Peraduan Lindungi Malaysiaku Lifebuoy


Peraduan Lindungi Malaysiaku Lifebuoy ini hanya berlangsung di semenanjung Malaysia sahaja. Dengan pembelian produk Lifeboy bernilai minima RM15 dalam 1 resit anda boleh sertai peraduan ini.

Dalam peraduan ini penyertaan boleh dihantar menggunakan Whatsapp.Pemenang peraduan dipilih berdasarkan slogan paling kreatif. Terdapat 8 Hadiah Utama , 8 Hadiah kedua dan 80 Hadiah saguhati.

Tarikh Mula: 15 Ogos 2018 Tarikh Tutup: 15 Oktober 2018

Cara

Arahan Penyertaan

1)Beli sebarang produk Lifebuoy bernilai RM15 ke atas

2)Ambil gambar resit pembelian (dengan jelas dan penuh) bersertakan slogan bertajuk “Saya bangga jadi anak Malaysia kerana … (tidak melebihi 30 patah perkataan)”

3)Hantarkan gambar resit pembelian (penuh dan jelas) melalui aplikasi WhatsApp ke 014 6969 839 Jawab soalan yang dikemukakan melalui mesej WhatsApp Tarikh Mula/Tutup Peraduan

Tarikh Mula: 15 Ogos 2018 Tarikh Tutup: 15 Oktober 2018

Syarat-Syarat Lain Peraduan
Simpan resit (bercetak) pembelian produk Lifebuoy bernilai RM15 ke atas (tarikh resit mesti di dalam lingkungan tempoh peraduan)

Hadiah

Hadiah Utama: Telefon Pintar bernilai RM3500 x 8 pemenang

Hadiah Kedua: 43” Smart LED TV bernilai RM2400 x 8 pemenang

Hadiah Saguhati: Kad Petrol bernilai RM50 x 80 pemenang

Pemilihan Pemenang
Menentukan Pemenang Hadiah: berdasarkan slogan / ungkapan kreatif Kaedah peruntukan apabila pelbagai Hadiah: hadiah akan diberikan berdasarkan slogan / ungkapan yang paling kreatif. Asas peruntukan semula sekiranya Hadiah tidak dituntut: pemenang seterusnya berdasarkan slogan / ungkupan kreatif akan dipilih.

TERMA & SYARAT PERADUAN

1. Terma-terma Ini
1.1. Terma & Syarat Peraduan Ini (yang merangkumi Butiran Peraduan) menetapkan asas untuk penyertaan dalam Peraduan yang dinyatakan di bawah.

1.2.Dengan menyertai dan mengambil bahagian dalam Peraduan ini anda bersetuju dengan Terma & Syarat Peraduan ini.

1.3. Notis Privasi yang dilampirkan kepada atau sebaliknya disediakan berhubung dengan Terma & Syarat Peraduan ini hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada terma-terma Peraduan ini.

1.4. Penganjur berhak untuk meminda Terma & Syarat Peraduan ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

2. Butiran Peraduan Peganjur Entiti Unilever: Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. Alamat Berdaftar/Utama: Tingkat 34, Menara TM, Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur; Peraduan Peraduan Lindungi Malaysiaku Lifebuoy

Hadiah Utama: Telefon Pintar bernilai RM3500 x 8 pemenang

Hadiah Kedua: 43” Smart LED TV bernilai RM2400 x 8 pemenang

Hadiah Saguhati: Kad Petrol bernilai RM50 x 80 pemenang

Pemilihan Pemenang
Menentukan Pemenang Hadiah: berdasarkan slogan / ungkapan kreatif Kaedah peruntukan apabila pelbagai Hadiah: hadiah akan diberikan berdasarkan slogan / ungkapan yang paling kreatif. Asas peruntukan semula sekiranya Hadiah tidak dituntut: pemenang seterusnya berdasarkan slogan / ungkupan kreatif akan dipilih.

Syarat-Syarat Penyertaan Terbuka kepada semua warga Malaysia yang menetap di Malaysia yang memiliki Kad Pengenalan Malaysia yang sah Umur minima: 18 tahun Sekiranya peserta berumur bawah 18 tahun pada tarikh penyertaan, peserta perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga mereka sebelum menyertai Peraduan ini dan atas permintaan oleh Penganjur, mereka akan dikehendaki menunjukkan kebenaran bertulis itu Peserta yang Tidak Layak Mana-mana yang berikut: • [Ejen, pengedar, agensi pengiklanan dan organisasi lain yang dikaitkan secara komersil dengan Penganjur dan setiap syarikat induk, sekutu, bahagian, subsidiari, ejen dan wakil masing-masing]; • [Pekerja dan pengarah Penganjur[, termasuk keluarga dan orang yang tinggal bersama mereka]]; • [Pemegang Saham dalam Penganjur];

Arahan Penyertaan
1)Beli sebarang produk Lifebuoy bernilai RM15 ke atas

2)Ambil gambar resit pembelian (dengan jelas dan penuh) bersertakan slogan bertajuk “Saya bangga jadi anak Malaysia kerana … (tidak melebihi 30 patah perkataan)”

3)Hantarkan gambar resit pembelian (penuh dan jelas) melalui aplikasi WhatsApp ke 014 6969 839 Jawab soalan yang dikemukakan melalui mesej WhatsApp Tarikh Mula/Tutup Peraduan

Tarikh Mula: 15 Ogos 2018 Tarikh Tutup: 15 Oktober 2018

Syarat-Syarat Lain Peraduan
Simpan resit (bercetak) pembelian produk Lifebuoy bernilai RM15 ke atas (tarikh resit mesti di dalam lingkungan tempoh peraduan)

Pemberitahuan Kemenangan dan Penebusan Hadiah
Pemberitahuan kemenangan:

• Kaedah – Melalui mesej WhatsApp dan melalui laman web www.facebook.com/LifebuoyMalaysia
• Masa – 45 – 60 hari selepas tamat tempoh peraduan Menuntut Hadiah:
• Kaedah – Melalui tuntutan di ofis agensi peraduan dan/atau melalui kurier / poslaju • Masa – 30 hari selepas pemberitahuan kemenangan Pembelian Diperlukan Pembelian sebarang produk Lifebuoy bernilai RM15 ke atas

3.Asas Peraduan
3.1.Peraduan ini adalah:
a.terbuka kepada mereka yang memenuhi Syarat-Syarat Penyertaan;
b.tidak terbuka kepada mereka yang tergolong dalam perihal Peserta yang Tidak Layak (walaupun mereka memenuhi Syarat-Syarat Penyertaan).

3.2.Anda hendaklah mematuhi Arahan Penyertaan.

3.3.Anda boleh menghantar satu penyertaan sahaja/lebih daripada satu penyertaan. Pengecualian kepada peraturan ini ialah apabila Butiran Peraduan dengan jelas dan secara khusus membenarkan beberapa penyertaan. Penyertaan tidak boleh dijana oleh komputer secara automatik atau jika tidak dihantar mengikut asas tidak wajar (sebagai contoh menggunakan beberapa nama, e-mel atau akaun media sosial untuk menyertai).

3.4.Anda boleh memenangi satu Hadiah sahaja. Pengecualian kepada peraturan ini ialah apabila Butiran Peraduan dengan jelas dan secara khusus membenarkan beberapa hadiah untuk dimenangi. 3.5. Penganjur boleh pada bila-bila masa melanjutkan, menggantung atau menamatkan Peraduan mengikut budi bicara tunggalnya(yang mungkin atau tidak mungkin dikaitkan dengan peserta).

4.Penyertaan
4.1.Penyertaan yang
(i) tidak mematuhi Terma & Syarat Peraduan ini; atau
(ii) tidak lengkap, rosak atau lewat, mungkin ditolak, hilang kelayakan, disingkirkan dan/atau dihapuskan oleh Penganjur.

4.2.Penyertaan anda termasuk apa-apa bahan yang disediakan sebagai sebahagian daripada atau berhubung dengan penyertaan. Apabila penyertaan dalam Peraduan melibatkan peruntukan bahan bertulis, dirakam, bergambar atau bahan lain dalam bentuk elektronik atau bentuk lain, anda hendaklah memastikan penyertaan anda:

a.adalah (i) sesuai untuk akses awam dan secara khusus tidak mengandungi kandungan bogel, lucah, menyentuh isu agama/budaya/politik, ganas, fitnah atau kenyataan fitnah, bahan yang dianggap menyalahi undang-undang/menyinggung perasaan atau boleh melanggar undang-undang Malaysia atau bahan-bahan yang berkemungkinan menjejaskan imej Penganjur atau mencalar reputasi Penganjur; dan (ii) tidak melanggar undang-undang yang berkenaan;

b.tidak mengandungi atau merujuk kepada mana-mana produk atau jenama selain daripada yang mewakili Kumpulan Unilever (melainkan kemasukan sedemikian tidak disengajakan, tidak jelas dan secara wajar perlu disebabkan sifat penyertaan);

c.adalah hasil usaha anda sendiri dan tidak mengandungi sebarang harta intelek (termasuk hak moral) pihak lain melainkan anda telah mendapat kebenaran yang dikehendaki bagi peruntukan dan penggunaannya, pengeluaran semula dan urusan lain selaras dengan Terma & Syarat Peraduan ini (termasuk Fasal 4.3 di bawah);

d.hanya mengandungi nama atau persamaan seseorang sekiranya anda telah diberikan kebenaran bertulis (kebenaran daripada ibu bapa/penjaga sah diperlukan untuk mereka yang berumur bawah 18 tahun).

4.3.Anda memberikan kepada Penganjur
(i) pemilikan bagi mana-mana penyertaan; dan
(ii) hak kekal, tidak boleh dibatalkan, di seluruh dunia, bebas royalti, boleh disublesenkan dan boleh dipindah milik untuk menggunakan,mengeluarkan semula, mengedarkan dan membuat kerja derivatif bagi penyertaan anda, dalam mana-mana media dan melalui mana-mana saluran media. Anda tidak akan memberikan hak-hak ini kepada mana-mana pihak lain.

5.Tanggungjawab Penyertaan
5.1.Jika anda menghantar penyertaan bagi pihak lebih daripada satu orang/pihak (termasuk bagi pihak sebuah organisasi), anda hendaklah memastikan bahawa anda mempunyai kuasa untuk menerima terma-terma ini bagi pihak mereka dan memastikan mereka mematuhi terma-terma ini.

5.2.Anda hendaklah mematuhi Terma & Syarat Peraduan ini dan tidak sebaliknya berusaha menyalahgunakan atau mengganggu proses dan peraturan Peraduan secara menyalahi undang-undang.

5.3.Anda hendaklah membayar ganti rugi dan membela Penganjur dan anggota Kumpulan Unilever lain (termasuk pengarah, pegawai dan pekerja masing-masing) berhubung dengan semua liabiliti, kerugian dan kerosakan apa jua jenis akibat daripada pelanggaran anda terhadap Terma & Syarat Peraduan ini. Penganjur mengecualikan tanggungjawab terhadap liabiliti, kerugian dan kerosakan tersebut, walaupun tiada apa-apa dalam Terma & Syarat Peraduan ini dicadangkan untuk mengehadkan liabiliti Penganjur bagi

(i) penipuan;
(ii) salah laku sengaja; atau
(iii) kematian atau kecederaan diri yang disebabkan oleh kecuaiannya (termasuk pekerja dan ejennya).

5.4.Anda hendaklah membayar ganti rugi dan membela Penganjur dan anggota Kumpulan Unilever lain (termasuk pengarah, pegawai dan pekerja masing-masing) berhubung dengan apa-apa tuntutan pihak ketiga yang penyertaan anda atau penggunaannya selaras dengan Terma & Syarat Peraduan ini melanggar undang-undang berkenaan, kewajipan kerahsiaan atau hak harta intelek lain disebabkan oleh pelanggaran anda terhadap Terma & Syarat Peraduan ini.

5.5.Penganjur tidak dalam apa jua keadaan bertanggungjawab terhadap: a. kehilangan penyertaan, rosak atau lewat akibat daripada sebarang kegagalan rangkaian, perkakasan atau perisian komputer bagi apa jua jenis kejadian lain yang sama ada tidak dijangka atau di luar kawalan munasabah langsung Penganjur; b. kos anda dalam menyediakan atau menghantar penyertaan.

6.Pemenang

6.1.Pemenang akan dimaklumkan menggunakan kaedah dan dalam tempoh masa yang ditetapkan di dalam Butiran Peraduan.

6.2.Pemenang hendaklah menuntut Hadiah mereka menggunakan kaedah dan dalam tempoh masa yang ditetapkan di dalam Butiran Peraduan. Jika Hadiah tidak dituntut selepas masa ini, hak untuk Hadiah akan luput dan Penganjur boleh menawarkan Hadiah tersebut kepada pemenang gantian yang dipilih menurut kaedah yang dinyatakan di dalam Butiran Peraduan (tanpa spesifikasi, asas adil yang diselaraskan dengan teliti mengikut kaedah pemilihan pemenang yang akan tertakluk kepada budi bicara mutlak Penganjur).

6.3.Penganjur boleh (mengikut budi bicaranya atau apabila dikehendaki oleh undang-undang) memberikan atau menyiarkan butiran pemenang (nama dan tempat). Permintaan untuk peruntukan/penyiaran hendaklah dihantar kepada butiran kenalan Penganjur di dalam Helaian Butiran tidak lewat dalam tempoh sepuluh minggu selepas tarikh tutup Peraduan.

6.4.Sekiranya wujud sebarang ketidaktentuan atau perbezaan pandangan berkaitan pengurusan Peraduan (termasuk pemberian Hadiah), keputusan Penganjur adalah muktamad (ini tidak menyingkirkan sebarang hak undang-undang). Rayuan atau pertanyaan tidak akan dilayan.

6.5.Sebarang surat-menyurat tidak sepatutnya berlaku antara anda dan Penganjur, melainkan diminta secara khusus oleh Penganjur.

7.Hadiah
7.1.Penganjur mungkin memerlukan bukti pengenalan sebelum melepaskan mana-mana Hadiah. Pemenang yang memerlukan wakil untuk menuntut hadiah mereka bagi pihak mereka hendaklah memastikan bahawa wakil menyediakan surat kebenaran yang ditandatangani oleh pemenang, salinan bukti pengenalan pemenang dan bukti pengenalan wakil.

7.2.Waranti berkanun terpakai tetapi sebaliknya Hadiah diberikan ‘seperti adanya’ tanpa sebarang waranti, perjanjian atau jaminan serta tidak boleh dipindah milik sama sekali, tidak boleh ditukar dan tidak boleh ditunaikan.

7.3.Komitmen Penganjur adalah untuk memastikan ketersediaan Hadiah selaras dengan dan tertakluk kepada terma-terma ini. Dengan itu, setiap pemenang bertanggungjawab terhadap mana-mana dan semua:

a.visa dan permit;
b.bahan api, barangan guna habis dan yang mengiringi;
c.penyenggaraan, pembaharuan lesen dan keperluan semasa atau berkala;
d.cukai dan liabiliti peribadi lain; dan
e.hal-hal kecergasan dan kemampuan fizikal, dan juga sebarang hal sampingan lain yang diperlukan untuk, atau timbul daripada, penerimaan, penggunaan atau keseronokan Hadiah.

7.4.Pemenang hendaklah mematuhi mana-mana terma pihak ketiga, misalnya terma penganjur acara, yang terpakai kepada Hadiah (ini akan disediakan atas permintaan).

7.5.Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah untuk nilai alternatif yang sama atau lebih besar. Penganjur tidak bertanggungjawab untuk menawarkan alternatif tunai.

7.6.Jika penyertaan anda kemudiannya hilang kelayakan, mana-mana Hadiah yang diberikan hendaklah dipulangkan atas tanggungan anda sendiri atau pampasan diberikan apabila pemulangan tidak boleh lagi dilakukan.

8.Publisiti

8.1.Para pemenang, atas permintaan munasabah daripada Penganjur, akan mengambil bahagian dalam publisiti berkaitan dengan Peraduan ini. Ini mungkin termasuk video pemenang dirakamkan,gambarnya diambil dan/atau ditemu ramah oleh Penganjur atau bagi pihaknya.

8.2.Penganjur dibenarkan untuk menggunakan nama, imej, suara anda dan/atau seumpamanya bagi tujuan suntingan, pengiklanan, pemasaran dan/atau tujuan lain tanpa notis lanjut atau pampasan. 8.3. Penganjur mempunyai dan hak mutlak dan budi bicara untuk mengiklankan dan/atau menyiarkan dan/atau mencetak Rakaman dan/atau menggunakan slogan, nama atau nama samaran pada mana-mana program/saluran atau dalam mana-mana jua media, secara keseluruhan atau sebahagiannya, mengikut budi bicara Penganjur. Semua hak cipta yang wujud dalam Rakaman akan menjadi hak milik mutlak Penganjur

9.Pelbagai
9.1.Melainkan dinyatakan dengan jelas oleh Penganjur di dalam bahan Peraduan bertulis, Peraduan ini adalah dalam apa jua cara tidak ditaja atau disokong oleh mana-mana pihak ketiga. 9.2. Jika versi bahasa lain bagi terma-terma ini juga disediakan, versi bahasa Inggeris akan mengambil keutamaan sekiranya berlaku sebarang percanggahan.

9.3.Setiap peruntukan Terma & Syarat Peraduan ini adalah boleh asing. Jika mana-mana peruntukan didapati tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah atau pihak berkuasa berwibawa lain, ketidaksahan atau ketidakbolehkuatkuasaan tersebut tidak akan menjejaskan baki Terma-Terma Peraduan ini.

10.Undang-Undang yang Mengawal dan Pertikaian
10.1.Peraduan ini (termasuk Terma & Syarat Peraduan ini dan mana-mana pertikaian berkaitan) adalah dikawal oleh dan akan ditafsirkan mengikut undang-undang negara di mana Penganjur mempunyai alamat berdaftar atau utamanya seperti yang dinyatakan di dalam Butiran Peraduan, melainkan sehingga takat undang-undang wajib yang berkenaan disebabkan oleh lokasi atau sifat Peraduan, Hadiah atau peserta yang berkaitan.

10.2.Tanpa menyekat sesiapa daripada mendapatkan injunksi atau relief sementara lain di mahkamah yang berwibawa, jika pertikaian timbul, mahkamah negara di mana Penganjur mempunyai alamat berdaftar atau utamanya seperti yang dinyatakan di dalam Butiran Peraduan akan menyelesaikan masalah, melainkan sehingga takat anda mempunyai hak untuk menyelesaikan pertikaian di mahkamah bidang kuasa lain disebabkan oleh lokasi atau sifat Peraduan, Hadiah atau peserta berkaitan.

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2018 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?