Peraduan Lady’s Choice® Ibu Sejati 2018 (Morning Hacks)


Setai Peraduan Lady’s Choice® Ibu Sejati 2018  untuk berpeluang memenangi Baucar Lazada bernilai RM250. Terdapat 300 baucar Lazada untuk direbut.

Kongsikan Rutin Pagi anda dalam 3 cara langkah yang mudah dan bagaimana anda mengatasi hari yang mencabarkan (tanpa melebihi 60 patah perkataan) (“Cogankata”) dan hashtag #IbuSejati dengan gambar penyertaan anda.

Muat naik gambar penyertaan anda bersama tip 3 cara langkah yang mudah disertai hashtag #IbuSejati.

Sila pastikan akaun Facebook anda diubah kepada umum (Public) sepanjang tempoh peraduan agar pihak penganjur dapat mengenalpasti dan membuat penilaian terhadap penyertaan anda.

Jika ada sebarang pertanyaan sila tanya di Facebook Lady’s Choice

Tempoh Peraduan: 1 Ogos 2018 hingga 30 September 2018, 11:59pm

Cara

MEKANISME PERADUAN
Untuk menyertai Peraduan ini dan agar berpeluang memenanginya, semua Peserta hendaklah

· Kongsikan Rutin Pagi anda dalam format gambar (“Gamber Penyertaan”).

· Kongsikan Rutin Pagi anda dalam 3 cara langkah yang mudah dan bagaimana anda mengatasi hari yang mencabarkan (tanpa melebihi 60 patah perkataan) (“Cogankata”) dan hashtag #IbuSejati dengan gambar penyertaan anda.

· Sila muat naik gambar penyertaan anda bersama tip 3 cara langkah yang mudah disertai hashtag #IbuSejati.

· Gambar Penyertaan, cara langkah dan rutin pagi anda mesti jelas dan mudah dibaca.

· Sila pastikan akaun Facebook anda diubah kepada umum (Public) sepanjang tempoh peraduan agar pihak penganjur dapat mengenalpasti dan membuat penilaian terhadap penyertaan anda.

* Pembelian atau pembayaran lanjut tidak diperlukan untuk memasuki atau memenangi Peraduan. Pembelian tidak akan menambah peluang anda untuk memenangi Peraduan.

Hadiah

HADIAH & PENEBUSAN
300 x RM 250 Baucar Lazada
Setiap Pemenang yang terpilih hanya berhak memenangi satu (1) hadiah.

Terma & Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT
Sila baca Terma-terma dan Syarat-syarat ini dengan teliti sebelum anda menyertai Peraduan ini. Dengan menyertai Peraduan ini, anda dianggap telah menerima Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan bahawa anda bersetuju mematuhinya. Jika anda tidak menyetujui terma-terma dan syarat-syarat ini, anda tidak harus menyertai Peraduan ini. Penganjur berhak meminda Terma-terma dan Syarat-syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu.

MAKLUMAT PERADUAN
Peraduan Lady’s Choice® #IbuSejati (“Peraduan”) ini dianjurkan oleh Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (No. Syarikat 1532-V) (“Penganjur”). Peraduan bermula pada 1 Ogos 2018, 12:00pm dan berakhir pada 30 September 2018, 11:59pm (“Tempoh Peraduan”) di seluruh Malaysia. Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan tidak layak menyertai Peraduan.

Penganjur berhak mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Peraduan menurut budi bicara tunggalnya atau jika Penganjur tidak menerima bilangan penyertaan layak yang cukup atau jika Peraduan tidak dapat diteruskan atas apa jua sebab. Penamatan atau penggantungan tersebut tidak akan membangkitkan apa-apa tuntutan oleh Peserta. Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten atau percanggahan, Terma-terma dan Syarat-syarat Peraduan dalam versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.

KELAYAKAN
1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan dalam peraduan ini) dengan Kad Pengenalan Malaysia yang sah. Sekiranya Peserta berumur di bawah 18 tahun pada tarikh penyertaan, Peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaganya sebelum menyertai Peraduan ini dan apabila diminta oleh Penganjur, hendaklah mengemukakan kebenaran tersebut. Pekerja, pemegang saham, pegawai, pengarah, agen, pengedar dan wakil Penganjur dan setiap daripada syarikat induk, ahli gabungan, bahagian, anak syarikat, agen, wakil dan agensi pengiklanan mereka masing-masing, bersama-sama dengan ahli keluarga terdekat (tidak kira di mana mereka tinggal) dan mereka yang tinggal di kediaman yang sama dengan orang tersebut (sama ada mempunyai kaitan persaudaraan atau tidak), tidak layak menyertai Peraduan.

2. Penganjur berhak untuk menyingkirkan mana-mana Peserta yang tidak mematuhi apa-apa Terma dan Syarat Peraduan ini atau jika Penganjur berpendapat bahawa Peserta gagal memenuhi apa-apa kriteria penyertaan Penganjur.

MEKANISME PERADUAN
3. Untuk menyertai Peraduan ini dan agar berpeluang memenanginya, semua Peserta hendaklah

· Kongsikan Rutin Pagi anda dalam format gambar (“Gamber Penyertaan”).

· Kongsikan Rutin Pagi anda dalam 3 cara langkah yang mudah dan bagaimana anda mengatasi hari yang mencabarkan (tanpa melebihi 60 patah perkataan) (“Cogankata”) dan hashtag #IbuSejati dengan gambar penyertaan anda.

· Sila muat naik gambar penyertaan anda bersama tip 3 cara langkah yang mudah disertai hashtag #IbuSejati.

· Gambar Penyertaan, cara langkah dan rutin pagi anda mesti jelas dan mudah dibaca.

· Sila pastikan akaun Facebook anda diubah kepada umum (Public) sepanjang tempoh peraduan agar pihak penganjur dapat mengenalpasti dan membuat penilaian terhadap penyertaan anda.

4. Pembelian atau pembayaran lanjut tidak diperlukan untuk memasuki atau memenangi Peraduan. Pembelian tidak akan menambah peluang anda untuk memenangi Peraduan.

HADIAH & PENEBUSAN
300 x RM 250 Baucar Lazada
Setiap Pemenang yang terpilih hanya berhak memenangi satu (1) hadiah.

5. Semua hadiah diberikan atas dasar “seadanya” dan sama sekali tidak boleh dipindahkan, tidak boleh ditukar dan tidak boleh ditunaikan.

6. Sekiranya seri, hadiah akan diberikan kepada Peserta yang penyertaannya diterima lebih awal.

7. Semua keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat, rayuan atau soalan tidak akan dilayan.

8. Peserta dikehendaki mengemukakan Bukti Identiti (resit pengiktirafan daripada Penganjur) semasa atau sebelum penebusan hadiah bagi tujuan penentusahan. Bukti Identiti yang diterima oleh Penganjur adalah dalam bentuk berikut sahaja: Kad Pengenalan/Pasport/Lesen Memandu Malaysia yang sah. Kegagalan untuk mengemukakan apa-apa Bukti Identiti memberikan hak kepada Penganjur untuk menyingkirkan Peserta/Pemenang.

9. Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui butir-butir hubungan atau alamat e-mel yang diberikan semasa proses penghantaran penyertaan. Peserta digalakkan supaya memastikan nombor hubungan mereka adalah aktif, dan untuk sering menyemak akaun e-mel mereka.

10. Sekiranya Peserta tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) percubaan selama tiga (3) hari berturut-turut, atau jika berjaya dihubungi, memilih untuk tidak menerima hadiah, Penganjur berhak membatalkan kelayakan Peserta dan menarik balik hadiah, atau Peserta seterusnya yang layak boleh dipilih menurut budi bicara Penganjur.

11. Semua Pemenang hendaklah menuntut hadiah mereka dalam masa tiga (3) hari selepas dimaklumkan oleh Penganjur. Sekiranya Pemenang gagal menuntut hadiah mereka atau gagal mencalonkan wakil dalam tempoh masa yang diperuntukkan, Penganjur berhak menarik balik hadiah atau memberikan hadiah kepada Peserta/Pemenang lain.

12. Pemenang yang memerlukan wakil untuk menuntut hadiah mereka bagi pihak mereka hendaklah memastikan bahawa wakil mengemukakan surat kebenaran yang ditandatangani oleh Pemenang, sesalinan Bukti Identiti Pemenang, dan Bukti Identiti wakil.

13. Penganjur tidak menjamin ketersediaan hadiah dan Penganjur mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk menggantikan sebarang hadiah dengan apa-apa hadiah lain yang serupa nilainya seperti yang ditentukan oleh Penganjur, agennya atau penajanya.

14. Semua Hadiah yang diberikan oleh Penganjur dan/atau penaja adalah atas dasar “seadanya” dan diterima oleh Peserta tanpa apa-apa jenis waranti atau jaminan, sama ada nyata atau tersirat. Jika diminta oleh Penganjur, Peserta hendaklah menyempurnakan suratikatan pelepasan dan tanggung rugi dalam bentuk yang ditetapkan oleh Penganjur. -Terma & syarat penuh di sini sumber

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2018 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?