Peraduan Penuhi Impian Red Bull


RedBull sekarang ini ada peraduan Peraduan Penuhi Impian Red Bull. Dengan pembelian mana-mana minuman RED BULL yang turut serta iaitu RED BULL 250ml Gold atau RED BULL 250ml Kurang Gula anda berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. Peluang nak menang tu, tak pasti lah, cerah ke tak.

Semua pembuka tin Minuman RED BULL Turut Serta akan mempunyai hadiah yang dinyatakan pada bahagian dalam penutup.

Jika terdapat hadiah yang dinyatakan di bawah penutup sentap RED BULL 250ml Gold atau RED BULL 250ml Kurang Gula, anda bolehlah WhatsApp detail penyertaan anda ke no. yang diberikan.

Tempoh Peraduan: 1 Ogos 2018 hingga 31 Disember 2018

Cara

Hadiah

Terma & Syarat

Terma & Syarat Promosi

Sila baca Terma dan Syarat ini dengan teliti sebelum anda menyertai Promosi ini.  Dengan mengambil bahagian, anda dianggap telah menerima Terma dan Syarat ini dan anda bersetuju untuk mematuhinya.  Jika anda tidak bersetuju dengan Terma dan Syarat ini, anda hendaklah tidak menyertai Promosi ini.

TERMA & SYARAT

  1. Promosi RED BULL Peraduan Penuhi Impian (“Promosi”) dianjurkan oleh Allexcel Trading Sdn Bhd (No. Syarikat 108372-D) (“Penganjur”). Promosi diadakan dari 01/08/2018, dari jam 12:00 tgh mlm hingga 31/12/2018, 11:59mlm (“Tempoh Promosi”) dan selagi Hadiah masih ada. Penebusan hadiah yang diterima di luar Tempoh Promosi akan dibatalkan secara automatik.
  2. Promosi ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas (pada 01/08/2018) kecuali kakitangan Penganjur, termasuk syarikat bersekutu dan/atau berkaitan, pengedar, agensi komunikasi, PA, digital dan promosi, serta ahli keluarga terdekat mereka.
  3. Penganjur berhak untuk meminda, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Promosi atas budi bicara mutlaknya atau sekiranya Promosi tidak dapat diteruskan atas apa jua sebab. Penamatan atau penggantungan tersebut tidak akan menimbulkan tuntutan oleh Peserta.
  4. Untuk mengambil bahagian, beli mana-mana minuman RED BULL yang turut serta iaitu RED BULL 250ml Gold dan RED BULL 250ml Kurang Gula (“Minuman RED BULL Turut Serta”). Semua pembuka tin Minuman RED BULL Turut Serta akan mempunyai hadiah yang dinyatakan pada bahagian dalam penutup.
  5. Hadiah yang dinyatakan adalah sama ada Wallpaper (“Hadiah Sagu Hati”) ATAU satu daripada hadiah utama yang dinyatakan di bawah (“Hadiah Utama”).
  6. Terdapat empat ribu sembilan ratus dan enam puluh dua (4962) Hadiah Utama untuk dimenangi sepanjang Tempoh Promosi:
    1. Dua (2) hadiah utama Toyota Hilux.
    2. Seratus enam puluh (160) hadiah Tunai RM500.
    3. Empat ratus (400) hadiah Tunai RM200.
    4. Empat ratus (400) hadiah Tunai RM100.
    5. Empat ribu (4000) hadiah Tunai RM50.
    6. Empat puluh (40) Premium Red Bull (3 jenis).
  7. Hadiah Utama diberikan HANYA selagi Hadiah Utama masih ada dan penebusan Hadiah Utama adalah SEMATA-MATA atas dasar siapa dahulu didahulukan.
  8. Semua peserta mesti mematuhi kaedah penebusan Hadiah yang ditetapkan oleh Penganjur.
  9. Peserta mesti menghantar pesanan menerusi WhatsApp ke 011-5688 8331 seperti yang dinyatakan dalam tin Minuman RED BULL Turut Serta. Contoh pesanan: RM50#NAMA PENUH#NO KP.
  10. Peserta yang menghantar pesanan mereka menerusi WhatsApp akan disalurkan kepada laman web Promosi untuk membuat permintaan penebusan melalui penyertaan atas talian dengan mengisi butiran peribadi wajib secara lengkap iaitu hadiah yang dinyatakan pada penutup tin, nama penuh (menurut kad pengenalan), nombor pengenalan, nombor hubungan, alamat penghantaran penuh dan memuat naik bukti pengenalan mereka.
  11. Peserta perlu menunjukkan bukti pengenalan untuk tujuan penentusahan. Hanya bukti identiti berikut diterima oleh Penganjur: Kad Pengenalan/Lesen Memandu atau pasport. Kegagalan memberikan bukti pengenalan membolehkan Penganjur untuk membatalkan kelayakan peserta dan menarik balik Hadiah Utama.
  12. Peserta mesti menjawab set soalan dengan betul untuk memenangi Hadiah Utama mereka. Sekiranya Peserta membuat keputusan untuk tidak menjawab soalan, gagal menjawab soalan dengan betul dan/atau jelas, Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan peserta dan menarik balik Hadiah Utama.
  13. Peserta yang layak akan diberikan nombor rujukan penebusan dan dinasihatkan untuk mengemukakan keperluan wajib berikut menerusi Pos Laju/kurier untuk tujuan penentusahan penutup tin yang menang dan melayakkan diri untuk memenangi Hadiah Utama (“Penebusan Layak”) dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penyertaan atas talian.
  14. Semua penebusan hadiah melalui penyertaan atas talian mesti dihantar ke laman web Promosi pada atau sebelum 11:59mlm pada 31/12/2018. Penyertaan atas talian selepas tarikh tamat tidak akan dilayan.
  15. Hadiah Utama HANYA boleh ditebus dengan penghantaran:
    1. Penutup tin yang memenangi Hadiah Utama iaitu: TOYOTA HILUX atau RM500 atau RM200 atau RM100 atau RM50 atau PREMIUM.
    2. Nama penuh, nombor ID penebusan dan nombor hubungan peserta yang layak seperti yang dikemukakan di laman web.
  16. Dua (2) Penyertaan Layak yang PERTAMA diterima dengan penutup tin ‘Toyota Hilux’ akan memenangi Hadiah Utama Toyota Hilux setiap seorang.
  17. Seratus enam puluh (160) Penyertaan Layak yang PERTAMA diterima dengan penutup tin ‘RM500’ akan memenangi hadiah tunai RM500 setiap seorang.
  18. Empat ratus (400) Penyertaan Layak yang PERTAMA diterima dengan penutup tin ‘RM200’ akan memenangi hadiah tunai RM200 setiap seorang.
  19. Empat ratus (400) Penyertaan Layak yang PERTAMA diterima dengan penutup tin ‘RM100’ akan memenangi hadiah Tunai RM100 setiap seorang.
  20. Empat ribu (4000) Penyertaan Layak yang PERTAMA diterima dengan penutup tin ‘RM50’ akan memenangi hadiah tunai RM50 setiap seorang.
  21. Sepuluh (10) Penyertaan Layak yang PERTAMA diterima dengan penutup tin ‘PREMIUM’ akan memenangi Premium Red Bull – Beg “Duffel”setiap seorang.
  22. Dua puluh (20) Penyertaan Layak yang PERTAMA diterima, seterusnya dengan penutup tin ‘PREMIUM’ akan memenangi Premium Red Bull – Kemeja-T setiap seorang.
  23. Sepuluh (10) Penyertaan Layak yang PERTAMA diterima, seterusnya dengan penutup tin ‘PREMIUM’ akan memenangi Premium Red Bull – Set Kaca Mata Hitam & “Lanyard” setiap seorang.
  24. Semua peserta dengan Penebusan Layak akan dimaklumkan melalui pos. Semua hadiah mesti dituntut dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh pemberitahuan. Semua hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan pos kepada peserta tidak diterima atau lewat.
  25. Pemenang hadiah utama akan dimaklumkan menerusi telefon untuk proses menebus hadiah utama.
  26. Semua hadiah Tunai (dalam bentuk cek bank atau Kiriman Wang Pos) dan Hadiah Premium Red Bull akan dihantar ke alamat penghantaran yang disediakan oleh peserta dalam masa 6-8 minggu selepas menerima keperluan wajib.
  27. Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana Hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masa, tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua hadiah diberikan dalam keadaan “Sedia Ada” dan tidak boleh dipindah milik, dipulangkan atau ditukarkan dalam sebarang bentuk lain untuk apa jua sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa percetakan.
  28. Pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak yang mengatur dan/atau menyediakan semua Hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama semua Hadiah berkenaan, jika ada.
  29. Pemenang akan diumumkan oleh Penganjur di laman web redbull.com.my, www.facebook.com/redbullmalaysia dan penuhiimpian.redbull.com.my.
  30. Penganjur dan syarikat yang terlibat dalam Promosi ini tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara terhadap kelewatan, kegagalan penghantaran dan/atau gangguan pesanan SMS, WhatsApp dan Dalam Talian yang dihantar atau diterima dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penggunaan tidak sah telefon mudah alih atau akaun pelanggan sempena dengan Promosi.
  31. Penganjur tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telefon, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia, peralatan komputer, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet dan/atau laman web.
  32. Peserta hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan yang timbul daripada penyertaan dalam Promosi ini.
  33. Dengan menyertai Promosi ini, peserta bersetuju untuk memberikan maklumat peribadi mereka dan Penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan /atau perdagangan tanpa pampasan atau notis selanjutnya dan setiap peserta tidak layak membuat sebarang tuntutan untuk penggunaan penyertaan mereka oleh Penganjur.
  34. Penganjur mengumpulkan maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi untuk menyediakan perkhidmatan atau berhubung dengan peserta. Maklumat ini disimpan dengan cara yang sesuai dengan ciri data oleh Penganjur dan digunakan untuk memenuhi permintaan peserta. Dengan memberikan maklumat peribadi peserta, Penganjur menganggap kebenaran diberikan kepada Penganjur dan/atau ejen sah untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan promosi masa kini dan masa depan dan untuk menambah baik produk dan perkhidmatannya. Jika peserta memaklumkan Penganjur menerusi admin@redbull-malaysia.com.my bahawa maklumat di atas tidak boleh digunakan sebagai asas untuk perhubungan lanjut, Penganjur akan menghormati permintaan peserta.  Maklumat peserta tidak akan diberikan kepada atau dikongsi dengan mana-mana syarikat lain untuk kegunaan mereka.
  35. Dengan menyertai Promosi ini, Peserta bersetuju untuk terikat dengan Syarat dan Peraturan rasmi serta keputusan Penganjur.
  36. Penganjur berhak untuk meminda, menggugurkan atau menambah Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis dan peserta terikat pada perubahan tersebut.
  37. Keputusan Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat berhubung dengan keputusan yang dibuat oleh Penganjur tidak akan dilayan.

Syarat dan Peraturan Promosi disediakan dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat ketidakseragaman antara dua versi tersebut, Syarat dan Peraturan Peraduan, versi Bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai.

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2018 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?