pada Jun ini, sementelahan pula kami pernah bernazar untuk ke bumi Mekah sekiranya anak ketiga kami terselamat dalam pemindahan darah akibat sakit kuning yang serius. 6 tahun berlalu, nazar belum terlaksana kerana masalah kewangan yang tidak memungkinkan kami sampai ke sana. Namun, kami sentiasa berlapang hati Allah akan memakbulkan doa kami dan seterusnya terpilih dalam Jemputan Umrah Astro-Oasis ini. Sesungguhnya kami telah bersedia menyambut lambaian Kaabah yang saban hari terbayang di mata. Semoga pembaca-pembaca budiman dapat mendoakan kami!Insyallah
Nama: Asenan bin Samsuri
No KP : 750317105605
Tarikh Lahir :17 Mac 1975
Alamat Rumah: No 1, Jalan Mentari 1B/5, Bandar Mahkota Banting, 42700 Banting Selangor
No Telefon : 0122599090/0162104315
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Saya/keluarga/rakan berhajat menunaikan ibadah umrah kerana …sudah sampai masanya saya dan isteri menjadi tetamu Allah s.w.t. Saya dan isteri amat berhajat untuk menjejakkan kaki ke Tanah suci Mekah namun perbelanjaannya amat besar..terus terang kami nyatakan di sini bahawa sebagai pendidik kami belum berkemampuan untuk menyempurnakan hajat itu.Setiap kali ahli keluarga kami atau sahabat handai baru kembali dari Mekah mengerjakan Umrah atau Ibadah Haji, maka setiap kali itulah kami hanya mampu menitiskan air mata kerana belum berkemampuan ke arah itu. Mungkin Allah belum menjanjikan rezeki buat kami..Kami redha dan bersyukur satu hari nanti akan ada rezeki yang menanti kami di sana. Saya amat berharap untuk pergi Umrah kerana hati dan naluri saya bagai terpanggil berkali-kali untuk menziarahi makam Rasulullah, Wajah Kaabah melambai-lambai sehingga terbawa dalam mimpi.Di sana saya ingin berdoa di hadapan Kaabah untuk kesejahteraan semua anak murid kami, rakan-rakan guru , ibu bapa kami, dan yang paling penting semoga pelajar di sekolah kami mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM. Ya Allah terimalah pengampunan kami dan terimalah kami sebagai tetamuMu di sana. Semoga hajat kami dapat disempurnakan oleh Allah s.wt. Segala yang baik adalah dari Allah jua.Insya-Allah
Jutaan Terima Kasih
Nama
: AZMAN BIN MANAS
No K/P : 621112-01-5373
Tarikh Lahir : 12.11.1962
Nombor akaun ASTRO : 083701078-0
Alamat Rumah : No.25 PI 6/6 Taman Pulai Indah, 81110 Johor Bahru Johor
2 valid phone numbers : 0197461605 : 0197653950: 07-5276384
Saya dan ibu berhajat menunaikan ibadah umrah kerana kami amat rindukan lambaian kaabah, saya teringin membawa ibu mengerjakan ibadah disana dan menjadi tetamu Allah SWT dan kami tersangat ingin mengerjakan umrah untuk arwah bapa yang tidak kesampaian untuk mengerjakan umrah kerana beliau telah meninggal dunia. Saya masih teringat tatkala beliau pernah berpesan ketika solat hendaklah memandang kearah tempat sujud sambil membayangkan kaabah. Sekurangnya kita dapat mengingati Allah SWT untuk menimbulkan rasa kusyuk tawaduk. Kita kena membayangkan seolah kita bersembahyang seperti kita berada ditanah suci.
Itulah pesanan beliau ketika hidupnya. Seolah beliau teringin untuk menunaikan ibadah ditanah suci tapi apa kan daya beliau tidak berkesempatan untuk melakukannya.
Saya juga ingin mendoakan kejayaan dalam kerjaya, mendoakan kesihatan ibu saya dan mendoakan agar saya mendapat jodoh yang baik Ahklaknya.
sekiranya saya dan ibu diberi peluang ini kami teramat bersyukur sekali.
Nama : Aniah Binti Jantan
Tarikh lahir : 16.06.1976
No. Account Astro : 081671600-6
No. kad pengenalan : 760616-14-5606
Alamat : No. 8, Jln 16/2D, Tmn Cheras Jaya, 43200 Balakong, Selangor.
No. h/p: 013-255 7520/ 03-9075 2515
Assalamualaikum……
Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang.Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam.
Saya bersama kedua-dua ibubapa berhajat menunaikan ibadah umrah kerana ingin melihat sendiri kebesaran dan keagungan Allah disamping merasai sendiri kenikmatan dan keberkatan yang selalu disebut-sebut oleh sekelian umat nabi Muhammad S.A.W yang sudah menjejakkan kaki ke sana.Lambaian Kaabah sering terbayang-bayang disanubari seolah-olah memanggil-manggil untuk menjadi tetamu Allah. Sebagai hamba Allah yang lemah,jahil dan menzalimi diri sendiri terasa begitu insaf,terharu dan begitu gembira jika dapat menjejakkan kaki ke sana.Tambahan pula ayah sejak akhir-akhir ni kelihatan uzur.Alangkah gembiranya hati jika dapat melihat kaabah,melawat makam nabi dan melihat banyak tempat-tempat yang bersejarah di bumi mekah.Syukur alhamdulillah seandainya di beri peluang menjejakkan kaki ke sana. Amin.
Terima kasih Astro kerana telah menerbitkan rancangan jemputan umrah ini.Semoga terus maju.
Noor Azmira Yahya
No.20, Lorong Selat Selatan 25A/KS5
Taman Suria Pendamar,Pandamaran
42000 Pelabuhan Klang
Selangor Darul Ehsan
I/C 780108-03-6284
Account Astro :085170749-0
019-6101404(Ayah)
013-2459836
03-31688211ext1016
dari kuala lumpur
saya dan keluarga berhajat sangat untuk menunaikan umrah kerana menyahut seruan allah untuk melihat sendiri betapa indahnya kaabah di kota mekah dan beribadat di depan nya serta berziarah ke makam rasullah di masjid nabawi, tapi bagaimana ye nak kesana, moga moga dengan ada nya jemputan umrah ini yang di anjurkan oleh astro oasis ini dapat san sekeluarga diberi peluang untuk menyertai rombongan ini jika terpilih.
Dengan nama Allah swt yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Saya begitu mengimpikan dapat mejejakkan kaki ketanah suci yang begitu indah setelah melihat dan mendengar keindahan itu atas pengalaman orang lain. Saya ingin merasakannya kenikmatan itu sendiri bersama suami tercinta EN. MUHAMAD SABIR BIN TAWAKKAL dan ibu kandung PUAN ANDI SITTI HARIASIAH BT ANDI KADIR serta ibu mertua tersayang PUAN WELONG BT KARIM disamping ianya dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam mengenai Sang Pencipta dimana ilmu menyuruh kita untuk berbakti kepada-Nya. Ilmu juga yang menggerakkan untuk sentiasa berada dekat ke riba-Nya dan menolong mencapai ketinggian ubudiyah kepada-Nya. Saat menyendiri adalah saat ibadahku untuk-Nya.
Semoga diriku menjadi salah satu hambaNya yang dapat sekuman kenikmatan sekiranya terpilih menyertai rombongan ini… amin. Insyallah….
Nama: ANDY SAINAB BT ANDY SINAR ALAM
Tarikh Lahir: 05 Sep 76
Kad Pengenalan: T 5500374
Alamt: Blok A21-509, RK TLDM
Pangkalan TLDM,32100 LUMUT, Perak Darul Ridzuan
No. Tel: 0128616184/0175211969
Assalamualaikum…sy berhajat hendak menghantar kedua ibubapa menjejak kaki ke bumi ALLAH..tetapi saya masih tidak berkemampuan untuk menunaikannya…saya ingin membalas jasa ibubapa saya yang telah bersusah payah membesarkan saya selama 21 tahun….saya berharap sangat keinginan saya untuk menghantar mak dan abah saya ke bumi ALLAH tercapai…. InsyaALLAH
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum…
Saya dan suami amat teruja sekali sekiranya dapat menjadi tetamu jemputan umrah ini kerana Subhanallah… besarnya rahmat Allah pada kami yang cuma insan kerdil ini yang akan berdiri di depan kaabah kiblat muslimin muslimat sedunia sewaktu bersolat. Sedangkan selama ini ianya hanya sebuah anyaman sulaman di hamparan sejadah atau cuma sekadar lukisan tatapan yang dibingkaikan.
Saya amat bersyukur kerananya, masakan tidak apabila doa, harapan dan impian menjadi kenyataan,hajat kesampaian, doa dikabulkan, kerinduan juga terubat.
Walaupun dalam tempoh cuma beberapa hari,tapi ianya amat bererti kerana di sana lupa sementara segala masalah, rutin, tugas dan penumpuan jiwa semata-mata untuk beribadat pada Allah.Berbanding kita di sini, kekangan masa menyebabkan masa beribadat dibatasi olih kesibukan menyelesaikan tugas-tugas harian yang tidak pernah selesai atau kita kepenatan dek melakukan kerja-kerja harian.
Inilah peluang beribadat sepenuh jiwa raga, memohon keampunan, memanjatkan segala doa dan rintihan serta memohon restu dan redha ilahi, Insyaallah…
Terima kasih kepada astro oasis kerana menyajikan program sebegini yang menjana maklumat dan bermunafaat sebagai wadah tatapan penonton selain rancangan lain seperti indahnya iman, ar rayyan,alif, iktibar tanah suci yang sentiasa kami nantikan waktu siarannya sebagai pembimbing kami sekeluarga dalam membina keluarga sakinah mawaddah warrahmah.
Sebenarnya untuk menyertai program ini begitu mengaibkan diri ini, kerana sedangkan menjadi tetamu astro pun tak pasti, inikan pula menjadi tetamu Allah, kerana saya bukan siapa-siapa cuma insan biasa yang dhaif lagi jahil.Tetapi jika dizahirkan hasrat,harapan,impian, keinginan serta kerinduan mengunjungi Baitullah tentunya tidak menjadi suatu kesalahan.
Sesungguhnya maha melihat mendengar Allah itu melampaui segala batasan. Allah maha pemberi, pengasih, penyayang lagi maha pengampun dan Allah memberikepada siapa jua yang dikehendakinya.
Olih itu jika tidak dipecah ruyung manakan dapat sagunya.Andainya telah dipecah ruyung masih tidak dapat sagunya saya redha, kita berusaha, Allah jua yang menentukan segalanya.
Nama :NORSIAH BINTI ABDUL MAJID
No. Kad Pengenalan : 650405-71-5288
Tarikh Lahir : 05.04.1965
No. akaun astro : 81527530
Alamat Rumah : No. 15, Jalan Melewar
Desasiswa taman Melewar
86400 Parit Raja, Batu Pahat.
Johor.
No. Telefon : 07- 4536239
013- 7272102
salam.keluarga saya di kelantan berhasrat utk menunaikan umrah dan saya ingin mewakili mereka untuk menjadi peserta Jempuan Umrah Astro Oasis.saya ingin bertanya mengenai alamat yang perlu disertakan.
Nama :
No Kad Pengenalan :
Tarikh Lahir :
No. Telefon :
Alamat :
No. Akaun ASTRO :
Adakah alamat itu mengikut bil astro semasa saya di selangor atau alamat keluarga di Kelantan?
assalamualaikum…terima kasih pada pihak astro atas sumbangan idea yg cukup menarik mengadakan program spt.ni..saya percaya,ramai yang teruja dengan program ini..inilah peluang yang di tunggu2,lebih2 lagi pada golongan yg tidak berkemampuan utk ke sana..sekurang2nya program ini memberi peluang pada yang sgt2 berhajat utk mencuba,insyaAllah dgn izin Nya,mereka dpt mengunjugi baitullah,makam rasulullah dan makam para sahabat termasuk tempat bersejarah yg lain…
alhamdulillah saya telah pun di jemput menjadi tetamu Nya…terima kasih pd company sri munawwarah design yg menaja pemergian saya dan staff lain ke sana…allah tlh menggerakkan hati majikan saya utk membawa kami mengunjugi rumah Nya..moga allah membalas jasa baik “mummy” dgn ganjaran berlipat ganda..Amin…saya pergi atas tugas dan ada tanggungjawab yg akan di pikul sekembalinya dr sana..jujur saya katakan yg saya tak pernah terfikir langsung utk ke sana..lgpn saya pun di kalangan golongan yg kurang berkemampuan dan wajar rasanya jika peluang ini dpt diberi pd ibu dan ayah sendiri memandangkan mereka telah lama menanam impian utk ke sana,tetapi masalah kewangan yg di hadapi menyukarkan impian mereka tercapai di tambah lg. bilangan adik beradik yg ramai yg masih lg di bawah tanggungan ibu dan ayah.
Namun saya bersyukur bila allah memjemput saya ke sana dlm usia yg muda..sekurang2nya saya boleh berkongsi cerita ttg pengalaman saya di sana pada mak dan ayah..Riak wajah mereka nampak sedih dan terkilan..Namun saya yakin mereka gembira walupun allah mewakilkan saya di antara anak2 mereka yang di jemput ke sana terlebih dahulu…Sepanjang berada di sana,
baik di depan multazam kaa’bah,di hijr ismail,di makam ibrahim,semasa tawaf dan saie,makan nabi,di raudhah antara tiang2 makam para sahabat iaitu saiyidina abu bakar dan isteri rasulullah saidatina aisyah ra,malah dalam solat pun saya x putus2 mendoakan agar ibu dan ayah suatu hari nanti akan di jemput manjadi tetamu Nya..Amin….saya ingin mereka berasa seronok spt mana saya seronok…Memang pada saya yg pernah ke sana walaupun sekali,kalau di beri peluang lg rasanya saya tak akan lepaskan peluang keemasan tersebut..Namun saya lbh memberi keutamaan pd mak dan ayah.Apa yg saya ingin kongsi di sini dengan peserta yang lain,andainya anda terpilih oleh pihak astro dan paling penting terpilih oleh Allah,jadikan peluang yg di beri utk beribadah bersungguh2…lupakan tujuan lain…niat mesti betul sedari kita di tanah air sendiri…dan jadikan umrah itu sebagai titik perubahan dalam diri kita..ini janji kita pada allah dan saya percaya ini adalah sebahagian dari doa dan harapan kita pada Nya…InsyaAllah jika semua ni ikhlas dari hati,semua urusan kita di sana akan di permudahkan oleh Nya…sekian..waullahu a’lam..
Nama:Norain Bt Yaakup
No.Kad pengenalan:820605 10 5520
Tarikh Lahir:5 jun 1982
Alamat:A-12-18,Rumah Pangsa Kayu Ara,PJU 6A Jln.Teratai,47400 P.Jaya,Selangor.
Telefon:012 2974480
Saya dan keluarga serta kenalan berhajat untuk menunaikan umrah kerana ingin menyahut panggilan Allah s.w.t. Mengunjungi kota suci Madinah untuk menziarahi Makam Rasulullah s.a.w. serta memberi salam dan selawat kepadanya dan melawat tempat bersejarah tentang perjuangan islam serta melihat keindahan malam kota suci Madinah yang penuh kedamaian.Berihram diriku dengan dua helai tuala berwarna putih tanpa jahitan melambangkan kesucian serta kebersihan dan membasahi tubuh dengan mengambil air sembahyang lalu berniat ihram dengan hati yang ikhlas dan tulus serta bersembahyang sunat ihram dua rakaat.Bertabiah dengan hati sayu bagi menyahut panggilan Allah s.w.t.Melihat Kaabah dengan sepenuh hati suci lalu mengalir air mata tanpa menyuruhnya serta mengerjakan Tawaf tujuh pusingan bermula dari Jamatul Aswad sambil membasahi bibir dengan membaca ayat-ayat suci Al Quran.Mengerjakan Saie dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali sambil berlari anak di kawasan lampu hijau bagi mengingati pengorban Siti Hajar kepada anaknya Nabi Ismail.
NAMA: SUHAIMI BIN OMAR@NGAH
NO.KAD PENGENALAN:741025-11-5305
TARIKH LAHIR:25.10.1974
NO. TEL:0139515920
ALAMAT :PT 1799P, TAMAN ALAMANDA 3, JLN. PUSARA, 20400 K.TERENGGANU.
NO. AKAUAN ASTRO:084471692-3
Saya dan keluarga serta kenalan berhajat untuk menunaikan umrah kerana ingin menyahut panggilan Allah s.w.t. Mengunjungi kota suci Madinah untuk menziarahi Makam Rasulullah s.a.w. serta memberi salam dan selawat kepadanya dan melawat tempat bersejarah tentang perjuangan islam serta melihat keindahan malam kota suci Madinah yang penuh kedamaian.Berihram diriku dengan dua helai tuala berwarna putih tanpa jahitan melambangkan kesucian serta kebersihan dan membasahi tubuh dengan mengambil air sembahyang lalu berniat ihram dengan hati yang ikhlas dan tulus serta bersembahyang sunat ihram dua rakaat.Bertabiah dengan hati sayu bagi menyahut panggilan Allah s.w.t.Melihat Kaabah dengan sepenuh hati suci lalu mengalir air mata tanpa menyuruhnya serta mengerjakan Tawaf tujuh pusingan bermula dari Jamatul Aswad sambil membasahi bibir dengan membaca ayat-ayat suci Al Quran.Mengerjakan Saie dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali sambil berlari anak di kawasan lampu hijau bagi mengingati pengorban Siti Hajar kepada anaknya Nabi Ismail.
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalammualaikum,Kepada pihak penganjur dan astro 106oasis siaran jemputan umrah,saya rasa terpanggil untuk mencoretkan diruang ini demi untuk memperolehi permintaan bonda tercinta.Pada ketika dahulu sebelum arwah ayah kami meninggal dunia dilihat arwah juga ingin melaksanakan ibadah haji dan umrah bersama isteri tersayang iaitu bonda kami tercinta yang mana keinginan menjejaki kaki ditanah suci mekah dan lambaian kaabah.Tapi keinginan ini tidak terlaksana kerana kami tidak berkemampuan.Sewaktu arwah ayah hayat masih ada ibu selalu juga pergi dengar ceramah tentang pengetahuan haji dan umrah bersama rakan-rakan dan jiran,saya tahu ibu tidak mungkin dapat kesana kerana insan yang menemani kehidupannya sudah tiada,tapi saya dapat bayangkan jika lah ibu terpilih,besar sungguh hati ibuku,Kepada pihak penganjur dan astro sekiranya diberi pelunag dan hajat untuk insan yang paling disayangi ini,mudah-mudahan mendapat keberkatan dari yang maha esa insyaALLAH meberi menziarahi tempat menarik dan mendalami tamadun islam yang bersejarah.
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalammualaikum,Kepada pihak penganjur dan astro 106oasis siaran jemputan umrah,saya rasa terpanggil untuk mencoretkan diruang ini demi untuk memperolehi permintaan bonda tercinta.Pada ketika dahulu sebelum arwah ayah kami meninggal dunia dilihat arwah juga ingin melaksanakan ibadah haji dan umrah bersama isteri tersayang iaitu bonda kami tercinta yang mana keinginan menjejaki kaki ditanah suci mekah dan lambaian kaabah.Tapi keinginan ini tidak terlaksana kerana kami tidak berkemampuan.Sewaktu arwah ayah hayat masih ada ibu selalu juga pergi dengar ceramah tentang pengetahuan haji dan umrah bersama rakan-rakan dan jiran,saya tahu ibu tidak mungkin dapat kesana kerana insan yang menemani kehidupannya sudah tiada,tapi saya dapat bayangkan jika lah ibu terpilih,besar sungguh hati ibuku,Kepada pihak penganjur dan astro sekiranya diberi pelunag dan hajat untuk insan yang paling disayangi ini,mudah-mudahan mendapat keberkatan dari yang maha esa insyaALLAH meberi menziarahi tempat menarik dan mendalami tamadun islam yang bersejarah.
Nama : Noorulnatika Bte Jamal
No Kad Pengenalan : 841217-01-5518
Alamat : NO.123,Jln Helang 1,Taman Scientex,
81700 Pasir Gudang, Johor.
No.Tel : 012-7439392/012-7542726
Assalamualaikum, saya siti hajar dari puchong, sudah berkeluarga dan mempunyai seorang